Followers

Friday, November 28, 2008

YB DATO’ HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

Image


[tajuddin-keling.jpg]

Korang kenal ke siapa yg di atas tu..? kalau tak kenal meh sini ummi nak kabokan...

namanya YB DATO’ HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN... AHLI PARLIMEN PASIR SALAK..
kenal ke..? tak kenal lagi...ok lah..dia ni juga dikenali sebagai YB kaki maki...yg lantang dalam dewan parlimen menghamburkan perkataan2 seperti 'BASTARD'...'KELING'...bla..bla..bla..

antara Gobalakrisnan dengan Tajuddin - perkataan yang kesat antaranya ‘awak minum berapa banyak todi’(mabuk), ahli Parlimen kurang ajar dan ‘awak ni gangster’...bla..bla..bla...

apa perasaan anda yg memberi undi padanya..? mewakili tempat anda..?

hmm....


Selamat Berkongres..!!



Selamat berkongres kepada rakan2 dari
Parti Keadilan Rakyat(PKR)
dari
UmmiAnni Blogspot

Foto Saya

Laporan Kongres Wanita PKR secara langsung dari laman sya-reformis

me'racau'..ter'acau' dan di'racau'...!!








Semalm 1 hari tenet tak berfungsi kat rumah ni..terpaksa menumpang rumah sebelah(rumah mak)...sehari 2 ni ummi nampak la angin kus-kus matcomot dan alhusseyn bertiup sepoi2 bahasa peghak kat dalam ni....kalau mula2 aritu ummi baca dalam racau si matcomot..ummi pon ada sikit hangin jugak...ada betolnya juga racau si comot...cara team PerakKini.com lebih macam nak bersaing..itu dari pandangan pertama dan pandangan kasar ummi lah...tapi tak mau ulas apa2 dulu..nak tgk perkembangan seterusnya...

bila ummi jalan2 ke rumah kengkawan yg lain...cenangau..manjung mari...masing2 dgn pandangan 'bersangka baik'... sedikit sebanyak meng'cool'kan sikit geram di hati...lebih2 lagi dari teguran dan peringatan Tuan Pengasas kita.....

"Alhamdulillah, para pemaya dah berebut-rebut nak buat kebaikan bersama kerajaan yang kita dokong PR. Allah tegaskan dalam Qur^an yang berarti: “Maka berlumba-lumbalah kamu berbuat kabaikan,”
Adat memulakan perlumbaan, biasalah tersinggung rakan di kiri dan tersentuh kawan di kanan.
Saya bercadang akan menemui beberapa bloggers wanita Islam untuk bertukar fikiran mengenai fungsi bloggers dari aspek yang saya kira sesuai untuk mereka. Kebanyakan mereka adalah students IPT dan bloggers belia.
Malah, saya bercadang untuk menemui Al-Husayn bersama PrimaMaya (saya belum bincang dengannya) kita. Nak bertukar fikiran mengenai program bloggers PAS. Kemudian, dengan bloggers PKR; dan seterusnya bloggers DAP.
Saya kira itu adalah antara fungsi pemaya PR atau BloggersNetwork@Perak.
Kita perlukan produksi maya yang menyeluruh, bukan produksi pertanian semata-mata. We have to PRODUCE suppoters @ voters.
Insya Allah."

untuk pengetahuan korang si matcomot ni dalam kategori cepat naik angin dan cepat cool...dalam program brainstorming oleh saudara Hj Baharom masa Cambah Fikiran minggu lepas ada disebut katogeri2 orang ni....kalau silap jgn marah ye matcomot..nanti kena jual...hehehe

BloggerNetwork@Perak mahupun PerakKini.com bertujuan untuk membantu kerajaan PR di Perak menjaga kebajikkan rakyat Perak... mungkin juga dengan andaian manjungmari ni ada betulnya...bagi ummi jangan disebabkan hal yg sedikit boleh merosakkan yang besar..kita dikelilingi serigala2 yg lapar.. hanya menunggu kealpaan mangsanya untuk dia menerkam...

so ini pendapat ummi...kalau ummi tak dapat nak bersuara masa perjumpaan di Shah Alam..dan ini hanya pendapat seorang wanita...

mintak semua AJK KAMAR dan Perakini.com bertemu dan menjelaskan halatuju BloggerNetwork@Perak dan Perakini.com ...rasanya masing2 tak jelas dengan misi dan visi kedua2 pihak..team Perakkini tak tau misi BloggerNetwork@Perak..begitu juga sebaliknya..yg kita semua tahu niatnya adalah SATU....membantu kerajaan PR di Perak melaksanakan Kerajaan Berkebajikkan...


Kalau ada kesilapan bahasa dan ayat harap maaf..!


"MEMAAFKAN ADALAH LEBIH MULIA DARI MENGHARAP KEMAAFAN "
YANG JAUH KITA RAPATKAN ..YANG RAPAT KITA SERASI2KAN...

WALLAHUALAM


Wednesday, November 26, 2008

insiden yg tak patut berlaku...!!


"
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakapnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, siri jelajah yang akan bermula bulan depan di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negara itu, bertujuan menjamin kesejahteraan hubungan kaum dan keamanan di Malaysia.

Kata beliau, siri jelajah itu bertujuan mendapatkan persefahaman di antara semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengadakan resolusi dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ancaman-ancaman tersebut.

''Selepas itu, memorandum dan resolusi yang terhasil akan dihantar kepada Perdana Menteri dan wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah itu di sini hari ini.

Dalam majlis itu, kira-kira 500 ahli gabungan Pewaris berarak dari Wisma Sejarah ke balai polis Jalan Tun Razak di sini, bagi membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan ke atas lima perkara antaranya Hindraf dan penghinaan ke atas Islam.

Sementara itu. menjawab satu soalan, Maamor berkata, Sisters in Islam patut bermuhasabah diri sebelum membuat sebarang teguran ke atas perkara yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu pengkid.

''Ketetapan majlis itu mengikut lunas Islam, al-Quran serta hadis dan Allah sendiri melaknat golongan perempuan yang membawa perwatakan lelaki dan sebaliknya," tegasnya.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam menyebut, Pengurus Acara Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi mendakwa, pengharaman pengkid dikhuatiri bersifat diskriminasi terhadap golongan perempuan beragama Islam di negara ini.
"

ummi - sokong la nilai murni dan usaha2 yg nak dibuat oleh PEWARIS ni untuk memberi kefahaman kepada yg tak paham dan degil2 tu......

cuma dalam artikel diatas ada satu yg depa tak sebut..mengenai ISA...PEWARIS ni menyokong ISA dikekalkan...tang ni ummi tak sokong...ISA patut dimansuhkan...

wallahualam...

di bawah ni adalah banner2 yg ada semasa program tu..
lantang sungguh ayat2nya...













Ini baru la pendekar nama nya. Mencium keris disusuli dengan deklamasi sajak perjuangan.



Ini pula Pendekar Melayu yang telah mendapat pengiktirafan dunia



Datuk Dr Mansor Osman, jurucakap Pewaris menyampaikan ucapan dan resolusi 18 perkara




Ini lah wanita yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.

kata2 diatas dan berwarna merah tu adalah kata2 yg empunya gambor ni..
pasai dia yg ada kat situ dan dgr apa yg wanita ni cakap..betui ka tak betui..wallahualam..








polis mengiringi wanita tersebut untuk mengelakkan keadaan menjadi lagi panas...



Ketika diringi, wanita tersebut cuba melarikan diri



Paaannnng... kena penampar dari salah seorang peserta







Dan terus tersungkur






Polis kemudian cepat2 melarikan wanita tersebut menuju ke kereta beliau



kereta pulak depa sepak...



Ini lah rupa kereta wanita yang mencabar orang Melayu.




Kejadian kejar mengejar tersebut telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang kedua dua hala Jalan Tun Abdul Razak-


mana FRU...mana polis..? double standart betol la...kalau pro-pembangkang yang berdemo ramai atau sikit..belom org berlonggok hangpa dari mlm dah beratoq bersidai kat tepi jalan..dari jauh dah nama tank warna merah hangpa...alasan menjaga keamanan...


macamana pulak yg ni..? siap tampaq orang bagai..mana hangpa dok nyorok..? siap lalu lintas tergendala..apa hangpa buat..? apa pasal takda tangkapan yg dibuat...? pembangkang baru buat ceramah belum berarak lagi..dah kena cekop...alooo abg2 polis...mana yg dikatakan nak jaga keamanan tu..? perarakan yg aman hangpa kata tak aman...yg merbahayakan..hangpa biaqkan..dunia..dunia...!!

bukan nak nyokong wanita tu memaki hamun org melayu..kalau ummi ada sana dan dengar dia memaki hamun pun ummi mau hangat hati juga....sabar itukan separuh dari iman..itu kan tuntutan agama.....
tapi kita tak boleh la mengambil tindakan sendiri..Malaysia kan ada undang2..dan orang melayukan terkenal dengan adab dan sopan santun..mana pergi semua itu...??

dia baru maki2 belom sampai tahap mengancam melayu dan agama..dia cuma melepaskan rasa tak puas hati dia..cuma dia silap tempat ...apa2 pun kepada wanita itu..ini satu peringatan..makan boleh sebarang makan...cakap jgn sebarang cakap...kerana mulut..pipi jadi mangsa...




Dalam gambar2 di atas...korang nampak bape ramai polis dan FRU bersama tank merah depa..nampak ke..?? dah besarkan gambar pun ummi tak nampak..apasal ekk..?? intai gak..kot dekat bawah pokok ke...balik tiang ke..tak nampak jugak..hehe macam cari bende tersembunyi pulak...


mamat2 kat atas ni ada menampar orang ke sampai ditangkap..???
patut ka tak patut..habaq mai..!!

wallahualam


Tuesday, November 25, 2008

rayuan bantuan untuk Unit Amal....

sumber Jabatan Amal Malaysia DPPP





Kuala Lumpur 24 Nov 2008 -
Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar) hari ini menyeru kepada semua pendokong gerakan Islam, ahli-ahli dari Pakatan Rakyat serta para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada tabung dana 'Perihatin Amal Malaysia' bagi membantu beberapa anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan dalam program ceramah sempena kempen himpunan anti ISA di Pandan Indah kelmarin.

Seruan yang dibuat melalui Setiausahanya, memohon orang ramai dapat membantu anggota Unit Amal yang ditahan itu agar dapat membuat persediaan sekiranya mereka dikenakan jaminan wang ketika menghadiri perbicaraan pada 8 & 9 Disember ini.

Selain daripada membantu meringankan bebanan anggota Unit Amal yang ditahan, tabung ini juga akan digunakan untuk membantu anggota Unit Amal yang ditimpa musibah, kesempitan hidup, menyambung pelajaran dan lain-lain lagi khusus untuk kebajikan anggota-anggota Unit Amal seluruh Malaysia.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, satu program khas akan dirancang bagi melancarkan tabung dana ini dengan lebih meluas yang mana ianya akan dilancarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub.

Bagi peringkat permulaan, semua Jabatan Amal negeri telah diarahkan untuk memohon sumbangan seminima RM 5.00 sebulan daripada anggota-anggota Unit Amal negeri masing-masing yang berkemampuan untuk mengisi tabung dana ini.


Sekiranya tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan, sila masukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia DPPP seperti yang tertera di sebelah.

Setiap sumbangan tuan diharap dapat dimaklumkan melalui sms kepada :

1) Ustaz Jamsari Marsom : 013-4298130
2) Mohd Hafiz Musa : 019-9817327
3) Mohd Shahraini Abu Sahid : 017-8812996

Monday, November 24, 2008

bagi paham dulu baru kenakan tindakan..

"ani..bila orang tua bersembang jangan suka menjampok..!! "

"nape tak boleh ..? ani nak tanya aje.. "

"berapa kali mak dah cakap...bila orang tua2 bersembang jangan melangut dan jangan menjampok...tak elok..! "

"nape pulak tak elok..ani cuma nak tanya..."

"ishh budak ni...kang kena pulak dengan tangan aku..tak paham2 cakap orang..!"

"macamana nak paham belum tanya dah kena marah.."


adakah suasana di atas akan berlaku kepada kebanyakkan pertubhan NGO yg 'tak paham'..? bagi yg dah paham tapi buat macam tak paham tu memang patut dikenakan tindakan..ummi sokong sesangat..tapi ummi lebih fokuskan pada yang tak tahu dan tak paham tapi lantang sangat bersuara..

pada pandangan ummi pihak berkuasa terutama Jabatan Penerangan Malaysia mesti memberi penerangan yg jelas..mengadakan forum2 dan dialog untuk menjelaskan kepada badan2 NGO..mengeluarkan makalah untuk sebaran awam..tak kira lah dalam isu apa sekali pun..yoga ke..pengkid ke..ISA ke..mak nyah ke..gay ke..lesbian ke..apa2 yang bersangkutan dgn larangan dan hukum yg telah Allah gariskan untuk hambaNya..maka perlulah diperjelaskan..kerana bukan nak kata..orang Islam sendiri ramai lagi yang tak paham...tu yg banyak suara2 shumbang terkeluar dari mulut orang Islam...

inilah akibatnya kalau hukum Islam diringan2kan..macam2 gejala yg terbit dan untuk membendungnya bukan semua orang nak terlibat..masing2 hanya memeluk tubuh dengan alasan..gasak le diaorang..bukan anak aku..bukan bangsa aku..puncanya adalah dari umat Islam juga memberi peluang mereka memperlekehkan Islam..

Kerajaan perlu bersikap tegas tentang fatwa2 yg telah dikeluarkan...kenapa fatwa dibuat..kenapa fatwa mengharamkan..kenapa fatwa kena dipatuhi oleh orang2 muslim..kenapa fatwa tidak boleh dipertikaikan oleh orang bukan Islam...

kalau tidak.. jadilah seperti sketsa diatas...dah la tak paham..nak tanya pun kena marah..so sampai bila2 la dorang tak paham dan sampai bila2 la dorang terus memprotes dan sampai bila2 la dorang akan sesuka hati sesedap rasa buat bising...bingit oo telinga hati pon asik panas aje...

mintak pihak2 yg berkenaan ambil berat tentang ini...

wallahualam..


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan bagi bertindak ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan itu penting bagi memelihara kesucian Islam berikutan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media secara terbuka mengeluarkan kenyataan dan laporan yang mencabar institusi berkenaan.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu bertindak menggunakan undang-undang tersebut yang membenarkan tindakan diambil ke atas mereka yang beragama Islam mahupun bukan beragama Islam.

beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.

Sebelum ini,dua NGO turut dilaporkan mempertikaikan secara terbuka fatwa pengharaman pengkid.

Sementara itu, Zainul Rijal berkata, di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, sesiapa yang ingkar kepada fatwa yang diwartakan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM5,000.

mengikut seksyen 298A Kanun Keseksaan pula iaitu kesalahan menghina agama, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak kurang dua tahun serta denda dan ini terpakai untuk bukan Islam.

‘‘Mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sama seperti menghina agama Islam kerana institusi fatwa mempunyai peranannya yang tersendiri dan diiktiraf syarak serta Perlembagaan Persekutuan.-utusan


lagi buat rakyat benci pihak berkuasa...

Ingin tahu..apa itu ISA?


Kerajaan mengarahkan pihak berkuasa menghentikan Ceramah Perdana Anti-ISA dengan apa sahaja cara, menyaksikan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turun dan menyuraikan perhimpunan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kekerasan.

Ceramah Perdana yang dihadiri pimpinan kanan Pakatan Rakyat dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA dalam usaha menggesa kerajaan menghapuskan kezaliman dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kekerasan ini membuka tirai baru dalam sejarah politik negara selepas Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak memenangi kerusi Presiden Umno baru-baru ini.

Setakat berita ini ditulis, tujuh petugas ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pandan Indah. Mereka adalah Kamaruzaman, Mohd Sani Hamzan, Saripuddin Mohd Yatim, Abdullah Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid.-Suara Keadilan

lagi berita di sini --> Malaysiakini


Kenapa perlu gunakan FRU untuk menyuraikan ceramah..? kalau kita bayangkan lah..bagaimana suasana majlis ceramah...orang ramai akan duduk dihadapan pentas tempat penceramah berceramah...ada yg berdiri ada yang bawa anak2..dalam suasana tenang mendengar ceramah dengan penuh khusyuk..rasanya belum ada majlis ceramah yg boleh mencetuskan suasana yg merbahayakan atau mengancam keselamatan ..melainkan pihak berkuasa yg memulakn dulu...

ishh..ishh..ishh udah2 ler tu mengganeh kat rakyat ... lebih baik mengganeh pada makhluk2 yg betul2 mengancam negara...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil