Followers

Saturday, January 17, 2009

pangkah bulan adik kakak..!!

[New+Picture+(2).bmp]

Selamat Mengundi Kepada Warga Kuala Terengganu...

pakat2 pangkah bulan deh...berehh..!!


seloka Tuan Guru Nik Aziz...

" Rasuah oh rasuah...

Beri salah....Tak beri kalah..

Buat umno serba salah.."

fikir-fikirlah....!!

Friday, January 16, 2009

husam bidas ezam


Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Teruskan dengan temuramah sya~reformis dengan Dato Husam.Pada 16/01/2009..jam 11.30 pagi.di Losong Masjid K. Terengganu.


TUDUHAN dari Ezam :

Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya- Ezam


Jawapan Dato Husam :
Saya dah ada disini!!Saya bukan tuduh,saya cuma kata biasanya orang yang masuk UMNO ni carik makan la.Dulu dia berjuang menentang RASUAH dan PENYELEWENGAN tapi kita tak lagi dengar dia bersuara menentang RASUAH dan MENYELEWENG.


TUDUHAN dari Ezam :
Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.


Jawapan Dato Husam :

Memang la dia nak cuba guna alasan untuk masuk,saya nak cakap apa dia memang nak MASUK!Kita sebagai Pejuang tak boleh bersangkut dengan orang,esok-esok TUHAN akan tanya kita sendiri..Bukan tanya orang tu orang ni,semata-mata keputusan dibuat bedasarkan diri dia sendiri,makna TUHAN akan tanya tu sorang-sorang.


TUDUHAN Ezam :

" Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ' Wallahi, Wabillahi, Watallahi' saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.


Sya bertanya : Ezam telah bersumpah apakah Dato juga akan bersumpah ?


Jawapan Dato Husam : Orang yang bersumpah ini merupakan orang yang tak ada keyakinan diri.Dia tak percaya apa yang dia kata tu betul atau tak.Kalau dia yakin apa yang dia katakan itu benar maka TAK PERLU sesiapa bersumpah.


TUDUHAN Ezam :

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

"Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan…nak tahu apa jawapannya, Husam kata " kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia," katanya.


Jawapan Dato Husam :

Bagi saya,saya lebih menghormati Dato Seri Anwar.Bagi saya Dato Seri Anwar Ibrahim lebih berprinsip dari ezam.


TUDUHAN Ezam :

Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ' pusing keliling' seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.


Jawapan Dato Husam :

Dia (Ezam) memang TOKOH yang hebat,saya tak boleh tandingi dia.Saya hanya orang biasa.


Sya bertanya :

Adakah Dato Menafikan segala Tuduhan yang dilemparkan oleh Ezam ?


Jawapan Dato Husam :

Saya pun tak dengar apa yang dia cakap,tuduhan itu pun saya tak perasan.Yang dia kata saya kenal Dato Seri Anwar Ibrahim,memang saya kenal!!Saya mengenali Dato Seri kerana prisipnya dan ketokohannya dalam politik.


Secara Rumusan tiap-tiap orang ada MARUAH dia sendiri,ada integriti dia sendiri dan istikomah.Kalau dulu dia mengatakan UMNO tak bagus,sekarang dia kata bagus jadi dia hilanglah integriti dia.Dulu dia kata Dato Seri Anwar Ibrahim bagus,sampai dia kena tahan ISA,pastu dia kata Dato Seri tak bagus.Macam mana dia kata dulu bagus sekarang tak bagus!Ini orang yang integritinya menurun.


Sya bertanya :

Bagaimana kalau dia ingin berdepan dengan Dato ?


Jawapan Dato Husam :

Saya harap Ezam keluar dari UMNO dan masuk semula ke dalam PAKATAN RAKYAT,Buat apa lagi duduk dalam UMNO!!!


Sekian temuramah Sya~Reformis dan Dato Husam Musa Pagi tadi.Bagi aku ini jelas apa yang cuba dimainkan oleh Ezam hanyalah untuk mencari nama dan PUBLISITI murahan sempena kempen beliau di K.TERENGGANU.


NOTE Sya~Reformis berkata : Buat Ezam tak payah susah - susah pusing satu KELANTAN nak cari Dato Husam,kalau berani pergi sahaja ke RUMAHNYA dan KEPEJABATNYA!!Jangan kerana banyak cakap tapi apa pun tak boleh pakai.Dato Husam membuka pintu untuk Ezam masuk semula ke Pakatan Rakyat...so Ezam Fikir-Fikirlah!!!

sumber sya-reformis

propaganda jahat...!!

kalau dari asal artikel yang ummi baca di sini....ada sedikit ketidakadilan terhadap DAP..keran kita tidak tahu ianya perbuatan siapa...adakah benar2 DAP..atau pihak yang nak melaga2kan PAS dan DAP..?kita kena peka kerana memandangkan hari mengundi hanya tinggal beberapa jam sahaja...tidak hairan propaganda semacam ini boleh terbit..

sekiranya perkara ini dilakukan oleh DAP..ini memang melampau...tapi gerak hati ummi kata ini adalah propaganda BN...saja nak laga2kan PR...jangan risau BN Kuala Terengganu milik PR...!!


(Gambar: Dua Kepala Babi yang diletakkan atas bendera Pas yang diconteng-conteng.)

(Gambar: Tulisan "OM" diconteng di surau. Siapa dalang sebenarnya yang menconteng bangunan ini? Adakah angkara penyokong ????? yang juga merupakan penyokong tegar ????. Menyamar sebagai India-Muslim untuk masuk ke surau dengan alasan ingin menunaikan solat )


(Gambar: Para jemaah dan penyokong Pas yang terkejut dengan tindakan biadap ?????).



(Gambar: Contengan "FUCK" carutan di pintu masuk surau).



(Gambar: Perhatikan betul-betul tulisan semburan pada dinding surau dengan semburan pada bendera PAS. Ada apa-apa persamaan? Kaedahnya sama iaitu gunakan penyembur cat. Apakah ianya datang dari idea mastermind yang sama?).

ketakutan yang maha hebat...!!

Ramai yang tanya ummi apa yang pelik di PRK Kuala Terengganu ni...uishhh kalau dengar kengkawan ummi cerita memanglah PRK Kuala Terengganu ni memang istimewa...tak tau lah kalau orang lain kata apa...

kepelikan2 yang ketara...
  1. Pengundi tempatan fobia dengan pakaian muslimat.. kalau pakai jubah dengan tudung labuh pengundi tak berani nak dekat..salam pon ujung2 jari saje...alasan kedatangan petugas muslimat kita nak mengkafirkan dorang....kafirkan dari islam hadhari dorang tu kot...haru betol....
  2. malam tadi dapat laporan terdapat 18 rekod nama pengundi yang dah meninggal..tapi hanya 3 laporan kematian yang dikesan..yang hat 15 ni mungkin mati tapi nama hidup balik...mungkin penyu2 akan naik ke darat gi ngundi kot..
  3. terdapat di satu kawasan pengundinya ditakut2kan oleh jentera BN sehingga risalah yang diberi disambut dengan tangan yang terketar sambil mata dok melilau kot2 ada yang memerhatikan depa...dahsyat sungguh ugutan BN kepada pengundi tempatan...
  4. projek mee segera yang dibuat dari pagi sampai la ke tengah malam tak renti2 beb...yang peliknya selama BN pegang Kuala Terengganu ni depa tido saja ka...?
  5. pengundi dikurung dalam rumah supaya jangan bersua muka dengan perayu muslimat ...tak tau siapa yang takut sebenarnya...pengundi atau BN..?nak kata muslimat muka ganas2 dak pulak..semuanye ayu2 dan lemah lembut belaka...ontah la jang oii..
  6. ketakutan BN memang ketara sangat..bila petugas kita serahkan risalah berupa perutusan dari Tuan Guru Nik Aziz dirampas oleh puteri amno dengan alasan kalau baca nanti pengundi jadi lembut hati...fuhh ni ketakutan tahap gaban ni...!!aura Tuan Guru tu...baru baca perutusan
  7. kalau bab abang2 polis..boleh kasi pingat la..pingat pak pacak yang cemerlang,gemilang dan terbilang...terpacak kat setiap simpang jalan wa cakap lu...maknanya dari bulan terbit sampai terbit balik semula....menjadi peronda terhebat...teringat kat lagu Gerak Khas...
  8. kalau bab tempat ceramah antara BN dengan PAS..jauh panggang dari api...walaupon tempat ceramah dekat..ni ummi tak pelik sangat memang mana2 pon dah terbukti ceramah BN takde sambutan..boleh kata kira bape jari kita banyak tu la pendengar depa...
  9. kat kereta2 masa ummi sampai takde nampak pon satu kereta yg ada pelakat parti atau bendera parti...apasal ekk..?? yang gairah orang luar Terengganu..semangat !!
yang ummi senaraikan ini adalah dari pengalaman2 petugas muslimat Perak...dari cerita mereka2 ni ummi rumuskan PRK Kuala Terengganu yang agak gayat adalah pengundi melayu yang duduk dikawasan pinggir badan...kebanyakkan mereka ditakut2kan..sekiranya undi PAS tak dapat pembangunan...yang ummi heran depa yang dah memerintah tak pulak buat pembangunan yang sepatutnya rakyat tempatan dapat...jalan lobang2 sekarang baru nak tampal ke...!!

PRK Kuala Terengganu telah menyerlahkan ketakuatan BN..bukan penduduk Kuala Terengganu...

wallahualam..

bila ganu jumpa perak...

pagi ni sambil sarapan dengan petugas muslimat..macam2 cerita depa stori mori selama mereka bertugas di sini...tapi ada satu peristiwa yang buat kami gelak tak kering gusi...

peristiwa itu berlaku selepas satu program tazkirah bersama Tuan Guru Haji Hadi...sedang mereka menjamu selera di majlis tu..seorang ustazah pimpinan negeri bertanya kepada muslimat Perak..tengah borak2 dengan muslimat ada soalan yang lucu ditujukan pada mereka..

ustazah : rama ke nekibeh..?(dengan loghat ganu)

kak bada : ramai...semua ni nekibeh..(naik bas kot...)

ustazah : oo..baguh la..!! (senyum)

kak ana : kak Naqibah tak datang lagi..15hb nanti baru dia sampai...(ustazah Naqibah ni bekas ketua muslimat Perak..)

kerut dahi kehairanan..disebabkan utazah tu dalam keadaan kepelikan yang amat sangat..jadi kak jah pulak bukak mulut..

kak jah : ustazah tanya apa..? naqibah ke..?

ustazah : ye..!!

kak jah : oo..walaupon takde ustazah..tapi ramai yang boleh handle majlis bacaan Yassin dan sebagainya..insyaAllah la..

penyudahnya...ustazah tu pon tak mau tanya apa2 dah...apa ke tidaknya..macam itik sembang dengan ayam jadinya..masing2 nak perkasakan loghat negeri masing2...akibatnya sendiri tanggung..hehehe..

Thursday, January 15, 2009

bersama petugas muslimat PAS Perak..


deretan bendera yang menyambut kami...

Alhamdulillah ummi dah selamat sampai di Kuala Terengganu di upu Kg.Kolam Kuala Ibai pada jam 5-40ptg...kuar rumah 6.40 subuh....tapi disebabkan salah satu kenderaan yang bersama dgn kami telah mengalami sedikit kerosakkan ...alhamdulillah semuanya selamat tiba..

ummi berkampung bersama muslimat Perak di upu Kg.Kolam Kuala Ibai ini..muslimat2 Perak terdiri dari kawasan Parit Buntar..Bagan Serai..Taiping..Bukit Gantang..Larut...Grik..Sungai Siput..Kampar..Tanjung Malim..Teluk Intan..Parit..Ipoh..Bagan Datoh..

ummi dipahamkan muslimat telah mula berkampung pada hari penamaan calon lagi...muslimat telah melakukan berbagai program bersama muslimat Terengganu...program seperti merayu undi dari rumah ke rumah..ziarah..sebar risalah...bacaan Yassin..ceramah kelompok...telah diadakan seperti yang telah dirancangkan bagi mendekati para pengundi...

Hari ini isteri Pesuruhjaya Perak..Puan Hajjah Rosiah Salleh telah mengadakan ceramah kelompok bersama MB Perak dan Tuan Ibrahim Tuan Man..

setakat ini dulu ye...ummi akan masukkan cerita2 dari pengalaman para petugas muslimat PAS Perak selama mereka bertugas disini.....banyak kisah yg ummi rasa pelik telah berlaku di PRK Kuala Terengganu ini yg tidak terdapat di PRK di tempat2 lain....pendek kata komen para petugas ialah..PRK Kuala Terengganu ini memang jauh berbeza dengan PRK yang sebelumnya...dasyat..sungguh dahsyat...


muslimat baru pulang dari menghantar risalah dan merayu undi..

Selamat Bertugas..!!

Wednesday, January 14, 2009

mampukah BN pegang kerusi Kuala Terengganu..??

Seramai 70,703 pemilih Melayu akan menentukan sama ada BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi dengan majoriti tipis 628 undi pada Mac tahun lalu.

Daripada jumlah pengundi 80,229, kira-kira 50 peratus pemilih wanita dan 45 peratus berusia bawah 40 tahun.

PAS dengan bantuan PKR dan DAP memberikan tumpuan di DUN Bandar. Sementara BN pula cuba menembusi DUN Wakaf Mempelam dan Batu Burok yang menjadi kubu kuat PAS.

Sementara DUN Ladang yang dimenangi PAS pada Mac tahun lepas dengan majoriti tipis 31 undi pada umumnya lubuk kekuatan BN.

DUN tersebut buat pertama kali dikuasai PAS pada 1999 yang menyaksikan gelombang besar undi protes penyokong Umno dalam isu pemecatan dan pemenjaraan Anwar.

Di Wakaf Mempelam yang diwakili Abdul Wahid, BN cuba menjelaskan bahawa PAS di Perak lebih mengutamakan orang Cina apabila memberikan hak milik kekal tanah kampung-kampus baru.

Isu ini dibimbangi oleh PAS boleh mengugat sokongan pengundi atas pagar dan simpatisannya.

Tetapi serangan PAS terhadap calon BN - misalnya mendakwa beliau seorang yang sombong dan pernah meminggirkan bekas ahli parlimennya Datuk Razali Ismail - meletakkan jentera BN dalam keadaan bertahan.

"Kita sudah biasa dengan janji pembangunan, tidak payah cakap semua orang tahu kerana ini pilihanraya," katanya.

Dalam persaingan dekat antara dua calon BN dan PAS saat ini, tiga hari sebelum pengundian, rata-rata pemilih Melayu di Kuala Terengganu sukar meramalkan siap yang memenangi kerusi parlimen tersebut, Sabtu ini.

Menurut mereka, papan tanda, bendera, risalah dan ceramah tidak boleh menjadi kayu ukur kekuatan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh atau Mohd Abdul Wahid Endut.

ummi...

iyo la...walaupon BN letak berlori2 polis kat sana kalau Allah nak bagi PAS menang hangpa nak kata apa...?? pada yang pacak banyak bendera dan poster...pastikan pembayaran untuk semua itu dibereskan...dan pada petugas2 PR...semakin dekat hari mengundi...kena lah kita semakin berwaspada dengan taktik jijik pihak lawan...

JANGAN LEKA....MUSUH SENTIASA MEMERHATIKAN ANDA...!!!

Kuala Terengganu akan ditawan..!!

KUALA TERENGGANU,14 Jan (HRKH) - PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti.

Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam kepada Harakahdaily.

Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperolehi sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'.

"Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi

Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN.

"Apatah lagi dengan isu penutupan markaz DAP di kampung Cina baru-baru ini menambahkan lagi kebencian terhadap Umno-BN," ujarnya.

selanjutnya di sini -->harakah


sumber ahmadzawawi

Bahang panas diselekoh akhir Pilihanraya P.036 semakin terasa. Dari sumber saya yang sekarang berada ditengah-tengah medan itu terlalu banyak petunjuk yang menyatakan Pakatan Rakyat akan sekali lagi mengekalkan rekod memenangi setiap pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU 12.

Label ” pakatan rapuh “ yang diberi oleh BN nyata meleset. Lihat saja di Sidang Khas Parlimen mereka solid menentang kekejaman rejim zionis.

Pendekatan “mesra angka” yang BN lakukan sekarang pada akhirnya memakan diri. Dari sebelum penamaan calunpun BN sudah mula main angka iaitu Tambahan 400J dan 25000 bahan bimbit murid tahun V. Angka yang terakhir ini ialah rakyat Terengganu akan memperolehi 3 billion sekiranya harga minyak terus naik. Rakyat dinegeri-negeri yang ta` dapat royalti “biak pi la kat depa”.

Menyedari yang BN telah meminggirkan golongan muda, B erita Harian hari ini telah mengambilalih peranan dengan cara pro-aktif membekalkan Satu Sisipan yang mengandungi nama-nama pelajar(Terengganu) yang lulus cemerlang dalam PMR baru-baru ini. Disini saya rasa pelik sikit kerana para pelajar lepasan PMR belum boleh mengundi. Dalam hal ini saya mengaku kalah kerana ta` dapat nak figure out apa motifnya.

Menurut satu kajian, akhbar amat kurang dibaca diKuala Terengganu . Hanya TV yang ketara ramai penonton. Ini tidak termasuk Astro yang langganannya masih belum memuaskan.

Seperkara lagi BN terlalu banyak menumpang populariti Allahyarham Datuk Razali tentang Aspirasinya, Kegigihannya serta inteleknya.

Bagi para pendokong PKR dari seluruh negara yang berkampong di KT mereka mahu membalas budi pendokong-pendokong PAS sewaktu di Pmtg Pauh tempoh hari

bloggers turut serta berkempen...

Aku dengan Sya-reformis ikut team wanita PKR Perak pi berkempen. Mula-mula, dari Pantai Chendering nak pi ke Batas Baru, dalam DUN Ladang. Cuma satu yang kurang seronok sikit….pasai apa poster calon Pas tak dak?

Dari tempat penginapan , aku pusing punya lama..pasai tak tau jalan nak pi Batas Baru…tapi sekeping poster calon Pas pun tak nampak! tak siap lagi ka? Mengundi cuma tinggal lagi berapa hari…tak kan poster pun tak siap lagi?

Dari Bilik Gerakan PKR kat Baru, kami pi kat satu tempat ….markas Pas. Kami orang luar…datang cuma nak bantu…itu pun kalau orang suka. Tapi aku pun heran….kita datang punya ramai…muslimat Pas macam tak minat saja.

Depa suruh kami pi buat culaan…lepas tu depa cabut. mana la kami tau kawasan tu… ada la sorang petugas Pas yang depa suruh ikut kami…tapi dia pun tak dak maklumat apa-apa.. Senarai pengundi pun tak dak, peta kawasan pun tak dak…nak buat apa? Depa suruh kami jalan kaki…depa naik Hi-Lux.

Aku tau…ada nanti orang kata..”Matsamankati memang macam tu…nampak yang tak baik saja..” Wei!! bukan aku sorang saja blogger yang ikut kempen..ramai lagi. Nak tau berita terkini…hangpa pi baca blog Sya-reformis. Suhaimi Lubuk kawah pun ada, Chegu Bard pun ikut sama.

kempen-11

Dia tulis yang baguih…tapi aku risau!! Anwar pun kata..”jangan over-confident!” dan apa yang aku tengok…pilihanraya kecil Kuala Terengganu ni memang lain macam. Tak rasa macam pilihanraya. Relax sangat. Risalah sikit sangat…kerja pun tak teratur..tak ada koordinasi. Wanita PKR buat kerja sendirian…kalau boleh jalan sama-sama dengan muslimat Pas kan baguih!

wahid-endut1

Semasa Wanita PKR pi buat culaan undi, Calon Pas, Wahid Endut pun ada kempen sama kat tengah pekan. Aku pun cuba hambat dia..fuiyo!…pasai apa jalan macam ribut? Laju sangat! Kalau tak boleh salam dengan orang perempuan pun…sembang-sembang la sikit..ni dok salam dengan lelaki saja…orang perempuan tak mau pi jumpa pun. Tak kan nak undi dari lelaki saja?

Tak tau nak kata la…kalau takat DUN Ladang dan DUN Bandar….kerja kena kuat sikit. Aku tak puashati.

suber perakexpress

akan adakah serangan pada website lain selepas TKO..??

Sebelum...
Selepas...

hari ini TKO diterjah oleh penjenayah cyber...apa tujuan mereka buat macam tu..?? yang pasti kerana maklumat yg dimuatkan menggugat satu pihak yg sedang dalam kepedasan....cili apa TKO pakai ni..??

tapi barang diingat..kemungkinan penjenayah ini sedang merancang jenayah yg lebih besar...TKO mungkin hanya sebagai bahan ujian sahaja..mungkin mereka hendak mensasarkan pada yg lebih berkuasa dan lebih hebat...kerana seerangan mereka pada website yang ramai pelayarnya ...bak kata perisik rakyat..
"Dikhuatiri bahawa kesilapan anda mengakses akan mengakibatkan password anda di curi oleh pihak-pihak yang mencuri peluang atas kesilapan anda..."
kita tahu ramai yang mengakses di TKO..YB2 pon ada....jadi tak mustahil mereka akan ceroboh blog atau web anda dengan senang....jadi disarankan kita menukar password untuk langkah berjaga2...

dah rasa macam kat Palestin lak dalam alam cyber ni...cybertrooper nak serang website2 pembangkang...peluru pertama mereka dah lepaskan pada TKO...kemana pula halanya peluru seterusnya...?? kepada webmaster2 pengendali web PR....berjaga2..jangan tido..sentiasa perhati pergerakan musuh2 anda...semakin dekat kita dengan hari mengundi...semakin kita kena berjaga2..musuh ada di setiap penjuru..sedang memerhatikan kealpaan kita...

sumber maklumat melalui internet telah diakui pihak lawan sebagai senjata yang paling hebat bagi menjatuhkan musuh...cubaan2 pihak lawan untuk menarik perhatian rakyat terhadap provokasi yang dihamparkan...tidak berkesan sebagai yang diharap..maka jalan terakhir adalah dengan mengebom laman2 web yang menjadi kubu pertahanan kepada PR...

wallahualam...



wallahualam....fuhh..dasat tol...

Tuesday, January 13, 2009

betol-betol..atau cobaan ..???

Tanpa Nama TranungKite Admin berkata...

Laman web tranungkite.net telah rosak akibat pencerobohan dan tidak dapat di akses lagi.

Buat masa ini TKO beroperasi di http://www.tranungkite.07x.net/

harap beri sokongan.

- Webmaster- Tranungkita.net




harap2 ini benar-benar dari webmaster TKO...mintak2 ini bukan cobaan...!!
ummi dah naik cuak pulak..!!

web ni dalam siasatan..dan dalam siasatan awal perisik maya kita dapat mengesan kerja mengklonkan TKO buat kali yg kedua...

Awas bagi para pelayar laman web TKO. hari ni pihak kami telah mengesan klon laman web TKO yang menggunakan link http://www.tranungkite.07x.net/. pada pelayar yang melayar web Klon TKO pada link diatas dinasihatkan supaya tidak meng log in kemana-mana ruangan forum atau bahagian yang memerlukan akses menggunakan password.

Dikhuatiri bahawa kesilapan anda mengakses akan mengakibatkan password anda di curi oleh pihak-pihak yang mencuri peluang atas kesilapan anda.

Harap korang tak terpengaruh dengan laman web tersebut yang diwujudkan dengan tujuan yang tidak baik.

Untuk pengetahuan korang jugak, laman web TKO masih tidak dapat diakses buat masa ini kemungkinan kerana masalah server yang tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang semakin ramai berikutan Pilihanraya Kecil Parlimen 036 akan berlangsung tidak berapa hari lagi - aku agak la... stakat ni x dapat nak berhubung pun dengan mana-mana webmaster TKO... susah ke nak kontek sesame sealiran untuk penyebaran maklumat?

Mana-mana webmaster TKO sila hubungi mail saya poji2ya@gmail.com untuk mengupdate situasi laman anda.

TKO telah lenyap....!!

ewah..ewahh...ni betol2 make my blood go up....!!

ni tempat ummi lepak2 jugak...hampeh punya manusia..PHD kuat sangat...
buat orang meluat...kalau ummi dapat org yang gatai tangan tu..
ummi titik jari dia...!!!









MAKLUMAN TERKINI: Laman Web TKO telah ddos attack pada jam 12 tgh tadi (13 Januari 2009) dengan nilaian yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi. Serangan datang daripada pelbagai server termasuk Brazil, China dll. Anda boleh mendapatkan berita buat semnetara waktu daripada laman UO atau Detikdaily.

Awas - TKO hanya mempunyai e-mel tranung2006@yahoo.com sahaja. Sebarang laman baru atau e-mel baru adalah perancangan penceroboh untuk mengesan forumer TKO.

- Cybershot

*Celaka umno serang forum tempat gua lepak lepak. Mula mula Harakah. Pastu TKO pulak. Takkan nak pegi lepak tempat pembunuh ni atau tempat sial ni pulak. Huh!


a. Sebarang laman baru atau e-mel baru adalah perancangan penceroboh untuk mengesan forumer TKO.

- Cybershot

*Celaka umno serang forum tempat gua lepak lepak. Mula mula Harakah. Pastu TKO pulak. Takkan nak pegi lepak tempat pembunuh ni atau tempat sial ni pulak. Huh!-semutmalaysia

:Man07:

TKO hilang pulak dah...!!!

pagi tadi TKO diklonkan...sekarang TKO hilang pulak dah..sapa2 boleh bagitahu apa yang dah berlaku kat TKO..??

smileys

BloggersNetwork@Malaysia Berjaya Patahkan Serangan Cyber UMNO

setelah ummi menghubungi beberapa orang perisik maya tentang web Tranungkite Online...mereka berjaya memastikan telah berlaku pengklonan web TKO oleh pihak2 yang gatai tangan dan tak bertanggungjawab...dengki bebenor kome dengan TKO ye..dah le teman dengan hubby teman menjadi pembaca tegar TKO...

mula2 baca pengumuman tu kat komen blog perisik rakyat..yang heran dia guna 'anonymous'..dah tu kat blog perisik rakyat saja yg dia bagitau...lagi satu heran web sama cuma link saja yg lain...so dengan bantuan team BloggersNetwork@Malaysia berjaya menumpaskan jenayah cyber ni terhadap TKO...

siapla korang kat PRK Kuala Terengganu pada 17 Jan ni...BN AKAN KALAH...!!
"UMNO sudah mulakan serangan di alam cyber.mereka bidan web klon dan
email palsu. tapi taktik kotor ini berjaya dihidu oleh para pejuang
dari Bloggers Network Malaysia.

EMAIL PALSU:

MULA

Pengumuman kepada semua pengunjung setia laman web
http://www.tranungkite.net , ahli forum, kelab TKO dan sesiapa sahaja
yang mengikuti perkembangan laman web ini.

Dukacita dimaklumkan bahawa lawan web tersebut telah pun di ceroboh.
Buat masa ini , kami tidak mempunyai akses ke lawan web tersebut
kerana penceroboh tersebut telah menukarkan password team admin dari
memasuki laman web tersebut.

Untuk tindakan susulan, pihak TKO telah membuat satu laman web
sementara yang beralamat di http://tranungkite.freehostia.com dan
email team admin yang di gunakan sekarang ialah tranung2009@gmail.com.

Di harap pengguna semua bersabar dengan dugaan ini. Semoga sama sama
kita berjaya melalui minggu-minggu yang mencabar ini

-WebMaster- TranungKite.net


AKHIR


pejuang HAMAS..hehehe..pejuang (Topeng Perak Xinwugi) dari BloggersNetwork@Malaysia berjaya mematahkan serangan cyber dari UMNO yang
membina laman web klon bagi tranungkite.net

laman web klon digunakan untuk perang saraf dan melumpuhkan moral
laman web klon tersebut yang beralamat di
http://tranungkite.freehostia.com/ berjaya dilumpuhkan.

tahniah diucapkan kepada Topeng Perak Xinwugi dan BloggersNetwork@Malaysia

Diharapkan kita berjaga-jaga sebelum PRK P36.

Blog Topeng Perak Xinwugi ialah di www.perisik-rakyat.com
Blog Umi Hani ialah di http://haninasution.blogspot.com/
Blog asrol ialah di www.kelatekito.com dan webpanas.blogspot.com "

TAHNIAH team BloggersNetwork@Malaysia..

---------- Forwarded message ----------
From: support@freehostia.com <support@freehostia.com>
Date: Tue, Jan 13, 2009 at 10:06 AM
Subject: Re: Contact form: CLONE WEBSITE
To: asrol.affandi@gmail.com

Hello,

Thank you very much for the information that you have provided. I will
terminate this site and corresponding hosting account right away.

Best Regards,
Peter
Support@Freehostia.com
http://www.freehostia.com

asrol.affandi@gmail.com wrote:
>
> Name: asrol
> Email: asrol.affandi@gmail.com
> IP: 118.100.1.173
>
> Â http://tranungkite.freehostia.com/ is a clone website.this website abused your TOC.this web is a phisher web
>
> please take down this website a.s.p
>
> the original site is http://www.tranungkite.net/v8/
> thank you.

tranungkite di ceroboh..??

pagi ni semasa jenjalan kat blog perisik rakyat ummi terbaca satu komen yang berbunyi TKO telah dicerobohi..jadi ummi nakkan kepastian akan berita ini...kalau benar memang gatal betol tangan yang menceroboh tu..

dah dekat2 nak pilihanraya ni macam2 pulak terbit..tolong sahihkan berita ini...


Anonymous Anonymous said...

Penting !!!!! TKO telah di ceroboh

Pengumuman kepada semua pengunjung setia laman web http://www.tranungkite.net , ahli forum, kelab TKO dan sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan laman web ini
Dukacita dimaklumkan bawaha lawan web tersebut telah pun di ceroboh. Buat masa ini , kami tidak mempunyai akses ke lawan web tersebut kerana penceroboh tersebut telah menukarkan password team admin dari memasuki laman web tersebut.
Untuk tindakan susulan, pihak TKO telah membuat satu laman web sementara yang beralamat di http://tranungkite.freehostia.com
dan email team admin yang di gunakan sekarang ialah tranung2009@gmail.com
Di harap pengguna semua bersabar dengan dugaan ini. Semoga sama sama kita berjaya melalui minggu-minggu yang mencabar ini

-WebMaster- TranungKite.net



Monday, January 12, 2009

taktik ala gangster di PRK Kuala Terengganu...

http://drnealwinslow.files.wordpress.com/2007/11/gangster-chimp.jpg

1. DAP diarahkan menutup pusat operasinya. Arahan datang dari Menteri Besar Terengganu. Para pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dilaporkan bertegang leher dan bertikam lidah dengan Ronnie Liu yang membantah arahan itu.

2. Kesemua kakitangan Primula Park Royal Beach Resort yang berdaftar sebagai pengundi diarahkan oleh pengerusi hotel itu supaya menyerahkan kad pengenalan masing-masing. Hotel itu dimiliki oleh kerajaan negeri Terengganu.

3. DAP dan PKR diarahkan menurunkan bendera masing-masing.

4. Orang-orang yang tidak dikenali muncul sebagai 'pengundi berdaftar' di beberapa rumah di Kuala Terengganu. Para pemilik rumah merasa terganggu apabila orang-orang yang tidak mereka kenali mendaftar sebagai pengundi berdaftar dengan menggunakan alamat rumah mereka.

5. Polis menyoalsiasat ahli jawatankuasa sebuah kelab persendirian di Kuala Terengganu di mana Raja Petra Kamarudin dijemput oleh salah seorang ahlinya untuk minum di situ. Kelab itu diberi amaran supaya jangan membenarkan Raja Petra datang ke situ lagi.

Dalam Umno pula, penagih-penagih rasuah tak segan silu lagi bertanya, "Agong ada?" Perwakilan yang berpengaruh akan meminta sehingga RM200,000 dari calon Ahli Majlis Tertinggi yang menagih undi dan sokongan, lapor Malaysian Insider.

Teringat pula cerita orang dari sebuah kumpulan yang pada siang hari berpidato, bertempik dan berdemonstrasi memaki hamun Cina serta menuduh orang lain menjadi alat Cina dan takut melaksanakan hudud kerana ditekan Cina. Pada sebelah malamnya, si tukang maki Cina di waktu siang itu merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah untuk merasuahkan babi-babinya supaya mengundi beliau.

Saya tak ingat nama kumpulan itu

sumber penarikbeca


selalunya perkara2 yg begini dilakukan oleh pihak2 yang dah nampak akan kekalahan mereka...
woii kalau dah canang satu alam awak akan menang buat apa buat jahat weii..terima la kekalahan dengan penuh bermaruah..jangan penuh dengan barua...!!

Sunday, January 11, 2009

MJ dengan topengnya...!!

arikel kali ini sekadar nak meringankan kepala hotak kejap....kali ini sekadar nak kongsi cerita pasal MJ atau nama Islam dia Mikaeel...bukan KJ tau...MJ ni memang ummi minat dari anak dara sampai la dah jadi mak dara...lagu2 dia memang ngetop gitu loh...tapi sejak dia memeluk Islam ummi tak penah tgk dia..semalam ummi dapat gambar MJ ni kat email...nak gelak pon ada tengok dia..pelik pon ada...tapi yg pasti ummi gelak tengok pesen pemakaian dia...hehehe

Pakaian cara islam Versi Michael Jackson....ummi tak tau dari mana dia dapat idea buat pesen camgini..hahaha

tak apala...janji amalan tak lari dari ajaran agama Islam....semoga MJ jadi muslim sejati...


Sejak memeluk Islam baru-baru ini,
Michael Jackson kelihatan cuba untuk tampil berpakaian seperti budaya Arab. Terbaru, Michael di lihat memakai satu sut pakaian ala-baju kurung dengan seluar bersama tudung.

Yang membuatkan penampilan Michael Jackson ini menjadi pelik adalah pemakaian penutup mata yang hampir sama dengan apa yang dipakai oleh watak hero, Zorro.

suka ati ko lah michael...janji ko bahagia...
hahaha

PAS bakal menang..InsyaAllah,,,!!



Saya hadir ke KT pada hari penamaan calon. Sejak dari hari itu, saya merasakan bahawa PAS boleh menang. Memang terasa tiupan angin bawahan bahawa pengundi-pengundi mahukan PAS menang di dalam Pilihanraya Kecil ini.

Orang-orang biasa yang rasa-rasanya semacam penyokong UMNO bercakap tentang kebaikan calon PAS sehingga ada yang berkata bahawa jika calon PAS itu bertanding di Wakaf Mempelam berlawan dengan calon PAS disatu pihak dan calon UMNO dipihak yang lain, nescaya beliau akan menang.

Ini bererti calon PAS ini benar-benar boleh diterima oleh rakyat.

Pembaziran wang yang melampau-lampau oleh Barisan Nasional/UMNO menghabiskan wang rakyat iaitu Dana Khas/Wang Royalti seolah-olah "wang mak-bapak mereka" yang tidak menfaatkan rakyat menjadi buah mulut orang ramai.

Mereka juga kata perlawanan ini adalah diantara calon pilihan rakyat dengan burung cenderawasih. Cenderawasih ini bermaksud "yang hanya makan diawan, tidak turun ke bumi".

Saya juga dapat rasakan bahawa PAS sudah bersedia untuk pengundian. Di sini, tidak ada kesibukan lagi untuk berkejar-kejar menjalankan kerja. Seolah-olah semuanya sudah tersedia.

UPU PAS sudah lakukan segala-galanya, dan petugas-petugas dari luar bolehlah diibaratkan sebagai "nasi tambah" sahaja. Kalau ada nasi tambah, Alhamdulillah; kalau tak ada pun, tak memudharatkan langsung.

Trengganu mempunyai pimpinan PAS dari semua lapisan yang hebat-hebat. Mereka mempunyai pimpinan Ulamak yang begitu ramai. Mereka mempunyai pimpinan profesional yang tidak kurang ramai. Mereka mempunyai petugas-petugas untuk semua jenis kerja yang begitu ramai.

Kehadiran petugas-petugas luar sekadar dialu-alukan untuk memanaskan sedikit suasana pilihanraya, dan tanpa mereka pun, tidak menjejaskan sebarang persediaan.

Jika seseorang itu datang untuk melihat suasana "Permatang Pauh" ia akan keciwa. Jika seseorang datang sekadar untuk melancung, juga ia akan merasa keciwa kerana tidak terdapat suasana yang boleh menimbulkan keseronokan.

Petugas-petugas luar akan dapati diri mereka lebih banyak berihat di Markaz-Markaz daripada terlibat diperingkat bawahan.

Kesibukan sedikit hanyalah diwaktu malam kerana akan berlaku ceramah-ceramah yang banyak iaitu yang berbentuk kelompok.

Kehadiran polis yang begitu ramai, katanya sudah menghampiri 10,000 orang mendatangkan keresahan penduduk Kuala Trengganu

sumber lubok kawah

undilah calon BN ...!!

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.

3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.

9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam.
Ulama yang saya maksudkan di sini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.

sumber PKR Pahang

jom pakat undi BN..!!

ummi nak berehat sementara waktu mengutuk si Israel laknatullah..

sekarang time ummi nak jenguk PRK Kuala Terengganu..apa cite sekarang ekk...intai sana intai sini..ada cerita pasal mat kotak(Mat Ezam) dah ada di sana..dia dah keluar dari kotaknya..tak laku2 lagi ke kotak hang Mat Ezam..?

bersemangat betol Mat Ezam berceramah..tapi sayang hang jejak aje kaki ke Kuala Terengganu maka mencerahkan lagi kekalahan BN...tak caya..kita lihat.. sapa yang kenaaa...!!

Najib pulak sibuk warning pengundi cina jangan termakan gula-gula parti luar...parti luar mana..?? ooo..selain parti BN tu kira parti luar rupanya...
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kuala Terengganu agar tidak terpengaruh dengan 'gula-gula' parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.

uikk...Najib merapu meraban lagi...sapa yang suka bagi gula-gula kat pengundi selama ini..bukan BN ke...? gula-gula projek...gula-gula rasuah..gula-gula hiburan....cuma gula-gula getah aje BN tak kasi...
''Tak payahlah orang lain nak gula-gulakan satu dua hari ini. Tapi bila puak satu lagi perintah masa tahun 1999, mereka tak bagi tempat pun kepada kaum Cina.

''Hanya BN sahaja yang berikan. Waktu pilihan raya ini ada orang datang bagi buah limau tapi janganlah kita terpedaya, tertipu kerana inilah mainan politik parti lawan sedangkan selepas pilihan raya, kita sendiri yang perlu jalani kehidupan," katanya.
iya betol kata Najib...jangan terpedaya..jangan tertipu dengan kata2 manis BN itu...warga Kuala Terengganu yang akan menjalani kehidupan..BN ibarat habis madu sepah dibuang...!! jaga-jaga..

Najib berkata, sejak daripada seseorang itu “lahir sehingga ke liang lahad”, kerajaan BN menjadi pembela rakyat.

“Di Malaysia daripada kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan,” katanya
uishh...takburnya Najib...!! memang BN banyak bagi pertolongan..pertolongan cepat ke liang lahad...buat perumahan di lereng2 bukit...rakyat beli lepas tu runtuh...

ni ada surat untuk pengundi Kuala Terengganu dari warga Bukit Antarabangsa...baca jangan tak baca..!!

menolong mempercepatkan anak2 remaja melahirkan anak sebelum nikah...memang semua itu bantuan dari kerajaan BN..terima kasih dan tahniah buat kerajaan BN..

UNDILAH BN...!!

kalau nak hancusss....

BloggersNetwork@Malaysia bersama Husam Musa...



Satu wawancara Khas telah diadakan oleh para bloggers dengan Exco Kerajan Negeri YB.Dato Husam Musa yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan.Pelbagi isu dan soalan berkaitan dengan Rakyat,Negeri,dan Kerajaan Pakatan Rakyat diajukan.Didalam Wawancara ini juga Dato Husam telah merasmikan Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia yang buat pertama kali diadakan di Pasir Puteh Kelantan.

Didalam Wawancara itu YB.Dato Husam yang mewakili Kerajaan Negeri menyokong dengan sepenuhnya penubuhan BloggerNetwork@Malaysia ini.Pihak Kerajaan Negeri juga akan memberikan Sokongan penuh dan juga akan menyalurkan Maklumat kepada Rakyat melalui BloggersNetwork@Malaysia dengan lebih terperinci.





sumber sya-reformis

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil