KOLEKSI               KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI               ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA.
                                (Kenyataan                 Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri,                 Kelantan Darul Naim): Hukum                 rejam kepada penzina adalah primitif                
                                                (Kenyataan                 Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara                 akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -               
                                                (Kenyataan                 Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila                 hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan                 kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan                 kudung tangan.  Ini sangat memalukan umat Islam kerana                 orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan                 kerja.                
                                                Ucapan                 Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian                 Johor). Saya nak tahu siapakan                 di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika                 hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan                 melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku                 selepas hukum itu nanti.               
                                                Ucapan                 Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah).                 Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada                 tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2                 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai                 dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum                 dan agama.               
               (Kenyataan               Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT               Umno). Saya ingin memastikan               bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan               hukum hudud.
                                (Ucapan                 Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan).                 Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan                 seratus peratus Islam.               
                               Ucapan               Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri,               Kelantan). Apakah hukum               hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga               mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan               Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam               mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat               Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) 
                                (Ucapan                 Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud                 tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak                 fasik. -                
                                                - (Kenyataan                     Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan).                     Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku                     huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan                     umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud                     dilaksanakan di negeri itu.  Rakyat harus menyoal                     perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan                     perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak                     semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara                     Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
                                 - (Dr.                     Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai                     1992) "Apabila hukum                     rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan                     kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan                     kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang                     bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan                     kerja."                   
-           
 
- (Sulaiman                     Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)"                     Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai                     dilaksanakan di Malaysia                     sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
                                                    - (Dr.                       Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri,                       Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan                       laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
                                     - (Dr.                       Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri,                       Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh                       dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
                  (Dr.                 Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994).                 "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan                 keadaan masa
                                                kini."                  (Dr.                 Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang                 Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan                 bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak                 akan melaksanakan hukum hudud."
                                              
                                 (Dr.                 Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos                 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama')                 ialah mengajar, bukan mentadbir."               
               
                                    .(Dr.                 Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos                 1994).  "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana                 masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".                
               
                                     (Dr.                 Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos                 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan                 jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."                
               
                                     (Dr.                 Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992).                 "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita                 boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak                 melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak                 Islam."               
               
                                    (Dr.                 Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.                  "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam                 menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan                 Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum                 hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."                
               
                                     (Dr.                 Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) .                 "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah                 cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka                 seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong                 tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh                 buat atau tidak."                
               
                                     (Datuk                 Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992):                 "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku                 huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat                 Islam dan kegelisahan               
                                rakyat apabila hukum hudud                 dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan                 hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan                 dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam                 mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur                 tanpa hukum itu."               
                                                (Dr.                 Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992).                 "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak                 ada tangan dan kaki?  Bagaimana mereka mahu bersaing dengan                 bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum                 hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai                 rakyat berbilang kaum dan agama."               
               
                                    (Datuk                 Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac                 1994)  "Sebarang undang-undang yang                 dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan                 undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang                 Islam."                
                                                "(Dr.                 Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994).                 Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita                 akan mengiktiraf negara itu."                
                                                 (Dr.                 Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos                 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan                 orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas                 oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."               
               
    (Dato'               Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan               Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai               sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir               ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September               2001 yang lalu.               (Dato'               Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94)                'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.
    (Dato' Seri Dr.Mahathir               Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati               kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah               tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam               akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.
    (Dato' Seri Dr.Mahathir               Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang               Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
    kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain               kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai               dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum               dan agama'.
    (Dato' Seri Dr.Mahathir               Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri               yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'(               hukum Islam) 
               (Dato'               Seri Najib TunAbd Razak  20/4/93)               'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
    (Dato' Seri Abdullah Ahmad               Badawi: 13/11/99)  'Apa erti negara Islam jika mundur'. 
               (Dato'               Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian                Mahathir berkata:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka               dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak               itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun,               lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap               pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun,               Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.
               -                    Firman                   Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya)                   tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
 Allah swt." (al-An'am:57)
 
-                    Firman                   Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa                   yang  diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang                   yang kafir" (al-Maidah: 44) 
-                    Firman                   Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa                   yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang                   zalim" (al-Maidah:45) 
-                    Firman                   Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa                   yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang                   fasiq" (al-Maidah:47) 
-                    Firman                   Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki,                   dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi
 orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)
 
 
MENGHINA               SUNNAH - BERJANGGUT
               (Dr.               Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).                "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut               nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti               sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah               kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut               maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau               sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di               zaman itu nak cukur pun mudah ke?
    Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau               cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa               tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat               air banyak...(di) padang pasir".
               MENGHINA               HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
     (Dr. Mahathir Mohamad,               Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah               kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang               disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih               Islam".
    
               Dr.Mahathir               Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).                Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi,               Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik               dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah               peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
    
               (Mahathir               Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila               tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar),               Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar),               menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di               Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997               ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang               bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan               kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat               termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang               dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi               kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
               -                    Allah                   berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah                   mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan                   janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)                   nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain                   tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan                   perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.(                   An-Nuur:31) 
-                    Sesungguhnya                   termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang                   berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan                   menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan                   masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)
 
 
MENGHINA               DAN MEMECAT  ULAMA'
               (Dr.               Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).               "Saya bukan lawan semua dengan mufti,               tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti.               Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh               mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris               nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi.               Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia               keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata               macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama'               adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa               pilih."
    
               (Dato'               Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).                " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan               umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian               untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan               ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".
               -                    Allah                   kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah                   di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran,                   Surah al-Fathir:28) 
-                    Rasullullah                   bersabda:  
-                    "Ulama'                   itu waris sekalian para Nabi" 
-                    "Ulama'                   itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi 
-                     "Ulama'                   itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"                   (Muslim) 
Lanjutan               dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom               ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana               bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga               kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di               Mahkamah Syariah.
    
               MENGIZINKAN               MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
               Dato'               Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 :  Tiada               sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995               yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk               menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak               sekiranya mereka tidak meminumnya. 
               Menteri               Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 :               menyifatkan bahawa tindakan pegawai               penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang               mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10               Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
    
                Dato'               Rais Yatim Jun 2001  mengkritik               tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan               tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam               dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor               pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan               membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual               minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan,               saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat               diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita               mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan               penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada               tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan               sebagainya," katanya.
               -                    JAIS:                   Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi                   Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki,                   menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh                   dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu                   ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau                   pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam                   Negeri, KDN.
 
 
MENGHINA               SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM
               Dr               Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai               gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan               muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad,               memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan               imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa               bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam               gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr               Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak               mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai               orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa               bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan               memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang               menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al               Quran?  
               UMNO               MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM
               KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh)               - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat               laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan               Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua               artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21               Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci               al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua               artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang               disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust',               pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali,               menghina dan mempertikaikan syariat Islam.
sumber umnoreform