Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan.
"Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.
"Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas pengumuman Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat, Khamis lalu, mengenai transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah yang bakal dirintis mulai 2010.
Hishammuddin berkata, rombakan yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan diteliti pihak berkepakaran secara holistik dan antara aspek ditekankan ialah mengenai sejarah negara.
"Objektif utama transformasi ini adalah bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai lebih ketrampilan, daya saing dan keyakinan diri yang tinggi, di samping mampu menempatkan diri mereka dalam suasana dunia lebih mencabar nanti.
"Oleh itu, penggunaan sistem penilaian berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA) atau sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperkenalkan mulai 2010 dengan markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian pelajar," katanya.
waduhh..waduhh makin pusing deh sama kerajaan Malaysia ini...apain yang dipikirin oleh bapak2 kepala negara ini...kayaknya mau kasi rakyatnya pusing deh..ya ampuunn...
kalaunya mau hasil modal insan yg lebih ketrampilan..daya saing..yakin diri apa dgn diadakan kelas2 begini..?? gimana dgn kelas ugamanya..nggak mau diteraskan untuk mengukuhkan keimanan dan mengentalkan akidah anak2 kita..?? bukankah sekarang ini moral anak2 sekarang ditahap yang membimbangkan ibu2 dan bapak2..??
2 comments:
Quot - "Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata".
(bodoh/bangang tak pe asal pandai berlakon/menari).
Kalau dah praktik pelajaran "menatang" ni esok-esok, mampuih aku x hntr anak aku pi sekolah ni, baik anto anak aku pi blajar dekat siam.
kurang-kurang pun dekat siam matapelajaran agama dititik beratkan dari dekat sini.
wa x mau anak wa jadik "lagha"...
menteri babi ni nak ngajo budak2 pompuan cecara nak jadik GRO dr kecik lagi.
Setan...!!!
Kasut mana???
TP
ni yang makin merisaukan aku..dah la dalam kegemilangan zaman Islam Hadhari ni anak2 kita dibuai hiburan memanjang..ni siap jadikan matapelajaran dlm sekolah..alamat kelas ngaji kosong la...
kalau ko anta anak ko kat siam..aku rela ngajor sendiri kat rumah..ikut apa yg aku nak ajor dari org lain ajor anak aku yg bukan2..
Ibnu Batuttah pernah kata, "Di negeri orang, aku tidak dapat melihat orang Islam, tetapi aku melihat Islam itu di mana-mana. Di negeri aku, aku melihat orang Islam di mana-mana, tetapi aku tidak dapat melihat Islam itu"..
wallahualam
Post a Comment