"Kezaliman kerajaan BN terserlah, Johor mencatatkan sejarah terbaru apabila sebuah perkampungan Melayu telah dirobohkan. Turut hadir menyaksikan operasi perobohan tersebut ialah Ketua Penerangan DPPNJ, Sdr. Hamid Jamah dan Sdr.Zaaba Ibrahim (Exco DPPNJ) untuk bersama dengan rakyat melihat sendiri kedurjanaan UMNO terhadap rakyat Johor. Menurut lapuran setibanya di sana, Sdr Syed Osman Syed Abdullah @ Arab (Exco DPPNJ) telahpun ditangkap dan ditahan di Balai Polis Johor Jaya. Sementara itu turut hadir dilokasi ialah Sdr.Hasan Karim (Presiden PRM & Peguam penduduk Plentong) Sdr.Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor) Sdr.Zabidi (Timbalan Ketua AMK Johor) Haji Kamaldin (YDP Kota Tinggi) Sdr.Rahim (YDP Pasir Gudang), Sdr Syamsul (Exco DPPNJ) dan beberapa pimpinan PAS, PKR & NGO yang lain.
Seramai 28 orang telah ditangkap termasuklah Sdr.Arab yang cukup terkehadapan dalam isu ini. Kami tidak dibenarkan untuk bertemu dengan mereka yang ditahan kerana proses siasatan sedang dijalankan. Harus diingat peristiwa Kampung Berembang. Kemuncak daripada kezaliman ini telah menjatuhkan BN di Selangor/WP dalam pilihanraya umum yang lalu. Kampung Plentong Tengah akan menjadi bukti betapa zalimnya pemerintah UMNO/BN dan UMNO/BN juga akan ditumbangkan di Johor kerana kezaliman yang mereka lakukan. Sumber: Khairul Faizi "
ummi..,
Tahniah kepada kerajaan Johor dan juga kerajaan yg memegang prinsip membela 'ketuanan melayu'...
apa yang korang susah hati...amno akan membela nasib orang2 melayu..tak caya..tengok la sendiri...tu bukan perkampungan orang melayu...tu perkampungan pendatang haram kot...korang salah pandang la tu..amno takkan sanggup buat lagu tu kat orang2 melayu...depa pembela orang2 melayu...pembela ketuanan melayu...!!
citt porraaahhhhh..!!
Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah
![[barang.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEju9EQgIjwTxeWOtUcdEjgm7-FM8fxNNSj9Ec60VqE4-myZN9UyeSt5WLwL3IWX5eX_SXLLwiDVUMc-YjG8TZc8oQAr6yhDAv_hZoHzZm_C9qzwUqH8dipOtOu9tNnfnQNBo0_HhGO839vz/s1600/barang.jpg)

