Followers

Saturday, October 10, 2009

Berita TERHANGIT... Resort digempur FRU... !!

Terkini maklumat yang kami terima..lebih kurang 400 kekuatan FRU bersama trak2 kesayangan mereka telah memenuhi dan menyempitkan ruang parking Tiara Beach Resort di mana tempat kami menginap ...

gambar2 akan dilampirkan setelah ummi terima dari Cyberboron dan Cenangau yang sedang bersuka ria di sana untuk tatapan semua...

Gaduh...gaduh..dan gaduh lagi...!!!

Lebih kurang jam 6:00 petang tadi, berlaku satu pergaduhan antara Penyokong Pakatan Rakyat & UMNO/Beer eNd di hadapan Bayu Beach Resort.

Kejadian dikatakan berlaku apabila penyokong UMNO/Beer eNd tidak berpuas hati apabila jentera PAS menaikkan beberapa bendera yang dikatakan dikawasan UMNO/BereNd.

Sorak-menyorak mula berlaku antara ke 2-2 belah pihak dan pihak polis turut dikejarkan ketempat kejadian dan berjaya mengawal kejadian dengan hanya meniup wisel mereka...

Pada masa ini, ke 2-2 belah pihak masih belum bersurai dari kawasan kejadian dan pihak polis juga masih meniup-niup wisel mereka agar keadaan terkawal.

sumber perisik rakyat

Antara Rasuah dan Maruah...!!!

Sidang Media Oleh Salahudin Ayub pada pukul 6ptg




Perarakkan Haram -YB Salahuddin Ayub

Sidang akhbar tergempar telah diadakan petang ini bagi memberikan maklumat terkini setelah menerima beberapa maklumat dari pihak risikan PAS..akan berlaku perarakan untuk menimbulkan suasana provokasi yang dijangka bermula dari petang ini hingga esok...mereka akan menggunakan pakaian yenag menyerupai penyokong PAS seperti baju PAS..poster PAS..bendera PAS ..mereka merancang untuk berarak di kawasan penduduk kaum cina untuk menimbulkan kebencian kepada PAS.

berikutan dari maklumat tersebut, PAS telah membuat laporan polis di IPD Teluk Kemang.. difahamkan perarakkan tidak dikhususkan kepada kenderaan motosikal sahaja..mungkin juga mereka menggunakan kereta dan sebagainya..Pengarah Pilihanraya N31 YB Salahuddin Ayub mengaskan PAS tidak akan mengadakan program seperti yang tidak bermoral itu..mereka bertujuan untuk memburukkan imej PAS di mata pengundi Bagan Pinang.

Risalah PALSU -Ustaz Nasaruddin Tantawi


Pemuda PAS Pusat juga memberi kenyataan bahawa akan disebarkan satu risalah mohon maaf PALSU dari Dewan Pemuda PAS Pusat dengan menggunakan kepala surat Dewan Pemuda PAS Pusat dan tandatangan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi yang telah ditiru..Surat memohon maaf itu bertujuan kononnya Pemuda PAS mengaku pelbagai kesilapan insiden2 kekecohan dan kekasaran yang berlaku dua tiga hari yang lepas adalah tanggungjawab Pemuda PAS...ini adalah satu penipuan dan fitnah dengan mengguna nama Ketua Pemuda PAS..Pemuda PAStidak bertanggungjawab terhadap risalah jahat itu.


Pertarungan diantara Maruah dan rasuah-YB Mahfuz


Gelombang rasuah ini telah mula ditolak oleh rakyat seperti yang berlaku kepada Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek...YB Salahuddin mengucapkan tahniah kepada kaum cina(MCA) yang sanggup menolak pimpinan yang rasuah..maka PAS berharap pengundi Bagan Pinang menolak calon yang teran-terangan mengamalkan rasuah... Pilih ISA bermakna menjual maruah. Pilih Calon PAS bermakna pertahankan maruah kita yang mahukan pemimpin yang tidak mengamalkan rasuah..


Thursday, October 08, 2009

ni dah kira MELAMPAU...


MELAMPAUU....!!!!!

ini yang ummi rasa bila melihat insiden yang terbaru menimpa petugas PR ini...
Pihak berkuasa..polis ..FRU...apakah anda nak tunggu nyawa melayang baru nak bertindak...apa guna korang berlambak aje kat sana tapi keselamatan orang awam tak boleh nak jaga..kalau macam ini punya tahap perkhidmatan korang baik balik jaga kawasan masing2 la..
buat ngabihkan duit rakyat jek..
geram dah ni..eeii....

ini pilihanraya yang terkandung dalam sistem demokrasi..adakah anda hanya mampu melihat ianya dicemar...???




"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.



Inilah wajah sahabat kita,lihat kecederaan pada matanya.


Apasal media arus perdana tak mahu siarkan berita ini..?? kalau korang nak penonton ramai tengok stesyen tv korang...korang siarkan berita yang benar..gerenti tv korang menjadi tv yang paling top di 1Malaysia ni...untung pun banyak...

berbanding kisah mamat ni korang siarkan...buat meluat orang nak tengok tv korang aje..ummi bagi tips untuk menawan hati lebih ramai penonton aje..taknak ikut nasib la tapi jangan harap orang nak tengok berita korang..baik ngadap internet..macam2 ada..!!..


Lawan Tetap Lawan..!!

Amaran buat semua petugas Pakatan Rakyat..!!

Oleh ali (baganutama):

Dari sumber dalaman, kejadian pemuda Pas dipukul petang semalam dan malam tadi serta beberapa kekecohan yang berlaku semalam rupanya telah dirancang oleh mereka.

Maka disini petugas-petugas Pakatan perlu mengambil langkah-langkah berikut:

1] Pastikan dalam group saudara mempunyai kamera. Jika ada videocam lagi bagus.

2] Pastikan mobile phone anda sentiasa berada disisi dan mempunyai kredit.

3] Jangan mulakan apa-apa provokasi dan bertindak sebagai pendamai. Dari pihak mereka,mereka sedaya upaya membuat provokasi kepada petugas pakatan supaya petugas pakatan memulakan pergaduhan dan tumbukan.Itu objektif mereka.

4] Terus mulakan sesi fotografi kepada sesesiapa yang memulakan provokasi atau mereka-mereka yang mahu mencetuskan pergaduhan ditempat anda.

5] Terus kongsikan gambar-gambar tadi kepada bloggers Malaysia yang berdekatan dengan anda.Kita mempunyai ratusan bloggers disetiap upu.

6] Juga kongsikan cerita dan maklumat kejadian tadi kepada bloggers Malaysia tadi.Maklumat anda tadi akan terus disiarkan dilaman web supya dapat dikongsi oleh semua orang dan disebarkan.

7] Jangan melakukan tindakan dan perbuatan berseorangan.Lakukan dalam group.

Kepada bloggers Malaysia,jangan segan memakai tag anda. Ia amat penting supaya anda mudah dikenali oleh petugas pakatan.

Doakan supaya tiada kejadian buruk berlaku.Kepada Allah kami bergantung harap.

pesanan dari ummi..berhati2 dengan apa saja bentuk provokasi..tolong pastikan petugas muslimat tidak dibiarkan tanpa pengiring muslimin...dah nak hujung berkempen ni macam2 boleh berlaku..patuhi arahan diatas untuk mengelak perkara yang tak diingini..

Lawan Tetap Lawan..!!







SPR tolak pembersihan daftar pemilih N31..

Misi PAS bertemu Suruhan Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya mencapai beberapa langkah dalam usahanya mengurangkan keraguan berhubung penjalanan dan kaedah undi pos di kalangan tentera.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, yang hadir dalam pertemuan tersebut di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya petang ini, berkata SPR bersetuju melaksanakan langkah-langkah, antaranya:

Masa pengundian dilanjutkan satu hari lagi, 10 Oktober. Pada asalnya pengundian ditetapkan dua hari sahaja, esok dan Khamis untuk membolehkan lebih ramai anggota dari luar kawasan ke tempat membuang undi.

Semasa mengambil kertas undi pos, seseorang pemilih tentera hendaklah menunjukkan identiti mereka terlebih dahulu. Tidak seperti dahulu, kertas undi boleh diambil oleh wakil pemilih – tindakan yang diragui oleh parti-parti pembangkang.

Ejen calon boleh membuat kawalan keselamatan selama 24 jam diiringi anggota-anggota polis di pusat pengumpulan kertas undi pos di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah, Port Dickson.

Wakil calon juga boleh mengiringi kenderaan yang membawa kertas undi pos dari kem ke pusat pengumpulan undi berkenaan.

SPR juga bersetuju menambah setiap ejen memantau lapan saluran di di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda). Sebelum ini seorang ejen sahaja dibenarkan berbuat demikian bagi mengawasi lebih 4,500 pemilih tentera.

namun pada isu pertindihan nama pemilih.. SPR berkata mereka berhak menggunakan daftar pemilih sedia ada tetapi PAS menganggap pendaftaran berulang itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya.lebih 600

isu-isu lain yang tidak dapat diselesaikan, antaranya, proses mengirim kertas undi pos kepada pemilih-pemilih yang tidak berada di luar kawasan mengundi.

sumber malaysiakini




nilai undi tentera RM300..??

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/gambar%20saya.jpgTELUK KEMANG – Selepas gagal menafikan dakwaan awam melibatkan tentera dalam kancah politik, Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini dituduh mengheret tentera bergelumang dalam politik wang pula.

Pendedahan eksklusif tersebut dibuat oleh Brigadier Jeneral (B) Arshad melalui tulisan terbaru dalam blognya yang mengesahkan tentera kini bukan sahaja dilibatkan dengan agenda politik.

Arshad, 66, mula merasa curiga tentang kad jemputan Perayaan Ulangtahun Regimen Amor Ke 2 yang diadakan di Kem Sunggala, Port Dickson, dekat sini pada 5 Oktober lalu.

Beliau mempersoalkan mengapa satu sambutan peringkat regimen perlu dihadiri oleh ‘orang-orang berpangkat dan kenamaan’ termasuk Menteri-menteri UMNO dari Kuala Lumpur?

”Adakah orang-orang yang berpangkat tinggi dengan ‘paku-paku’ di bahu kini mengikut rentak irama tarian Menteri-menteri UMNO?,”soal beliau

Kesangsiannya tentang keterlibatan tentera dalam politik bukan sahaja terjawab namun satu panggilan telefon yang diterimanya hari ini ’melondehkan’ bukan sahaja seluruh kem tentera, bahkan Menteri Pertahanan sendiri.

Arshad (gambar knan) menyatakan, panggilan yang diterima dari Port Dickson mengesahkan mereka-mereka yang hadir dalam Majlis Prisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah menerima sekeping sampul surat setiap seorang.

Sambil menyindir beliau berkata, dalam setiap sampul terdapat wang tunai RM300 dan amat bertuah mereka yang hadir menerima sumbangan ikhlas dari Najib.

Katanya, sekiranya beliau tahu, beliau juga sanggup beratur untuk menerima habuan RM300 itu.

Pendedahan demi pendedahan terus berlaku menunjukkan bagaimana UMNO dan Barisan Nasional kini sanggup mengambil risiko melemahkan keselamatan negara dengan ’memperkudakan’ angkatan tentera.

Sebelum ini pendedahan turut di buat oleh Lt. Kolonel (B) Malakan dari Rejimen Askar Melayu berkaitan manipulasi undi pos dalam angkatan tentera.

Cerita sepenuhnya di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-and-promotion-in-army.html


sumber buletin online

meriahnya majlis BN..

semangat betul pokcik ni kasi ceramah...

[P1060074.JPG]

khusyuk dan tawadhuk betul pendengarnya...

[P1060078.JPG]
ehh...macam kekanak aje yang penuh barisan hadapan..
ni kah bakal pengundi di Bagan Pinang..?
HIDUP BN...!!

Wednesday, October 07, 2009

beza mangsa belasah Azeez dan pemuda PAS ..

Pergaduhan semasa berkempen adalah sudah menjadi satu tabiat yang buruk..kalau sudah ada unsur gangsterism dalam parti..maknanya parti itu sudah tidak layak dibiarkan wujud dan ..kalau dah sistem demokrasi dicabuli..tak payah adakan pilhanraya..rampas saja macam Zambry al-kudeta buat kat Perak..oppsss lupa Zambry pun asal dari parti yang sama dengan kaki pukul ni...dah sepupu sepapat dia..


Pemuda dan ahli pas melihat gelagat pemuda Umno.


Muslimat Pas mengemaskan barang-barang sebalum di roboh oleh pemuda Umno.


Ghairah sungguh pemuda Umno meroboh kan khemah untuk program Pakatan.


Pemuda Umno dengan lagaknya.


Pemuda Pas bersabar dengan tingkah laku mereka.
 
ni adalah akibat dari perbuatan ganeh mamat2 BN ...
pesanan untuk Azeez al-lembik...ini baru dikatakan kena belasah..


Inilah wajah sahabat kita,lihat kecederaan pada matanya.


Ini yang aku boleh tunjukkan tahap kecederaan sahabat kita.Ini pun masa kat hospital Port Dickson untuk dapatkan rawatan dan akan buat laporan polis diatas kejadian terbabit
 

Jasa2 Isa Samad semasa kegemilangannya..


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin (cheGu Bard) menyeru kepada semua penduduk dan pengundi DUN Bagan Pinang untuk bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 11 Oktober depan.

Beliau telah mendedahkan beberapa perkara yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah calon BN, Isa Samad dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.

Antara pendedahan Badrul Hisham Saharin adalah seperti berikut;
1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat

2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.

3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos

4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan

5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.

6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinJo6K4Jo8oxhPfvRAdVZRxgxxjHuXZSjukHSjqalyhgQsw_OXDaGBWWhF4Do5F6xS2UQwvMXxWlVHil85KumtZBW0b9JqK3h-Yym69bwoOctuuuMU3JIqxmP4wk_jZEFqr7GQg3rT670/s320/1.jpg

sedikit sejarah jasa2 Isa Samad di Negori Sembilan...

1] Isa pemerintah N9 yang paling lama iaitu bermula pada tahun 1982-2004. Selama 22 tahun menjadi MB, tiada satu Universiti pun didirikan di N9. Isa tidak mendesak kerajaan pusat untuk membawa satu universiti di N9.

2] Di zaman Isa, Isa telah merancang bandar-bandar baru di N9.Jika tidak silap ada 4 bandar baru yang dirancang. Hampir kesemua bandar-bandar baru itu gagal dibangunkan seperti yang di'planning'. Kita sendiri boleh lihat apa jadi di Bandar Baru Serting.

3] Dalam banyak bandar-bandar baru yang dirancang Isa, hanya Bandar Baru Nilai yang menjadi sikit. Itu pun kerana faktor ia terletak di tengah KL dan Seremban. Ia juga pengaruh faktor KLIA dan Nilai itu adalah kawasan industri. Pecaya atau tidak, setelah semua dibangunkan, Isa lupa nak buat masjid untuk BBN(Bandar Baru Nilai). Setelah ditegur barulah Isa bina masjid. Tapi masjid yang dibina itu jauh dari penempatan dan tidak mempunyai tanah wakaf kubur. Jika tidak kerana student Usim dan student Matrikulasi UIAM, Masjid BBN tidak meriah.

4] Dalam kempen Isa di Bagan Pinang, Isa kutuk Kelantan. Isa tidak tahu ramai orang N9 kutuk Isa kerana Melaka lagi hebat dan maju dari Melaka. Sedangkan N9 mempunyai banyak advantage dari Melaka. Antaranya, N9 lebih dekat dengan Lembah Klang. Kepesatan di Lembah Klang sepatutnya melimpah ke N9 bukan ke Melaka. N9 ada rel keratapi tapi tidak untuk Melaka. Isa memang gagal bersaing dengan Melaka. Bagaimana negeri yang tidak ada keretapi seperti Melaka boleh lagi maju dari N9 ?? Poning den..

5] Bila bercakap pasal sesebuah negeri, orang akan lihat Ibunegeri negeri itu. Ibunegeri bagi N9 ialah Seremban. Maleh den nak cito. Terus terang Seremban dipanggil pekan mati. Tiada bangunan-bangunan tinggi, sempit dan kelihatan tidak tersusun. Penulis berani mengatakan bandar Kota Bharu di Kelantan lebih maju dan besar dari Seremban. Sejak Mat Hasan jadi MB, barulah Seremban ni cergas sikit. Barulah orang Seremban merasa jalan bertingkat dan jalan berterowong.

6] Isa bila jadi MB N9, agak lembap mencari pelabur luar. Tiada inisiatif sendiri. Hanya mengharapkan kerajaan pusat membantu N9. Komitmen Isa kurang dalam perihal perekonomian. Isa memang dilihat tidak kreatif dalam menjana ekonomi N9.

7] Secara keseluruhannya, Isa gagal menyeimbangkan kemajuan antara N9 barat dan N9 timur.
N9 barat lebih maju sedikit dari N9 timur kerana adanya kemudahan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS Highway. Kawasan timur N9 seperti Gemas, Gemenceh, Rompin,Kuala Pilah, Jelebu, Palong memang mundur jika nak dibandingkan dengan kawasan barat N9 seperti Nilai, Rembau dan Tampin. Tidak banyak pembangunan yang dibawa Isa ke timur N9. Itu sebab kita dah boleh agak mengapa penduduk N9 timur lebih dahsyat mencarut lebih dari saudara-saudaranya di N9 barat.

8] Dari kalangan ahli Umno veteran N9, Isa dilihat banyak playsafe dalam percaturan politiknya.
Akibatnya, Isa tidak kuat melobi dalam pentadbiran Tun Mahathir supaya lapangan terbang antarabangsa, KLIA dibina di N9. Konon nak jaga hati Tun Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika Isa berani dan pandai melobi, tentulah KLIA tidak terletak di Sepang tetapi di N9. Tun Mahathir ketika itu berminat dengan Padang Besar, Selangor, tetapi tahu N9 tiada lapangan terbang. Tetapi Isa langsung tidak menyakinkan Tun bahawa lapangan terbang baru amat sesuai didirikan di N9. Adakah Isa tidak mahu menyinggung perasaan Tun kerana menjaga kedudukannya di dalam Umno lalu mengenepi kepentingan negeri dan rakyat N9? Kesian, orang N9 dapek siso-siso jo dari KLIA.

9] Di Nilai, sudah menjadi rahsia umum bahawa Isa mempunyai hubungan yang istimewa dengan Dato' Gan. Dato' Gan adalah pemilik dan pemaju BBN(Bandar Baru Nilai). Nilai College dan Inti College juga milik Dato' Gan. Alamat Nilai College bermula dengan nombor 1. Dipercayai rumah Isa di Nilai Spring adalah dihadiahkan oleh Dato' Gan. Sangat besar rumah itu. Semasa dizaman kegemilangan Isa, lebih 50 orang yang akan ikut Isa main golf. Tetapi setelah Isa didapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana terlibat dengan politik wang (baca:rasuah) dan digantung keahlian Umno selama 3 tahun, hanya Dato' Gan seorang yang ikut Isa main golf.
Semangat setiakwan mereka berdua tidak dapat dipertikaikan.Patutlah dato' Gan banyak dapat projek di N9 terutamanya di Nilai.

10] Isa dan penduduk Sendayan. Harapan 500 penduduk Sendayan mahu jadi jutawan seperti saudara-saudara mereka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal harapan semasa Isa menjadi MB N9. Dipercayai Isa mahu menukar status tanah peneroka Sendayan agar harga tanah di situ semakin tinggi. Isa, ekau nak jadi broker ko?

11] Isa dan Mufti. Isa tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mufti N9 iaitu Sheikh Murtadza. Sudah beberapa kali Isa cuba menamatkan kontrak mufti ini tapi dihalang oleh Yang diPertuan Besar N9. Ini menyebabkan Isa juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Yang diPertuan Besar N9. Sudah ada percubaan supaya Isa tidak dilantik menjadi MB N9 oleh Yang dipertuan Besar N9, tetapi Isa diselamatkan oleh Tun Mahathir. Penulis mendengar sendiri luahan Isa ini. Ironinya, untuk Bagan Pinang, Tun tidak menyelamatkan Isa.

12] Info bonus. Isa tidak dilahirkan di N9. Isa lahir di negeri Melaka.

13] Info trivia. Sebelum menjadi ahli politik, Isa adalah seorang guru.

Semua point-point di atas adalah berkaitan dengan Isa semasa dia menjadi Menteri Besar N9.

antara kejayaan Isa Samad iaitu mewujudkan bangunan yang tak siap..!!

iklan kempen BN diturunkan..



 
Syabas..!!
 
PR kena tegas .. 
sapa langgar peraturan kita kasi perbetulkan..
sapa yang tak boleh jadi pemimpin yang bersih..kita TOLAK..!!

Manifesto Calun PAS/PR : N31 Bagan Pinang

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

Tuesday, October 06, 2009

esok PMR bermula...!!

http://1.bp.blogspot.com/_gYPPHxivZw4/SSPxuSf2G_I/AAAAAAAAAVo/NCr_6bZz0Kg/s400/SUASANA+PEPERIKSAAN+PERCUBAAN+SPM+2008+(1).JPG
Esok semua pelajar yang berumur 15 tahun akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR)..tidak terkecuali anak ummi yang no 3 ... esok dia akan berjuang untuk masa depan dia..

kepada pembaca yang punya anak yang akan menduduki PMR esok..ummi doakan semoga mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan betul..semoga segala usaha mereka selama ini akan mendapat hasil yang baik....ini adalah perjuangan buat pelajar2..semua ibubapa sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak2nya..tetapi anak2 kita sendiri yang perlu berusaha untuk berjaya....dah tentu mereka dalam keadaan yang gemuruh..tapi tak kurang juga ibubapa yang terlebih gemuruh..hehe

kepada semua guru2 dan tenaga pengajar khususnya MRSM Pasir Salak..halalkan ilmu yang telah kalian turunkan kepada anak2 ini..supaya apa yang telah dicurahkan kepada anak2 ini akan menghasilkan generasi yang beriman dan berilmu..berkati anak2 ini semoga menjadi pewaris yang berguna kepada agama..negara dan bangsa..

wahh..celoteh banyak pulak ummi malam ni..bukan apa risau jugak tu..walaupun ummi yakin dia boleh buat yang terbaik..tapi bila dah tuan badan sendiri kata risau..otomatik kita pun ikut sama risau..hishhhh..

kepada semua pelajar yang akan berdepan dengan kertas periksa esok..buat yang terbaik..jangan lupa rajin2 berdoa kepada Allah..mohon restu dari kedua ibubapa dan guru..minta halalkan ilmu yg telah dicurah dan pengorbanan kedua orangtua kita...

SELAMAT BERJAYA...!!

Bahan kempen BN... memang mewah !!



 


PAS bukan berlawan dengan BN sahaja..tetapi berserta dengan kerajaan 1 Malaysia..setiap PRK kita merasakan PR bukan berlawan dengan parti BN..tetapi kerajaan 1Malaysia..walaupun kita tak nafikan kerajaan 1 Malaysia ini diterajui BN..tetapi bila kita dalan pertandingan yang patut kehadapan adalah parti bukan kerajaan yang diwakili parti..

 
berapa belanja pilihanraya BN di Bagan Pinang ni..??
 
 

sumber gambar baganutama.blogspot

2 Tsunami pada 11 Oktober..???

Tarikh 11hb. Oktober adalah satu debaran di mana salah satu Tsunami pasti berlaku pada hari tersebut. Samada Tsunami itu adalah gelora badai samudera yang setinggi beberapa tingkat bangunan ataupun Tsunami klimex kebangkitan rakyat bakal berlaku sebaik sahaja pengumuman kemenangan calon PAS pada PRK Bagan Pinang.

Seluruh Bagan Pinang terdedah kepada risiko Tsunami dalam keadaan semasa 'echo' daripada gempa 7.6 skala ritcher Rabu lalu. Risiko ini juga terdedah kepada ratusan ribu warga pinggir pantai Port Dickson termasuklah puluhan ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan tidak ketinggalan risiko ini terhadap ribuan penyokong rasuah.

Bukan saya pinta malapetaka ini berlaku malah minta disimpangkan. Ini kerana ketika ini saya sedang menemani anak sulung yang baru selesai pembedahan pembuangan tonsil di Hospital Pantai (Bangsar). Jika Gempa bumi 8.8 skala ritcher berlaku, pastinya gegaran yang terlalu kuat itu menjejaskan struktur bangunan lereng bukit Hospital Pantai ini di mana terletaknya ward anak saya. Bukan saya pinta gempa bumi berlaku lagi, namun ia adalah tafsiran dari pakar yang mengatakan gempa bumi lebih dahsyat bakal berlaku. Sila amati berita yang baru diterima di bawah ;
  • JAKARTA : Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 akan berlaku.
  • "Gempa berukuran 7.6 pada 5.16 petang Rabu lalu yang menggoncang Padang bukan termasuk "skala besar". Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8.0 yang memicu tsunami," katanya dalam satu kenyataan.
  • Danny, dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidik, Prof Kerry Sieh, dari Nanyang Technology University (NTU) Singapura, yakin akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lalu.
  • "Secara ilmiah, saya boleh katakan gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang.
Walau bagaimanapun, saya percaya Tsunami klimex kebangkitan rakyat juga boleh berlaku pada tanggal 11hb. Oktober nanti. Adalah menjadi satu sejarah apabila rakyat sekali lagi menolak parti yang mempertaruhkan kredibiliti dengan meletakkan calon yang pernah dibuktikan bersalah ke atas dakwaan rasuah.

Sekiranya calon tersebut kalah di Bagan Pinang, sudah tentunya dapat kita baca bahawa rakyat telah sedar tanggungjawab membuang undi itu adalah satu tanggungjawab yang menentukan hala tuju pemerintahan negara. Samada terus dikuasai oleh gerombolan rasuah atau, memberi satu mesej kepada kerajaan iaitu rasuah yang merosakkan bangsa harus ditolak habis-habisan dan inilah detik yang paling sesuai mengungkapkan janji perangi rasuah.

Kita semua sedia maklum, Isa Samad adalah calon warga tempatan. Tetapi apakah dengan alasan tersebut para pengundi boleh berkompromi dengan simbol rasuah? Memang kita akui Isa Samad mempunyai jasa memerintah Negeri Sembilan selama lebih dua dekad, namun ingin saya bertanya apakah jasa Isa Samad dalam 10 tahun terakhir pemerintahannya selain daripada menjadikan Negeri Sembilan penternak virus JE dan Bandar Seremban yang turut dikenali sebagai bandar terbengkalai sewaktu era pemerintahannya terutamanya dalam 10 tahun terakhir.

Jadi, dengan pencapaian yang tidak seberapa serta kebolehan Isa Samad memiliki beberapa syarikat besar di atas nama kroninya, 'sumbang'an seperti ini seharusnya membuatkan warga Bagan Pinang menggigil sebelum memangkah dan semoga kesedaran itu terbit memandangkan Tsunami boleh berlaku bila-bila masa untuk menghentam pantai Port Dickson sepertimana yang diberitakan di atas.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, saya tahu sejarah terutamanya sejarah kejatuhan Isa Samad. Ini termasuklah sewaktu bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2004 dengan mengetepikan Khalid Yunus. Pemilihanya sebagai calon kerusi parlimen sebagai platform untuk jawatan naib presiden UMNO, seraya itu juga beberapa pondok panas dibakar sebagai tanda protes di mana warga Jempul mahukan Khalid Yunus. Rakyat Negeri Sembilan semua tahu sejarah Isa Samad, apalah jasanya jika dibandingkan dengan skandalnya yang membolehkan beliau melobi habis-habisan untuk jawatan Naib Presiden yang juga kononnya calon 'favorite'.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa agar Tsunami badai tidak berlaku terhadap warga Port Dickson. Kita juga berdoa agar warga Bagan Pinang menggigil untuk memangkah calon rasuah kerana tidak mustahil juga mala petaka itu berlaku di kala sekumpulan umat meng-agungkan kemungkaran Allah yakni membenarkan kemenangan terhadap pelaku rasuah.

RE-FOR-MA-SI

EDYES(edyesdotcom)
5-10-2009
9pm
Ward C533 Hospital Pantai

Monday, October 05, 2009

Ketua Putera Umno yang 'LEMBIK'

Disebabkan berjalan di laluan Pakatan Rakyat ini.....



Abdul Azeez sedang mempertahankan Menteri Ismail Sabri.


Abdul Azeez dibelasah lebih 20 orang penyokong PAS.Lihat gambar, Abdul Azeez sedang dicekik.



Akibatnya jadi begini...ishh..ishh..ishh..
KESIANNNNN.....



Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim...siapa dia ni..?? apa jawatan dia..??

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno...Pengerusi Biro Putera UMNO...Ketua Pemuda Umno...itu yang diwar2kan dalam akhbar..ummi tak mahu tulis sebenarnya siapa yang memukul...kenapa dia dipukul..yang ummi nak ketengahkan disini adalah sikap dan tahap kehebatan barisan PEMUDA amno 1Malaysia ini...

Apakah ini saja tahap kekentalan PEMUDA BN..??adakah ini saja kekuatan PEMUDA BN..??adakah ini saja tahap kehebatan PEMUDA BN..?? baru kena cuit sikit dah masuk hospital..

macamana nak lawan musuh negara macam ni..? macamana nak pertahankan negara macam ni..? macamana nak memimpin PEMUDA 1 Malaysia kalau dah lembik macam ni...? kalau ummi lah PEMUDA..MALU ummi punya pemimpin yang lemah dan lembik macam ni...tak ada jiwa pahlawan..tak ada semangat juang..tak ada stamina langsung...kalau orang jawa cakap..CIWEK..

itu bab kekuatan fizikal..mental pulak lembab..kalau nak berlakon pun biar la logik sikit..biar la nampak real sikit..ni macam nak berlakon kasi budak2 tadika tengok..nak tipu pun biar la cerdik sikit..kalau orang2 yang tahap pemikiran setaraf atau lebih teruk dari budak tadika mungkin akan rasa simpati pada anda..tapi kalau pemikiran yang matang dan cerdik takkan terpedaya punya la lakonan tahap tadika ni...

Namun....dalam pada itu ada jugak yang terpedaya dan terpercaya..siap kecoh satu  malaya..siap jadi tajuk berita yang sensasi sangat...abih nak kata apa...dah tahap pemikiran setaraf atau lebih teruk dari budak2 tadika...ini kita panggil "kanak2 dewasa"..badan dah besar panjang tapi akai mengalahkan kanak2...sapa tu ye..??

Pakatan Rakyat patut bersyukur kerana PEMUDA PR tidak selembik dan selemah PEMUDA BN...harap badan saja besar kalau kena tiup angin dah tumbang..bagi ummi ini bukan ciri2 seorang PEMUDA..PEMUDA harus gagah perkasa.berani dan tegas..sentiasa berada di barisan hadapan..PEMUDA adalah sebagai benteng..PEMUDA juga harus menjadi orang yang pertama kehadapan sekiranya berhadapan dengan musuh atau krisis..ini belum apa2 dah masuk hospital apa kes..tak ada kewibawaan sebagai pemimpin PEMUDA langsung..buat malu kaum aje..baik duduk dalam rumah aje la...

rasanya cukuplah kita duk main kisah auta si PEMUDA lembik lagi lemah ini..fokus utama kita adalah PRK Bagan Pinang..fokuskan untuk memenangi kerusi DUN N31...kalau dok cerita pasal mamat ni sampai bila pun tak habis..PAS harus menawan hati pengundi..PAS haru tawan kerusi Bagan Pinang..lawan PAS Isa Samad ..bukan Abdul Azeez Abdul Rahim...

Lawan Tetap Lawan..




translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil