Followers

Saturday, June 06, 2009

pimpinan iktiraf blogger...urusetia muktamar tak pandang langsung blogger...

Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.

betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan..

'' kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni...
bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.."hangin tol ummi bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri..cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar..ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS ..berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana...memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya..

ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf..

"akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.."kata petugas

"ni pas dari kerajaan PR Perak ..DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media"..aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak...

tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri..kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..

bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari..untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang kena tolak ketepi...

ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2..sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang..

wallahualam..

22 comments:

Pak Lubis said...

Pas mana mana pun sama. yang atas kata begini tapi yang bawah kata pun begini ... Di PRK Bukit Gantang pun sama... blogger nak minta pas pun tolak sana tolak sini .... Cakap bukan main .... menghargai bloggerlah ... terima kasih pada bloggerlah .... dah meluat dengar dia orang cakap ... seolah dah sama macam UMNO dah.

kelulut said...

UMMI mungkin deme udah bongkak...tungguuu...

aloha2 said...

Bodoh punya urusetia...eksyen lebih...

Pak Oncu said...

hmmmmmm dah nasib kelian lah,,,,,, sikap ahli ahli PR yg membuat PR akan jadi haru biru di PRU 13 nanti

Anonymous said...

Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;

Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.

Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.

Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.

Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

++++++

Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me’liberal’kan PAS.

Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

Proses pemilihan akan dipertikai.

Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.

BUJANG SUSAH said...

Salam.. mohon copy kak

aku blogger picisan said...

tak dapat masuk ke bahagian bawah tu, rasanya berblog dari bahagian pemerhati pun boleh juga buat liputan... atas bawah sama je rasanya. saya tengok ada je blogger yang buat macam tu.

bukit teluk sera said...

salam. tragis, pedih dan sedih (monolog).

AGRO BISTRO said...

Saya wartawan pencen. Sepanjang jadi wartawan dan hari ni masih lepas gian tulis satu dua karangan, saya tak pernah kisah samada apat akses atau pas masuk dalam satu satu events. JIka ada saya terima tak ada tak apa.
Mengapa? Tulisan yang menarik tidak semestinya ada dalam dewan utama. Yang penting sudut penulisan itu berfakta, berbahasa dan menarik.

Bagaimana blogger dihargai? Pingat? Anugerah Kajai? Terima kasih, ingatan sudah cukup. Yang penting hits. Itulah penghargaan sebenar.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

slaam penyapujagat

ummi selalu kalau pergi ke mana2 program..maklumat pasal perjalanan program memang tak susah nak dapat..dalam web muktamar tahunan 55 memang ada..yang ummi mahukan sidang media yang memerlukan pas media untuk kita sertai..kalau takde pas media kita memang tak boleh masuk..itu yang ummi perlukan..setakat perjalanan sidang muktamar ummi duk rumah pon boleh ummi ikuti..

itu sebab ummi tekankan hanya untuk sidang media sahaja..yang lain2 memang takde masalah...tu sebab yang lain2 ummi tak nak sebut..sebab syarat untuk ke sidang media mesti ada pas media..

tok iskandar said...

Inilah liciknya UMNO.Nak pecahkan 2tonggak dalam PAS iaitu profesional dan ulama agar saling bercakaran.Misi jangka pendek untuk melumpuhkan jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.Misi janga panjang pulak nak pecah belahkan PAS dan Anwar akan dijadikan kambinghitam kerana PAS hancur disebabkan ada orang Anwar dalam PAS.Akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO akan bertepuk tangan kerana skrip mereka untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat tercapai apabila tercetus konflik di antara PAS dan PKR.
Sekali tengok macam plan Yahudi je.Nak menampakkan UMNO ni sebuah parti yang baik atau One Malaysian,mereka sudi menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS dengan helah untuk perpaduan Melayu.Itupun setelah rampas Perak dan aibkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar,MB dari PAS yang dilantik oleh rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

biarlah urus setia x nampak, asalkan ALlah nampak.
Bukankah itu yang ditarbiyah oleh pimpinan kita.
Terkadang kita leka bila hits blog kita mencanak naiknya, kita menganggap kita harus diberi segala keistimewaan walaupun yang empunya diri baru nak kenal alam perjuangan.
Kalau ada yang patut diberi keistimewaan, saya rasa para pemerhati mustad'afhin itu lebih layak menerimanya.
Datang dengan duit sendiri, yang kadangkala patut digunakan untuk membeli beras buat makanan sendiri, tapi demi perjuangan, semua itu ditolak ketepi.
Moga kita diberikan kesedaran

Inamadia said...

Salam...
Kepada Ummi Anni...
Saya gemar dan sering mengikuti artikel dari blog Ummi. Dalam hal ini, ingin saya nyatakan pada ummi,sebagai ahli biasa, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang tidak kita fahami mengapa pihak urusetia muktamar membuat ketetapan seperti itu. Namun, dari kacamata dan pandangan saya, antara sebab yang relevan adalah blog adalah satu medium yang umum tanpa kawalan, tidak seperti media-media perdana yang lain. Sekiranya sesuatu berita itu datangnya dari RTM,TV3 atau Utusan, kita semestinya mengetahui bahawa berita itu datangnya dari pihak BN kerana editor dan ketua atasannya sudah tentu orang kuat BN. Manakala Harakah dan TVPAS pula dari parti PAS dan Suara Keadilan pula dari Keadilan. Sejak kebelakangan ini saya juga melihat pelbagai tulisan dari pelbagai blogger yang juga mempunyai pelbagai sikap, bukan sahaja dapat memberi kesan yang baik pada PR tapi juga boleh menimbulkan perpecahan dan krisis dalam PR terutama pada PAS.Isu pemilihan Timbalan Presiden PAS misalnya, ramai blogger-blogger yang tidak diketahui latar belakangnya menulis pelbagai artikel mengenainya. Banyak yang saya lihat, penulis-penulis ini walaupun ia ahli PAS tapi ia tidak faham Perlembagaan PAS dan tidak mengikuti atau sering ponteng dalam program tarbiyyah PAS. Oleh itu, untuk program penting, muktamar yang merupakan program dalaman parti, saya rasa adalah wajar pihak urusetia mengambil ketetapan ini untuk menjaga PAS itu sendiri.Walllahhualam..........

pria malaya said...

sabar kak..

inilah org kata pengalaman..dpt pergi pun ada pengelaman, xdpt pergi pun ada 'pengalaman'..hehe..

pe pun kak..luahan hati orang bawahan/ blogger seperti ini adalah amat digalakkan, demi utk memantapkan parti...

ternyata, kritikan kak adalah krtikan yg bersifat membina..bukan menjatuhkan mahupun mengaibkan..disitu ada msg yg disampaikan kpd pucuk pimpinan utk diteliti dan dipelajari..

apa pun..muktamar dan selesai, jom kita bulatkan tekat, rapatkan saf, kita gegar manik Urai!!..buktikan, isu2 yg melanda ini tidak menjejaskan moral kita utk sama2 membantu kemenangan PAS di DUN manik Urai..

Allahuakbar!!!

Ahmad said...

Salam Ummi,
Pada pandangan saya pihak urusetia terpaksa menetapkan peraturan2 begitu kerana takut nanti blogger UBN ambil kesempatan dengan menyatakan dia dari PR hancurlah kita, dengan itu saya cadangkan agar blogger2 PR melantik seorang ketua serta menyenaraikan nama2 blogger PR dan bawa berjumpa dengan pihak atasan PAS/PKR apabila hendak melapurkan sesuatu perkara yang besar umpamanya Pilihanraya/Muktamar, saya rasa perkara ini dapat diselesaikan

Xara said...

Assalamualaikum puan.

Bagi pihak urusetia IT Muktamar 55, saya ingin memohon maaf atas perkara yang menimpa puan. Namun begitu, ada beberapa perkara yang ingin saya perjelaskan.

Pertama , berkenaan capaian internet, adalah dimaklumkan sepanjang hari muktamar, capaian internet dibuka kepada semua orang tanpa diletakkan password kecuali pada pagi hari pertama dalam tempoh beberapa jam awal sahaja untuk proses setup. Walaupun sebenarnya tindakan tersebut menyebabkan kami di pihak IT pusat sendiri terpaksa menggunakan cable kerana capaian yang terlalu sesak pada internet yang disediakan.

Berkenaan blogger yang tidak mendapat pas, dimaklumkan sepanjang muktamar berlangsung, terdapat seramai 300 petugas media berdaftar (merupakan jumlah teramai dalam sejarah muktamar). Oleh yang demikian, pihak urusetia terpaksa menghadkan kemasukan. Namun begitu, kami memohon maaf atas layanan yang diterima. Mungkin di atas kelemahan urusetia yang bertugas (keletihan dan sebagainya).

Semoga puan dan rakan blogger lain tidak serik untuk melaporkan sebarang aktiviti dan program PAS pada masa hadapan.

roslan sms said...

Assalamualaikum

Saya dimaklumkan oleh seorang AJK berkenaan posting diblog anda. Terima kasih.

Saya mohon berbanyak maaf memang PAS mengiktiraf dan menghargai peranan para bloggers dan ini diulangi dan diiktiraf oleh semua pimpinan pada setiap masa.

UMMI saya sendiri seorang blogger kecilan sejak 5 tahun dahulu dan saya tahu peranan, kemampuan dan kapasiti seorang blogger.

Sebagai Pengarah Publisiti dan Media Muktamar saya mohon memberi penjelasan.

Kami menerima pendaftaran lebih 300 wakil media mewakili lebih 50 agensi dan wakil media tempatan dan antarabangsa. Kami memang menjangkakan sambutan luar biasa oleh kerana muktamar kali ini adalah muktamar pemilihan. Stadium Melawati memang luas dan boleh menempatkan puluhan ribu hadirin tetapi yang boleh muat di "floor" muktamar adalah terhad.

"Floor" muktamar direservekan untuk 1041 para perwakilan dan tempat duduk untuk media di floor dapat sekadar 200. Saya terpaksa menempatkan selebih mereka dalam bilik rawatan stadium yang diubahsuai menjadi bilik media iaitu kira-kira 10 meter jaraknya dari "floor" iaitu terperosok dalam perut stadium.

Jika saya turut menerima pendaftaran para bloggers sudah pasti jumlahnya lebih ramai dari itu. Namun demikian para blogger boleh sahaja hadir sebagai pemerhati dan memang dibenarkan duduk dengan selesa di stand yang disediakan di kiri dan kanan stadium.

Saya mohon maaf atas kesulitan yang anda hadapi.

Sekian.

ROSLAN SHAHIR
Pengarah Publisiti dan Media
Muktamar Tahunan PAS ke 55

Anonymous said...

Salam,saya juga merupakan blogger.dan saya tidak mungkin sama sekali meminta2 untuk dihargai.Saya menggunakan pas pemerhati untuk masuk ke dewan.tahukah berapa ramai blogger yang masuk ke dewan muktamar PAS ke 55 , 15,000 pengunjung.ambil hanya minima 1% blogger.Izinkan 1% blogger dengan PAS media. 150 blogger = 150 perakam suara?.Sebenarnya penghargaan media perdana adalah circulation.Bagi saya anugerah blogger adalah hits!

PerakMari said...

ummi tu hanya mintak ruang semasa PC aje..bukan mintak penghargaan pun..memang ramai blogger yg dtg..dan ramai jugak blogger yg tak mintak pas media..cuma kita nak tau berapa ramai blogger yg mintak pas media..? kalau ramai bagi la alasan dah ramai mintak..ni awal-awal dah cakap blogger tidak diberikn pas media ..

yg tak mintak duk la sebagai pemerhati..ni yg kita cakap ni pada blogger yg mintak pas nak masuk dalam PC..berapa ramai blogger yg nak masuk dlam PC tu..? rasa tak ramai pun..

harap maklum

Anonymous said...

maaf nak menyelit disini untuk memberi pandangan..

Yang pertama, terdapat 300 orang media yang telah didaftarkan sepertimana kata encik roslan shahir, 300 kamera dengan tripod telah didirikan disitu. Ditambah pula dengan 100 lagi bilangan blogers KALAU dibenarkan masuk.. tidakkah sesak jadinya suasana tersebut. pihak media pun tidak akan selesa dan begitu juga tuan/puan. Kalau lah tuan/puan ada kenalan media, boleh la tanyakan tentang kesesakan bilik pc tempoh hari akibat terlalu ramai media..

dan satu lagi, secara logiknya dengan jumlah 1000 orang katakan blogers yang ada dan hanya 100 sahaja yang boleh ditempatkan di pc tersebut, dan tuan merupakan orang yang tidak dapat masuk kedalam ruangan tersebut, apakah perasaan tuan/puan?!....

Jadi, mesti pihak urusetia tidak mahu ini berlaku. Kita sama2 lah berpikiran positif kenapa mereka bertindak sedemikian. Cuba kita masuk ke dalam ruang lingkup mereka. apakah yang akan kita lakukan??

sekian, terima kasih.

PAPA GOMO said...

BLOGGER NETWORK PERAK MENYERANG KEPIMPINAN ULAMAK PAS http://www.gomounited.com/2009/06/blogger-network-perak-menyerang.html

Anonymous said...

Umi. sebagai pengendali media alternatif (tak kira politik ker sukan ker..etc) memang tidak diktiraf/diberi kumadahan sama seperti media yg sudah ada nama. Disini bukan bermaksud media internet tidak diiktiraf, tetapi di Malaysia ianya sesuatu yg baru. Dlm bahasa mudah tak ramai yang tahu peranan media alternatif nie sebagi penyebar maklumat. Ini pengalaman yang saya lalui sebagai webmaster sebuah laman web (Sukan). Sebaliknya kepopuloran nama web tersebut menjadi kunci untuk merungkaikan masalah tersebut.

Contoh mudah disini saya ambil contoh sebuah lama web IT lowyat.net. Setelah sekian lama berada dipersada internet kita dapat melihat mereka mendapat tempat bagi sayraikat IT sebagi salah satu media penyebar maklumat bagi produt IT. Adakah mereka berdaftar sebagai agensi media? Tetapi saya rasa diawal penubuhan laman web tersebut mereka juga menghadapi masalah yang sama.

Didalam menyampaikan maklumat kita juga kena ikhlas. Ikhlas disini bermaksud kita bukan hanya menyampaikan berita baik dan menyorok berita tidak baik/buruk. Mendedahkan perkara buruk bukan bermaksud kita hendak menjatuhkan seseorang/organisasi tetapi kita hendak menegur untuk kebaikan. Tapi kita juga akan dicap dengan perbagai sindirin, kutukan etc... itu asam garam dan kita mesti terima. Tak leh terima kalau baik berenti jer..

Apa yang saya tulsi diatas adalah dr pengalam saya. Diawal pembabitan saya dalam bentuk kerja yang hampir sama ini, saya juga dilayan seperti yang anda telah hadapi. Namun saya teruskan... dan hari ini pass bukan sesuatu masalah kepada saya atau rakan saya untuk mendapatkanya (jika ada event yg memerlukan special pass) Malah bukan satu, utk web saya saya boleh dptkan 2 pass walupun satu ketika dulu kata2 ini masih ingat sampai hari ini " kami tak beri pass utk laman web".

Apa yang penting kena PRO.. pro bemaksud buat dengan bersungguh sunguh walupun apa rintangan mencabar... jgn cepat putus asa...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil