Followers

Saturday, April 18, 2009

SPR..bior le cerodik sikit kalo iye pon nak coverline UBN...

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg

-bicara tok iskandar

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengeluh panjang semalam. Bukan kerana penat atau bosan mengendalikan siri pilihan raya kecil yang sejak SPR diterajuinya 31 Disember lalu, sudah empat pilihan kecil diuruskan dan menyusul kelima, Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang.

"Undang-undang tetap perundangan tetapi sebagai rakyat, kita kena fikir kos yang tinggi untuk mengendalikan sesuatu pilihan raya yang tidak disebabkan faktor keperluan - meninggal dunia," katanya sambil memberitahu untuk kos pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari sahaja, SPR membelanjakan RM450,000 manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM), RM16 juta.

Kerana itu, Abdul Aziz berkata, untuk persediaan menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR sedang memikirkan sesuatu.

Antara yang dipertimbang untuk dilaksanakan ialah mentiadakan pondok panas (untuk pengundi memeriksa nama dan saluran mengundi) pada hari pengundian serta menguatkuasakan larangan kempen selepas pukul 12 tengah malam sebelum pengundian keesokannya.

Untuk Parlimen Bukit Gantang pula, kos pengendalian SPR adalah RM700,000 sementara DUN Bukit Selambau dan Batang Air masing-masing RM500,000. Kos yang telah diperuntukkan kepada PDRM untuk langkah-langkah keselamatan di ketiga-tiga pilihan raya kecil itu dijangka meningkat lebih RM30 juta.

"Inilah kos ditanggung yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat terutama dalam krisis ekonomi sekarang. Itu belum lagi risiko yang terpaksa dihadapi seperti kekecohan oleh penyokong parti-parti bertanding.


Rakyat dok perhati tingkah laku SPR semenjak dua menjak ni asyik sebelahkan UMNO-BN.Dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh,SPR adakan pengundian hari keja.Payahlah rakyat nak ngundi sampai kerajaan negeri Pulau Pinang isytiharkan cuti hari ngundi.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pulak,penamaan calon hari keja tapi kehadiran penyokong PR tetap ramai bahkan semakin bertambah.

PRK di Parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan Batang Ai pulak,SPR isytihar hari ngundi pada hari keja.

Rakyat dah buat andaian apa yang SPR buat untuk memenangkan UMNO.Tapi semuanya gagal sekarang keluar idea bodoh daripada SPR nak kurangkan jumlah penyokong.Tok rasalah kalau umno menang sure SPR tak kisah.

Sudah tiba masanya PR membawa ketidakadilan SPR ke pengetahuan dunia.SPR patut jadi badan yang diberikan amanah untuk uruskan pilihanraya bukan jadi lembaga penasihat atau boleh pilih pulak nak adakan pilihanraya atau tak macam yang berlaku kat changkat jering,behrang dan jelapang.SPR bukan mahkamah.

inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.puncanya umno takut kalah sampai gunakan spr sebagai talian hayat.itulah persepsi rakyat.kalau dah takut nak betanding,bagilah menang free.kata nak minta restu rakyat.pooodahhh!inilah cakap tak serupa bikin.

Kehadiran polis yang patut dikurangkan bukannya penyokong PR keraan mereka perabih duit rakyat dah cecah RM46 juta.penyokong PR pakai duit sendiri.

Eloklah MP PR bawak usul kat parlimen desak Pengerusi SPR ini letak jawatan pasal dah nampak pro UMNO.dulu dia ni KSU KDN.Polis dah sah bawah pengerusi SPR ni.

Tok serupalah dengan rakyat lain semakin meluat dengan tindak-tanduk SPR kebelakangan ni.Tok yakin semakin cepat jatuh UMNO-BN pasal SPR sendiri dah gagal berfungsi dengan baik.elok kita hantar sekor lembu kat pengerusi SPR ni macam AMK buat kat pengerusi SPRM dulu.

Zambry boleh datang ke DUN..tapi TAK BOLEH ikut bersidang dalam SIDANG DUN PERAK..!!

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
  1. perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
  2. perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah..apa ke bendanya moh kita teliti...

  1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
  2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
  3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
  4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
  5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
  6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
  7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
  8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
dalam keputusan mahkamah di atas...yang ummi paham le kan...itu pun kalau ummi tak tersilap tafsir..sebab ummi bukan paham sangat bahasa2 mahkamah ni...

bahawasanya Zambri and the gang BOLEH hadir ke DUN PERAK..bila2 masa yang depa suka...depa nak pi siang ke..malam ke tak ada siapa boleh halang...TETAPI...Zambri and the gang TIDAK BOLEH...diulang sekali lagi...TIDAK BOLEH...MENGHADIRI dan MENGAMBIL BAHAGIAN dalam SIDANG DUN PERAK...

maknaya depa tak boleh turut serta dalam SIDANG DUN...nak datang DUN PERAK ..depa boleh saja datang...nak ikut bersidang...CANNOT..CANNOT..CANNOT..oooo

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TIDAK MENGISyTIHARKAN APA YANG DI POHON OLEH MEREKA BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA BERCAKAP DAN MENGUNDI ATAU MELAKUKAN AKTIVITI SEBAGAI SEORANG ADUN, MEREKA SAMALAH SEPERTI PEMERHATI SAJA

macam orang pi sekolah rendah...hang pi la tak ada sapa larang..tapi hang tak boleh masuk belajar ..pasai hangpa dah terlebih umoq nak masuk blajaq sekolah rendah..hehehe kena ke tak contoh yang ummi bagi pun tak tau..layan je laa....


JIKA DEMIKIAN HALNYA BOLEHLAH PR MELAKUKAN UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA KERAJAAN BN ! ALAHAI KALAU ITU LAH YANG MENIMPA BN/UMNO MAKA PR BOLEH AMBIL BALIK KUASA KAT PERAK TU SECEPAT2NYA PADA 7HB MEI NI HEHEHE


Friday, April 17, 2009

'Banner Rakyat' BlogNet semasa PRK Bukit Gantang...

Semasa PRK Bukit Gantang yang lepas ada satu acara BloggersNetwork@Perak yang ummi tak dapat join..Pelancaran Banner Rakyat untuk Pilihanraya Kecil P-059 oleh Dato' Seri Ir Nizar calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P-059...walaupun cerita dah lepas ..ummi nak cerita juga kat blog ummi..geram pasal takdapat nak join..gambar pon cilok dari TP...

Banner berukuran 12x4 kaki yang mengambil gambar panorama ketika hari penamaan calon (29hb. Mac, 2009) ini adalah hasil dari sumbangan berbagai pihak.... gambar panorama hari penamaan calon adalah sumbangan ibnibrahim... rekaan Dugong Darat dan sumbangan adalah dari pihak yang tidak mahu dikenali.

Pihak BlogNet hanya menerima panggilan dari pihak pencetak mengatakan bahawa bayaran kepada pihak pencetak telah dibuat dan kami hanya perlu menghantar design banner untuk dicetak... terima kasih kepada semua dan oleh kerana itu kami namakan banner ini sebagai "Banner Rakyat".

Kesemua banner ada 10 helai dalam 4 bahasa...Bahasa Melayu..Inggeris...Cina dan Tamil...semasa PRK ianya telah ditandatangani oleh beberapa orang pimpinan PR... Banner Rakyat telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Seri Ir Nizar dengan menandatangani salah satu dari Banner Rakyat. korang boleh tengok Banner Rakyat yang ditandatangani oleh Dato' Seri Ir Nizar yang telah digantung di Restoran Zamri...tapi la ni tak tau la masih ada atau sudah diambil balik oleh BlogNet untuk disimpan...ummi simpan satu banner yang ditandatangan oleh YB Nuruk Izzah...







Thursday, April 16, 2009

Speaker takde 'HAK' nak gantung mana2 ADUN BN

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

ummi : dengar sekelian makhluk...Speaker takde 'HAK' nak gantung mana2 ADUN BN...ADUN PR takpe...

Hakim Alauddin juga berkata di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak, mahkamah mempunyai kuasa menyelesaikan saman pemula difailkan oleh Zambry dan enam anggota exco di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Mac dengan tidak ada arahan mengenai kos, lapor Bernama.

Alauddin, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, telah menangguhkan pendengaran selama 45 minit sebelum mencapai keputusan itu.

Zambry dan enam yang berkenaan - Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon - membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan di bawah Artikel 44 Perlembagaan Negeri Perak bagi memohon perisytiharan bahawa penggantungan ke atas mereka itu oleh Sivakumar adalah tidak sah dan batal.

ummi : dengan ini diisytiharkan bahawa..kalau PR nak lawan BN bermakna anda kena berdepan dengan mahkamah..kerana mahkamah adalah senjata paling kuat BN...den ponah dongar orang koba...depa akan guna mahkamah untuk lepaskan diri..pasai mahkamah dikaki BN...sapa yang kata..puak2 UBN gak yang cakap..den iyo kan yo...

Peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah bila ditanya mengenai keputusan itu berkata speaker tidak bertujuan melanggar undang-undang dan perintah penggantungannya terhadap Zambry dan enam anggota exco itu adalah betul.

Bila ditanya mengenai apa akan terjadi dalam sidang dewan akan datang, Sulaiman berkata: "Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku kerana Speaker masih ada si persidangan itu nanti".

Beliau berkata dalam kes ini tidak ada orang yang kalah atau menang oleh kerana semasa persidangan dewan, speaker masih mempunyai kuasa di dewan untuk mengendali prosiding.

Sulaiman menambah beliau akan menunggu arahan daripada Sivakumar sama ada akan memfail permohonan semakan terhadap keputusan itu.

ummi : jalan untuk keadilan belum tertutup lagi...Sivakumar masih berkuasa di dewan...kita lihat...siapa yang kena..!!

mai che' mai..!!

mai che' mai ..mai pi Penang pulak...!!

Penanti dah menanti...tang penang ni ummi takleh la nak berulang macam ke Bukit Gantang...2 hari sekali berulang alik dari rumah...Penang ni kena telek dalam mangkuk Pak Belalang...bila hari yg sesuai pi intai Penanti ..

kepada BloggersNetwork@Penang...bersedia untuk berjuang...BloggersNetwork@Perak akan bersama2 menguburkan BN di Penanti...

Lawan Tetap Lawan...Pesta PRK bermula lagi...!!

“Hilmi” Hubungi Saya Sebelum Kes Elizabeth Selesai

Mulanya saya tidak bercadang untuk mengonsgsikan kisah ini. Tetapi apabila kerajaan Selangor mengumumkan menawarkan semula jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan kepada Elizabeth Wong tengah hari tadi saya rasa perlu dipostingkan untuk kisah ini sebagai kenangan. Lagipun Elizabeth juga dilaporkan bersedia untuk kembali bertugas memegang jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan, mulai esok.

Kisahnya begini: Jam 1:13 pagi (malam tadi) saya menerima satu panggilan dari lelaki misteri. Dia tidak memperkenalkan namanya cuma memberi klu, “saya orang yang dicari orang seluruh Malaya waktu ini,” katanya mengejutkan saya.

Saya lantas menebaknya dengan berkata; Ini Hilmi Malik (foto) ke?, telah saya.

“Iya, abang kenal saya! Abang ingat tak saya kita pernah jumpa dan bercakap-cakap suatu masa dulu,” ceritanya mengembalikan ingatan saya. Timbul juga rasa ragu dalam diri siapakah pemanggil ini sebenarnya. Panggilan jam 2:00 atau 4:00 telah menjadi kebiasaan bagi saya.

“Dimana ya?, tanya saya ingin kepastian sambil terus berfikir mencari-cari sendiri. Timbul juga di kepala takut pemanggil itu menyamar dan mahu mengorek sesuatu dari saya. Selalunya tidak ada lain yang diingatkan, melainkan polis.

“Kita pernah berjumpa di Taman Melewar, lama dulu. Kita pernah bercakap dan abang berikan saya bisnes kad. Saya juga sering baca buku-buku abang. Ketika itu abang baru terbitkan buku Hitam Putih Darul Arqam. Saya bertanya abang mengenai buku berkenaan. Ingat?” tanyanya.

Saya tidak teringat langsung kenangan itu. Tetapi memang saya ada terbitkan buku yang disebutkan itu pada tahun 2004. Maknanya dia bertemu saya kira-kira lima tahun lalu.

“Di mana ni? Saya mahukan kepastian, ingat dia sudah berada di tanah air.

“Saya di Indonesia bang!’, jawab ikhlas.

Saya mahu tengok nombor telefon, tetapi kerana lampu ketika itu sudah tutup, jadi saya biarkan saja. Tenguk kemudian. Saya mempercayai kalau dia memanggil dari Indonesia.

“Hilmi” banyak hendak bercerita malam tadi tetapi agak gugup untuk memulakan di mana. Mulanya dia mengakui apa yang saya posting dalam blog sebelum kisah gambar bogel Elizabeth itu tersebar luas. Dalam posting itu saya mendedahkan secara samar yang Exco Selangor ada skandal.

“Saya mengakui apa yang abang tulis itu betul. Skandal itu melibatkan saya dengan Elizabethlah...” begitulah kira-kira tuturnya. “Tetapi apa yang sebenarnya berlaku banyak orang tidak tahu, bang,” katanya.

“Apa sebabnya yang berlaku?, tanya saya jadi semakin berminat dan yakin pemanggil itu adalah “Hilmi’.

“Inilah saya nak cerita yang sebenar kepada abang, biar abang tahu dan abang boleh tulis dalam blog,” dia memulakan bercerita. Malangnya percakapan tenggelam timbul, ada kalanya jelas ada kalanya tenggelam terus.

“Saya rasa bersalah atas apa yang berlaku sekarang ini, bang. Saya tidak tahu nak buat macam mana. Gambar yang dikatakan bogel itu sebenarnya saya tidak tahu gambar mana dan datang dari mana,” katanya.

“Sapa yang tangkap gambar itu?” tanya saya.

“Saya tidak tahu... tetapi.... (tenggelam), telefon saya hilang secara misteri. Mungkin gambar berkenaan ada dalam telefon saya,” jelasnya tanpa hujung pangkal.
Menurutnya beliau ada menceritakan perkara ini kepada beberapa pemimpin Keadilan. “Saya ada jelaskan kepada beberapa pemimpin Keadilan, dia kawan saya juga, kami selalu berhubung” ceritanya. Menurutnya kawannya itu memahami apa yang berlaku.

“Bila sebenarnya you berpisah dengan, Eli?” soal saya.

“Baru... bulan Februari saya masih lagi berhubung dengannya,” jelasnya.

“Kenapa you tidak balik?” acah saya.

“Saya tahu kalau saya balik saya akan ditangkap. Jadi untuk menjaga parti, kita sayang parti, kalau saya kena tangkap saya akan dibawa ke seluruh negara untuk mencerita perkara sebenarnya. Kalau ini berlaku parti akan cemar dan kotor,” kata “Hilmi” semacam bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Keadilan dan Elizabeth Wong.

“Jadi apa yang you nak buat sekarang,” tanya saya. Sampai di sini telefon tiba-tiba putus. Saya menanti beberapa minit takut ada call balik. Tetapi tidak ada sampailah ke saat ini.

Saya tidak dapat memastikan apakah dia benar-benar Hilmi! Nombor telefon yang tertera di skrin telefon saya mempunyai sebelas digit dengan kod awalnya 015. Saya tidak pasti apakah 015 itu nombor dalam negara atau luar negara.

Daripada apa yang dapat saya rumuskan dari perbualan tengah malam itu, Hilmi semacam merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia juga semacam kesal atas nasib yan dialami Elizabeth. Dia cuba membayangkan dia tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan dan ada pihak yang sengaja memerangkapkannya. Dia juga semacam buntu untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya itu.

Bagaimana pun apa yang terus menjadi persoalan saya, sekiranya beliau tidak bersalah kenapa beliau harus melarikan diri dari buruan polis? Kalau benar yang bercakap semalam Hilmi saya merayu agar beliau menyerahkan diri dan usah berselindung lagi. Ke mana sdr hendak melarikan diri, dunia ini terlalu sempit bagi mereka yang dikejar bayang-bayang kesalahan! [wm.kl. 9:00 pm 16/04/09]

sumber MSO

JKKK ditamatkan perkhidmatan..??

[scan0001.jpg]
sakit jiwa betul warga UBN ni ye...cuci dengan clorox pun belum tentu bersih hati depa ni...

dunia...dunia...!!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil