Followers

Tuesday, May 26, 2009

Puasa Sunat, Solat Hajat & Mogok Lapar

Polis berkumpul untuk apa? Polis bernama Glen memaklumkan perhimpunan tidak ada permit, dia bagi amaran sila bersurai, kalau tidak kami akan bertinda


Nizar dikerumuni wartawan


Kehadiran DS Nizar mendapat perhatian rakan media



sidang Media

Hidup Pakatan Rakyat, RM 200, 000.00 didermakan untuk perjuangan
rakyat Perak, Bubarkan DUN!.

Jurutera bersara, EN.Koon Yew Yin menyumbang RM 200, 000.00
tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat Perak.


Semua ahli dan penyokong seluruh Perak khususnya diseru berpuasa sunat dan solat hajat mulai hari ini selama tiga hari berturut-turut. Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak dan juga turut ditegaskan oleh Dato' Seri Hj Nizar. Berpuasa dan Solat Hajat hendaklah diniatkan bagi memohon pertolongan kepada Allah swt supaya diberi ketabahan, kesabaran, kecekalan dan akhirnya kemenangan dalam menghadapi kemelut politik di negeri Perak..

Sebagai tanda protes rakyat dan pengaduan kepada Allah swt, Puasa Sunat, Solat Hajat & Mogok Lapar akan dilancarkan pada jam 10 pagi tadi di Medan Istana, Bandarraya Ipoh Raya. Pelancaran disempurnakan oleh Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin...walaupun pelancaran program ini tidaklah grand sangat tapi dikhabarkan 14 orang juga la yang telah ditangkap...termasuk ahli parlimen Ipoh Barat..7 ADUN Pakatan Rakyat dan 6 orang awam..

mereka yang ditangkap antaranya ahli yang berhormat yang dalam perjalanan ke kereta masing-masing dan sedang bersiap untuk ke mahkamah Tinggi kerana Pakatan Rakyat ingin mengfailkan kes Ketua kampung dipecat yang pada awalnya direncanakan pada jam 11.00 pagi...pelik tak pelik depa ni...apa cerita penjenayah2 yang sekarang yang semakin ganas..takde nak pi tangkap ka..?

mat2 rempit yang meragut..mat2 pet yang dah mengganas sehingga dah meragut nyawa orang..takde nak pantau ke..?? bukan sorang dua aje yang buat keje jenayah ni ribu2 hangpa tau..rakyat dah rasa semakin tak tenteram dengan kadar jenayah sekarang..itu yang patut pihak berkuasa beri perhatian..bukan pada ahli parlimen atau ADUN2...

ada yang dok pertikaikan program ni macam komen seorang hamba Allah ni...ummi ambik komen dia ni dari komen blog Misbahul Munir

Blogger KINTARIAN said...

Puasa sunat politik...

ustaz yang menganjurnya:
Ustaz Ngeh dan sahibus samahah ustaz Nga

juadah berbuka puasa sunat politik:
biawak panggang dan katak bakar

Niat:
" sahaja aku puasa sunat politik, kerana nak kucar kacirkan orang islam dan ikut ustaz Ngeh"

Fadhilat puasa sunat politik:
supaya bubar DUN

Perkara sunat semasa puasa sunat politik:
buat havoc satu perak dan pecahkan kekuatan melayu islam


Syarat wajib puasa sunat politik:
*mestilah orang PAS , DAP, PKR
*mestilah mampu memberi kekeliruan pada orang islam secara keseluruhan

Apa nak jadi dengan nizar ?



Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”


sumber gambar dari CinaIslam

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil