SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini, Ahmad Soleh Rahimi, 7 anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.
 Ahmad  Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu diwad biasa  dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu  lalu beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU dengan  menggunakan mesin bantuan pernafasan.
Ahmad  Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu diwad biasa  dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu  lalu beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU dengan  menggunakan mesin bantuan pernafasan.Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dan akan dibumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.
Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
 Tiada  pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah  mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum  dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan  turut memandi dan menyembahyangi jenazah.
Tiada  pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah  mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum  dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan  turut memandi dan menyembahyangi jenazah.Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain selama-lamanya," cerita Zailah sebak.
sumber MSO
 
 
 

4 comments:
salam takziah juga dari saya utk yb rantau panjang.semoga roh anaknya dicucuri rahmatnya..amin
i'm no king
alfatihah. info tentang buah pinggang di SIHAT SELALU - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang
al-fatihah
monon link kan blog wa kat sini tq
http://malaysiandotcom.blogspot.com
Salam takziah dari saya dan penduduk Desa Kelisa Ulu Yam Baru Untuk YB
Post a Comment