Followers

Sunday, April 12, 2009

public hearing hari ke-enam

salam..

cerita public hearing terhenti sekerat jalan sebab ummi sesaje menyibukkan diri di Bukit Gantang..hari ini ummi cuba sambung cerita kesudahan public hearing tu dengan bantuan ummuasiah..sebabnya sumber memang dari awal ummi ambik dari blog ummuasiah...

siasatan awam diteruskan lagi dengan Pengarah Pendaftar Pertubuhan En Mohd Yunus Jamil menyambung memberi kenyataan kepada SELCAT.

Isunya masih bertumpu kepada kesahihan pembubaran BALKIS mengenai segala dokumen yang berkaitan dengan pembubaran BALKIS. Pengarah mendedahkan laporan BALKIS tidak diaudit semenjak tahun 2001 lagi. Persoalan apakah tindakan Pengarah apabila mengetahui laporan BALKIS tidak pernah diaudit, dan adakah dimaklumkan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Pusat di Putrajaya mengenai hal itu.

Jawapan standard dari Pengarah sejak dari hari yang lepas ialah, selagi ahli BALKIS terima dan okay, dan bersetuju dengan laporan mereka, JPPN pun ok juga, dan lagi JPPN tak 'cukup tangan' untuk menangani semua urusan kerana ada lebih dari 13,000 buah pertubuhan dan tugas utama mereka ialah urusan pendaftaran sahaja.

Hari ini pengarah JPPN sepatutnya hadir dengan membawa segala dokumen yang berkaitan dengan isu pembubaran iaitu, minit mesyuarat, laporan kewangan, senarai ahli dan lain-lain lagi.

Tetapi sidang hari ini dimaklumkan oleh Pengarah JPPN ialah beliau telah mendapat nasihat dari Pusat bahawa segala dokumen tersebut tidak dibenarkan dibawa dan diserahkan kepada JK SELCAT. Ini juga atas nasihat Penasihat Undang-Undang (PUU) dari Pusat. Ini sebenarnya melanggar situasi biasa di mana segala dokumen berkenaan sesebuah pertubuhan adalah terbuka kepada orang awam.

YB Azmin menyoal balas "apakah kemungkinan sebenarnya lansung tidak ada notis yang sempurna untuk diadakan mesyuarat agong khas BALKIS 3 hari selepas tarikh peralihan kuasa antara BN kepada Pakatan Rakyat."

Untuk ini En Yunus menjawab "kena tanya BALKIS, dia orang yang buat mesyuarat tersebut."....tetapi dimaklumkan notis sudah dihantar kepada JPPNS.

Persoalan yang penting juga ialah kenapa JPPNS mesti dirujuk kepada PUU dan mesti ikut arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Pusat sedangkan menikut akta segala dokumen boleh diakses.

YB Edward membuat rumusan bahawa JPP Pusat juga telah membuat kesilapan dengan meluluskan permohonan pembubaran BALKIS walaupun permohonan mereka tidak lengkap dan tidak sah.

Memandangkan dokumen untuk BALKIS tidak boleh didapati berbanding pertubuhan lain maka persoalan yang timbul apakah situasi ini luarbiasa dan layanan kepada BALKIS adalah istimewa...jawapannya ialah tidak luarbiasa dan tidak istimewa.

Soalan lain yang ditanya ialah kenapa dalam kes BALKIS nak minta dokumen kena rujuk pada Pusat dan PUU...jawapan En Yunus ialah.."kenapa tak minta terus (dokumen) pada BALKIS saja"

En Yunus masih dengan sikap menidakkan semua persoalan dan berlepas tangan apabila dia menyebut mendapat arahan dari Pusat dan PUU, maka YB Teng telah mengarahkan En Yunus tetap harus membawa dokumen pada hari Rabu bila sidang diteruskan...En Yunus mengatakan bahawa dia masih tidak dapat membawa dokumen tersebut atas nasihat Pusat dan PUU. Maka untuk ini YB Teng menyebut "tidak mengapa, JK SELCAT akan memanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Pusat dan Penasihat Undang-Undang mereka."

Sesi bersama JPPNS akan disambung lagi pada hari Rabu ini.

Sidang pada pagi tadi diteruskan dengan kehadiran Puan Sri Asbi Rohani Asnan isteri Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bekas Menteri Besar Selangor....

Lebih banyak pendedahan dan lebih banyak putar belit.....namun....pekung di dada sudah terserlah.....

Jawapan terlepas pandang masih tetap menjadi jawapan mudah untuk menyelamatkan diri...

Puan Sri Asbi Rohani Asnan, isteri Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor hadir menjadi saksi pada hari ke 6. Puan Sri Asbi memaklumkan yang beliau memegang jawatan sebagai YDP BALKIS dari tahun 1987-1997 selama 10 tahun. Apabila suaminya tidak menjadi MB maka secara automatik jawatan yang disandang jatuh kepada isteri MB Baru yang dilantik.
Puan Sri memaklumkan bahawa sebaik sahaja beliau tidak lagi menjadi YDP, beliau terus tidak lagi aktif dalam pertubuhan tersebut.

Puan Sri dipanggil menjadi saksi berkaitan isu pembubaran BALKIS yang dianggap tidak sah, dan tindakan Puan Sri yang menandatangani satu surat kepada pegawai MAIS iaitu Puan Hafizatul. Penanda tangan surat tersebut ditulis berjawatan YDP BALKIS dengan surat yang rasmi dari BALKIS. Surat yang dikeluarkan pada tarikh 16/4/08 sedangkan tarikh mesyuarat pembubaran BALKIS ialah pada 11/3/08.

Puan Sri ditanya samada beliau pernah disuruh untuk mengambil alih BALKIS, jawapan beliau adalah tidak.Puan Sri mengaku bertemu dengan Puan Hafizatul yang datang merayu untuk terus tinggal di Kompleks milik BALKIS. (baca di entry ini untuk isu Puan Hafizatul)
Puan Sri ditanya kenapakan dia merasakan yang Puan Hafizatul datang berjumpanya sedangkan beliau bukan YDP BALKIS, jawapnya ialah dia merasakan mungkin kerana suaminya ialah Ketua Perhubungan UMNO Selangor.
Puan Sri memaklumkan yang beliau lansung tidak merujuk kepada Zaharah Kechik mengenai isu di atas, dan Zaharah Kechik juga tidak pernah berbincang dengannya mengenai isu permohonan Puan Hafizatul. Beliau merasakan ianya hanya perlu dirujuk kepada Puan Jamaliah sebagai Pengurus Kompleks BALKIS.
Namun Puan Sri mempunyai keyakinan penuh bahawa sebab utama mengapa dia dirujuk dan dianggap sebagai YDP BALKIS adalah kerana beliau adalah isteri kepada Pengerusi UMNO Selangor dan beliau yakin Zaharah Kechik tidak akan berkecil hati kerana perkara tersebut tidak dirujuk kepadanya.
Puan Sri memaklumkan bahawa beliau bersetuju membantu dan menandatangani surat tersebut atas dasar kasihan dan perikemanusiaan.
Puan Sri ditanya mengapa Puan Sri tetap menandatangan surat dari BALKIS bertarikh 16/4/08 dengan jawatan YDP BALKIS tercatat di surat sedangkan pada hakikatnya BALKIS telah dibubarkan pada 11/3/08 dan menyebabkan Puan Sri Asbi juga menjadi seorang ahli yang tidak sah.
Jawapan mudah dan selamat yang diberikan oleh Puan Sri Asbi ialah " saya terlepas pandanglah"......
YB Azmin bertanyakan "bilakah Puan Sri sedar yang Puan Sri telah terlepas pandang".
Puan Sri: "Bila dihubungi untuk datang ke siasatan awam SELCAT baru sedar yang telah terlepas pandang"
Soalan dari YB Azmin: "Selepas 1997, apakah kedudukan Puan Sri di dalam BALKIS?"
Puan Sri: "keahlian biasa hinggalah dibubarkan"
YB Azmin: "Tahukah tentang pembubaran BALKIS"
Puan Sri : "Tarikh tak sure, dapat tahu, dengar-dengar saja tapi tak terlibat dalam proses pembubaran".
Soalan: "Sebagai ahli sepatutnya ada hak dalam pertubuhan, jadi apakah tidak terlibat dalam pembubaran kerana ada mesyuarat agong khas pembubaran BALKIS"
Puan Sri tetap berkata tidak tahu pasal pembubaran cuma dengar dan dapat tahu.
Puan Sri menyatakan beliau terlibat dalam mesyuarat tetapi tidak pasti bila tarikh mesyuarat tersebut.
Soalan: "Ingat tak apa jadi tarikh 8/3/08?"
Puan Sri: "Tak ingat"
Ketika ini peguam yang datang bersama dengan Puan Sri telah ditegur oleh YB Teng untuk jangan memberi apa-apa point untuk saksi memberikan jawapan. Berlaku sedikit soal jawab yang panas diantara peguam dan YB Teng.
Peguam Puan Sri cuba membantah soalan YB Teng tentang tarikh 8/3/08 yang dianggap beliau sebagai satu soalan yang sangat general dan Puan Sri juga sudah memberi jawapan tidak ingat.
Namun YB Teng menegur peguam dan Puan Sri juga dengan mengingatkan bahawa BALKIS ialah satu pertubuhan yang penting dan istimewa yang melibatkan sejumlah harta semasa dalm bentuk wang RM9.9 juta!!!.....seluruh dunia tahu..

Ianya melibatkan sebuah kerajaan negeri....jadi orang tak akan lupa...ianya juga melibatkan isteri ADUN, isteri senator, Tan Seri Tan seri, Dato' Dato' dan semua orang besar.
Azmin menambah lagi, sekiranya tarikh yang ditanya ialah 5/3/08 mungkin ianya umum tapi 8/3/08 adalah satu tarikh yang specific di mana telah berlaku perubahan kerajaan negeri....dan lagi mesyuarat agong pembubaran BALKIS telah diadakan 3 hari selepas tarikh 8/3/08, maka apakah Puan Sri tahu kenapa ianya hendak dibubarkan.
Jawapan Puan Sri: " Saya tak ada dalam komiti, so jangan tanya soalan itu pada saya, tanya saja pada komiti"
Puan Sri tetap mengatakan beliau tidak tahu dan tidak dimaklumkan mengapa BALKIS hendak dibubarkan dan beliau tidak tanya kenapa ianya dibubarkan. Beliau cuma hadir ke mesyuarat agong dan mengundi untuk dibubarkan kerana majority bersetuju dan tidak tanya dan tidak diberitahu kenapa....walaupun beliau tahu tentang wujudnya wang sejumlah RM9.9 juta dan beliau juga memaklumkan bahawa wang RM9.9 juta itu sudahpun disumbangkan ke pertubuhan 'yang serupa' dengan BALKIS.
Oleh kerana mesyuarat agong khas tersebut diadakan pada 11/3/08, 3 hari selepas tarikh PRU12 dan kemudiannya kerajaan UMNO BN tumbang, membawa makna surat notis yang dikeluarkan ialah pada satu tarikh sebelum PRU12 diadakan, Ini kerana mengikut undang2 pertubuhan notis mesyuarat mesti dikeluarkan 14 sebelum tarikh mesyuarat agong khas, maka ianya menjurus kepada tanggapan bahawa BALKIS sudah pun dapat tahu atau merasakan yang BN akan kalah di Selangor.
Puan Sri ditanya apakah BALKIS sudah tahu yang BN akan kalah. Puan Sri menjawab "Mungkin".
Puan Sri ditegur diatas sikapnya dan jawapannya yang banyak menjurus kepada tidak ingat, lupa dan terlepas pandang. Untuk ini Puan Sri menjawap..."ya lah DAH TUA"...disambut dengan deraian gelak ketawa dari semua yang hadir.
Puan Sri juga ditegur diatas jawapannya yang mengatakan bahawa beliau sudah tidak aktif, tidak ambil tahu tentang BALKIS hatta tidak kesah tentang pembubaran BALKIS dan tidak menjadi masalah untuknya untuk mengikut majority mengundi membubarkan BALKIS sedangkan beliau adalah bekas YDP BALKIS selama 10 tahun.
Puan Sri memaklumkan bahawa YDP iaitu Zaharah Kechik yang membangkitkan isu pembubaran tanpa memberikan alasan dan majoriti ahli 2/3 bersetuju.
YB Haniza bertanyakan apakah keputusan BALKIS dibubarkan adalah keputusan politik, jawab Puan Sri, "mungkin" dengan mendapat bantahan dari peguam atas soalan tersebut.
YB Saari bertanyakan soalan tentang prestasi BALKIS selama ini dan sepanjang Puan Sri menjadi YDP. Puan Sri memaklumkan bahawa prestasi BALKIS adalah baik dan terus meningkat setiap masa.
Puan Sri memaklumkan bahawa BALKIS adalah sebuah pertubuhan khas untuk isteri ADUN BN termasuk MIC dan MCA, Namun walaupun jika ADUN BN telah kalah isteri mereka tetap terus boleh menjadi ahli BALKIS. Ini bermakna BALKIS masih boleh wujud walaupun BN sudah kalah dan tidak perlu dibubarkan dengan tergesa-gesa, namun majority ahli BALKIS mahu ianya dibubarkan jika mengikut situasi yang ada di hadapan kita.
Ketika Puan Sri menjadi YDP, Puan Sri memaklumkan wang yang ada dalam akaun BALKIS ialah RM3-4 juta.
Akhir sekali sebelum sidang ditangguhkan dan Puan Sri dilepaskan dari menjadi saksi, Puan Sri diberi peluang untuk menjawap dengan benar dengan ingatan dari YB Teng bahawa "seluruh dunia mendengar dan melihat, jadi apakah Puan Sri hendak memberitahu pada dunia bahawa Puan Sri tidak tahu kenapa BALKIS dibubarkan?"
Jawapan ringkas Puan Sri: "Saya tidak tahu"
YB Teng mengucapkan terimakasih kepada Puan Sri Asbi yang sudi meluangkan masa untuk hadir menjadi saksi untuk mencari kebenaran tentang jutaan wang syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor yang telah disalahgunakan. Juga kerana kerjasama dari Puan Sri pada Dewan berbanding dengan orang yang tidak mahu datang.
Saksi-saksi juga sentiasa diingatkam tentang akuan bersumpah mereka dan mereka boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta Dewan sekiranya memberi kenyataan yang tidak benar.
Sesi Pendengaran Awam ditangguh akan disambung pada jam 10pagi Rabu 1 April dengan sambungan keterangan dari JPPNS dan CEO PNSB Datin Khairiah.

Apakah akan terbongkar lagi...jumlah jutaan wang ringgit yang dibelanjakan oleh PNSB untuk tujuan yang tidak wajar dan membazir dan hanya untuk individu tertentu...semuanya mungkin akan terjawab keesokan harinya....

sumber UmmuAsiah

Saturday, April 11, 2009

apa tugas muslimat

Kursus dan taklimat persediaan menghadapi PRK P059 Bukit Gantang





Muslimat di hari penamaan calon




Muslimat bersolat hajat dan bermunajat setiap hari







Muslimat di kempen rumah ke rumah







Muslimat di hari mengundi






Malam kemenangan...(ehsan ummuasiah)




kenangan PRK Bukit Gantang

salam semua...

selesai sudah PRK Bukit Gantang..banyak kenangan.. banyak dugaan.. banyak tohmahan..itu yang dah kulalui sepanjang berada di Bukit Gantang...banyak juga kenalan baru yang dapat..banyak juga wajah2 baru yang muncul menjadi lakaran baru untuk dimuatkan dalam database kehidupanku..maaf la lambat update blog cikai ni..demam punya pasai la apa lagi...akak sesumpah aku pun demam jugak kabornya...Allah suruh rehat tu..tu tanda Allah sayang kat kita..

aku sebagai seorang muslimah yang punya banyak pantang larang bila berada dilapangan perjuangan..kerana aku sebagai isteri kepada seorang suami..ummi kepada 5 orang cahayamata...anak kepada mak dan abah...setiap langkahku harus memikul amanah iaitu menjaga maruah suami dan keluarga...maruah jemaah parti yang kunaungi...insyaAllah aku masih berpegangkuat dengan pantang larang..kalaupun aku terleka teman disisi sentiasa mengingatkan..ini jalan hidup aku..ini kemahuan aku..ini kepuasan bagi diri aku...aku berbangga dengan aturan Allah...punya suami yang memahami..punya anak yang sentiasa menyokong...punya keluarga yang sentiasa bersamaku...punya sahabat2 yang sedia berdiri disampingku...

aku ingin mengucapkan terima kasih kepadaMU ya Allah..belum tentu aku akan dapat pengalaman yang sebegini mahal tanpa izinMu...lebih2 lagi bila kemanangan yang KAU hadiahkan sebagai menambahkan kemanisan dalam sebuah perjuangan...walaupun perjuangan yang aku lalui tidak sehebat Masyitah(bukan Mashitah Islam Hadhari tau..) atau Sumayyah..terlalu sedikit dan terlalu kecil sumbanganku untuk Islam...namun peluang yang ada ini takkan kulepaskan...

aku akan hanya lakukan apa yang aku suka buat..PRK Bukit Gantang betul2 memakbulkan keinginan aku...aku diberi tugas ikut suka aku...tak ada tekanan tak ada paksaan...so aku kerja dengan senang hati bersama 2 lagi muslimah yang berani mati...kuang..kuang..kuang..kami tak besar(err tak besar ke..?)..dan kami tak kuat..bila bekerjasama semua jadi mudah..

Sesumpah


Ucapan setinggi2 terima kasihku untuk ketua HalWa Perak Kak Mizan kerana memberi kepercayaan kepada kami bertiga untuk menjayakan misi sebagai 'sesumpah'..satu pengalaman yang cukup berharga.. kena pulak gandingannya dengan Puan Leha dan Cik Puan Ana..the great 'sesumpah' of the year hahaha..keberanian korang memang aku salute..secara tak langsung aku jadi terover berani dari korang..muahahaa... apa2 pun team kita memang class beb...masuk lorong kecik..lorong besar...semua kita redah...satu team yang cukup mantop...

Iron lady of Trong



ni nak cerita tentang seorang hamba Allah yang betul aku kagum Kak Nah pangilan manjanya...hebat dan cukup lasak..meeting dari Trong ke Ayer Kuning hanya dengan motosikal aje...tak kira malam ke siang ke hujan ke panas ke...bila kena panggil untuk meeting di markaz induk dia pasti redah...bagi aku dia ni patut diberi pingat....malam sehari sebelum nak mengundi kakak kita ni jatuh motor dia pakat senyapkan dari kami...apa lagi bila akak sesumpahku tau.. mula la mulut dia bising mengalahkan murai...baik akak sesumpah mahupun Kak Nah ni..mulut depa memang tip top..sapa tak tahan mau nangis..tapi aku dah biasa hidup dikalangan mulut2 yang sekutu dgn depa ni maka aku tak terasa hati..sapa yang jenis cepat tersentap jangan duk dekat baik hangpa duk jauh2 sat lagi ada yang teghoyak...ada yang buat muncong pulak nanti..tak tau la bila nak jumpa dengan Kak Nah lagi...masa balik tak dan nak bermaaf2an.. yang penting berbaloi dengan kemnenangan yang Allah beri..tapi aku tau apa Kak Nah nak cakap bila kita menang.."menang lagi susah hang tau...sat lagi aku mengalahkan YB..semua duk cari aku..minta tu mintak ni..." tu la ayat dia..sabar no Kak Nah..

Terima Kasih

sepanjang PRK Bukit Gantang aku asik berulang dari Bagan Datoh ke Bukit Gantang macam aku pergi Teluk Intan aje .. setinggi2 ucapan terima kasih aku buat Kak Wan sebab menyediakan tempat tidor yg cukup selesa di Trong..ala2 homestay lagi...cukup dengan keselamtannya..pasal duk depan Balai Polis Trong...tapi sayang takde coverage untuk si berukband...maka aku dioffer bertapak di rumah Cik Puan Ana di Semanggol..tak jauh dari stesyen maya BloggerNetwork.. maka di Semanggol lah stesyen mayaku...terima kasih Ana pasal pinjamkan streamyx hang kat akak...dan paling berharga dia meminjamkan tenaga dan masa dia untuk menemani aku sepanjang aku bertugas di PRK ini...sampai anak dia pun dia export kat mak dia...terima kasih makcik tolong jagakan Musfirah...makanya Cik Puan Ana ni sudah dikenali di kalangan BlogNet...sebagai bodyguard aku dan teman setiaku...hehehe

kepada geng BlogNet...terima kasih sebab menaja makan malamku sepanjang di Bukit Gantang..tempat berkumpul kami selalu tak lain kat restoran Zambri..bukan Zambry MB Haram tu...restoran tu aku panggil restoran kanji arab...pasal kanji dia memang sedap walaupun aku tak pernah order kanji...cium bau dia aku dah agak memang sedap..dan di situ juga tempat pimpinan PR menjamu selera..aku jarang dapat bersama dan bergerak dengan geng BlogNet..maka time makan adalah time untuk kami bertukar cerita dan menyampaikan berita apa yang berlaku... disebabkan tugas aku di bukit gantang selain sebagai blogger aku juga petugas parti..itu pasal aku tak banyak buat posting..sebab sibuk dan bila balik ke Semanggol dah jauh malam..mata pun ngantuk badan pun penat...cerita memang banyak...tapi masa tak mengizinkan untuk aku menulis...bizi maa...

kepada tetamu BlogNet..ada yang tak sempat nak kenal dan tak sempat jumpa pun ada..terima kasih memberi sokongan kepada kami yang kerdil ini...memang banyak bantuan dah diberi kepada team BlogNet..mungkin tak dapat kami nak membalasnya..insyaAllah setiap yang disumbangkan akan memberi seribu keberkatan kepada perjunagan ini...demi keadilan..demi keamanan..demi kejayaan dunia dan akhirat...tapi paling manis dalam PRK ni bila Abg Pyanhabib sudi bersama kami di hari kemenangan DS Nizar..juga adik Annur(hari jadi Annur masa tu) dan kakak Anisa serta famili KulupSakah...


Annur(besday girl) dan umi(blogger aku OKU)

suasana menunggu keputusan

kepada pelayar BlogNet terima kasih kerana memberi sokongan anda semua...tanpa anda siapalah BlogNet..aku tak dapat nak buh nama2 yang terlibat secara langsung ke atau tidak dengan kehidupan aku di sepanjang PRK ni..yang pasti aku cukup2 berterima kasih atas sokongan dan perhatian anda terutama Kak Erah dalam lembutmu terselit ketegasan..terima kasih kerana sentiasa menjagaku dalam jauh..

Terima kasih juga kepada pengundi2 Bkit Gantang yang telah memilih DS Nizar sebagai wakil kalian...terima kasih kerana memberi kemenangan kepada PR...kerana anda membuatkan seluruh jentera dan penyokong PR tersenyum sehingga ke hari ini...Tahniah kepada warga Bukit Gantang kerana anda memiliki wakil rakyat yang cukup istimewa..

Takbirr..!!

Thursday, April 09, 2009

apa akan jadi pada umno..??

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg

-bicara tok iskandar


kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.
Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.
Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.

pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.

Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.
sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.
KJ senasib dengan Kuli

Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen.

KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.

semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka,johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.

Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.

Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan di dalam parlimen.

Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

bila dan bagaimana?sama-samalah kita tunggu dan lihat

Tuesday, April 07, 2009

Akibat DS Nizar menang


''Kita dah menang..'' kata Bro Pyanhabib..


"Mari kita celebrate...!!! sapa nak blanja..?"


KulupSakah kata..."Bro Pyanhabib...!!"


"Oraaiitttt....!!" Kata Bro. Pyanhabib semasa join bloger Pakatan Rakyat yang beroperasi di Taman Simpang belakang Balai Polis Simpang, Taping.

JOM kita bedal mee udang di Kuala Sepetang...!!!!

Kita dah MENANG...!!!!

Kemenangan gemilang Pakatan Rakyat di P059 menerusi calon PAS, DS Ir. M. Nizar Jamaluddin dengan majoriti RASMI sebanyak 2789 undi

sekarang DS Nizar sudah berada di Dewan Majlis Perbandaran Taiping untuk pengumuman keputusan PRK Bukit Gantang...para jemaah menteri pasola dari siang tadi dah berangkat pulang...depa dah tau depa nak kalah tu yang awai2 angkat kaki tu....

Takbir !!!

HIDUP RAKYAT...!!

keputusan PRK N29 Batang Ai

Calon BN Malcolm Mussem Lamoh mendapat sebanyak 3,907 undi telah mengalahkan calon PKR Jawah Gerang yang mendapat undi sebanyak 1,854. Majoriti BN menang dengan 2,053 undi. Peningkatan undi majoriti adalah sebanyak 1247 undi

Latarbelakang Pilihanraya Kecil N29 Batang Ai

Pada 24 Februari 2009, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot daripada Barisan Nasional (BN). Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, pada pukul 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar yang dialaminya sejak 22 Mei 2008. Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.

TAHNIAH BUAT BN YANG BERJAYA MENGEKALKAN KEMENANGAN DI N29 BATANG AI

sumber

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil