Followers

Sunday, November 22, 2009

Selamat ulangtahun BloggersNetwork..


Untitled-2.png picture by UmmiAnni                                                         Sejak jun 2008 ummi mula menulis di blogspot ini dengan jasa blogger Nasa yang mana blognya bernama Tak Gedebe..inilah hamba allah yang menjebakkan ummi dalam dunia Blogspot...sebelum ini ummi hanya bermain2 di yahoo 360 bersama kawan2 chatter..blog yang hanya berkisarkan cerita kehidupan penulis dan aktiviti penulis membuatkan ummi cepat jemu dan ketandusan idea untuk menulis..dan di tapak lama juga ummi mengalami macam2 karenah di alam maya..kalau bab gaduh sesama blogger itu dah biasa sangat..kena pulak chatter yang panas baran dan kaki maki..siapa musuh siap la korang kena maki berbakul2..terinagat satu slogan "tak maki tak geng" ...hahaha what a sweet memory..tu belum campur dengan komenter2 yang punya geng sendiri..maka antara pengomen pun ikut sama terkena angin perang saudara..jangan kata ummi tak pernah terlibat dengan pergaduhan di alam maya..pernah..kena fitnah pun pernah..so ummi belajar dari sana dan ummi bawa diri ummi ke blogspot dengan cara yang serba baru...


banyak kenangan manis dan pahit semasa bergelar chatter dan penulis blog yahoo 360...dan banyak juga ilmu dan tunjuk ajar yang ummi dapat semasa terlibat dalam komuniti chatter..ramai yang ummi kenal dari berbagai latar belakang dan ideologi..kita cuba mengenali kawan2 dari segi karektor dan perangai orang melalui perbualan yang tidak bersuara..hanya melalui tulisan mereka..ada yang berterus terang ..ada yang hipokrit..bagi ummi dunia maya mahupun realiti..ianya tetap sama..cumanya kita kena pandai menjaga diri kita dan tahu apa tujuan kita...bagi ummi menjadi diri kita sendiri adalah lebih baik dari kita berselindung disebalik nama dan karektor yang dibuat2...forum2 ni ummi tak layan sangat..bukan pasal apa..sebab tak berapa nak pandai..

ummi mula mengenali dunia blogspot bila ummi terjebak dalam blog dunia politik..blog yang mula ummi masuk selepas Tak Gedebe..blog Harimau Menaip..Kulatlapok..KudaKepang ..Melayuangkat..nilah blog2 yang ummi suka baca bila mula2 masuk komuniti blogspot...kemudian ummi jumpa blog MatSamanKati..PerisikRakyat.. Al-Banjari ..PenarikBeca..Pak Sheikh Teluk Intan dgn laptopnya..Des/Berani membuat Pilihan...walaupun mereka berlainan ideologi dan pahaman tetapi kerharmonian tetap wujud ketika itu...saling menghormati pahaman politik masing2..tidak sampai ke tahap menghina sesama blogawan..tetapi itu sudah tidak wujud sekarang..rasa hormat sudah hilang..kata2 kesat juga sudah berleluasa digunakan untuk meluahkan isi hati dan pandnagan..ummi jadi tidak selesa dengan kewujudan blog2 yang menggunakan kata2 kesat terhadap pemimpin tak kira dia sari parti mana..sudah hilang nilai ketimuran yang kaya dengan sopan santun dan akhlak muslim di dalam penulis blog sekarang..sedihnya...

blog2 berkisarkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia bersama isu2 semasa yang berlaku disekeliling kita ini membuatkan ummi jatuh hati dengan dunia penulisan politik..walaupun ummi tak pandai sangat dalam penulisan..ummi suka baca penulisan MSK..Hussien Lempoyang..al-Banjari gaya yang bersahaja tapi bermesej...ummi tak pandai menulis dengan gaya bercerita seperti mereka tapi atas motivasi MSK yang suka memberi semangat dengan kata2 ini.."ummi menulis ikut saja cara ummi..tak perlu nak ikut cara orang lain..bila ada yang membaca maknanya apa yang ummi tulis orang paham dan suka.." rangsangan inilah yang buat ummi terus menulis ikut apa yang ummi mampu..



Semasa penamaan calon DSAI di Permatang Pauh adalah permulaan ummi mengenali blogger2 yang ummi selalu berhubung hanya melalui blog..selepas penamaan calon..MSK buat satu pertemuan sulung dengan PerisikRakyat..Zul Aloha..Hijat Panjang..Zul Mamak..MatComot..CheguBard..Jordan..Uncle Zorro..Bro Haris..masa tu al-banjari hanya kirim muffin..orangnya tak ada..ummi bersama Sya-Reformis yang ketika itu belum lagi terlibat dengan parti mahupun blog...borak2 bersama mereka2 yang dah otai membuatkan ummi dan sya lebih bersemngat untuk bergerak sebagai blogger dengan tujuan yang satu iaitu untuk memastikan pemerintahan yang adil saja bertapak dibumi Malaysia ini..boleh baca artikel tu disini-->http://haninasution.blogspot.com/2008/08/sehari-di-permatang-pauh.html



Bila proses berkempen di PRK Permatang Pauh bermula ummi terlibat secara tak langsung sebagai blogger dan petugas parti...dari situ kami menggunakan blog untuk menyampaikan berita terkini dan benar dari kacamata blogger...sehingga kemenangan berpihak kepada DSAI walaupun ketika itu blog belum sangat dikenali sebagai media alternatif secara besar2an...tetapi jasanya tetap ada bagi menyumbang kepada kemenangan DSAI..


setelah selesai PRK Permatang Pauh..MSK mula bercerita mengenai Kerajaan Maya yang mana idea Dr.Wahab cuba direalisasikan...maka pada tarikh ini..22hb November 2008 tertubuhlah KAMAR di bertempat dewan bangunan SUK ..cukup bersejarah kerana di hari tersebut juga para bloggers mendapat pengiktirafan dengan pemberian kad media dari kerajaan Pakatan Rakyat sebagai wakil lidah kerajaan Pakatan Rakyat..dengan permulaan itu kami bergerak sebagai satu team yang cukup kukuh dan mantap..malah mesra sebagai satu keluarga yang besar..

Semasa Konvensyen Teh Tarik kali pertama ini ummi mula kenal Al-Banjari ..Cenangau.. Mamamat... Cyberboron.. ManjungMai..Luna..BikirPerak..CYS..Dugong..TBO..Sam Ahmad..Dr.Wahab.. Caah..Ahmad Zawawi..Sulaimanja..ramai lagi yang ada kat gambar bawah ni..maaf tak tulis semua..masa ni ada yang ummi dah jumpa kali kedua..satu kenangan yang tak dapat dilupakan..ummi dapat keluarga besar..bukan setakat bloggernya saja..malah mengeanli keluarga blogger itu sendiri..isteri/suami dan anak2 mereka sekali..walau tak semua..kami mesra seperti abang dan adik..kami saling lengkap-melangkapi.. tapi itu setahun yang dulu..

bila berlaku PRK2 yang berderet2 kami semakin diuji..kesefahaman mula diuji..tahap kesabaran juga diuji..lama kelamaan semua jadi lesu..ada yang bawa diri..ada yang jauh hati..ada yang kecewa..dugaan demi dugaan..sehingga krisis dalam parti membuatkan lagi sesama bloggers mencari jalan keluar bergerak sendiri atau mencari tapak baru..maka BloggersNetwork sepi begitu saja..tak tahu apa sudahnya..tapi ummi masih tetap setia pada BloggersNetwork..kerana di sini ummi mula bertapak dan punya keluarga besar...tak kira orang kata apa..ummi tetap pertahankan BloggersNetwork..seperti di artikel Luna di sini...

http://3.bp.blogspot.com/_-2W2fZU250A/SwhzKpkWUrI/AAAAAAAAAiY/BfLNGUMiHVE/s1600/konvensyenTehTarik+019.jpg







Sedih menyambut ulangtahun BloggersNetwork hari ini..tak ada sambutan apa2 pun..sedihnya huhu...adad antara kami mula menjauhkan diri..antara kami mula tidak sefahaman hanya kerana tidak sependapat dengan krisis2 yang berlaku dalam parti..rambut sama hitam tapi hati lain2..tetapi kalau toleransi sesama kita tinggi..insyaAllah semua akan jadi damai...ummi rindu akan keluarga besar BloggersNetwork..rindu akan silaturrahim sesama BloggersNetwork..apakah tidak akan wujud lagi kemesraan keluarga besar ini..? sayu hati melihat wajah2 keluarga besar ummi ini..apakah tiada ruang untuk maaf memaafi sesama kita..kerasnya hati2 keluarga ummi ini..semasa memulakan BloggersNetwork dari kosong..sama2 susah kita mengembling buah fikiran untuk merealisasikan KAMAR..tapi setelah berjaya lain pulak yang jadi..betullah bila dikatakan kesenangan itu adalah ujian..bila susah kita bersama2..bila dah diberi keselesaan masing2 bawa diri..ada yang kena sisih..

Krisis politik memang banyak mempengaruhi kehidupan manusia..kerana politik tidak akan terpisah dari kehidupan kita sehari2an..politik adalah pengaturan urusan rakyat dengan perintah dan larangan...ramai yang kata politik tidak boleh dicampur adukkan dengan agama..tetapi sebenarnya politik dan agama harus berjalan selari..kerana politik membentuk siasah diri..

akhir kalam..kepada mereka yang pernah berkeluarga dengan BloggersNetwork..tak kira @Perak ke..@Penang ke..@Kelantan ke..@Selangor ke...ummi mengucapkan Selamat Ulangtahun yang Pertama..harapa akan ada tahun yang kedua dan seterusnya... mungkin juga ummi ada tersalah kata dan perilaku yang ummi tak sengajakan..ummi mohon maaf kepada semua ..mungkin luahan ini ada yang tak suka..ada yang rasa terhina..mohon ampun maaf..

ummi berharap sangat kalau KAMAR dapat diteruskan kesinambungannya kerana Pakatan Rakyat masih perlukan khidmat BloggersNetwork untuk menjaga kemenangan yang ada dan mencari kemenangan di negeri yang belum kita tawan..maka dimanakah kesudahan BloggersNetwork..? harap2 tidak menjadi sejarah..bak kata Luna.."cuba la untuk minta maaf..itu je...kan lebih manis..."

wallahua'alam..









Saturday, November 21, 2009

perang maya...? apa nak buat..?


`
Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.` al-Hujurat 9

`Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.` al-Hujurat 10.


Ayat 'perangi sampai surut kembali pada perintah Allah' inilah yang kita cuba laksanakan..baik berparti mahupun kehidupan sehari2 kita...

memerangi umno kerana umno tidak berusaha untuk melaksanakan perintah Allah..memerangi pemaya di alam maya kerana ramai yang sudah jauh dari akhlak seorang muslim ketika meluahkan isi hati dan pandangan diri..

wallahua'lam

Friday, November 20, 2009

SPRM...anda tidak kebal...!!

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:07eINiX8UAgvdM:http://kinabalukini.files.wordpress.com/2009/04/logo-sprm.jpg
malam tadi ummi bersama famili berbuka di Bagan Datoh..makan di Jeti Bagan Datoh sambil mendengar Buletin tv3..salah satu berita adalah mengenai SPRM bila mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa SPRM tiada hak untuk menyoal siasat saksi ikut suka depa..bila dengar berita tu..ummi dan hubby cakap 'padan muka' ingat beasr sangat ke nama SPRM sampai hak asasi orang lain tidak diumpamakan..walaupun nak jalankan tugas dengan bagus sekali pun..ingat2 la..orang lain pun ada kehidupan dorang sendiri..

harap SPRM akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi..siasat waktu berkerja..bukan sampai ambil masa orang lain..kalau ikut dakwaan Boon Wah..dia dikasari ketika disoal siasat tak hairan perkara itu boleh berlaku..bila kita berkerja lebih masa stress akan berlaku terhadap saksi dan pegawai yang menyoal..akhirnya kestabilan emosi tak dapat dikawal..baran pun datang..akhirnya masalah lain pulak yang timbul..iaitu berlaku kekasaran..

saranan hakim itu betul dan sebaiknya dipatuhi kerana untuk mengelakkan situasi emosi yang tak terkawal kerana bebanan lebih masa ketika bertugas..takut matlamat soal siasat yang dilakukan tak menepati kehendak dan tujuan..akhirnya buat kerja yang sia-sia .. buang masa dan tenaga..hanya akan merugikan kedua2 belah pihak..

buat kerja biar berhemah supaya hasilnya berkualiti..

Wednesday, November 18, 2009

Zambry 'lahirkan' PPA setelah 9 bulan 'mengandung'...

setelah 9 bulan BN 'mengandung'  Zambry 'melahirkan' Pejabat Pemasaran Arak di Perak..

Tahniah..Yam Seng..!!


Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Arak Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.



Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.


Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.


Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.


Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.


look..but don't touch..!!






di mana maruah anak2 gadis ini..di hujung lensa kamera..??
apakah perasaan anda sekiranya saudara perempuan kita dijadikan bahan tontonan awam begini..?
tidakkah pihak penganjur berasa tidak bermaruah kerana menggunakan anak gadis ini sebagai pelaris program anda..?
tolong siasat di manakah program ini berlaku dan penganjurnya siapa..?
tidak adakah badan2 yang boleh lakukan tindakkan terhadap gejala yang tidak sihat ini..?
mana jabatan agama Islam tempatan..tidakkah anda tahu akan wujudnya aktiviti begini..?


Ya Allah..lindungi saudara perempuan kami dari tergelincir ke penyakit sosial yang semakin menakutkan ini..

QS an Nur 24:31 “Katakanlah kepada orang2 beriman perempuan supaya mereka merendahkan pemandangannya dan menjaga kehormatnanya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya, dan hendaklah mereka tutup kudungnya kelehernya. Janganlah mereka perlihatkan perhiasan, kecuali kepada suaminya, bapanya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya, orang2 yang mengikutnya diantara lelaki, yang tiada berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak2 yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoncangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai orang2 yng beriman agar kamu mendapat kemenangan”

sumber http://fajridil.blogspot.com/





Tuesday, November 17, 2009

SPR buat lawak...



Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

ummi..,

SPR buat kerja tak pakai akai...suka buat kerja sia-sia kerana nak menjaga kepentingan BN..sekarang ini kita lihat SPR cuba mengatasi kuasa Speaker..seperti yang berlaku di Perak..bila SPR dah buat kerja bukan dalam bidang kuasa SPR maka berlakulah kecelaruan dalam sistem pentadbiran..kesilapan yanag sama juga mahu dilakukan di Kedah..tetapi keputusan mahkamah membuktikan SPR TIDAK BOLEH mengatasi kuasa Speaker...tugas SPR adalah melaksanakan tuntutan Speaker dan bukan pertikaikan keputusan Speaker..

tak sudah2 SPR buat lawak...cukup2lah di Perak SPR buat hal..jangan nak tambah lagi..kalau dah terang kerusi itu patut dikosongkan..sediakan sajalah pilihanraya untuk mencari ganti..jangan nak buat kerja yang membuang masa..kenapa bila kes sudah jelas diputuskan oleh mahkamah ada kekosongan..kenapa masih perlu meminta nasihat peguam negara..? kenapa semasa kes di Perak tidak pulak SPR mahu rujuk nasihat peguam negara..pandai2 kata 3 kerusi katak itu tak perlu dikosongkan...lawak apa yang SPR nak tunjuk ni..?

Kalau mengikut keputusan PRU12 yang lepas..kemenangan BN adalah sangat tipis..penyusutan majoriti BN menunjukkan tahap kritikal BN untuk mengekalkan kerusi DUN Kota Seputeh..mungkin juga dengan prestasi BN sekarang yang semakin ditolak rakyat..maka PM1 Malaysia menyatakan tidak akan diadakan pilihanraya kecil kecuali kerusi itu dikosongkan kerana kematian..tetapi bagaimana BN hendak menidakkan sistem demokrasi yang dijunjung selama ini..? takkan bila rasa diri boleh menang ikut perlembagaan..bila rasa kalah..buang semua dalam tong sampah..ni hampeh namanya..

apa2 pun..DUN Kota Seputeh telah disahkan kosong oleh mahkamah...


Sunday, November 15, 2009

Pak Karamu selamat berangkat


Pada Jumaat 13hb Nov yang lepas ummi dan keluarga telah pergi menghantar abah ummi PakKaramu untuk menunaikan ibadah haji buat kali ke 2..kali ini abah pergi bersama anak muridnya..MakKaramu tinggal..

Semoga ibadahnya diterima Allah dan peroleh haji yang mabrur..selamat pergi dan kembali untuk meneruskan perjuangan..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil