Followers

Thursday, May 05, 2011

ooo..wartawan punya kerja la ni tuduh DSAI berzina..bukan Eskay..

Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Dah dikecohnya satu malaya dengan tuduhan membabi buta..siap dengan bukti video la..jam omega la..sumpah lahanat la..nak buat pendedahan baru la..last2 tak ngaku pulak si eskay tu...sapa yang kena..??? WARTAWAN beb..wartawan yang duk membontot je ke mana dia pegi..ni baru betul senjata makan tuan..hahahah

kalau dah kaki pusing ..kaki belit.. sendiri mau ingat la beb..

ni la kalau dah terlalu bengong..lama2 jadi bangang..woiitt apa sudah jadi..??baju kalis peluru polis tak bagi pakai lama2 ka..??

lepas ni dia akan buat kenyataan media mengatakan bahawasanya dia diugut bunuh oleh geng2 Anuar menyebabkan dia terpaksa menyalahkan wartawan..padahal habuan yang dijanjikan tak dapat lagi.. so mau kasi warning pada si pemberi habuan kalau hang tak bagi habuan aku pusing cerita bagi lingkup..

ini ada sikit peringatan..kalau korang jumpa eskay dengan ular..ketuk eskay dulu wehh..

mana geng2 umngok yang gila2 selama ni duk pertahankan eskay ni..takkan nganga je dengor dia merapu meraban... lagi lama dia jadi buruan media..tak hairan dia akan dedahkan siapa dalang semua konspirasi fitnah2 yang dia buat...kita tungguuuuu

JAGA2..ADA MATA YANG MEMEGHATI...!!!!

Monday, May 02, 2011

Sumpah Eskay adalah sumpah orang 'JAHIL'..


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

Saturday, April 30, 2011

dengar tazkirah sebelum bersumpah..


paham ke si 3 T apa yang ustaz tu sampaikan..aku yakin dalam kepala hotak dorang nak bersumpah bagi semua orang bengong tengok bahawasanya mereka adalah makhluk suci dalam lumpur..tak kiralah depa kaki zina ke..kaki tonggang ke..kaki rogol ke..kaki rasuah ke..janji bila bersumpah aje kira depa dah clean..sapalah ustaz dan alim ulamak depa ni..??

kalau kita dengar betul2 sebutan Bismilah eskay ni(bismila'nir'rahmanirrahim versi eskay) ... rasanya macamanalah gamak bunyi yang keluar kalau kita suruh dia baca surah2 yg pendek dan Al-Quran..??(pegang Al-Quran pun boleh terbalik)... ada hati nak bersumpah2..tak ada ke ustaz2 alim ulamak be end ngajor dia betulkan sebutan ayat quran sebelum dia nak bersumpah..??

kepada ustaz yang memberi peringatan..syukur alhamdulillah..harap2 dengan peringatan dari ustaz dapat menghilangkan sikit KEBENGONGAN makhluk2 yang dah BENGONG di Malaysia ni..

Sepatutnya JAWI dah boleh nangkap si eskay ni sebab dia dah ngaku serta bersumpah dia berada dalam paparan video seks tu..Anuar tak ngaku dan dah buat laporan polis..apa lagi..

KITA TANGKAP...KITA TANGKAP..KITA TANGKAPPPP..!!!!

Friday, April 29, 2011

BENGONG punya orang..

~ Perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku ni bila tengok sidang media si eskay ialah..BENGONG PUNYA ESKAY..!!SIAP KASI DNA LA..NAK SUMPAH2 LA..HIDUP PENUH DENGAN BUAT MAKSIAT ADA HATI NAK MAIN SUMPAH2 KE..??!

~ Tengok pulak gambar yang dikatakan individu mirip DSAI sebagai pelaku dalam video seks..perkataan yang terkeluar dari mulut aku.. BENGONG SAPA YANG TAK RETI NAK BEZAKAN DSAI DENGAN MAMAT DALAM VIDEO TU..!! tunjuk kat orang yang tak kenal Anuar pon boleh cakap tak sama..macamana la mata2 orang yang ngaku kenal Anuar tak boleh nak bezakan..?? kata bengong marah pulak..



~ Masa temubual wartawan dengan DSAI selepas dia buat lapora polis..terkeluar lagi perkataan bengong.. BENGONG PUNYA SOALAN..!!WARTAWAN KALAU DAH BUAT BENGONG.. SEMUA BERITA JADI BENGONG..!!YANG PALING BENGONG ORANG2 YANG DOK TERLOPONG DENGOR CERITA BENGONG DEMA NI..HAISHHH




~ Yang lagi BENGONG..orang yang biarkan manusia2 yang bebas mengedar..menayang dan menghebahkan tentang video seks ini..yang dengan nyata lagi sahih berniat mengaibkan orang..apa lagiii..tak gheti2 lagi...

"KITA TANGKAP...KITA TANGKAP..KITA TANGKAAPPPP..!!!"
bak kata Kiah Propa.."HATI2..ADA MATA YANG MEMEGHATIII..!!"

cerita2 yang tak bengong korang tgk kat sini.-->milosuam. dan yang sewaktu dgnnya..

Thursday, April 21, 2011

wawasan melahirkan generasi Al-Quran ...

Mereka muda. Mereka cantik. Mereka juga pintar. Cilik dan anggun. Di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fosih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk. Mereka memahami setiap patah dan ayat al-Quran yang dihafaz. Minta saja kepada mereka ayat-ayat tentang 'munafik' yang dijelaskan oleh Allah swt. didalam al-Quran, anda pasti akan dilayan oleh mereka dengan lebih 100 ayat berkenaan yang sedia ter'hafaz', untuk anda ditazkirahkan. Ada berani ? Jika belum bersedia, jangan jadi 'munafik' !


CIL@TV bersama ABO Broadcast sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia. Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CIL@TV mulai Mei ini.

Setiap minggu akan ditampilkan seorang IKON untuk dinilai oleh pembaca dan pelayar maya. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.

Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini. Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan pada bulan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia. Takbir !!

(*) Semua penajaan dan sumbangan ke program separa realiti ini boleh disalurkan terus ke akaun IDHAM CARE dibawah :
MAYBANK 558417102650 atas nama IDHAMCARE

[email atau smskan sumbangan itu dengan option rujukan IKON untuk pengauditan tajaan. Terima kasih. Email : ikon_muslimat@yahoo.com atau SMS ke 012-5118485]
Daripada 50 peserta yang dipilih oleh program, 20 peserta pilihan pembaca blog, dan fesbuk itu akan dihantar dengan izin waris ke Maahad'ul Al-Azhar, Pulau Pinang selama 50 hari dan diajar secara intensif kaedah pendidikan Imam Shafie dimana al-Quran yang akan mengajar mereka, dibawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Yusuff Othman, Mudir Maahad' ul Al-Azhar dan dibantu oleh 5 tenaga pengajar lulusan ijazah al-Azhar dan Yaman yang mahir dibidang masing-masing. Peserta yang dipilih akan ditempatkan disebuah rumah yang menjadi pusat program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA di Telok Air Tawar, Pulau Pinang.


Program separa realiti ini disokong penuh oleh Idham Care. Misi program ini merupakan misi dakwah yang menggunakan tag ISLAM FOR WORLD. Lokasi dakwah yang dipilih adalah di pendalaman negeri Sarawak.


10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama sebulan di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program. Saham akhirat yang kekal pahalanya untuk kerja-kerja dakwah. Biarkan IKON muda ini turun berdakwah kepada golongan muda sepertinya. ISLAM gemilang dan cemerlang.

Tuesday, April 12, 2011

Keluarga Taib Mahmod..lebih kaya dari Ismet Ulam Raja..lebih kaya dari Sadiq Segar Raga..!!

 renung-renungkan dan pilihlah dengan bijak wahai pengundi Serawak...!!

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

19. 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).

24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).

25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

28. 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

29. 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

30. 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

31. 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

32. 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

33. 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

34. 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).

36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

40. 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

43. 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

44. 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

45. 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).

46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).

47. 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

48. 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).

49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

50. 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

51. 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

52. 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

59. 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).

61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

sumber perisik rakyat

SPRM taknak intai2 ke..??

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil