Followers

Wednesday, April 01, 2009

kempen BN vs PR....antara fakta dan auta

Setakat hari kedua, kempen masih berkisar kepada isu-isu pokok iaitu rampasan kuasa negeri Perak, derhaka, boneka, altantunya dan liwat. Selain itu BN turut cuba mencuit hati pengundi dengan isu anak tempatan lawan orang luar. PR pula meneruskan seruan kepada pengundi supaya menjadikan pilihanraya ini sebagai referendum rakyat berhubung rampasan kuasa.

Kedua-dua pihak rancak merayu undi dari rumah ke rumah dari pagi hingga petang. Majlis ceramah kelompok juga berlangsung di merata tempat pada waktu siang diikuti ceramah bersaiz besar pada waktu malam. Setakat ini kehadiran di majlis ceramah PR jauh mengatasi jumlah yang hadir di majlis BN. Ceramah Ezam Raja Kotak dan rakan-rakan kotaknya di Kg. Pak Darus hanya dihadiri tidak sampai 100 orang pendengar.

Ceramah Ezam dan Zambry di dataran Bukit Gantang sebentar tadi dapat sambutan lebih sedikit daripada semalam. Kira-kira 600 orang hadir termasuk yang diangkut dengan 3 buah bas. Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan 400 meter daripada dataran itu dihadiri oleh jumlah yang hampir sama.

Zambry mengulas panjang dakwaan Nizar merampas majlis BN di masjid Simpang dua malam yang lepas. Tulisan DS Nizar di dalam blognya disanggah oleh Zambry. Walau bagaimana pun Zambry mengakui DS Nizar memang dijemput oleh imam masjid itu untuk mengimamkan solat Maghrib. Pengakuan itu berbeza dengan kenyataannya kepada media pada malam kejadian yang menyatakan DS Nizar masuk dan terus mengambil tempat sebagai imam.

Berhubung kenyataan DS Nizar bahawa Zambry bertindak memarahinya, Menteri Besar haram itu mengolah cerita bahawa dia memanggil DS Nizar dan memberikan nasihat secara sopan dan lemah lembut.

Selain itu, Zambry turut mengemukakan beberapa perbandingan untuk mengukuhkan tuduhan derhaka yang dilemparkan kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat sejak 5 Februari lalu. Menurutnya Sidang Pasir Dua Butir adalah kemuncak derhaka Nizar dan Pakatan Rakyat terhadap Tuanku Sultan.

Seterusnya Zambry membuat tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat juga mengamalkan rasuah semasa memegang kuasa tetapi enggan memberikan butiran tuduhan itu. "Kita tak mau la nak cerita benda tu" kata Zambry.

Ezam raja kotak menyampaikan ceramah dengan semua isu yang sama seperti semua ceramahnya sebelum ini. 90% ucapannya menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai chauvinist sehingga sanggup mengenepikan kepentingan bangsa demi cita-cita politik peribadi.

Raja kotak juga mengulangi cabaran demi cabaran terhadap DSAI berhubung isu kotak dokumen bukti rasuah yang dihebohkan sejak mula kembali kepada UMNO. Dia juga meneruskan ugutan "saya akan dedahkan ...", "saya akan dedahkan ..." dan "saya akan dedahkan ..." tetapi dokumen (buku) atau bukti yang mahu didedahkan itu tetap kabur dan dirahsiakan.

Sepanjang ucapan oleh 2 orang penceramah itu, 31 tuduhan dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama DS Nizar dan DS Anwar. Malangnya tuduhan itu tidak disusuli dengan penjelasan atau bukti secara berfakta. Cara ini nyata bercanggah dengan kenyataan Pak Lah kelmarin yang menyebut BN berkempen secara berhemah dan tidak menuduh pihak lain.

-jeritan minda politik malaysia


2 comments:

Anonymous said...

Ala Si Ezam tu jgn layan la dia. Kalu nak tau pasal Ezam tanya Lokman Nor Adam. Cuba hampa semua selak balik berita sebelum p/raya 2004. Banyak citer pasai Ezam didedahkan oleh Lokman.

Aku tau Ezam ni pada tahun 2004 dia tgk Keadilan macam tak boleh nak survive dan mmg telahan dia betui pada masa tu bila 2004, Keadilan, PAS dan DAP hampir terduduk dlm PRU 11 dulu. Jadi dia pun bagi a thousand reasons to justify his cross over (jump) to UMNO. Plg baik sebab Anwar dia lari masuk UMNO. Tapi bila p/raya 2008, dia jadi sawan bila lihat Keadilan menang besar (luar biasa) dan dia macam meroyan (silap percaturan). Kalu duduk dlm Keadilan dan boleh jadi Exco Selangor agaknya sebab dia antara yg senior. Kawan dia Anuar Shaari kalu stay kat Penanti (tempat Fairus) dah boleh jadi TKM P.Pinang. So dua-dua ni dah seluk pekasam biar sampai lengan. Jadi dari terus malu maka biaq jadi balaci UMNO utk kutuk PAS dan Keadilan (khususnya bekas bos depa dulu Anwar).

Ada byk citer tapi stop dulu.

Anak Banjar

priory of jenin said...

new kids on the block

http://prioryofjenin.blogspot.com/
(ada cerita mail sapian yg takda kt tempat lain).

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil