Followers

Showing posts with label ~isusemasa~. Show all posts
Showing posts with label ~isusemasa~. Show all posts

Wednesday, January 21, 2009

Zahid tunjuk belang...!!

Arahan berkuat kuasa serta-merta, kecuali agensi diguna sama

IPOH: Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Bagaimanapun, katanya, ketua jabatan daripada agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu.

"Ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Perak di sini, semalam.

"Orang ramai yang hendak berurusan dengan agensi Kerajaan Persekutuan mestilah mendapatkan tandatangan Pengerusi JPPP jika surat atau salinan dokumen memerlukan pengesahan.

"Jabatan Persekutuan tidak mengiktiraf tandatangan Pengerusi JKKK atau Penghulu kerana mereka dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Katanya, peruntukan itu dikhususkan untuk mangsa kemalangan jalan raya, kebakaran atau ditimpa bencana alam.

Mangsa terbabit juga tidak perlu memohon kerana wakil rakyat atau Ahli Parlimen akan turun padang untuk membantu rakyat pada peringkat bawahan.


ummi pulak nak cakap...

ummi tengok si Zahid ni makin hari makin pelik...dari sumber yang kita tahu..Zahid ni menggantikan Tajol Rosli untuk misi menwan semula rakyat Perak ni...macamana la nak berjaya Dato' Zahid oii......kalau mike wat rakyat bencikan BN...alamat mike takkan mandang le rakyat Perak nak dekat2 dengan BN tu..aje lagi meluat deme nengok perangai orang2 BN ni...ummi dah lama dah meluat..gelombang sekarang adalah rakyat bersama PR...lagi bagus la mike buat macam tu...makin tumpo ler BN akan datang...hehehe

dalam masa yang sama Zahid ni bukan nak membela rakyat Perak tapi nak mendera rakyat...kenyataan Zahid lebih kepada nak mendera rakyat kerana rakyat di negeri tidak tahu sesuatu urusan itu perlu diuruskan dengan Pusat atau negeri tetapi mereka hanya mahu segala urusan mereka berjalan lancar.

Contohnya dalam urusan anak sekolah cop atau tandatangan daripada JKKK atau Penghulu Kampung tidak diikhtiraf dan ini akan menimbulkan masalah kepada rakyat kerana terpaksa berjumpa dengan JKKP yang dilantik oleh kerajaan BN.

nampak sangat ler mike ni memang nak mendera rakyat Perak dan mahu memuaskan nafsunya kerana marah dengan sikap rakyat Perak yang telah memilih pemimpin daripada kalangan Pakatan Rakyat dan bukan dari BN...ate dah orang2 BN tak reti nak ambik hati rakyat Perak...yang deme reti mengambik duit rakyat untuk puaskan hati deme...mana aci..!!

tak mengapalah Zahid..buat le selagi anda berkuasa...kerana doa orang2 yang teraniaya akan dimakbulkan Allah...makin mike menindas rakyat..lagi rakyat menjauhkan diri...macam dialog dalam filem Ahmad Albab..." rezeki..ajal dan maut datang dari Allah..bukan dari bafak.."

dan ummi nak bagi peringatan kat Zahid..kot2 mike terlupa...PR diangkat oleh rakyat di Perak ni..dan Sultan Perak sudah perkenankan PR untuk mentadbir Perak ni...Zahid ni nak menderhaka pada Sultan Perak ke..???

wallahualam...

Saturday, January 10, 2009

kutukan ku untukmu ISRAEL.....!!

CELAKA ISRAEL....!!
kau kumpul orang Palestin dalam satu rumah..lepas tu bedil....CELAKA kau..!!

baca sini


SIAL KAU ISRAEL...!!
kau bunuh pekerja PBB kerana kau nak halang bantuan maknan kepada penduduk Gaza....SIAL kau...!!!

baca sini

SETAN KAU ISRAEL....!!
PBB dah arahkan genjatan senjata..tapi kau makin menjadi2 membedil rakyat Palestin...SETAN kau..!!

baca sini

LAKNAT KAU ISRAEL..!!
dah kau tembak baru nak ngaku tersilap..kau memang LAKNAT....!!

baca sini

HARAM JADAH KAU ISRAEL...!!

sesuka hati sesedap rasa kau bedil masjid alasan itu tempat sebagai pusat keganasan....HARAM JADAH kau..!!

baca sini


kau tak renti2 bedil rakyat Palestin...tak kira tua...muda..kanak2..bayi...wanita..lelaki...
aku pon rasa tak nak berenti membedil kau dengan kutukan...laknatan...makian..itu yang selayak utk bangsa kau ISRAEL LAKNATULLAH...!!

Image
ISRAEL TERUS MENGGANAS... Kekejaman Israel terus memuncak apabila
serangan udara yang dilancarkan sejak minggu lalu mengorbankan lebih
ramai orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa. Dalam serangan terbaru
Israel di bandar Gaza semalam, seorang komander Hamas, nizar rayyan
bersama empat isteri dan lapan anak mereka terkorban (gambar kanan).

Monday, January 05, 2009

satu laporan polis untuk datok zahid...

Apa pasal Datok Zahid buat fitnah ni..?? sumber mana yg Datok Zahid dapat pasal dewan tadika kemas diarah tutup ni...check balik..ntah2 ada orang nak sabotaj datok ni...atau memang datok nak cari publisiti murahan...dengar kata datok dengar laporan tu dari Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Perak...hmm macamana datok boleh terus buat kenyataan tanpa usul periksa kesahihan ceritanya...sapa yg susah sekarang...datokkk jugak...

dari sumber yang ummi perolehi dari tok sidang Kg.Hutan Melintang iaitu tok sidang Tapa..ummi diberitahu bahawa dia telah bertemu sendiri dan berbincang dengan penyelia KEMAS Parlimen Bagan Datoh..saudara Nordin Sulaiman bahawa tiada satu pun tadika KEMAS yang ditutup atau diarahkan mengosongkan permis mereka...dia sendiri heran macamana Datok Zahid yang baru balik dari Mekah boleh mengeluarkan kenyataan begitu...

Sementara sumber yang ummi perolehi dari Naib Yang DiPertua PAS Bagan Datoh saudara Hj.Ramlee Husin siang tadi beliau bersama SU PAS Bagan Datoh Saudara Fauzi Hashim bersama YB K.Saven serta setiausahanya dan 5 orang tok sidang DUN Rungkup telah membuat satu laporan polis terhadap Datok Zahid di Balai Polis Daerah Teluk Intan(IPD Hilir Perak)...laporan polis tersebut meminta Datok Zahid menarik balik kenyataannya yang berbau fitnah terhadap kerajaan Paktan Rakyat Perak dalam tempoh 3 hari.....ini kerana di kawasan Bagan Datoh tiada satu pon tadika KEMAS yang ditutup..harap Datok Zahid memohon maaf kepada kerajaan negeri Perak..






Tadika KEMAS : Kenyataan MB Perak...fitnah BN gagal..!!

http://aycu16.webshots.com/image/48575/2005180440642215279_rs.jpg

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.


Dinyatakan dalam laporan tersebut, " kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri berkenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, " Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.

Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.

Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

sumber kamparin.blogspot

Sunday, January 04, 2009

lawak Dato' Zahid lebih kelakar dari Raja Lawak...

http://lh6.ggpht.com/_oQDopgQ3Cog/SGCVmXoohaI/AAAAAAAAAdo/fVFd-jbz1ns/DSCN1034.JPG

Assalamualaikum..

lama rasanya tak update blog ni..maklum la bila awal tahun ni..ummi sibuk menguruskan hal2 kemasukkan sekolah anak2..dari persiapan pakaian dan peralatan sekolah sehinggalah menghantar mereka ke pintu sekolah..malam ni baru dan nak belek pc dan intai2 cerita hangat..

start dari hari jumaat lepas tak dapat nak mengisi blog ni..banyak juga cerita yg nak diisi..tapi nantilah baru buat..yg buat ummi nak update blog malam ni..bila terbaca isu tentang tadika kemas..satu kenyataan yg ummi rasa agak kelakar untuk diperkatakan..

petang tadi jenguk juga anak ummi yang kat Matrik Gopeng..selepas selesai hantar anak ke SBPI Gopeng..ummi makan2 dgn anak kat kafeteria di situ sambil tgk raja lawak..terkekek2 kami ketawa...ingatkan habis lawak le dah..rupa2nya ada lagi lawak dari program raja lawak..iaitu zahid lawak...hahaha

apa yg lawak si zahid ni buat..meh baca ni...

"Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu dakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi .

Menurutnya beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Kenyataannya dalam Utusan Malaysia juga menyatakan sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.
"

muahahaha...terbahak..terbahak..terbahak ummi gelak sambil guling2..
hahaha 13,000 murid terjejas...
hahaha 700 premis dipaksa kosong...
hahaha pegawai KEMAS dipaksa serah kunci dewan orang ramai ...

setahu ummi kalau kat kawasan ummi..juga tempat Dato' Zahid sebagai wakil parlimen Bagan Datoh...takde pulak dengar kes yg macam gini...yang ummi nampak tadika KEMAS sebenarnya sedang LEMAS disebabkan wujudnya pra sekolah..ramai ibubapa lebih yakin dengan pra sekolah dari tadika KEMAS yg dah LEMAS...

murid KEMAS pon bukan ramai sangat..kalau tang tadika KEMAS Sungai Sumun...cikgu dia sampai merayu pada pihak sekolah kebangsaan yg ada supaya pra sekolah tidak mengambil murid 5 tahun pasal semua tak nak ke tadika KEMAS..

kalau Dato' Zahid kata 13,000 murid tadika KEMAS terjejas..tadika KEMAS terjejas sebab pra sekolah..takde kena mengena dgn kerajaan negeri Perak...

700 premis dipaksa kosong...takde siapa yg suruh kosongkan..tetapi memang kosong pasal takde murid.....hehehe

pegawai KEMAS dipaksa serah kunci 'dewan orang ramai'...baca betol2 'dewan orang ramai' bukan bangunan tadika..oppsss terlupa..tadika KEMAS takde bangunan kebanyakkannya 'menumpang' di bagunan dewan orang ramai...jadi sendiri pikir la..

Kenyataan ini lagi lawak..

"Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka."


hahaha....JKKP hang wakil persekutuan...dewan orang ramai adalah bawah kerajaan negeri punya...so yang berhak pegang kunci siapa wahai Dato' Zahid..? pasai pegang kunci dewan pon nak kecoh...pegi la beli kunci pastu pegang la lama mana pon..takde sape heran...hahaha

Tuesday, December 30, 2008

PLKN tersungkur di kaki Diana...



" Untungnya menjadi artis....PLKN pun boleh dikecualikan. Jika anak saya atau anak anda ponteng PLKN...siaplah masuk lokap!!"


berita seorang pelakon cantik Diana Danielle Danny Beeson, 17 tahun telah tersenarai dalam 'panggilan' wajib menyertai Program Khidmat Negara (PLKN) terbayang di fikiran che'GuBard bahawa betapa program ini akan 'di naik taraf' dan bagaimana PLKN akan mempergunakan Diana untuk mempromosikan PLKN dan menghalalkan jutaan wang rakyat untuk terus dibazirkan lantas mampu menutup cerita kesedian keluarga kehilangan anak akibat kelemahan beberapa faktor PLKN.

Namun tekaan ini nyata meleset apabila Diana telah berjaya mengenepikan 'perintah wajib' untuk menyertai PLKN kerana kononya terikat dengan kontrak berlakon. Berita ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dalam satu kenyataan tersiar dalam media arus perdana. Dalam satu kenyataan berasingan pula pihak Majlis Latihan Khidmat Negara menyatakan tidak memilih kasih dan tidak ada yang akan terkecuali dari 'perintah wajib' menyertai kecuali dengan tiga alasan. Tiga alasan itu ialah bakal pelatih berada di institusi pengajian, sedang mengambil peperiksaan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai kesusahan luar biasa.

Berbeza pula dengan kisah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, yang berasal dari Perlis pada 2005 telah dijatuhkan hukuman penjara kerana gagal menyertai PLKN. Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad telah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari kepada beliau setelah beliau gagal membayar tawaran denda sebanyak RM 600 ekoran kemiskinan yang dialami oleh beliau dan keluarga. Beliau yang pada masa itu tidak mampu untuk mencari peguam bagi mewakilinya telah dibicarakan dengan menggunakan Akta 628 Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003;

18. (1) Mana-mana orang yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki supaya dibuat olehnya menurut kuasa pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Majlis di bawah subseksyen 17(2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Dalam rayuan yang dikemukakan di mahkamah ketika itu , beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis telah memaklumkan mahkamah bahawa beliau gagal hadir ke PLKN ekoran kesempitan hidup yang memaksa beliau bekerja dibendang untuk membantu menyara keluarga. Namun hakim tidak melayan hujah tersebut sebaliknya terus menjatuhkan hukuman.

Nampaknya berbeza dengan layanan JLKN terhadap Diana, seorang pelakon glamour. Pada 27 Disember 2008 jelas Pengarah JLKN dilaporkan mengatakan 'jabatan perlu melihat kepada kontrak - kontrak itu' maksudnya JLKN masih belum melihat kontrak tersebut sebaliknya Diana sudah tidak mendaftarkan diri.

Layanan 'antara dua darjat JLKN' ini amat dikecam.

Bagi che'GuBard bukan Diana sahaja tidak harus pergi tetapi semua anak Malaysia. Anak - anak Najib pergi tak PLKN....? Khabarnya bukan sahaja PLKN anak - anak Najib juga bersekolah di Sekolah Swasta......

dari blog chegubard.blogspot.com

Monday, December 29, 2008

kerana politik..tiada yang mustahil...

Dr.Mohd Asri Zainul Abidin

kalau bab politik ni memang macam2 boleh jadi...dari yang elok boleh jadi tak elok..dari bermaruah jadi tak bermaruah..dari dihormati jadi dihina...dari molek jadi tergolek..pasal politik semua jadi hampeh....

kalau nak pilih jalan untuk berpolitik...pilih yang dapat memberi menfaat pada dunia dan akhirat...

wallahualam..

Hudud untuk umat Islam...

KOTA BHARU 28 Dis. - Kelab Penyokong Pas Kebangsaan yang mempunyai lebih 10,000 ahli tidak akan menghalang hasrat parti itu melaksanakan hudud dan qisas di negara ini selagi ia tidak mengganggu cara hidup serta budaya masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun kelab penyokong itu tidak yakin Pas akan dapat melaksanakan hukum tersebut dan memerintah negara ini jika berdasarkan realiti politik pada masa sekarang.

Pengerusi kelab itu, Hu Pang Chaw berkata, pelaksanaan hukum hudud dan qisas sukar dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat kerana memerlukan pindaan Perlembagaan sedangkan Pas pula tidak mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen untuk berbuat demikian.

"Kita tidak membantah jika Pas mahu melaksanakan hudud dan qisas sekiranya pakatan pembangkang menguasai kerajaan pada masa akan datang, kita memahami bahawa hukum itu hanya dilaksanakan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

"Orang Cina sudah faham dalam soal Islam, mereka sudah faham ia hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam," katanya di sini hari ini.-Pemuda kaw.Gerik



ummi..

bab hudud bagi yg dah paham memang tak mengganggu kehidupan orang bukan Islam...yg tak paham ni lah yang dok melompat2...

yang menghairankan kita.. orang yg mengaku Islam pon tak paham2 akan hudud ni...siap boleh kata ada hudud PAS pulak...so tak heran la kalau bukan Islam seriau dengan hudud ni..dah orang Islam sendiri yang mencanangkan yg hudud itu hukum yang zalim...

yang pasti hudud untuk umat Islam...bukan untuk yang kafir...jadinya..pada yang tolak hudud maka anda tolak hukum Allah..bila tolak hukum Allah maka ...... sendiri pikir la..

Saturday, December 27, 2008

pinggan dah pakai...kita makan..!!


Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu.

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.

‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

  • NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

    Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

    sumber Berita Harian


    tido.... kena pecat..!!



    BEIJING: Sebuah kerajaan tempatan di selatan China memecat enam pegawainya yang dirakam sedang tidur ketika menghadiri mesyuarat dan gambar mereka dipaparkan pula di laman web, kata media, semalam.

    Mereka termasuk pengurus syarikat dan ketua Parti Komunis pelbagai cawangan kerajaan, sedang menghadiri satu mesyuarat di bandar Hengyang di wilayah Hunan bagi membincangkan pembaharuan ekonomi selama 30 tahun, kata Beijing News.

    "Pemecatan mereka bertujuan menguatkuasakan disiplin dan menghapuskan kesan buruk terhadap masyarakat," kata akhbar memetik keputusan dibuat kerajaan bandar.

    Ketika laporan tidak mengatakan siapa yang mengambil gambar dan menghantarnya ke internet, insiden itu menjana per-bincangan hangat secara online, dengan ramai mengatakan pemecatan itu tidak adil kerana ia bukan kesilapan pegawai mesyuarat itu membosankan.

    "Dalam 99 peratus mesyuarat seperti itu isi kandungannya kosong dan stereotaip," kata seorang penghantar bernama Damocangying 2007 menulis dalam laman popular Tianya.cn.

    "Jika penonton tidur apabila anda membuat ucapan, sudah tentu ucapan itu harus dipersalahkan," kata seorang lagi bernama Cmbbs.

    Mesyuarat kerajaan di China biasanya panjang dipenuhi ucapan berjela-jela, walaupun pegawai kanan cuba mengadakan secara pendek dan berkesan. - Reuters

    sumber Berita Harian




    nasib baik la Pak Lah bukan di China..!! kalau tidak....
    hehehe


    'Mereka tidak perlu meminta-minta jika suami ada'

    Norlaila Othman (Pusat sokongan Gerakan Mansuhkan ISA) -Harakah


    "Ini anggaran yuran anak-anak.Ana harap dengan bantuan kak, dapatlah Ana bayar dengan segera.Syukran.Nursery RM100,Tadika RM280,Tahun 2 RM 510, Tahun 3 RM400 dan Tahun 4, RM400..."

    Inilah pesanan ringkas yang saya terima di telefon bimbit saya.Saya terkedu sebentar dengan permintaan ini Puan D ini. Beliau mempunyai lima orang anak berusia 3 hingga 10 tahun.

    Pendapatan beliau sebagai pembantu Tadika, pastinya jauh dari mencukupi bagi memulakan sessi persekolahan 2009 nanti.Sepatutnya bagi seorang isteri Tahanan ISA yang mempunyai 5 orang anak seperti beliau, saya dan Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah peruntukkan RM1500.00 untuk beliau .

    Saya faham, jika tidak kerana terpaksa, tak mungkin beliau sanggup meminta lebih dari peruntukkan yang sepatutnya. Tetapi, inilah yang dikatakan kisah benar dalam kehidupan. Perasaan segan terpaksa di korbankan demi mendapat bantuan mencukupi buat anak-anak yang sedang membesar.

    Berikut adalah jumlah yang kami fikirkan paling sesuai diagihkan pada semua keluarga yang sedang dianiaya ini.


    1. Ibu berpendapatan kurang dari RM1,000, anak 7-10 - GMI beri RM2,000 2. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 4 -6 - RM1,500 3. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 3 - RM800.00 4. Ibu mempunyai 2 anak - RM600.00 5. Ibu dengan seorang anak - RM300.00

    Jumlah ini bagaimanapun tidaklah 'fix' kerana biasanya kami ambil kira pendapatan sampingan isteri yang diperolehi samada dari Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Yang jelasnya, semua bantuan itu memang jauh dari mencukupi untuk penghidupan mereka.Sekiranya suami mereka tidak ditahan dibawah ISA, sudah tentu suami mereka dboleh bekerja dan memperolehi pendapatan yang lebih besar dari jumlah itu.Dan yang paling penting, mereka tidak perlu meminta-minta pada sesiapa!!!

    Sewaktu membuat pembahagian itu, saya membayangkan suasana rumah dan keperluan anak-anak. Syukur, saya mengenali hampir 90peratus dari isteri-isteri ini dan mengetahui sejauh mana tahap kemiskinan dan kesukaran hidup mereka.Saya telah tiga kali melawat keluarga ISA di Sabah. Dan saya juga biasa menziarahi keluarga ISA di Semenanjung, baik yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, Johor hinggalah ke Kedah.

    Pastinya, tahap kehidupan memang tidak sama. Contohnya, seorang isteri di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM1.k setiap bulan, yang mempunyai 3 orang anak, memang terpaksa mengikat perut untuk melayakkan mereka menyewa rumah Bandaraya berharga RM300 dan memakai kereta berusia 20 tahun. Itu belum lagi termasuk perbelanjaan mereka ke Kem Kamunting!!

    Kini, masih ada lebih 40 tahanan ISA di Kem Kamunting..Ketika sessi sekolah dibuka kelak, Pengetua Sekolah, penjual buku dan unifom serta pemilik bas sekolah, tidak akan bertanya samada mereka ini anak tahanan ISA atau tidak. Semua anak-anak yang dizalimi ini terpaksa membayar semua urusan yang berkaitan dengan persekolahan.

    Bapa-bapa yang sepatutnya menjadi kepala keluarga, menjadi orang yang mencari nafkah untuk anak-anak, dikurung tanpa sebarang kerja dalam blok-blok usang di Kem Kamunting.

    Anak-anak masih kecil dan kurang memahami kenapa bapa mereka masih terus menerus di kurung di Pekan Kamunting sana..Hanya si ibulah yang pening kepala, memikirkan bagaimanakah hendak mencukupkan wang yang sedikit, bagi memenuhi keperluan yang begitu banyak��

    Siapakah yang perihatin dan simpati dengan nasib mereka..??


    Friday, December 26, 2008

    cepat..cepat..BN nak kasi ang pau..!!

    http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/51047/2/istockphoto_51047_red_packet_2.jpg
    KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh)- Pengundi Cina diingatkan agar tidak termakan 'umpan' dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan sebagai 'Ang Pau' oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

    Pengerusi DAP cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata pembahagian duit 'Ang Pau' yang digunakan dari peruntukkan dana khas sedang giat diagih-agihkan kepada penduduk di Bandar Kuala Terengganu.

    Katanya, pemberian tersebut berselindung atas nama sempena Tahun Baru Cina diagih-agihkan kepada penduduk berketurunan tionghua.

    Diharap rakyat terutama pengundi kaum tionghua yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu ini tidak termakan �umpan� dana khas RM300 seorang itu.

    "Duit 'Ang Pau' dana khas itu boleh ambil sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN tetapi itu memang duit rakyat yang diambil dari royalty.


    biasa la.. suasana ini pasti berlaku bila tang pilihanraya kecik...duit memang mainan umno/BN...tapi depa lupa..pengundi sekarang bukan pengundi yang hat dulu...pengundi sekarang bijak cerdik..hangpa kasi la apa jenis sumbangan pengundi berbesar hati menerima..tapi kalau hangpa kata sumbangan tu umno/BN punya..hat yang ni depa mesti ketawakan hangpa..pasai depa tau habuan yg hangpa kasi tu milik pengundi..hangpa yang perasan tu hangpa punya..

    pemberian dana khas (Ang pau) itu sememangnya patut diberikan kepada semua rakyat yang layak...bukan bagi di kalangan pengikut serta penyokong MCA dan kerajaan BN saja...

    ikut macam TGNA kata..."Orang (BN) bagi duit ambil, orang bagi kain pakai, orang bagi gula kacau, tetapi tiba masa mengundi kita (rakyat) tolak BN undi PAS..."

    P36..wa mau bulan mengambang di sana..!!

    ini pilihanlaya kecik
    sulah start lia munya engine

    ala olang sulah declare calon
    ala olang belum mau declare lagi

    satu kem munya celita
    ala olang mau ini olang jadi calon
    tapi itu olang leject ini olang
    itu olang mau pilih lain olang
    jadi olang manyak marah

    lain kem munya celita
    team a mau kasi calon
    team b mau kasi calon
    team c mau kasi calon
    sikalang masih talak tau
    mana munya calon jadi calon

    mana munya team jadi calon
    gua talak peduli
    mesti mau kasi terang bulan
    mesti mau kasi engkau laksana bulan
    mesti mau kasi hijau
    mesti mau kasi bulan bicara
    mesti mau kasi bulan ngomong
    mesti mau kasi di wajahmu ku lihat bulan

    gua LAWAN MESTI LAWAN

    TAKBIR!!!

    ini sajak wa cilok dekat de'anje munye blog..wa manyak suka lia munye isi..hahaha Kuala Telengganu..!! im coming ..!!

    Tuesday, December 23, 2008

    pasal blog kena gantung..!!

    http://www.innovationfactory.nl/blog/wp-content/uploads/2008/07/blogging.JPG


    Bekas ketua bahagian Datuk Ahmad Kuris Mohd Nor diberikan amaran oleh lembaga disiplin Umno kerana berkempen menggunakan blog bagi mengekalkan jawatan tersebut.

    Selain pemimpin bahagian Hulu Langat itu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd Rahman, kedua-duanya dari Batu, turut diberi amaran.

    "Ahmad Kuris didapati bersalah kerana membina blog untuk berkempen bagi pemilihan parti," kata pengerusi lembaga disiplin parti Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail dalam sidang media di ibu negara hari ini.- Malaysiakini

    Apa akan jadi kalau semua blogger UMNO digantung..?? seronok juga isu ni...hanya kerana kita tak tau berblog..maka arahan dikeluarkan oleh lembaga displin UMNO menggantung ahli2nya yg berblogging..apakah ianya wajar..?? macam pelik aje..dalam zaman semua orang bermaya...tiba2 kita diarah tidak boleh menggunakan alam maya...apa ke jadahnya..

    Kalau kita baca pendapat blogger Nobisha tentang isu ini dalam artikel "AYUH, TUTUP SEMUA BLOG UMNO!"memang banyak betulnya..terungkaplah 'ketenginan' lembaga displin UMNO...apakah lembaga displin ni hanya memandang pada isu yg remeh... kenapa masalah yg kronik seperti politik rasuah di parti tidak dititik beratkan...aduan rasanya banyak tapi tak ada tindakan yg dikenakan pada tertuduh..ini takat berblogging dah kena gantung bertahun2...apa barang...!! mana yang dikatakan demokrasi...bebas bersuara..??

    bagi ummi berblog adalah satu cara pemimpin atau ahli2 nak luahkan hala tuju kerja politiknya atau senang cerita misi dan visi dorang dalam berpotlitik...kalau la setiap pemimpin boleh keluar tv atau radio untuk berkempen... mungkin larangan berkempen dalam blog boleh dilaksanakan... tapi tak rasa ke macam kita ni ketinggalan zaman..?

    kalau nak ditutup semua blog UMNO..tak syiok jugak...cuba kita bayangkan dalam dunia blog ni cuma ada blog pembangkang dan pro pembangkang...rasanya macam makan nasi tak ada lauk...kerana begitu juga sebaliknya...kerana bila ada kedua2nya ianya seperti lengkap melengkapi antara satu sama lain...

    ummi tak boleh nak bayangkan kalau blog PerakBangkit takde..walaupun kadang2 ayat2 dia ganeh dan hampeh tapi sedikit sebanyak tulisannya membantu juga untuk membuat kita berfikir walaupun kadang2 tak berfakta dan perkataan2 yg digunakan menyakitkan hati...sebab dalam banyak2 blogger UMNO..PB dapat tarik minat ummi ke blog dia...walaupon nobisha membuat penilaian bahawa 'blog UMNO takde ummpphhh'..... sebenarnya banyak juga la kebaikkan yg dah dibuatnya..macam yg ummi penah komen kat blog dia..bila dia cipta satu keburukkan pembangkang..secara tak langung dia membuka banyak keburukkan UMNO itu sendiri...so kalau blog UMNO takde mau tak menarik dunia blog ni..ni pendapat ummi lah..

    ishh..ishh..ishh....baik2 le blajor berblogging weh oii..

    Monday, December 22, 2008

    apa cite ni beb...apa kanak2 ni buat..??

    sumber DPPK Kelana Jaya

    Gambar ini telah diambil semasa hari pengundian di Daerah mengundi PJS 6 Timur, DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Ini jelas menunjukkan Umno dan Barisan Nasional juga menggunakan kanak-kanak untuk kempen pilihanraya mereka.







    Gambar daripada arkib DPPKJ.

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang sanggup mengeksploitasi kanak-kanak dalam menjalankan kempen dan aktiviti mereka.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata,baginda amat mengambil berat berhubung perkara itu dan mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

    Menurut Khalid, sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Tegasnya, tindakan demi keamanan dan keselamatan negara akan diambil mengikut Seksyen 27 Akta Polis dan Seksyen 32 (b) Akta Kanak-kanak 2001.


    ummi...

    kata dulang paku serpih..ngata orang depa lagi lebih....so apa tindakan polis pada BN kerana menggunakan kanak2 bawah umur untuk berkempen seperti gambar di atas....

    jawab..jangan tak jawab...!!

    Sunday, December 21, 2008

    wacana perdana..Husam vs Khairy..

    [kj-wacana+186.jpg]

    WACANA Tranformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Balai Islam Lundang semalam seperti dijangkakan mendapat sambutan hebat. Kedua pihak nampaknya mengerah kumpulan sorak masing-masing. Paling ketara ialah dipihak Pas, di mana angkanya lebih ramai dari penyokong BN.

    Dianggarkan lebih 5,000 yang hadir memenuhi balai Islam Ludang. Satu skrin CCTV juga dipasang di luar dewan untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat masuk. Wacana itu yang diura-uarkan akan disiarkan secara langsung melalui website tidak menjadi kenyataan menyebabkan ramai yang hampa.

    Wacana itu adalah pertama kali diadakan melibatkan dua tokoh menjadi sebutan yang berlainan parti, iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

    Seorang lagi panelis ialah Pensyarah Undang-undang yang juga pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari. Manakala pensyarah UKM, Mohamad Agus Yusuf bertindak menjadi perantaraan. Kehadiran Aziz boleh dianggap sebagai ‘penutralize’ keadaan saja dengan memberi pandangan dari konteks perundangan dan perlembagaan negara.

    Wacana bermula tepat jam 9:30 malam dengan dimulakan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa. Format wacana ialah setiap panel diberikan masa 15 minit untuk membentang hujah masing-masing, kemudian menjawab soalan yang dikemukakan oleh perantaran dan ketiga menjawab soalan hadirin dan kemudian menggulung.

    Beliau memulakan pembentangan hujah dan pentafsiran tajuk wacana dengan mengambil pendekatan dan stail idolanya Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam membaca firmah Allah swt yang menceritakan bahawa bumi ini diamanahkan kepada orang yang salih untuk mentadbirnya.

    Mesej Husam bahawa mereka yang bertakwa, tidak rasuah dan mengambil politik Islam dijamin atau berhak mentadbir bumi ini. Kemudian beliau terus memasuki ke orbit tajuk iaitu mentafsirkan transformasi politik.

    Menurut Husam tranformasi politik sesuatu yang fitrah. Maknanya tranformasi politik berlaku di dalam dan di laur mana-mana parti juga. Apa yang hendak disampaikan bahawa ahli Pas juga harus bersedia menerima perubahan itu daripada mengamalkan pendekatan lapok kepada pendekatan baru atau moden. Namun sebagai parti berideologikan Islam apa juga perubahan mestilah bertunjangkan kepada Islam.

    Dalam menghuraikan transformasi politik dari sudut mindanya ada lima (P) yang menjadi asas. Ia adalah prinsip, polisi, plan, personaliti dan parti-parti. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip Islam manakala personaliti pula ialah taqwa.











    Khairy memulakan perbicaraanya dengan sesuatu yang merujakan banyak yang hadir. Sebaik Khairy memulakan dengan memberi salam sudah kedengaran suara menjerat mempersendakan Khairy; kenapa ringkas sangat! Maksudnya muqadimah Khairy tidak sehabat Husam yang membaca ayat Quran dan doa dalam bahasa Arab ala tok imam membaca khutbah.

    Namun apabila Khairy trurut membaca sepotong firmah Allah yang menceritakan tanggungjawab menjaga dan memikul amanah semua hadirin terdiam dan tidak percaya apa yang berlaku. Ternyata sekali tindakan Khairy itu mengejutkan hadirin. Sekiranya tujuan Husam membaca Quran untuk memasungkan langkah Khairy ternyata kunci itu tidak mujarab.

    Sesuai dengan tema ayat yang dibaca, Khairy mengaitan apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini ialah kerana melaksanakan amanah yang Allah berikan. Misalnya pembentang rang undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysai,(SPRM) Suruhajaya Perlantikan Hakim (SPH) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AKUKU) adalah sebagai amanah BN dan ia merupakan tranformasi politik yang telus dan terbuka.

    Katanya Pas kena ingat realiti kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat hari ini adalah kecil. Hujahnya kalau tahun 1999 Pas menjadi ketua Pembangkang, tetapi kali ini jawatan diambil oleh Keadilan pada tahun (2004) hanya menang satu kerusi. Begitu juga katanya Pas tidak boleh berbangga dengan peembetukan kerajaan di Perak kerana hakiaktnya DAP yang berkuasa.

    Khairy juga mempertikakan apakah perubahan mood pengundi dalam pilihan raya dulu sesuatu yang benar ataupun ianya dibuat kerana protes. Perkembangan itu katanya harus dikaji. Menurut calon Ketua Pemuda Umno itu kalau ianya protes ia akan berubah di mana bila masalah yang diprotes itu selesai pengundi akan kembali semula kepada BN.

    Aziz Bari yang tampil kemudian pada itu nampaknya bersetuju dengan pandangan Husam bahawa keputusan (tranformasi) dalam pilihan raya itu satu tranformasi. Menurutnya dalam politik tidak ada istilah protes Mengenai perubahan dalam Pas, samada ada kumpulan Erdogan ia adalah sesutau yang baik.- MSO

    Husam kata berlaku transformasi politik yang hebat pada PRU-12.

    Khairy plak jawab sebenarnya rakayt hanya memberi undi protes kepada pakatan rakyat. Undi kepada pakatan rakyat hanyalah untuk mengajar UMNO. Khairy menegaskan rakyat akan mengundi BN semula pada PRU akan datang...

    Prof Aziz plak jawab sebenarnya tidak ada istilah undi protes. Rakyat undi dengan kerelaan hati untuk mengundi pakatan rakyat. Prof juga bertanya kenapa bila orang x undi kita kita akan cakap tu sebagai protes?

    Debat semakin rancak dengan isu Negara Islam dan beberapa isu yang berbangkit di dalam kerajaan negeri selangor dan Perak.

    Ade beberapa kritikan hebat kepada suruhanjaya yang baru ditubuh kerajaan BN iaitu suruhanjaya yang berkaitan rasuah dan juga perlantikan hakim.

    Kata khairi ini adalah kejayaan UMNO melakukan transformasi dalam kes ini bagi mewujudkan keadilan.

    Husam dan Prof membidas ini hanya satu gimik politik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam isu perlantikan hakim PM masih mmpunyai kuasa besar dalam menentukannya. Prof Aziz selaku orang yang pakar dalam undang2 begitu hebat mengkritik suruhanjaya baru yang dibentuk ini dakwanya ini satu lagi suruhanjaya ditubuhkan oleh BN. Azam itu ada tetapi pelaksanaan bakal pincang dengan mengambil contoh kegagalan SUHAKAM dalam membawa suara2 yang teraniaya. Sudah beberapa kali SUHAKAM menyediakan laporan untuk dibawa ke parlimen tp PM buat pekak bodoh jer..kata Prof Aziz..

    Keadaan semakin panas. Sorak menyorak berlaku antara penyokong PAS dan juga penyokong UMNO. Tetapi disiplin penyokong PAS dapat mengawal keadaan walaupun penyokong PAS adalah majority di dalam Dewan Balai Islam Lundang.

    Isu perlantikan MB Perak cuba dimainkan khairy. Husam menjelaskan beliau terlibat secara langsung dalam perlantikan MB Perak dan kata Husam lagi DAP memberikan sepenuh komitmen dalam perlantikan Saudara Nizar sebagai MB Perak. Jadi tidak ada isu pertelegahan dalam isu perlantikan MB perak. Husam mengigatkan Khairy supaya jangan cuba menjadi lidah utusan.

    Isu UITM juga timbul apabila seorang penyokong UMNO bangun bertanyakan soalan kepada Husam. Belum sempat Husam ingin menjawab soalan itu dijawab oleh Prof Aziz bahawa itu adalah perkara kecil dan sudah basi. Sepatutunya soalan itu tidak ditanya lagi. Jawapan itu disambut dengan sorakan sokongan oleh penyokong2 PAS. Tambah Prof Dr Aziz lagi TPM Najib sendiri akan menghapuskan DEB. Kenapa UMNO tidak bising bila Najib nak hapuskan DEB? Hujah ini terus mendiamkan penyokong UMNO ibarat mulut mereka disumbat batu.

    Husam juga menyentuh isu IJN yang cuba diswastakan oleh BN. Ini mengambarkan betapa BN tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.menifestasi keuntungan menyebabkan mereka cetek untuk berfikir. Tiba2 kerajaan menangguhkan penyerahan ekuiti IJN kerana perlaksanaanya belum dibuat kajian. Tengok betapa BN tidak mengkaji secara mendalam isu kepentingan rakyat. Segala keputusan dibuat secara ad-hoc ataupun secara tergesa2. bila mendapat tentangan hebat barulah kerajaan nak kaji balik.

    Khairy juga ditanyakan soalan bertalu-talu oleh Presiden kelab penyokong PAS dalam sesi soal jawab. Aku x ingat ape dah nama pak cik kita tu. Sorg berketurunan cina. Beliau mengenali konsep ketuhanan melebihi pemahaman khairy terhadap Islam. Bezanya beliau bukan Islam dan khairy adalah seorang Islam. Kalau pakcik tu masuk Islam mesti die lebih hebat daripada khairy.

    Khairy juga mengambil peluang untuk menyerang Ahli Parlimen Machang iaitu Saifuddin Nasution yang mana beliau juga hadir sebagai penonton dalam Wacana tersebut. Isu peralihan kuasa 16 sept cuba dimainkan khairy setelah diuji bertalu dengan hujah2 Husam dan juga Prof Dr Aziz Bari..aku fahami betul2 ape yang cuba dijawab oleh Husam tp susah untuk aku menulis disini dibimbangi tersalah faham. Nnt korang boleh dapatkan CD wacana ini kat mane2 kedai ceramah.

    Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh khairy tetapi berjaya dipatahkan oleh Husam dan juga prof Aziz. Khairy banyak disorak dan di boo oleh penonton kerana hujahnya begitu dangkal dan penuh dengan ilusi dan sedap mulut bercakap jer....

    Khairy cuba mnejerat Husam dengan isu muzakarah. Itu adalah jerat bodoh yang mengundang kemarahan penonton. Ini membuktikan rakyat sendiri menolak muzakarah antara PAS dan juga UMNO.

    Majlis itu tamat lebih kuran jam 11.45..-Pemuda Besut


    Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik- Harakah


    Sebenarnya Khairy tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Husam Dalam Berdebat semalam,Banyak isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Khairy akhirnya memakan khairy balik.Sampai ke satu tahap Khairy hanya tersengih-sengih  dengan jawapan balas dari Husam.Sudahlah acap kali di boo ditambah pula yang sebelah kanannya turut sama menghentamnya.Khairy bukannya lawan untuk digandingkan secara terbuka bersama Husam dalam suasan bebas seperti semalam.Cuma yang kita kagumnya adalah keberanian Khairy datang ke lubuk Pas Dan berdepan pula dengan bukan lawannya.

    Sebenarnya Khairy tidak mampu langsung untuk menyaingi kehebatan Husam dalam Suasana terbuka semalam,Mungkin khairy ingat macam dalam TV kot.Banyak isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Khairy akhirnya memakan khairy balik.Sampai ke satu tahap Khairy hanya tersengih-sengih dengan jawapan balas dari Husam.Sudahlah acap kali di boo oleh penonton ditambah pula yang sebelah kanannya turut sama menghentamnya.Khairy bukannya lawan untuk digandingkan secara terbuka bersama Husam dalam suasan bebas seperti semalam.Cuma yang kita kagumnya adalah keberanian Khairy datang ke lubuk Pas Dan berdepan pula dengan bukan lawannya.

    tangguh sat saja..nanti hang ambik la...



    Apa akan jadi kalau IJN diswastakan...?? Najib kata cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd akan ditangguhkan..maknanya ia tetap juga akan berlaku..cuma dilewatkan aje .. korang kena faham ditangguhkan bukan dimansuhkan...

    hmm makin tercekik la rakyat Malaysia ni...bukan la nak kata penswastaan ni tak ada kesan positif... terutamanya di dalam memacu pertumbuhan ekonomi... namun tanpa garis panduan jelas seperti pertanggungjawaban dan ketelusan apatah lagi ketirisan masih leluasa..takut2 nanti yg dikedung berciciran..yang dikejar tak dapat...mangsanya tak lain rakyat jugak...

    kita lihat saja apa yang berlaku dengan Telekom Berhad dan Pembekal Tenaga Bebas(IPP), penswastaan tidak menjamin peningkatan kecekapan dan keupayaan... selagi penyakit kronisme dan pengambilan komisen berbillion ringgit dari tender kerajaan masih berlaku..

    semakin hari semakin membimbangkan dengan keadaan ekonomi rakyat Malaysia ni...yg kayo bertambah kayo...yang miskin bertambah susah...ni yang baru nak senang pulak..sedang menuju ke paras nak susah...inflasi takyah cite la..makin bertambah...

    ishh..ishh..ishh...bila la nak selesa ni...??


    Saturday, December 20, 2008

    ke mana perginya wang Balkis..??

    Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

    jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). berita penuh di sini -->Malaysiakini
    bm version selangor state expenditure 26 million gone in two months 161208

    Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

    Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

    Bekas ahli jawatankuasa (AJK) Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) bersedia tampil secara sukarela memberi keterangan dalam siasatan awam berhubung jutaan ringgit dana badan tersebut.

    Siasatan awam tersebut diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dijadualkan tahun depan.

    Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

    Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo , telah memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

    Wang yang berjumlah RM9.9 juta, disalurkan ke akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti)

    terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".....siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

    ishh..ishh..ishh...banyak rupanya tuyul2 kat Selangor ye...

    Friday, December 12, 2008

    Seri Perdana vs Rumah TG Nik Aziz & Rumah TG Haji Hadi

    Seri Perdana

    Rumah YAB TG Nik Aziz.

    Rumah YB TG Haji Hadi


    Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

    RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

    Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

    Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

    Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

    Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

    Jadi apa nak kita lakukan?

    Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita ~ Roslan SMS

    Wednesday, December 10, 2008

    Surind Singh...hang jangan cari pasai ..!!!

    [DSCN1137.jpg]

    satu laporan polis telah dibuat kerana terdapat 1 artikel yg boleh dikatakan terlalu menghina Islam ugamaku...sapa Surind Singh ni..?? kenapa lantang sangat penulisan dia mempertikaikan Islam..? apa yg membuatkan dia rasa Ibadah Haji itu satu perjalanan yg memalukan..?? baca sini--> hajj most shameful journey in history

    rasanya selama ummi tercampak kat dalam dunia blog ni belum jumpa lagi blogger Islam yg telah menghina ugama lain...atau mungkin ummi terlepas pandang..tapi rasa2nya takde ...

    Tok Ghimau dah nampak taringnya bila si Surind Singh ni makin ketegaq...apa yg si Surind pertikaikan sangat tentang Ibadah Haji ni..? adakah Islam mengongkong penganut ugama lain..? adakah Islam melarang penganut agama lain dari beribadah ikut cara ugama masing2..? dia mengharapkan keterbukaan dalam membincangkan isu2 sensetif..apa dia dah habis2an ke mengkaji Islam..kalau setakat nak menaikkan darah umat Islam..anda sudah silap tempat la Surind..

    bak kata salah seorang komentar yg menyatakan..

    ko ada hak nak fikir apa ko nak fikir. tapi simpan dalam kepala hotak ko yang sengal tu. aku pun bole fikir apa aku nak pasal ko. tapi tak perlu aku nak kutuk fahaman ko tu. lantak ko la nak sembah binatang ke, patung ke, nak jadi ateis ke, ko punya pasal.

    ko cakap pasal respek? belajar respek orang lain dulu!!



    dan komen dari Captain Jack Sparrow

    AGAMA Islam adalah agama dakwah, dan menggesa kita supaya selalu berdakwah. Dalam pergaulan, percampuran dengan kaum-kaum lain kita boleh berdakwah dengan kebaikan budi pekerti dan contoh tauladan cara hidup yang baik dari ajaran agama Islam yang suci. Berdakwah itu bukan hanya dengan lisan, menasihat orang supaya berbuat baik bahkan sebaik-baik cara berdakwah adalah bersikap baik budi pekerti dan dalam perhubungan dengan orang lain.

    Hidup berjiran misalnya, agama Islam menggesa agar Muslim Muslimat menghormati jirannya. Dari firman Allah surah Annisa ayat 36 yang menyebutkan beberapa pesanan yang wajib diambil berat seperti pesanan berbuat baik kepada jiran tetangga, iaitu firmanNya yang bermaksud: "Dan jiran yang dekat dan jiran yang jauh." Ulama Islam menyatakan bahawa jiran itu adalah:
    a) Orang yang tinggal dalam satu bangunan (blok);
    b) Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita;
    c) Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 rumah dari rumah kita dalam semua jurusan;
    d) Orang yang tinggal senegeri dengan kita.

    Dalam maksud Hadis yang lain, Rasulullah saw telah menerangkan bahawa bagi jiran ada 3 hak:


    Jiran yang mempunyai satu hak.
    Jiran yang mempunyai dua hak.
    Jiran yang mempunyai tiga hak.
    Adapun jiran yang mempunyai 1 hak adalah jiran musyrik yang tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran (kemanusiaan). Dan jiran yang mempunyai 2 hak tadi adalah jiran yang Muslim dan kemanusiaan. Dan jiran yang mempunyai 3 hak adalah jiran yang Muslim dan berkerabat dengan kita.

    Dan Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian hendaklah ia menghormati jirannya." Ini memberi pengertian orang yang tidak menghormati jirannya bukanlah orang yang beriman.

    Semua ini menandakan betapa Islam menghendakkan kita menjadi orang yang baik dengan sesiapa juga. Adapun perkara yang tidak boleh Muslim dan Muslimah terbuat adalah mencampuri amalan ibadat agama lain, kerana perbuatan itu sangat dilarang oleh Islam. Umpamanya ada kematian dalam keluarga jiran tetangganya. Islam menggalakkan ia datang memberi takziah atas kehilangan keluarga jirannya, dan kalau ada sesuatu yang dari amalan ugama jirannya dikira baik, seperti membantu kewangan umpamanya sebagai tanda simpati, maka itu tidak salah baginya memberi sumbangan. Tetapi jika diminta melakukan sesuatu perbuatan yang mana perbuatan itu pada agama si jiran itu baik seperti menyembah mayat atau membakar bau-bauan, maka itu tidak dapat dibuatnya kerana ada larangan dari agama Islam. Biasanya perkara seperti ini dapat difahami oleh mereka yang berlainan agama.

    Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt dalam memelihara hubungan baik di antara jiran tetangga di negara Singapura yang berbilang bangsa dan agama..
    ayoyo..Surind u make my heart hot u know...!! lebih baik hang mintak maap pada all muslim in this country..before u get inside ISA...walaupun ummi tak setuju dengan ISA...BEWARE SURIND SINGH..!!

    translator..

    English French German Spain Italian Dutch

    Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
    by : BTF

    Fakta Perak

    Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
    • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
      5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
    • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
    • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
    • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
    • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
    • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
    • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
    • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
    • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
    • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
    • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
    • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
    • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
      Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
    • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

    Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil