Followers

Wednesday, February 25, 2009

stori di sebalik story...layann..!!

Selasa pagi aku balik Kolumpo lepas dua minggu lepak di Ipoh dok pusing pi, pusing mari follow berita terkini di Ipoh. dalam tempoh masa tu segala berita dari Kolumpo agak terbatas sebab jarang dapat contact member-member deat sana.

Sampai dekat Kolumpo aku lepak dekat rumah sampai malam. belah malam, macam biasa, bila kutu tau je aku balik Kolumpo, teruih depa ajak pi minum. banyak perubahan yang menarik aku tengok dekat Kolumpo.

Senario yang berbeza sama sekali daripada 2 minggu lepas masa aku blah datang Ipoh.

Pertama kali aku dapat tengok orang ramai dok sembang pasal politik cara terbuka (widely open) dekat mana-mana kedai yang kutu bawak aku malam tu. ada la dekat 10 gerai aku singgah malam tu termasuk kedai-kedai mamak. yang aku nampak sangat perubahan ialah hangpa pi la kedai mana-mana pun, nama Najib Atlantuya, hantu kopek, bik mama dah lekat dan jadik gurauan dekat mana-mana.

Perkara kedua ialah, aku baru tau macha-macha yang kerja dekat kedai mamak rupanya semua dah tukar nama. depa dah tukar nama kepada "Zambry"... asal nak order makan/minum je, depa panggil Zambry... bangla dah jadik Zambry, mamak dah jadik Zambry, yang kulit gelap semua dah jadik Zambry.

Satu lagi sejarah terlakar di Malaysia yang mana Menteri Besar Halam Perak amat "mesra rakyat". hangpa pi dekat mana-mana kedai mamak, Zambry akan sambut hangpa... hebat beb..!

Cerita sebenar yang aku nak kongsi dekat sini ialah hal Pak Lah dan Isteri Rosmah.

Masa aku keluar dengan kutu ni, keluar lah satu cerita pasai Pak Lah ngan Isteri Rosmah. kutu habaq, sikit hari lagi, Isteri Rosmah bakal berkubur hasil dari krisis di Perak.

Diceritakan oleh kutu bahawa semua rancangan dan apa yang berlaku dinegeri Perak adalah hasil dari kuncu-kuncu Pak Lah (geng tingkat 4) dan Isteri Rosmah yang tengah kemaruk gila untuk menonjolkan kehebatannya dengan mudah menjadi kuda tunggangan tingkat 4 tanpa dia sedar.

Rancangan bermula dengan menghantar seekor hantu ke kem Isteri Najib dengan plan pengambil-alihan kuasa di negeri Perak. ikut cakap kutu, rancangan sebenarnya bermula sebaik UMNO/BN kalah dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dibawah perancangan Isteri Rosmah.

Plan dibawa ke kem Isteri Rosmah dengan modal dengan plan ini, imej Isteri Rosmah yang tercalar akan dapat dibersihkan dengan pengambil-alihan kuasa di Perak.

Apa yang diceritakan dalam rancangan ini ialah semua plan-plan yang telah berlaku macam yang kita lihat di Perak. culik ADUN, sorok, ugut dan macam-macam yang pelik. semua tu datang dari master mind di tingkat 4. Isteri Rosmah ni pulak depa dah tau dah kelemahan dia. cuma pandai anggyk-angguk je. kalau suruh makan anak anjing baru beranak untuk survival politik dia pun dia sanggup (depa cakap la, aku tak tau betuk ke tidak...).

Semua plan yang diatur berjalan dengan lancar dan Isteri Rosmah pun tak banyak karenah sebab dia ni memang tak cerdik.

Aku tak reti nak cerita detail macam yang kutu tu cerita dekat aku tapi cukup kalau aku habaq, apa yang berlaku sekarang di Perak adalah dalam pengetahuan dan kiraan Pak Lah dan geng tingkat 4.

Dalam masa sebulan setengah ni, kemungkinan besar 1 berita paling hangat bakal berlaku di Perak dan berita ni pasti akan menggembirakan banyak pihak. possibality untuk berlaku pembubaran DUN Perak adalah amat tinggi.

Tengok pada apa yang berlaku... Isteri Rosmah berjaya mengambil-alih Kerajaan negeri Perak walaupun dengan cara yang tak betul (sebab ini adalah rancangan geng tingkat 4) dan semua ni berlaku tanpa dapat dibaca oleh kem Isteri Rosmah.

Kem Isteri Rosmah hanya menjalankan rancangan tersebut sebagaimana yang disyorkan oleh hantu tingkat 4 tanpa merujuk pada mana-mana pakar perundangan. depa terlepas pandang akan bidang kuasa Sultan yang hanya boleh melantik seorang Menteri Besar tapi depa lupa yang Sultan tak dak kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar selain hanya boleh "menasihati" MB supaya meletak jawatan. kalau MB tak mau letak jawatan, Sultan tak boleh buat apa... mungkin Sultan terpaksa bernazar sekali lagi...

Selepas plan A berjaya (plan diatas - pengambil-alihan kuasa), hantu-hantu tingkat 4 terus menghilangkan diri sebab motif depa dah berjaya iaitu memerangkap Isteri Rosmah kedalam jerangkap C4 buatan depa.

Sebab itu kalau kita perhatikan dari awal, kem Pak Lah tak banyak masuk campur dalam urusan yang berlaku di Perak, seolah Isteri Najib dan Pak Lah bukan dalam satu parti. dalam hal berkaitan juga, Isteri Rosmah sebenarnya telah menamakan Hamidah (ADUN Sungai Rapat) sebagai bakal Menteri Besar ketika dia mengadap Sultan Perak tetapi Pak Lah telah memotong stim Isteri Bijan dengan menamakan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dalam pertemuan Pak Lah dengan Sultan Perak pada sebelah petangnya.

Tujuan diletakkan Zambry sebagai Menteri Besar oleh Pak Lah ialah kerana Zambry ialah salah seorang dari hantu tingkat 4 dan Zambry akan memainkan peranan seterusnya (walaupun tak banyak) dalam menjayakan rancangan tingkat 4.

Hangpa tengok dalam hal ni, awat Zambry macam buat tak kisah je walaupun dia sebagai Menteri Besar Perak (kununnya) digantung dari menghadiri sidang DUN selama 18 bulan.

Delegasi yang pergi ke London pun macam tak serius je (padahal depa pi makan angin). apa rasionalnya pergi dapatkan nasihat Peguam Diraja untuk selesaikan masalah dalam negeri Perak? ini bukan masalah global. masa kes Pulau batu Putih dulu tak dak pun KERAjaan Malaysia pi dapatkan nasihat Peguam Diraja...

Semua rancangan ni sebenarnya ialah untuk menjatuhkan karier politik Isteri Rosmah terus kedalam tanah merah sedalam beribu-ribu kaki dan dalam masa yang sama akan memulihkan imej Pak Lah dimata para perwakilan UMNO/BN.

Korang percaya tak kalau aku cakap sebelum 2 Pilihanraya Kecil di 2 bukit tu diadakan, DUN Perak akan dibubarkan dan Pilihanraya DUN Negeri Perak akan berlaku dalam masa terdekat?

Apa rancangan geng tingkat 4 yang seterusnya aku tak boleh nak habaq sebab tak confirm lagi sebelum berlaku. kalau dah jadi nanti baru boleh cakap confirm..!

Hangpa cuma perlu perhatikan apa yang Zambry buat, macam mana Isteri Najib buat kenyataan seterusnya dan ingat kata-kata Pak Lah 4-5 hari lepas bahawa "tidak akan berlaku pembubaran DUN di Perak".

Kalau dari kacamata orang UMNO/BN yang sikit-sikit ada lagi kebaikan, apa yang bakal berlaku ini akan memulihkan imej Pak Lah dimata depa manakala imej Isteri Najib bakal tercalar.

Dalam erti kata lain, rancangannya ialah untuk mematikan terus karier politik Isteri Rosmah dari sejarah politik Malaysia. Pak Lah bakal kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga PRU-13.

Nanti aku huraikan sikit-sikit apa yang "sebenarnya sedang" berlaku di Perak mengikut apa "berlaku" di mata kita. kena pandang dari 2 arah. mata kiri tengok belak kanan, mata kanan tengok belah kiri, memang jadik juling, tapi cuba buat depan cermin, juling dak mata?

Ada lagi satu spekulasi dari pakar tajul muluk (hangpa refer dekat Dr.Wahab)...

R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein
M - Mahathir
A - Abdullah
N - ????? - Nizar?

Apa kata korang tentang teori terbaru RAHMAN dekat atas?

sumber perisikrakyat

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil