
"KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk melakukan siasatan secara adil dan telus terhadap dua orang anggota Exco Kerajaan Negeri hari ini.
Dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nizar berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan mereka yang disiasat tidak semestinya bersalah sebelum kesalahan dibuktikan.
Difahamkan antara enam orang yang ditahan pagi ini oleh BPR, termasuk dua orang Exco dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti KeADILan Rakyat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini BPR menahan enam orang berkaitan projek perumahan membabitkan RM180 juta di Seri Iskandar.
Sementara itu Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit memangsakan dua anggota Exco untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat. - mr_ "
"KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tiada perkara yang baru apabila parti pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) bertindak jahat ekoran penahanan dua anggota Exco kerajaan campuran Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Menurutnya, parti pembangkang sememangnya selalu menuduh BN apabila timbul isu-isu seperti itu.
"Apa yang baru? Tiada apa yang baru tentang kenyataan itu. Mereka selalu berkata seperti itu selama ini apabila ada sesuatu yang menjejaskan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa penahanan anggota Exco itu adalah tindakan jahat BN untuk menjatuhkan pemimpin pakatan pembangkang. - Utusan "
"KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengesahkan enam orang termasuk dua Exco Kerajaan Perak ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan wang dan seks.
Mereka disyaki terbabit dalam mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan di Seri Iskandar, bernilai RM180 juta, petang semalam dan pagi tadi.
Tiga daripada lima suspek termasuk Exco Kerajaan Perak ditahan sejurus menerima suapan lebih RM105,000 sebagai balasan mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu, jam 6.30 petang semalam.
berita lanjut di sini --> Berita Harian"
"IPOH: Tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Perak yang bermesyuarat lebih sejam petang tadi, mendakwa dua exconya dianiaya Barisan Nasional (BN) dan Umno menerusi tuduhan rasuah palsu.
Sambil menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat masih kukuh, mereka berjanji akan mendedahkan pula pembohongan dan penyelewengan BN dan Umno.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata projek perumahan bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, mustahil kedua-dua exco berkenaan melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan.
kerajaan Pakatan Rakyat berdiri teguh di atas prinsip amanah, menentang rasuah dan ketelusan serta menghormati tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
berita selanjutnya di sini --> Berita Harian "