Followers

Friday, August 07, 2009

misteri tingkat 15..!!

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie3nPHPD3q8_k9NsXp-k82IF3RoZowVRdz2FHCA-nPjWQ2JdwwZLrtOdfEsocRea48YYFcfd__GOM6o-xKIQSiAG209Z4FDPwlMGeUHW4PkVBQ1OPtwiUlQ5Oj5D508iBHVxTLQCS_maw/s320/tanda-soal-240x300.jpg


Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.

apa yang pernah berlaku di tingkat 15..? kita akan bongkar misteri kematian TBH satu per satu..

sedikit cerita tentang H1N1 yang perlu kita tahu...



Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......

day 5 and above lung collapse @ koma



langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia

H1N1..bala dari Allah atau bencana alam ..??!!

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku
Allah Berfirman dalam Surah Al Israak Ayat 16 yang bermaksud..."Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (pemimpin -pemimpin supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan azab dari Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Faktor atau punca berlaku bala

forum agama cuba menyelongkar pendekatan daripada hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda:

1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).
4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.
5- Terlampau mewah.
6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).
7- Tipu menipu dalam perkara dunia.
8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).
9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.
10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.
11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.
12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.
13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.
14- Riba wujud di mana-mana.
15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.
16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
18- Ibu melahirkan tuannya.
19- Bangunan pencakar langit.
20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.
21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.
22- Berlaku peperangan demi peperangan.
23- Masa akan menjadi singkat.
24- Muncul galian-galian bumi.
25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.
26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.
27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.
28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.
29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.
30- Menggadai agama kerana dunia.
31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.
32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.
33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.
34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.
35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.
36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.
37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.
38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.
39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.
40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.
41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
42- Apabila minuman keras tersebar luas.
43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.
44- Artis-artis wanita diagung-agungkan.
45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).
46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu. 

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa.

Apa yang tersenarai di atas sudah pun berlaku..maka apa yang melanda negara ini kita kena akui ianya sebagai bala..walaupun kita katakan ianya bencana alam untuk menyedapkan hati..tapi bukankah segala bencana datangnya dari Allah..

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab siksanya.” (S. Al-Anfal: 25) 

Thursday, August 06, 2009

Polis Trafik...Kawan Baik & Saman

 http://farm1.static.flickr.com/26/52695048_b3104cb4c0.jpg

Suatu Hari........ .
 
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau.  Harun  segera  menekan  pedal  minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di sini cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang.  Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit ....!! 

Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawin dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku nak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,  kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama perhatikan kau. ...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."


Harun mesti ganti strategi. 
 
"Jadi,  kau nak saman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala. ."  
 
 Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta Harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa  berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini? 
 
Ternyata  lesen memandu dan kad pengenalan dikembali kan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman  aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.


"Harun,

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia, dilanggar pemandu  yang  tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.
 
Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian  menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan  kembali  lagi.

Beberapa  kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run"
 
Jamal
 
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. 
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan  dengan hati  tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

 
Tak semestinya anggapan kita  adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga,  jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
 

mat rempit yang terlampau...18 sxxx

[matrempitDiranjang.jpg] 
gayat ummi tengok orang yang terlampau camni..ishh..ishh..ishh..!!

Tuesday, August 04, 2009

berita paling GEMPAR...!! lagi pimpinan UMNO nak masuk PKR...

Berita gempar baru masuk, para pemimpin tinggi UMNO masuk PKR. Mereka adalah Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Shahrir Samad, Datuk Azmi Khalid dan Ruhanie Ahmad dari blog popular Kuda Kepang.

Namun berita tersebut masih lagi khabar angin, belum ada sesiapa yang dapat sahkan.
KuLi yang sebelum ini dipelawa oleh Datuk Zaid Ibrahim untuk masuk PKR melalui blog MyZaidIbrahim, walaubagaimanapun menolaknya juga melalui satu artikel di The Malaysian Insider.
Artikel yang berjudul “Why I shall not be accepting Zaid’s offer” menyebut, “I am not in Umno because I “harbour hope of saving Umno” in its present incarnation. I remain because the cause for which Umno was formed, and the principles which guided its promotion, has not gone away just because we have lost our way 60 years later, and they need to be upheld.”

Jika kita teliti artikel tersebut, kita akan ketahui bahawa Ku Li komited kepada perubahan, jadi khabar angin yang mengatakan bahawa Ku Li akan masuk PKR tidak boleh kita tolak bulat-bulat.
Seorang pembaca yangm emberi komentar, mempertikaikan kemasukan Isa Samad ke dalam PKR. Beliau ragu-ragu dengan berita ini, berkemungkinan ia hanyalah cuma khabar angin.
Kata Haji, “[...] tapi isa samad - what the heck he want to join PKR, can’t get along with najib ? kita tunggu dan lihat , may be it is bull(tipu) too .”

Beliau juga bimbang kalau-kalau PKR jadi seperti UMNO dan melabelkan PKR sebagai parti Anwar Ibrahim. “will PKR be the neo of UMNO plus neo MCA plus neoMIC?? atau parti Negara - cita cita tak kesampaian Dato Onn atau apa yang mungkin nak dibuat Burhanudin Helmi sebelum beliau jd leader PAS… , ahh it is Anwar Ibrahim party anyway… , Anwar you know Anwar, ingat Mahathir pikir dia je yg boleh gulai malaysia”

sumber perakexpress

Mamat Khairul Azam yang akan terima pingat KASUT MELAYANG..


Betul ke mamat Khairil ni ahli PAS..kalau betul kenapa dia engkar dengan arahan TGNA dan TGHA..?? mintak siasat mamat ni..macam nak burukkan PAS je gayanya..ahli PAS takde ' DEGIL ..JAHAT..BODOH ' membabi buta macam mamat ni..dan kalau betul la mamat ni ahli PAS boleh pulak dia suruh polis pi tangkap Presiden PAS..dia ahli PAS ke BEKAS ahli PAS ni..kang tak pasal2 dapat kasut mamat ni..
Mamat ni juga dengan rasa bertanggungjawabnya telah meneliti kerosakkan harta awam kat lokasi perhimpunan anti ISA..banyak harta awm rosak kata dia..tong sampah rosak..lampu rosak..telepon awam rosak..kalau tengok mamat ni bercakap dengan gaya ala-ala nyah gitu takde nye gaya ahli PAS..HAMPAS adalah...

Monday, August 03, 2009

Keranamu ISA.....

1 Ogos 09.. satu lagi sejarah hitam untuk PDRM tercatit di minda rakyat...kekerasan adalah hak mutlak PDRM..keganasan adalah cara tindakan PDRM..

ummi selalu ikut berdemo sebelum2 ini..cuma sebelum ini ummi selalu terlepas adengan disembur air kimia dan gas pemedih mata..tetapi semalam sejarah bagi ummi..kerana diberi peluang menghirup asap hadiah dari FRU..selalu orang nak kasi hadiah sekali jek..kali ini FRU cukup murah hati bukan satu tapi rasanya beratus kali juga hadiah dari FRU ni..kayo botul kerajaan ye...

semasa air kimia dan gas pemedih mata disembur ummi berada di tepi pagar sungai ..ummi tengok ada yang melompat masuk ke sungai..tapi jangan korang bayangkan depa masuk dalam air..bawah tu hanya lantai simen..dan ketinggiannya memang tinggi..tu sebab ada peserta yang patah kaki terjun ke sungai..ummi dalam pedih mata sesak nafas terpikior jugak nak lompat pagar tu..tapi bila tengok kat bawah..mak aihh mau patah riuk ni..maka ummi berselindung di belakang tandas awam..ada yang dah menjerit..menangis sebab kesesakan nafas..bersama2 dengan ummi ada 4/5 orang india yang sudah berumur...dah tak larat dengan gas yang memenuhi ruang mengganti oksigen untuk orang bernafas..kami berselindung di bawah sebuah bangunan kot2 kurang sikit la kesan gas tu..tapi memang hebat penangan gas depa ni..

muka ummi dah pedih2 hangat macam kena serbuk cili..tekak perit..belakang badan sikit kena siram air kimia..mata nak bukak pedih..tapi terpaksa juga bukak nak cari tempat selamat..sampai satu tahap dah rasa nak pengsan sebab takleh nak bernafas..ikut hidung perit ..ikut mulut lagi la banyak gas tu masuk..kemudian ummi basahkan towel dengan air minirel itu saja cara untuk melegakan dan baru la boleh neturalkan kesan gas tu...padanla masa BERSIH gas depa tak bape nak power sebab masa tu ada hujan..tapi kali ini cuaca panas..kalau hujan rasanya selamat sikit la peserta demo...alhamdulillah ummi dan peserta lain dapat berlindung di dalam sebuah bangunan..maka selamat dari tesedut gas yang memeritkan..tapi bayangkan mereka yang tak dapat berlindung..

Protesters run as Police fire water cannon during an anti-Internal Security Act (ISA) demonstration in downtown Kuala Lumpur, Saturday, Aug. 1, 2009. Riot police fired tear gas in a clash with at least 10,000 opposition supporters who marched in Malaysia's main city Saturday to protest a law allowing detention without trial.

cuma ummi hairan apakah tujuan gas dan air kimia dilepaskan..? bukankah tujuannya hanya nak menyuraikan peserta..? kalaulah hanya itu tujuannya perlukah dilepaskan bertubi2 sehingga orang ramai tak sempat nak sedut oksigen..cara fru semalam macam nak mendera..sepertinya yang ramai2 tu adalah musuh yang lengkap dengan alat pertahanan dan ada alat bantuan pernafasan...dan cara fru melepaskan berdas2 gas ummi nampak dalam keadaan geram..bukan dalam keadaan menjalankan tugas..kerana pihak polis meningkatkan serangan mereka apabila semua peserta sudah mahu bersurai untuk pulang...bukankah itu yang pihak berkuasa mahukan..tapi bila dah peserta nak balik jalan ditutup..disekat..untuk apa sekatan dibuat kalau tujuanya nak halau peserta balik..pihak polis membuat sekatan macam taknak bagi peserta balik..takkan nak kasi berdemo lak..? berdemo tak kasi..balik pun tak kasi..apa polis nak ajak main polis sentri ke..?? awat tak habaq..ni mesti kes rindu zaman kekanak ni...dulu pakai pistol air aje..pastu pakai senapang pelepah pisang...la ni kat tangan senjata betul..tu yang syiok sakan nak menggodam peserta demo..cuma tak kena pada tempat..gi la main polis sentri dengan perompak..perogol..penyamun..baru la real..pingat pun berkeping2 boleh dapat..



Malaysian riot police fire tear gas at protesters during a demonstration against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.


yang ummi geram keadaan masa itu peserta semua dah lintang pukang cari tempat perlindungan kiranya barisan yang padu dan padat sudah dapat dipecahkan tapi FRU tetap juga melepaskan gas tembakan demi tembakan..berdas2 tanpa belas kasihan..perhimpunan ini adalah perhimpunan aman..peserta bertangan kosong..tak malukah PDRM yang bersenjata lengkap tetapi hanya berdepan dengan musuh yang tangan kosong..? nak gelar PDRM kita ni apa ye..?? pepandai la korang kasi nama..



memang ummi rasa bangga berada dianatar peserta2 perhimpunan Mansuh ISA ni...kerana ummi tahu betapa zalimnya akta ISA ini...ummi tahu betapa tidak relevennya akta ini..dan ummi mahu waris ummi faham apa itu ISA....ummi mahu waris ummi faham apa bezanya hukum Allah dan hukum dari ciptaan manusia..



ummi nampak bagaimana kentalnya jiwa rakyat Malaysia yang boleh bersatu tak kira bangsa untuk satu tujuan iaitu MANSUHKAN ISA...dalam Islam tiada hukuman yang sekejam itu...setiap kesalahan perlu dibuktikan..perlu dibicarakan..walaupun bukan darah daging ummi yang ditahan dengan akta ISA ini..tetapi tidak hairan satu hari nanti kerajaan akan menggunakan akta ini membabi buta untuk kepentingan mereka..masa itu mungkin salah seorang dari darah daging kita akan terperangkap dengan akta zalim ini..adakah masa itu baru kita nakbantah akta ini..di akhir zaman ini tiada yang mustahil..semuanya akan berlaku tanpa kita pinta..jadi ummi tidak mahu bersikap angkuh dengan keselesaan yang Allah beri..sekurang2nya ummi dapat rasa keperitan keluarga mangsa untuk mendapatkan sedikit keadilan dalam hidup mereka...mereka adalah insan2 yang terpilih..terpilih dengan ujian Allah yang hebat ini..bukan semua hamba Allah diberi kekuatan seperti mereka.."tidak sempurna iman seseroang itu selagi tidak diuji " dan Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kekuatannya..jadi cuba kita ukur di tahap manakah kekuatan kita..? adakah kita jenis cepat mengalah..cepat putus asa..

kesal juga pada mereka yang menyatakan perhimpunan ini satu yang sia2...menyusahkan ramai orang..membuang masa..kenapa tak cuba cara yang lebih diplomasi untuk memohon kerajaan mansuhkan ISA ini...ini adalah kata2 orang yang lemah jiwanya...dia mengukur keselesaan dirinya sama dengan orang lain...dia anggap nasib orang ni sama saja..itu kata2 orang yang bernasib baik dalam kehidupannya...Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

kalaupun kita tak mampu nak menyertai apa2 demo jangan dipandang hina akan usaha orang...kalau tak setuju pun..berilah sedikit simpati kepada mangsa2 dan keluarga meraka..mereka tidak minta dijadikan mangsa akta ini..adakah kita akan dijamin tidak akan menjadi mangsa juga satu hari nanti..?cuba ahli keluarga korang yang ditahan di bawah akta ISA ni sekarang..apakah korang masih nak berkata ayat yang sama...?kita buat contoh kak Laila..8 tahun suami diISAkan..seorang diri menjaga rumahtangga..kalau seorang janda kematian suami kita dah pasti akan ketiadaan suaminya..ini suami ada tapi tiada bersama menjaga rumahtangga..punya ayah..tapi tidak dapat bermanja dengan ayah..apa anda rasa ianya hanya ujian kecil..tohmahan dan mehnah dah tentu sentiasa bersama mereka..cuba kita bayangkan jiwa si anak..apa kata teman2nya..pasti ada ejekan yang mengguriskan hati...pada yang faham mungkin bersimpati..pada yang tidak mengerti..pasti akan menggelar sebagai anak banduan..seksaan jiwa ini sebenarnya lebih perit dari seksaan fizikal..apakah sumbangan kita untuk meringankan beban mangsa akta ini..?

cuba bayangkan..kalau pihak polis tidak melakukan sekatan..sediakan laluan yang tidak mengganggu orang awam kepada peserta untuk menyerahkan memorendum..rasanya kekecohan takkan berlaku...dan perhimpunan ini akan selesai dengan cepat dan tanpa ada yang cedera...tanpa ada yang koyak baju dan polis tak payah susah2 nak penuhkan trak.. tak perlu nak bazir gas dan air kimia..sepatutnya PDRM menjaga keamanan tetapi yang terbukti sebaliknya..PDRM dilihat sebagai perosak keamanan..tugas pihak berkuasa membenteras penjenayah..peserta demo bukan penjenayah...kejadian kelmarin pencetusnya adalah pihak yang dikatakan sebagai penjaga keamanan..kejadian kelmarin sepatutnya tidak perlu diakhiri dengan cara yang ganas begitu...rakyat ada hak bersuara dan berkumpul..nama pun Malaysia negara yang mengamalkan demokrasi..

apa guna GMI(Gerakan Mansuh ISA) ditubuhkan..saja suka2 ke..? kalau tak bersebab takkan orang buat..kenapa 1 Ogos dipilih untuk turun ke jalan..? sebab cara lembut kita mintak kepada kerajaan untuk mansuhkan depa tak endah...di parlimen isu ini dibawa tapi diperlekehkan..segala macam cara yang bersopan santun pihak GMI telah usahakan untuk tujuan yang sama tetapi dibalas dengan kata2 nista..ISA ditubuhkan untuk komunis..korang pi Kemunting check kat sana yang mana satu ahli komunis kat dalam tu..? kalau ada dan buktinya ada..kami rakyat Malaysia takkan membantah..tetapi yang ada duk dalam sana adalah mereka2 yang pro pembangkang..mereka2 yang lantang bersuara tentang kepincangan pentadbiran kerajaan..mereka2 yang menegur kesilapan2 kerajaan..apakah mereka2 ini tidak ada hak untuk membela diri..? adakah itu yang dituntut dalam Islam..? Islam menyuruh pemerintah berlaku adil terhadap rakyatnya..bukan menzalimi..kalau betul mereka2 ini bersalah buktikan dan hukumlah dengan sewajarnya..

Tuan guru Nik Aziz pernah mengigatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu ruma,setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak. Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlela serta keluarga Dr.Abdullah,lebih jauh dari itu adalah kita bersama-sma dengan golongan yang menentang kezaliman. Dalam satu himpunan, satu langkah,satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia HAPUSKAN ISA !!

Sunday, August 02, 2009

luahan rasa bekas orang kerajaan bila ikut berdemo..

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.
Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.
Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil