Followers

Monday, October 15, 2012

AWAS..!!! Toyol berkeliaran di jalanan...

Kebaikan AES terhadap rakyat yang telah dikenalpasti..Sumber dari blogger UMNO


1 – AES dapat mendidik rakyat supaya berkerja dengan lebih tekun lagi untuk membayar saman yang dikeluarkan kepada mereka..

2 – AES dapat memupuk ‘hubungan mesra’ diantara rakyat dan juga kerajaan serta menambahkan ingatan yang tulus ikhlas terhadap kerajaan sepanjang masa..
3 – Sistem baru ni juga akan memastikan kerajaan dilihat sebagai prihatin kerana sentiasa mengambil berat kepada keselamatan rakyat walaupun dijalan yang tak berbahaya..
4 – AES juga menunjukkan bahawa kerajaan sangat bijak.. Dulu rakyat marah pada Polis dan JPJ jika dapat saman.. Sekarang ni rakyat marah pulak pada kerajaan.. Tak bijak ke tu beb?
5 – Rakyat dapat membantu menambah pendapatan negara dengan menyumbang kepada AES.. Lepas ni, tak wujud lagi persoalan tentang apa sumbangan rakyat pada kerajaan..
6 – Negara akan lebih aman dan makmur kerana AES.. Korang bayangkan semua kenderaan pandu perlahan di jalanraya termasuklah Kereta Menteri, Timbalan Menteri, Raja, Para Kenamaan, Ambulan, Kereta Peronda dan penguatkuasa, dan juga yang sewaktu dengannya.. Tak ke aman jalanraya di negara kita beb..?
7 – AES juga dapat memupuk semangat menabung dikalangan rakyat.. So lepas ni, sapa yang nak memandu kereta, dorang mesti berjimat cermat untuk bayar saman yang dikeluarkan..
8 – AES ni dapat meringankan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.. Lagi banyak duit yang dikutip menerusi AES, lagi mahsyukk la duit di perbendaharaan negara beb… Bukan ke ini baik untuk pertumbuhan ekonomi negara?
9 – Sistem baru ni jugak akan mengeratkan silaturahim diantara pemandu kenderaan.. Korang fikir ye.., bila musim perayaan, semua pemandu akan berpeluang bersembang antara satu sama lain kerana jalan jem teruk akibat semua bawak slow takut kena saman..

10 – AES sekarang ni membuatkan kerajaan jadi sangat popular sebab semua rakyat tengah ‘memuji-muji’ sistem tersebut.. Tak kira dikedai kopi, di surau, di pasar, di rumah kenduri, di stesyen teksi, ataupun di dalam Parlimen sekalipun, AES tetap jadi tajuk utama.. Popular lah tu beb…
Jom layan lagu toyol ..lepeh tu baru tengok tang mane dia dilepehkan...



Moh kite kenali toyol yang bernama AES..dan tang mana dia bersembunyi kat dalam negeri Peghak ni..Cara membaca baris no 1 ialah Bil. dan Lokasi.Baris 2 ialah Route No,Baris ke 3 ialah Daerah dan baris terakhir ialah Had Laju.Ada kolum yang mempunyai latitud dan longtidud nya Selamat Jangan Kene Saman.pandu Cermat ,Duit Selamat Kome...

NEGERI : PERAK
Region A AES Camera Locations

1.JALAN KERAMAT PULAI
A0181
Ipoh
60

2 .KM 13 JRTB GERIK - JELI
F0004
Gerik
90

3.JALAN TUNKU ABD RAHMAN
F0002
Ipoh
60

4.JALAN RAJA DR. NAZRIN SHAH
F0006
Ipoh

5KM 13.3 JALAN KUALA SEPETANG-TAIPING
F0074
Taiping
60

6.KM 73.1 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Tapah
101.261115
4.19731
90

7.KM 31 JLN IPOH - LUMUT
F0005
Perak Tengah
60
(Jalan ini rasanya dekat TLDM Seri Iskandar,jalan yang menaiki bukit tu kalau hendak ke Lumut.PERHATIAN untuk penguna,Jalan ni adalah MERBAHAYA ketika hujan turun .Ini adalah kerana stuktur jalan yang tidak elok yang menyebebkan air berkumpul ditengah jalan.Banyak kereta yang terbabas.Pastikan anda pandu perlahan terutama ketika hujan-Pesanan Kemasyarakatan Dari TBO.Kalau kome engkor..kome punye pasai le..hi..hi.). 

8.KM 7 JALAN MAHARAJA LELA
F0058
Hilir Perak
100.98882
3.97649
60

9.JALAN KUALA KANGSAR (PERSIARAN KLEBANG))
F0002
Ipoh
90

10.JALAN SULTAN AZLAN SHAH
F0003
Ipoh

11KM 43 JLN IPOH - LUMUT
F0005
Perak Tengah
60

12.KM 29 JRTB GERIK - JELI
F0004
Gerik
90

13KM 85.5 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Tapah
101.317677
3.984093
60

14.KM 31.5 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR
F0001
Kampar
101.153526
4.324501
60

15.KM 91 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian
90

16.KM 27 JALAN LANGKAP KE KAMPAR
F0070
Hilir Perak
30

uishh..jalan ni nak bawak keta 30km/j..??  jenuh tu..

17.KM 5.8 JALAN KUALA DIPANG-MALIM NAWAR
A0114
Kampar
90

18KM 123.5 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian

19.KM 104 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian
90

20KM 7 JALAN BOTA KANAN - TELUK INTAN
F0109
Perak Tengah
50

Ini ler jalan selekoh Changkat Melintang..deme udah nangkap gambor tempat lokasi..kalau kome balik dari KL..jangan ler eksen eksen nak layan lap...kat sini 50 ajer..Walau pun dikategorikan jalan yang merbahaye..tapi had laju yang diwartakan terlalu perlahan...macam saja saja jer nak cari duit..aku harap ketua kampung dan jkkknya terlebih dahulu kene saman..supaye deme sedor siapa yang mereke sanjung sanjung selama ini. 

21.KM 18 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR
F0001
Kampar
101.136875
4.516019
60

22 KM 36 JALAN IPOH KUALA KANGSAR
F0001
Sg Siput
80

23.KM 124 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Slim River
101.136875
3.827259
90

24.KM 8 JALAN LUMUT - TELUK BATEK
A0186
Manjung
90

25KM 15 JALAN GERIK - LENGGONG
F0076
Gerik
90

26KM 50 JALAN IPOH - TAIPING
F0001
K Kangsar
60

27.KM 112 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Slim River
101.435051
3.0794373
60

28KM 8 JLN SITIAWAN IPOH
F0005
Manjung
100.718536
4.249867
90

29.KM 8 JALAN TANJUNG TUALANG-MALIM NAWAR
A0202
Kampar
101.071129
4.332033
60

30.KM 6 JALAN DAMAR LAUT-TAIPING.
F0060
Manjung
60

31.JALAN KUALA KANGSAR (KG TAWAS)
F0008
Ipoh
90

32KM 12 TELUK INTAN-KG GAJAH
F0109
Hilir Perak
60

33.KM 79.7 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Taiping
60

34.KM 99 JALAN IPOH KOTA BHARU
F0076
Gerik
90

35. JALAN PANTAI, TANJUNG PIANDANG
A0190
Kerian

36JALAN BEHRANG ULU-BEHRANG STATION
A0124
Slim River
101.460586
3.750395
60

37.JALAN LAHAT
A0005
Ipoh

38.KM 18.5 JALAN TELUK INTAN - BIDOR
F0058
Hilir Perak
101.047697
3.998264
90

39.KM 39 JALAN IPOH-TELUK INTAN
F0070
Kampar
101.14151
4.193372
60

40KM 8 JALAN LUMUT - KG. ACHEH
F0100
Manjung
60

41KM 8 JALAN KUALA KANGSAR - MANONG
A0003
Kuala Kangsar
50

42.KM 2 JALAN LUMUT - SITIAWAN
F0018
Manjung
100.650816
4.200477
90

43KM 24 JALAN DAMAR LAUT - TAIPING
F0060
Manjung

44.BATU 9 JALAN KERIAN
A0004
Kerian
60

45KM 17 JALAN BRUAS - PARIT - IPOH
F0073
Perak Tengah
60

46.KM 49.2 JALAN KUALA KANGSAR-GERIK
F0076
Gerik
100.963626
5.095945

47.KM 12.7 JRTB FASA II GERIK - KUPANG
F076D
Gerik
101.121941
5.545426
60

48.JALAN JELAPANG (DEPAN KILANG YEOES)
A0001
Ipoh
90

49.KM 12 JALAN GELUNG PEPUYU - BERUAS
A0127
Perak Tengah
90

50.KM 1.7 JALAN BATU KURAU-ANAK KURAU
A0137
Taiping
50

51.KM 27 JALAN KUALA KANGSAR-SAYONG-TG BELANJA
A0164
Kuala Kangsar
60

52.AYER TAWAR - BERUAS
F0071
Manjung
90

53.KM 3 JALAN CHANGKAT JERING - TAIPING
A0109
Taiping
90

54KM 25 HUTAN MELINTANG-BAGAN DATOH
F0069
Hilir Perak
90

55.JALAN GOPENG - BATU GAJAH
A0008
Batu Gajah
60

56.KM 260 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Kuala Kangsar
101.022964
4.697392
110

57.KM 309 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Kampar
101.14151
4.193372
110

58.KM 326 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Tapah
110

59KM 205.6 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Taiping
110

60.KM 229.8 LEBUH RAYA UTARA SELATAN
E0001
Taiping
110

61.KM 185 LEBUH RAYA UTARA-SELATAN
E0001
Kerian
110

62KM 367.9 LEBUH RAYA UTARA SELATAN
E0001
Slim River
110

63.KM 373.2 LEBUH RAYA UTARA SELATAN
E0001
Slim River
101.418128
3.842589
110

64KM 276 LEBUHRAYA UTARA SELATAN
E0001
Ipoh
110

info dikutip dari blog http://telokbakong.blogspot.com/

Amek kauu... !! 
Undilah Be End untuk kesejahteraan ...???? 

Tuesday, September 25, 2012

misteri Sultan Perak yang sah.. (11)


Oleh: Uncleseekers 111

Untuk kesekian lamanya, manusia dikuasai oleh sekumpulan elit yang bergelar Raja atau Sultan. Untuk membezakan dua kumpulan manusia yang menguasai dan dikuasai ini, maka satu terma digunakan iaitu Raja dan rakyat. Raja adalah kumpulan yang berkuasa dan rakyat menjadi kumpulan yang dikuasai.
Raja bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa kerana ilmunya. Ilmu yang diikitiraf pada masa dulu ialah ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu ghaib. Sesiapa yang penuh dengan ilmu didada akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan ilmunya.
Maka berlakulah peperangan dan pertentangan diantara mereka yang berilmu ini, dan sesiapa yang mampu mengusai jin dan makhluk ghaib yang lain, maka dialah menjadi juara. Ganjaran daripada kemenangan ini ialah kuasa yang cukup luas untuk menguasai manusia.
Rakyat menjadi takut kepada Raja kerana kuasa yang dimiliki oleh Raja. Raja pula terus berusaha untuk memastikan dia terus berkuasa.
Maka dilantiklah beberapa orang untuk mengisi jawatan sebagai cop getah, hanya untuk mengiyakan apa yang dititahkan oleh Raja. Seorang Pawang Diraja dilantik yang kononnya untuk mengesahkan keturunan diraja. Pawang diraja juga sebenarnya bukanlah orang yang berkuasa atau tinggi ilmunya, tetapi hanyalah untuk menjadi orang suruhan diraja.
Penyimpan Mohor kemudian dilantik sebagai Menteri Penerangan dan satu “kabinet” dilantik yang diberikan gelaran Raja Bergelar. Undang-Undang Tubuh diwujudkan untuk memastikan kuasa itu tidak terlepas ketangan orang lain.
Dalam masa yang sama, “rakyat” tidak berpeluang untuk menuntut ilmu yang dipelajari oleh golongan Raja ini. Rakyat perlu dibodohkan untuk memastikan tidak ada yang berani menentang kuasa diraja.
Tetapi satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja-Raja ialah sikap leka, berpoya-poya dan malas belajar dikalangan anak-anak mereka. Anak-anak Raja tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana merasakan bahawa masa depan mereka akan sentiasa cerah hanya kerana mereka “anak Raja”. Mereka boleh hidup dengan elaun dan pencen yang dibiayai oleh rakyat.
Inilah yang berlaku kepada Tengku Amran, Raja Ahmad Nasir, dan ramai lagi anak-anak raja di Perak. Malah keadaan ini juga sedang berlaku dibanyak negeri dimana anak-anak raja hidup dengan berpoya-poya.
Apabila British datang ke Malaya, sebahagian besar orang Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukanlah hebat sangat. Raja Melayu hanya hebat dikalangan orang Melayu yang terus mendewakan mereka
Kuasa ghaib, kesaktian dan jin penunggu tidak mampu menewaskan British. Raja-raja Melayu yang  dianggap berkuasa dan berdaulat terpaksa tunduk kepada British dan menjadi boneka British.
Selepas merdeka dari British, sebahagian orang Melayu yang berilmu merasakan bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Raja-Raja atau Sultan tetapi sebahagian besar pula masih menganggap bahawa Raja dan Sultan perlu dikekalkan.
Orang-orang Melayu yang berilmu pada masa itu yang kebanyakannya menyertai Umno sedar bahawa orang Melayu masih ramai yang menghormati dan mahukan Raja-Raja, mungkin kerana masih menganggap bahawa Raja-Raja ini sebagai warisan yang perlu dipertahankan. Ramai yang menganggap, kalau tiada Raja, maka akan hancurlah umat Melayu didunia ini.
Kebangangan orang Melayu ini dieksploit sepenuhnya oleh cerdik pandai didalam Umno. Raja-Raja Melayu diberikan kemewahan sehingga mereka lupa daratan. Kehidupan keluarga diraja diselimuti kemewahan manakala tanggungjawab kepada rakyat hanyalah ketika upacara-upacara rasmi.
Rakyat terputus hubungan dengan keluarga diraja. Raja-raja tidak peduli kesusahan rakyat, manakala rakyat pula tidak tahu pembolotan kekayaan keluarga diraja.
Itu sebabnya, apabila jatuh seseorang anak raja itu, maka tidak ada sesiapa yang tahu nasibnya. Hari ini, ramai anak-anak raja yang dulunya hidup dengan kemewahan, tetapi sekarang terpaksa merempat. Jangan terkejut kalau ramai diantara anak-anak raja ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, setaraf dengan pendatang Myanmar atau Bangladesh.
Bagaimana Azlan Shah yang bukan berdarah Raja boleh menjadi Sultan, manakala anak-anak raja yang berdarah raja sudah tersingkir?
Evolusinya tetap sama dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mereka yang bijak dengan ilmu kebatinan, berupaya menguasai alam ghaib, akan mampu menguasai manusia lain dengan perang dan strategi, hari ini mereka yang mampu menguasai ilmu perundangan dan boleh memanipulasi keadaan akan diangkat menjadi Raja.
Sesiapa pun boleh menjadi raja sekiranya mereka berilmu. Dan apabila berkuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada. Kuasa hampir mutlak terhadap rakyat ini menjadikan Raja itu bersikap tamak, rakus dan kadangkalanya zalim terhadap rakyat sendiri


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/24/10843/

misteri Sultan Perak yang sah.. (10)


Tertarik dengan dua komen dalam posting lalu tentang istiadat bersiaram di Beting Beras Basah.
Dalam komen pertama, berbunyi begini.
Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi… isu bersiram nih “kununnya” telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi… namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram. Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih.”

Manakala komen kedua memberikan link yang mempunyai gambar. (disini)
Komen pertama mengatakan Istiadat bersiram di Beting Beras Basah dilakukan ditempat yang salah. Manakala gambar kedua hanya menyatakan “lawatan ke Beting Beras Basah”.
Sebenarnya, tiada siapa yang pasti apakah Raja Azlan Shah menjalani istiadat bersiram diBeting Beras Basah dengan “penuh adat istiadat.” Bagaimanakah satu istiadat yang cukup penting boleh tersilap lokasi? Ataupun “istiadat” yang dijalankan hanyalah untuk memberitahu bahawa memang benar Raja Azlan ke Beting Beras basah?  Maka atas sebab itulah Ku Ann mencabar Raja Azlan supaya sama-sama menjalani istiadat tersebut untuk membuktikan siapa yang benar.
Raja Ahmad Nasir menjalani ujian tersebut. Ku Ann juga menjalani ujian tersebut.
Assalamualaikum Rohku

Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya

Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting Beras Basah bernama Datok Mahidin bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas permintaan Ku Ann.

Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin Bagus dan Radin Fatah

Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam keadaan selamat

Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil kesempatan atas sesuatu tujuan.

Ketika menjalani istiadat ini, satu bayangan tiba-tiba muncul dibelakang Ku Ann yang sedang bersedia untuk disiramkan. Perhatikan bayangan dibelakang Ku Ann.Siapakah makhluk itu?
Beranikah Raja Azlan atau Raja Nazrin menjalani istiadat ini bersama-sama Ku Ann dan Raja Ahmad Nasir?


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/21/10740/



Friday, September 21, 2012

misteri Sultan Perak yang sah.. (9)


Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.
KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak.
Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.
Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran “Yang diPertuan” yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.
Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.
Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang “Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.”.
Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.
Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama.
Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong, Kuala Kangsar.
Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain?
Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.
Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.
Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.
Bagaimana pula dengan adat bersiram?

Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.
Akan disambung…..


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/19/misteri-sultan-azlan-shah-9/

misteri Sultan Perak yang sah.. (8)



Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal dalam pepriksaan, tetapi sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah diangkat sebagai Professor.

Sepuluh tahun lalu sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu, tetapi sekarang  bila ada Professor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak ada siapa yang peduli.

Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan Altantuya dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka kerana bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan bahawa dia pernah memasuki Malaysia.  Dan bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan bahawa ibunya memang pernah dibunuh disini?

Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis. Tetapi bagaimana kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap tindakan anak Altantuya itu ibarat tindakan orang gila? Dimana buktinya? Dimana kuburnya? Dimana rekodnya? Kebenaran bergantung kepada masa dan keadaan. Dan sejarah boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.

Satu perkara yang dipertikaikan oleh Malaysiacrisis ialah tentang Sultan Abdul Jalil dan salasilah Kesultanan Perak. Kami bukan mahu mengatakan bahawa Malaysiacrisis salah, tetapi cuma mahu mengetengahkan pendapat Tengku Amran.  Kebenaran hanya wujud apabila tidak ada sesiapa mempertikaikan “fakta” tersebut.  Tanpa media alternative, sudah pasti apa saja yang disiarkan didalam Utusan dan TV3 akan dianggap benar.

Berikut adalah petikan daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Tengku Amran kepada Sultan Azlan Shah. Ada perkara yang kami sendiri tidak bersetuju, tetapi kami siarkan keseluruhan surat tersebut untuk penilaian pembaca dalam bentuk imej dibawah sekali.

“Saya juga ingin mengetahui mengapakah Tuanku meminda beberapa fakta keatas nama Datuk saya seperti menghilangkan nama asal yang sudah diketahui umum iaitu Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) Mahkota Alam Ibni Almarhum Raja Ibrahim yang pernah menjadi pemerintah Negeri Perak dari tahun 1606 sehingga tahun 1636 selepas kepulangan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ke-4 ke Sumatera, demikian juga nama Sultan Abd. Jalil Karamatullah Shah dengan wajah yang serupa tidak ada kena mengena dengan nama orang yang tidak wujud ianya bertentangan dengan nama yang terdapat didalam Geneology of Perak Sultans.

Begitu juga dengan nama Almarhum Sultan Yusup Izuddin Shah disebut sebagai Putera kepada Datuk saya yang tidak ada kaitan langsung. Ianya tidak benar.

Almarhum Sultan Yusup adalah Putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dari Melaka. Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) mempunyai anak seramai tujuh orang dengan permaisuri pertama iaitu Tengku Yong Safiah di Acheh, tiga daripada anak baginda telah dilarikan oleh Portugis dan akhirnya makam tujuh beradik telah dijumpai di Pahang dan seorang lagi puteranya bernama Tengku Muhamah Shah dengan permaisuri keduanya dari Perak iaitu Sharifah Malini yang masih belum terjumpa makamnya sekarang.

Pada tahun 1636 semasa baginda sedang bersembahyang di Masjid kota Lama Kanan serangan musuh berlaku, tiba-tiba baginda ghaib dan diketahui sudah berada di Pahang, suatu ketika baginda disedari berada di Perak menemui permaisuri keduanya yangsedang sarat mengandung oleh kerana baginda dipercayai mempunyai ilmu ghaib dan sebagainya, permaisuri baginda yakin pemergian Almarhum ke Pahang semula menemui dengan orang-orang kepercayaan baginda tidak diragui.

Pada penghujung tahun 1700 Baginda dilaporkan pulang ke Aceh tujuan meneruskan pemerintahan bagi menggantikan puteranya bernama Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani yang dipercayai sudah turun ke Pahang mencari keluarganya yang lain. Apa yang diketahui selepas itu, makam tujuh saudara termasuklah makam Iskandar Tani telah diasingkan disuatu tempat berdekatan. Almarhum Sultan abdul Jalil (Iskandar Muda) disemadikan di Aceh pada tahun 1838.

Begitu juga disebutkan Almarhum Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani adalah ayahanda sebenar Puan Khatijah Ahmad iaitu Bonda yang telah membesarkan Tuanku setelah keluarga di Raja Acheh yang melarikan diri ke Tanah Melayu untuk mengelakkan dari dibunuh oleh pihak Portugis ketika itu.

Dari penjelasan yang diketahui bahawa Tuanku telah pergi ke acheh secara senyap-senyap selepas ditabalkan menjadi Sultan ke 34 tujuan ingin mengetahui keturunan. Sebenarnya Tuanku telah tersilap langkah pergi ke acheh kerana Tuanku bukan dari keturunan sebelah sana. Almarhum Sultan Yusop Izuddin Shah adalah putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad shah dari Melaka. Almarhumah Puan Khatijah Amad saja dari keturunan Acheh berpandukan salasilah yang tercatiti didalamnya. Tuanku telah mengelirukan seluruh rakyat Negeri Perak dengan memutarbelitkan setiap butiran dan fakta termasuklah diri Tuanku sendiri menjadi tidak betul. Oleh itu, kembalilah Tuanku kepada jalan yang benar. Allah jadikan umur manusia singkat dan panjang, yang hidup pasti akan mati jua.

Dalam salasilah Negeri Perak ada menyebut Sultan Perak ke 29 disebut Sultan Abdul Jalil Karahmatullah. Ianya bertentangan dengan orang yang tidak pernah wujud didunia yang boleh diucap Innalillahiwainnahirajiun. Datuk saya bernama Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mutaram Shah adalah sultan Perak ke 3. Wajahnya ada persamaan dengan orang disebut, Almarhum Sultan Nasiruddin Mutaram Shah telah menerajui Negeri Perak pada 1606 hingga 1636 selepas Sultan Abdul Jalil Riayat shah pulang ke Sumatera. Kemudian Baginda mangkat dan disemadikan disisi anak perempuannya bernama Puteri Reno Sumpur dipekarangan  perkuburan diraja Pagar Ruyung Sumatera pada tahun 1600, saya ada buktinya.

Dalam sejarah kedatangan Raja-Raja Melayu dari sumatera didapati pakar sejarah tidak mengetahui dengan lebih tepat kerana mereka mengetahui dan bertanya dengan orang-orang bawahan tidak menerusi dengan keturunan sebenar yang lebih tahu tentang sejarah, ini amat mengelirukan seluruh rakyat.

Demikian penejlasan ringkas saya yang dapat saya pertengahkan untuk maklumat Tuanku yang kurang tahu sejarah keturunan kita. Antara bonda saya dengan bonda Tuanku terikat sebagai saudara sepupu sebenar. Walaupun Tuanku seorang anak angkat yang menjadi kesayangan kepada Almarhummah (Poo).

Allah telah melenyapkan ingatan serta mengaburkan kedua belah mata Raja Mansur yang telah banyak membuat tohmahan dan pembohongan menerusi orang-orang tertentu kononnya saya bukan keturunan Raja. Salasilah Negeri Perak yang ada pada saya terlalu jauh bezanya dengan salasilah yang Tuanku cipta. Tujuan bagi mengabur mata rakyat kerana itu, Raja Mansur harus menanggung dosa-dosa yang dibuat oleh Tuanku. Bertaubatlah Tuanku. Allah itu maha besar, maha melihat, maha kuasa serta member petunjuk. Jangan mudah ikut hasutan syaitan.
Raja Mansur buat kali pertama telah menulis surat kepada saya sebelumbeliau menamatkan tempoh tugasnya pada penghujung Oktober 2008 dan secara tak langsung beliau telah meminta maaf diatas kesilapan beliau yang tak disengajakan.

Ini menunjukkan Raja Mansur selama ini ikut perintah dan terpaksa tunduk oleh kerana masih dalam perkhidmatan, apabila beliau tidak lagi berkhidmat dibawah naungan Tuanku, barulah saya faham dan dapat menilai setiap perbuatan yang terancang.

Tuanku telah dinobatkan sebagai Sultan buat bebrapa seketika sementara pewaris sebenar wujud, sumpah ikrar Tuanku semasa dimakam Tok temong membuat pengakuan bahawa Tuanku akan mengembalikan semula hak kepada anak cucu cicit Tok temong. Saya bukan mahu merampas takhta yang disandang, yang saya tuntut adalah ganjaran serta elaun bulanan serta faedah rawatan setiap kali saya sakit.

Saya mohon Raja Jaafar perlu diturunkan kerana melibatkan kes pembunuhan isteri keduanya dan juga menuntut kedua orang putera Tuanku perlu digugurkan mengikut Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang termaktub, mengapa ahli-Ahli Dewan Negara yang melantik mereka mengabaikan etika tersebut yang telah diluluskan oleh Raja-Raja dahulu disamping mengecualikan persyaratan yang tidak sepatutnya dibuat.

Salasilah Negeri Perak yang telah dikembalikan kepda saya oleh pihak tertentu pada bulan Mei 2007 setelah pengesahan dibuat menunjukkan nama saya dan nama bapa saya telah ditukar kepada nama Raja tujuan mahu diselarikan dengan nama-nama yang ada. Ianya menjadi suatu perubahan dengan menghapuskan nama Tengku sealiran dengan peninggalan warisan keturunan daripada Iskandar Muda atau Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah terus kepada Sultan ke 18 iaitu Sultan Ahmadin Shah.

 
 
Dan bagi menjawab persoalan mengapakah Ku Ann menggunakan gelaran “Tengku” dan tidak menggunakan “Raja”, dibawah dilampirkan salasilah Kerabat Diraja Negeri Perak.
 


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/18/misteri-sultan-azlan-shah-8/


misteri Sultan Perak yang sah.. (7)


Sebelum merungkai seterusnya siapa Ku ann@Raja Amran@Tengku Amran yang menuntut waris Kesultanan Perak, kami ingin membawa pembaca untuk melihat satu lagi misteri yang mempunyai hubungkait dengan istana. Ia melibatkan seorang yang tiba-tiba menjadi popular selepas Pilihanraya Umum 2008. Beliau adalah Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin.
Dalam isu WWW1 yang melibatkan Sultan Johor, DS Nizar telah membabitkan dirinya dalam isu tersebut dengan mengkritik pembaziran yang dibuat kerana menghabiskan sejumlah wang yang banyak hanya untuk membeli nombor plet kereta. DS Nizar adalah satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik pembaziran tersebut manakala pemimpin yang lainnya hanya mendiamkan diri.
Tindakan DS Nizar itu telah mendapat kecaman bukan saja dari pihak istana, pemimpin Umno malah pemimpin Pas sendiri mengecam tindakan DS Nizar tersebut. Mengapa DS Nizar begitu berani menegur istana sedangkan pemimpin lain semuanya takut?
DS Nizar tidak kesaorangan dalam mengkritik istana Johor. Dalam masa yang sama, Uncleseekers tiba-tiba menjadi blogger terkenal kerana pendedahan beliau tentang istana Johor. Uncleseekers bukan saja berani, malah mencabar sesiapa saja yang boleh membuktikan apa yang ditulisnya adalah salah.
DS Nizar akhirnya disiasat polis dan komputer beserta handphonenya dirampas oleh polis. Sehingga kini, semua barangan yang dirampas masih lagi belum dipulangkan.
Uncleseekers juga mengalami nasib yang sama dimana dia ditangkap, dituduh menagih dadah, komputernya juga dirampas tetapi akhirnya dibebaskan. Sehingga kini, kedua-dua mereka, DS Nizar Jamaludin dan Uncleseekers masih lagi tidak didakwa.
Umum mengetahui bahawa Uncleseekers bukanlah sebarang rakyat biasa.Bapanya ialah Syed Hussien Al-Attas dan mereka berasal dari orang besar Johor. Malah, Sultan Johor sepatutnya menghormati keluarga Al-Attas kerana keluarga inilah yang banyak membantu Istana Johor.
Tetapi apa kaitan keluarga Al-Attas dengan DS Mohd. Nizar?
Gambar diatas diambil dari blog Pak Habib disini. Tidak diketahui bilakah gambar ini diambil kerana artikel yang disiarkan ialah pada 26 Ogos 2012 tetapi artikel tersebut adalah ulangsiar dari artikel pertama yang disiarkan pada 1993.
Perlu juga diingat, isteri Sultan Johor adalah Raja Zarith Sofia yang merupakan anak kepada Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke 33.
Dalam krisis Perak pada tahun 2009, DS Nizar berhadapan dengan Sultan Azlan Shah.
Pada 4 Februari 2009, DS Nizar telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Azlan Shah untuk memohon supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga orang ADUN yang melompat. Keesokan harinya, DS Nizar dipanggil mengadap, bersaorangan. DS Nizar beranggapan bahawa dia berhadapan dengan seorang Sultan yang arif tentang undang-undang dan berharap agar Raja Azlan dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya baru diadakan.
Apa yang berlaku adalah mengejutkan dimana Raja Azlan telah menitahkan DS Nizar supaya meletakkan jawatan. Apa yang dilakukan oleh Raja Azlan adalah bertentangan dengan undang-undang, malah bertentangan dengan apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri bahawa Menteri Besar tidak boleh disingkir oleh Sultan.
DS Nizar berhujah dan akhirnya berkata, “Ampun Tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Patik mohon sembah derhaka.”
DS Nizar menggunakan bahasa istana yang bermaksud, “saya tidak bersetuju.” tetapi ayat yang digunakan telah diputarbelit oleh Umno untuk menggambarkan bahawa DS Nizar adalah seorang penderhaka. DS Nizar tumbang tetapi sehingga hari ini beliau tidak menerima apa-apa surat untuk membuktikan bahawa beliau telah disingkir sebagai Menteri Besar.
Semasa krisis Sidang DUN, Speaker V.Sivakumar telah diheret oleh anggota polis yang menyamar sebagai pegawai Dewan supaya seorang Speaker baru dilantik. Kejadian ini berlaku semasa Raja Muda, Raja Nazrin Shah sendiri berada didalam Dewan. Apabila semua kekalutan reda, Raja Nazrin mengiktiraf Speaker baru yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional.
Mengapakah Raja Azlan begitu marah kepada DS Nizar dan menyuruh DS Nizar meletak jawatan? Mengapakah Raja Nazrin sama-sama bersubahat menyingkir Speaker dari kerusinya dan mengiktiraf Speaker baru dalam sekelip mata?
Apakah terdapat isu lain yang menyebabkan Sultan mahukan DS Nizar disingkir? Siapakah DS Nizar sebenarnya?
Ku Ann@Raja Amran@Tengku Amran (dua dari kiri) bersama DS Nizar Jamaludin.
Gambar diatas diambil pada tahun 2002 dimana DS Nizar pada masa itu hampir tidak dikenali langsung. Apa kaitan DS Nizar dengan Ku Ann?
Perlu juga dinyatakan disini bahawa seorang abang kepada DS Nizar merupakan bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Allahyarham Khalil Shah.
Apakah Nizar seorang penderhaka? Ataupun beliau berketurunan raja?


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil