Followers

Tuesday, September 18, 2012

misteri Sultan Perak yang sah.. (3)


Datuk Seri Ramli Ngah Talib samasekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan, apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat Istana yang bernama Megat Chandin untuk bersemayam di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Bagaimanapun, Ramli Ngah Talib terpaksa mendukung restu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang membuat perancangan supaya Raja Azlan ditabal sebagai Sultan dan dipersetujui oleh Majlis Dewan Negara Perak.
Antara Ku Ann dengan Raja Azlan, mereka mempunyai kaitan sebagai saudara sepupu tapi berlainan darah daging. Ku Ann berdarah raja manakala Raja Azlan pula anak orang biasa. Nama asalnya ialah Mohd. Hattan bin Hashim dan ibunya berbangsa Siam kurang fasih berbahasa Melayu ketika itu.
Selepas beberapa hari dilahirkan, Mohd. Hattan dibawa ke Batu Gajah pada 19 April 1928 atas bantuan sahabat karib Allayarham Alang Jaafar. Nama Mohd. Hattan telah dipinda kepada nama Raja Azlan Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah. Nama ini difikirkan sesuai oleh  Almarhumah Khatijah Ahmad kerana ada persamaan dengan nama Raja Baharom Shah anak sebenar.
Pembetulan dan pengubahsuaian yang menggunakan nama baginda tidak diketahui oleh Al Marhum. Ketika itu amat mudah untuk berbuat sesuatu urusan tanpa kawalan dengan perundangan yang belum terjamin. Tambahan pula Pejabat Pendaftaran masih kecil dan tidak ramai orang yang datang berurusan.
Almarhumah Khatijah tidak mempunyai ramai anak walaupun tiga kali berkahwin. AlMarhumah mempunyai seorang anak bernama Abdul Ghani (Allahyarham) hasil dari perkahwinan pertama. Suami kedua pula ialah Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah yang menghasilkan Raja Baharom Shah. Kali ketiga, Almarhumah Khatijah berkahwin dengan Datuk Tak Haji Daud yang pada masa itu bertugas sebagai Penolong Pengarah Pertanian Negeri Perak tetapi tidak mempunyai anak. Pada masa itu, Datuk Tak sudah pun mempunyai dua orang isteri dan ramai anak.
Mengikut salasilah keturunan Kesultanan Perak, Ku Ann merupakan waris yang paling layak untuk menduduki takhta, tetapi hak itu telah dirampas oleh Raja Azlan yang lebih mahir bermain dengan undang-undang. Ku Ann adalah waris keturunan raja, manakala Raja Azlan hanyalah anak angkat dari keturunan Siam.
Dalam salasilah keturunan asal, ianya melarang sesiapapun daripada mengubahsuai atau meminda salasilah untuk tujuan merampas hak atau mengaburkan keturunan sebenar.
Ku Ann memang ada hak warisan kerajaan negeri Perak. Pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sekarang ini telah menggubal pindaan perlembagaan yang menjadikan Ku Ann tersisih dari istana dan juga harta warisan diraja. Pindaan Perlembagaan Perak telahpun ditandatangani oleh yang Dipertuan Agong dan Menteri Besar Perak serta disokong pula oleh orang-orang kenamaan. Maka dengan itu, musnahlah segala warisan keturunan Ku Ann setelah di isytiharkan beberapa tahun lalu oleh Sultan Azlan kepada kerabat-kerabat diraja Negeri Perak.
Sultan Azlan boleh menerima Ku Ann tetapi sebagai rakyat biasa dengan syarat Ku Ann tidak boleh meminta apa-apa. Sultan Azlan juga tidak akan melayan segala permohonan yang dibuat oleh Ku Ann dan dengan itu, Ku Ann telah bersedia untuk menyaman Kerajaan dan Dewan Negara Negeri Perak kerana membuat keputusan yang dianggap tidak sah tanpa mengikut Etika Raja-Raja Melayu asal sebelum tahun 1900.
Sesudah dinobat menjadi Sultan Perak ke 34, sesuatu telah menimpa Raja Azlan dan keluarganya. Berlakulah kejadian aneh yang amat menakutkan baginda berdua suami isteri. Apabila terjaga keesokan harinya selepas bermalam buat kali pertamanya di Istana Iskandariah, Raja Azlan mendapati dirinya bukan tidur diatas katil didalam bilik, tetapi berada diatas rumput dihalaman istana setelah Jin Pendaulat Megat Chandin memindahkan baginda keluar kerana baginda bukanlah anak raja sebenar.
Begitu juga dengan Toh Puan Bainun Mohd Ali telah diletakkan dalam kamar mandi sehingga pintunya tidak dapat dibuka. Demikian yang menimpa keatas pasangan diraja yang telah diketahui umum bukan raja sebenar. Kebanyakan rakyat tahu cerita ini ketawa dan mengumpat dari mana datangnya Raja Azlan tiba-tiba dinobat sebagai sultan.
Sehari selepas kejadian aneh yang menakutkan itu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib dipanggil mengadap segera. Ramli Ngah Talib telah diarahkan untuk menyediakan sebuah rumah lain yang sesuai dijadikan Istana Rasmi. Secara kebetulan, ketika itu ada sebuah rumah banglo besar satu tingkat milik kerajaan sedang kososng selepas perpindahan Pegawai Kanan dan rumah tersebut digunakan dulu sementara kerja-kerja pengubahsuaian dibuat.
Rumah tersebut terletak di Jalan Kinta, Ipoh dan akhirnya kerja-kerja ubahsuai telah siap yang kemudiannya dinamakan “Istana Kinta” sebagai kediaman rasmi Sultan Azlan yang tidak berdaulat.
Istana Iskandariah Kuala Kangsar akhirnya dibiarkan begitu saja tanpa penghuni setelah pasangan Diraja tersebut cabut lari kerana dikejutkan dengan kejadian aneh yang tidak diundang datang. Istana Hinggap Bukit Gantang, Taiping juga dirobohkan atas perintah Sultan Azlan untuk melenyapkan sejarah hidunya semasa kecil.
Sekarang, rakyat sudah mengetahui mengapakah Sultan Azlan dan keluarga diraja tidak pernah lagi bermalam di istana Iskandariah. Mereka akan hadir untuk upacara rasmi kerajaan dan pulang ke Istana Kinta, kerana Jin Megat Chandin Istana Iskandariah tidak akan membenarkan Sultan Azlan bermalam disana.
bersambung….


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/09/misteri-sultan-azlan-shah-3/



misteri Sultan Perak yang sah.. (2)


Oleh: Uncleseekers 111
Beberapa tahun selepas menghilangkan diri, Ku Ann telah kembali kerumah mereka di Canning Garden, Ipoh. Ketika itu, Raja Azlan bertugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Di masa itu juga, Ku Ann baru saja tujuh hari berkahwin tanpa memberitahu keluarga.
Raja Azlan pula sudah mengetahui tentang kepulangan Ku Ann setelah mendapat berita dari AlMarhumah. Ku Ann dipanggil kepejabatnya apabila mereka berjumpa dan Ku Ann disuruh bertugas di Mahkamah Rendah Ipoh tanpa memohon atau ditemuduga oleh pegawai-pegawainya.
Tujuan Raja Azlan berbuat demikian supaya Ku Ann dapat tinggal semula bersama-sama Almarhumah yang sering bimbang Ku Ann akan merajuk lagi. Persoalannya, bagaimana Ku Ann mahu memberitahu mereka bahawa dia sudah berkahwin?
Atas alasan apa sekalipun, Ku Ann terpaksa memberitahu bahawa dia sudah berkahwin. Raja Azlan terkejut dan bertanya bila dia berkahwin. Tidak ada cara lain, Raja Azlan meminta Ku Ann membawa balik isterinya. Walaubagaimanapun, Ku Ann perlu menanggung risiko dimarahi Almarhumah. Tiket waran untuk dua orang dikeluarkan bersama surat perlantikan jawatan sebagai Penyimpan Rekod Jenayah diberikan dan Ku Ann perlu melapor diri bertugas di Mahkamah Rendah, Ipoh.
Apabila sampai dirumah dan berhadapan dengan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, beliau bertanya siapakah perempuan yang bersama Ku Ann. Apabila diberitahu bahawa perempuan tersebut ialah isteri Ku Ann, Puan Khatijah tersentak dan meminta supaya Ku Ann menceraikan perempuan tersebut kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat restu keluarga.
Ku Ann enggan menceraikan isterinya dan tetap dengan pendirianya walaupun dipaksa oleh Almarhumah Puan Khatijah untuk menceraikan isterinya. Akhirnya, Ku Ann keluar dari rumah tersebut dan menumpang dirumah saudara.
Raja Azlan diminta pulang segera ke Ipoh. Dari kuala Lumpur, Raja Azlan memandu keretanya, Jaguar Sport berwarna putih dan beliau mendapati Ku Ann sudah tidak ada dirumah. Kejadian pertengkaran Ku Ann dan Puan Khatijah telah diketahui oleh Raja Azlan tetapi beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana menghormati Almarhumah sebagai ibu. Raja Azlan terpaksa berbuat sesuatu yang difikirnya baik bagi keluarga semua, begitupun, Raja Azlan dapat membayangkan bahawa Ku Ann akan tetap meaporkan diri ditempat betugas.
Keesokan harinya, menerusi Presiden Mahkamah, Encik Azmi Kamaruddin, Ku Ann telah diperintahkan bertukar ke Kuala Lumpur. Ini satu pertukaran luar biasa yang belum pernah berlaku terhadap mana-mana pegawai kerajaan.
Dari Kuala Lumpur, Ku Ann diarah bertukar pula ke Kuala Terengganu. Disana, Ku Ann merasa tercabar disebabkan tekanan dari isterinya yang menuduh keluarga Ku Ann memandang darjat. Perselisihan kerana darjat menyebabkan akhirnya mereka bercerai kerana desakan keluarga Ku Ann.
Ku Ann merasakan bahawa Raja Azlan memainkan peranan dalam perceraianya. Ku Ann akhirnya meletak jawatan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Indonesia sambil mencari salasilah keturunannya disana.
bersambung….


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/08/misteri-sultan-azlan-shah-2/



misteri Sultan Perak yang sah.. (1)


Oleh: Uncleseekers 111
Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari Tengku Amran, yang merupakan saudara sepupu tetapi berlainan darah daging dan mereka pernah tinggal sebumbung dan sama-sama diperlihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, bekas isteri ke-empat kepada Almarhum Raja Yusuf Izuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857.
Pada bulan Februari 1984, Sultan Idris Iskandar Shah telah disahkan mangkat. Majlis Dewan Negara Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar ketika itu telah melantik Sultan baru sebagai pengganti. Mengikut adat istiadat dari dahulu lagi, apabila sultan telah disahkan mangkat, jenazahnya akan disimpan selama tiga hari sebelum disemadikan bagi membolehkan seorang Sultan baru dilantik.
Etika Raja-Raja Melayu yang termaktub dari dahulu lagi melarang seseorang yang bukan keturunan atau bukan berdarah raja tulin dari dinobatkan atau dilantik sebagai Sultan. Amalan tersebut diketepikan dan Datuk Seri Ramli Ngah Talib yang sudah merancang mahu melantik Raja Azlan tanpa mendapat persetujuan sepenuhnya dari ahli Majlis setelah dimaklumkan lebih awal kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa akur walaupun beliau memang tahu Raja Azlan bukan anak Raja sebenar.
(Gambar ihsan Malaysia Crisis)

Dilaporkan, Dewan Negara Perak mahu melantik juga Raja Azlan sebagai Sultan untuk memudahkan jenazah Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah disemadikan, tetapi permasalahan timbul setelah kaum kerabat mempersoalkan perlantikan Raja Azlan tidak mengikut susunan oleh kerana beliau telah melangkah lima tangga dengan mengenepikan pewaris dari keturunan sebenar yang tidak sepatutnya berlaku. Ketika itu, Raja Azlan diletak sebagai “Raja Kecil Bongsu” ditangga bawah sekali tiba-tiba mahu dinobat sebagai Sultan.
Sebelum upacara adat istiadat perlantikan dijalankan, beberapa orang ahli majlis bercakap tentang pewaris yang lebih dekat dan mereka ingin tahu dari penjelasan Raja Azlan sendiri yang mereka kira ada kebenaran tanpa keraguan. Orang kenamaan mahu tahu selaian Raja Azlan, siapa lagi pewaris yang masih ada.
Raja Azlan memberitahu bahawa Raja Baharom Shah merupakan abangnya. Kebetulan ketika itu, Raja Baharom Shah sedang menghidap penyakit kurang siuman (gila) dari zaman kanak-kanak lagi. “Ku Ann @ Amran Mohammad Shah dimana? ” mereka bertanya lagi.
Raja Azlan memberitahu bahawa Ku Ann sudah lebih 20 tahun tidak pulang. Mungkin masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Ahli Majlis mendapat laporan dari beberapa orang bekas pengawal peribadi Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tahu dan mengenali Ku Ann sebelum mereka diberhentikan dari jawatan masing-masing selepas Almarhum mangkat. Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku Yong Sapiah mangkat di Acheh.
Nama Tengku Amran tidak tercatit dalam buku rekod kerabat-kerabat raja Perak dan beliau telah menghilangkan diri beberapa tahun selepas Allahyarham Datuk Tak Haji Daud, yang merupakan bapa tiri Raja Azlan meninggal dunia.
Siapa Ku Ann@Raja Amran Mohammad Shah?

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/07/misteri-sultan-azlan-shah-1/

Saturday, September 08, 2012

UMNUU cawangan KG Pulau Juar terkubur..

PAS Kawasan Pasir Salak

10.00 malam 7 September 2012 dianggarkan seramai 1500 orang menjadi saksi bahawa terkuburnya UMNO Cawangan Kg Pulau Juar. Penyerahan borang ahli seramai 35 orang dan diikuti 13 orang yang lain, maka ianya menjadi catatan sejarah di lokasi tersebut. kebanyakkan yang menyerahkan borang adalahterdiri dari orang muda. 
 
Kg.Pulau Juar sebelum ini adalah kubu UMNO.. dalam PRU12 yang lepas dengan keputusan seri dan kertas undian dikira sebanyak 4 kali..namun kebelakangan ini mereka telah menyertai PAS dan kemuncaknya adalah di majlis malam tadi dengan penyerahan borang keahlian PAS kepada DS Hj.Nizar Jamaluddin..penyerahan borang itu telah diketuai oleh Saudara Mohd.Jamil Omar yang merupakan bekas ketua cawangan UMNO Kg. Pulau Juar..maka telah terkuburlah Cawangan UMNO Kg.Pulau Juar 
PAS Kawasan Pasir Salak yang diketuai oleh Saudara Muhaimin Sulam bersama tetamu kehormat DS Ir. Hj. Nizar Jamaluddin meraikan kemasukkan mereka dalam suasana penuh kemeriahan. Lembu dan kambing menjadi korban. Semangat kerja berpasukan semakin jelas kelihatan. Gandingan Penduduk Tempatan di perkarangan Rumah Keluarga Sdra Nazir, AJK PAS Kawasan Pasir Salak, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak, AJK PAS MTD Kg Gajah, AJK MTD Sungai Manik, MTPD dan seluruh jentera PR setempat.

UmmiAnni - kalau udah banyak samseng yang ada dalam UMNUU..sape yang nak tunggu lagi..semakin hari semakin menjadi2 dan terserlah wajah sebenar ahli UMNUU dan sekutu UMNUU..

Beban yang semakin bertambah2 rakyat kena tanggung akibat pemerintahan UMNUU..keselamatan rakyat yang semakin tidak terjaga..keperluan sehari-harian yang semakin meningkat..sudah tentu rakyat semakin jelak dengan kehidupan yang penuh dengan bebanan..

Tuesday, September 04, 2012

UMNUU lah guru politik kebencian..!!


PENGKALAN CHEPA - Tindakan segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor satu tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Justeru, Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.-Sinar Harian

Gambar Najib kena pijak
Tindakan sekumpulan peserta himpunan yang memijak gambar pemimpin adalah tidak wajar.


Punya la kepoh 1 alam pasal gambor Najib kena pijak ..kena bakor..punya la kecoh macam pijak Al-Quran je gayanye..
abih apa lak tindakan pihak berkuasa pasal gambor yang kat bawah ni..?? takde nak menyiasat ke sapa punye koncu2 yang buat keje terpuji ni..siap pakai baju lambang parti  lagi tu..takkan diamkan je kot..
sepatutnya orang2 UBN(umnu be end) tak payah le marah sangat..pasal apa yang UBN dapat semua hasil dari UBN gak..rakyat cuma ikut jek cara2 UBN tunjuk kebencian..macam gambor kat atas ni..
Yang mulakan politik kebencian.. UBN..
yang mulakan politik samseng..UBN..
yang mulakan politik kotor..UBN..
yang mulakan politik gula2..UBN ..
yang mulakan derhaka pada raja2 melayu..UBN gak..
ate...apa pase UBN nak marah2..bak kata pepatah..ada guru ada la muridnye..sape guru sape murid..sendiri pikir la...

Tuesday, August 07, 2012

inikah makhluk yang nak diangkat sebagai ketua agama..Na'uzubillah..!!


Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam?
Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.
“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).
Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.
Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.
Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid
Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”. Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.
Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru? 
Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!
Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan
Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap ada
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia
AWAS 18SX
Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?
Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.
Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/07/18sx-tingkahlaku-ketua-agama-islam-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/


UmmiAnni - Ini baru ketua agama bagi negeri Selangor..macamana dengan negeri2 lain...bagi aku Sultan Kelantan Sultan Muhahammad V adalah sebaik2 contoh ketua agama..tuanku adalah yang TERBAEEKKK..!!



translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil