Followers

Wednesday, December 03, 2008

'KETUANAN MELAYU ITU KETUANAN ISLAM'...????????

dekat 2 hari ummi takleh nak update apa kat blog ni...sebelom terputus dgn dunia maya aritu.. ummi ada menjenguk ke blog perakbangkit di tajuk artikel dia nak ganyang cina dan keling(keling ni utk india muslim..tak reti kot dia ni..) dan meninggalkan sedikit soalan tahap sekolah rendah untuk dia menjawab..tapi bagi ummi jawapannya banyak tak menepati dgn soalan dan ikut bahasa senang jawapan dia bnyak merapu ..maaf ye perakbangkit..

di bawah ni soalan dan jawapan perakbangkit...

soalan ummi utk perakbangkit

salam perak bangkit.. nak tanye sikit..


1.kenapa jawapannya skema aje..? sepatutnya jawapan anda kenalah dgn fakta dan hujah..

2.apa plan tindakan umno utk membangunkan melayu..? kerana selama 50 malaysia dibawah kuasa BN/Umno sepatutnya melayu dah menjadi pemegang utama ekonomi di Malaysia ni bukan bangsa asing..di mana silapnya..?

3.nampak gayanya BN kena buang parti cina dan india dlam BN...baru boleh ganyang cina dan india..bukan ke gitu ?

4.adakah hanya melayu sahaja sebagai orang muslim..? maka umat Islam yg berbangsa lain pun nak diganyang..? bagaimana pula dgn org melayu yg bukan Islam(murtad)..?

5.anda mengaku Islam dan sebagai hamba Allah..? anda mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w..? tolong buka sirah nabi dan adab2 Rasulullah dengan bukan Islam..sejarah mengatakan ramai org kafir memeluk Islam kerana jatuh hati dgn 'akhlak' yg mulia ditujukkan oleh baginda..kenapa org yg mengaku mendaulatkan ugama taknak ikut apa yg disarankan oleh Allah dan Rasulnya..?

6.selama telah 50 thn Malaysia dibwah pemerintahan Umno/BN..kenapa rasuah tak dpt dibendung malah makin tenat sehingga merasakan rasuah itu bukan satu keslahan lagi...dah macam darah daging pulak..sehinggakan MP Pasir Salak siap nak 'rasuah yg halal'..ada rasuah yg halal atau haram ke..?

7.kenapa nak disalahkan MB2 PAS dan PKR kerana menjaga sgt cina dan india..bukankah itu hasil dari BN kerana bagi muka sgt kat depa...ikut sgt telunjuk cina india sehingga menyusahkan MB PAS dan PKR..jgn suka2 tuding jari..1 jari tunjuk kat org..4 jari pada diri sendiri..renung2kan lah..

kalau nak sngt mendaulatkan ugama kenalah balik pada Al-Quran dan Sunnah..kerana bangsa tidak akan hilang walaupun dia tidak dijaga..tapi ISLAM akan hilang kalau ia diabaikan... kalau anda Islam.. melayu tetap kekal sebagai melayu..kalau anda bukan sebagai Islam(murtad) bangsa anda tetap juga sebagai melayu..jadi mana yg patut dijaga..'MELAYU' atau 'ISLAM'..?

wallaualam..


jawapan perakbangkit untuk ummi...

Ummi Anni tidak adil kerana bertanya soalan seperti saya adalah pimpinan BN/UMNO yang kena jawab soalan Ummi Ani... sedangkan saya bukan pimpinan BN/UMNO itu... saya ajak berdebat tentang Fakta Perlembagaan bahawa Ketuanan Melayu itu adalah Ketuanan Islam, maknanya siapa tak bersetuju kita boleh berdebat.... Ummi telah tanya perkara yang diluar Isu, bagaimanapun saya cuba menjawabnya setakat termampu....

1.kenapa jawapannya skema aje..? sepatutnya jawapan anda kenalah dgn fakta dan hujah..

UmmiAnni.... perlukah saya jawab kepada SangKorok dgn jawapan intelektual.... kalau soalan bagus saya jawab dgn bagus..... SEBENARNYA SOALAN SATU NI TAKDER SOALAN PUN...

2.apa plan tindakan umno utk membangunkan melayu..? kerana selama 50 malaysia dibawah kuasa BN/Umno sepatutnya melayu dah menjadi pemegang utama ekonomi di Malaysia ni bukan bangsa asing..di mana silapnya..?

Plan tindakan UMNO membangunkan Melayu. Ummi tolong sahkan pada saya bahawa Ummi tak mendapat sedikitpun manfaat daripada plan Kerajaan (yang dipimpin UMNO) semasa UmmiAnni belajar Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti. UmmiAnni tak pernah mendapat apa-apa biasiswa atau danasiswa atau pinjaman pendidikan. UmmiAnni sembahyang di masjid dan surau yang bukan dibiayai oleh Kerajaan. UmmiAnni tidak menggunakan jalanraya yang dibina oleh Kerajaan. UmmiAnni membayar sendiri kos pendidikan, bayar yuran pengajian sepenuhnya, bayar upah Pensyarah dan bayar gaji guru sekolah, bayar segalanya. UmmiAnni rasa berapa banyyak cukai pendapatan yang Ummi Anni pernah keluarkan berbanding kemudahan yang Ummi terima percuma. Dalam soal kesihatan, berapa banyyak kos rawatan dan kesihatan yang Ummi Anni pernah dapat percuma. oooo Ummi layak dapat semua tu sebab ummi warganegara kan. Tak adakah faedah 153 yang Ummi pernah rasai? Tak adakah perizaban Pendidikan yang ummi pernah rasai. Dirasai oleh adik beradik Ummi, sedara mara ummi... (plan tindakan umno utk membangunkan melayu?) ...ummmi apakah plan tindakan pas dan pkr yang telah membangunkan rakyat malaysia. selama 18 tahun di kelantan? cuba huraikan.

kerana selama 50 malaysia dibawah kuasa BN/Umno sepatutnya melayu dah menjadi pemegang utama ekonomi di Malaysia ni bukan bangsa asing..di mana silapnya..?
Ummi tahu tak WAJIB ada 50% tanah rizab melayu, dan memang ada... Itu perlembagaan yang kata. 50% tanah rizab masih bertahan kerana politik selama ini dikuasai Melayu a.k.a UMNO. Pemegang Ekonomi Utama..... KLCC siapa punya, Dayabumi? Putrajaya, KLIA, Cyberjaya, Teknologi Park Malaysia, UM, UKM, UiTM, Mara, UIA, PKNP, PKNS... YADIM YPEIM ish banyak lagi.... SIAPA KUASAI EKONOMI MALAYSIA?....... Professional melayu.. Johor Corp? ....Siapa kuasai Ekonomi Melaysia.... Proton, UEM, DRB, Maybank, Tabung Haji.... Siapa kuasai Ekonomi Malaysia..... , Pos Malaysia, TNB, Telekom, Syarikat Air.... Siapa kuasai Ekonomi Malaysia... Petronas, Bukit Jalil... Litar F1 Sepang.... Siapa Kuasai ekonomi Malaysia...... BERNAS, FAMA, RISADA, FELDA, FELCRA..... sIAPA KUASAI eKONOMI mALAYSIA?????? iNGAT KERAJAAN BODOH KA? PLUS...??? HEHEHEHEHEH.... TAK CUKUP PAPERLAH NAK TULIS.....

3.nampak gayanya BN kena buang parti cina dan india dlam BN...baru boleh ganyang cina dan india..bukan ke gitu ?

Kita ganyang Cina Babi dan Keling Mabuk saja...kebanyyakannya ada dalam KPP PAS, PKR & DAP

4.adakah hanya melayu sahaja sebagai orang muslim..? maka umat Islam yg berbangsa lain pun nak diganyang..? bagaimana pula dgn org melayu yg bukan Islam(murtad)..?

Melayu itu Maksudnya Muslimin Warganegara Malaysia...... Tak kiralah bangsa dia apa, Cina ker, Siam ker, India ker.... asalkan Islam tu Melayu la.... Itu Perlembagaan yang kata....

5.anda mengaku Islam dan sebagai hamba Allah..? anda mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w..? tolong buka sirah nabi dan adab2 Rasulullah dengan bukan Islam..sejarah mengatakan ramai org kafir memeluk Islam kerana jatuh hati dgn 'akhlak' yg mulia ditujukkan oleh baginda..kenapa org yg mengaku mendaulatkan ugama taknak ikut apa yg disarankan oleh Allah dan Rasulnya..?

Bukan Akhlaq sahaja... Org yang belum Islam menerima Islam kerana Ilmu..... Islam juga tersebar dengan Ilmu.... Ummar Khatab masuk Islam kerana dengar Qur'an kerana dengar Ilmu....

6.selama telah 50 thn Malaysia dibwah pemerintahan Umno/BN..kenapa rasuah tak dpt dibendung malah makin tenat sehingga merasakan rasuah itu bukan satu keslahan lagi...dah macam darah daging pulak..sehinggakan MP Pasir Salak siap nak 'rasuah yg halal'..ada rasuah yg halal atau haram ke..?

Kenapa saya kena jawab bagi pihak MP Pasir salak. saya kira tak adil utk saya dan awak. Ok, soal Rasuah.... Dala tempoh singkat Pakatan rakyat perintah... adakah mereka Bebas Rasuah... kalau Ummi Jawab Ya... tak der rasuah, maknanya Ummi dah basah kena kencing hancing pemimpin Pakatan Rakyat.....SAYA NAMPAK, SAYA LIHAT DAN SAYA TAHU ADA RASUAH.....

7.kenapa nak disalahkan MB2 PAS dan PKR kerana menjaga sgt cina dan india..bukankah itu hasil dari BN kerana bagi muka sgt kat depa...ikut sgt telunjuk cina india sehingga menyusahkan MB PAS dan PKR..jgn suka2 tuding jari..1 jari tunjuk kat org..4 jari pada diri sendiri..renung2kan lah.....

SOALAN TERLALU KABUR DAN TAK JELAS... yang JELAS dan PASTI IALAH... MB PAS , contohnya Nizar jaga sangat DAP... bukan jaga tetapi jadi hamba dan budak suruhan... contoh: tanah 1,000 ekar utk sekolah Cina... Mana boleh bagi menurut Perlembagaan ... Itu salah!!!!.. Kedua tanah 999 utk kampung baru... Mana boleh bagi ikut NLC... Itu salah....!!!!!! Kita biarkan mereka buat salah... kita tak perlu saman... sebab nanti bila mereka jatuh barulah kita bawa mereka ke Mahkamah... baru padan MB Nizar masuk jail.... Cakap kat dia... Ingatlah Hukum Roda... Jadi Beringat2 lah sikit okay...!!!!!!

kalau nak sngt mendaulatkan ugama kenalah balik pada Al-Quran dan Sunnah..kerana bangsa tidak akan hilang walaupun dia tidak dijaga..tapi ISLAM akan hilang kalau ia diabaikan... kalau anda Islam.. melayu tetap kekal sebagai melayu..kalau anda bukan sebagai Islam(murtad) bangsa anda tetap juga sebagai melayu..jadi mana yg patut dijaga..'MELAYU' atau 'ISLAM'..?

Ummi dalam perlembagaan; MELAYU maksudnya ISLAM.... Perkataan "Melayu" adalah Tahaluss Siyasi... Takkan ianya "Melayu" jika tiada "Islam" di dalam Ruh "Melayu" itu sendiri.....




yang menghairankan penyataan si perakbangkit bahawa 'KETUANAN MELAYU ITU KETUANAN ISLAM'...????????

lagi satu kalau ikut dari artikel ini sudah tahap mencetuskan perkauman...penulisnya patut kena tahan dibawah akta hasutan ni...

wallaualam..

Hakmilik Selama-lamanya untuk RPT dan Kg. Baru di Perak....

IPOH, 2 Disember : Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato’ Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.

Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.

Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu :

Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak

Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik. Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.

Dengan pemberiaan hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.

Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato’ Ngeh dalam sidang media itu.


ummi..,

dengan pengumaman ini..maka terkedulah seketika mereka2 yg membuat bermacam2 tohmahan kepada kerajaan PR di Perak.lainkali ikut perkembangan dan beri ruang sikit kat radio perakfm tu...baru la boleh paham apa kerajaan nak buat...ni MB nak cerita apa nak buat kat Perak takmo kasi..takmau dengar...last2 buat tohmahan yg bukan2..

sekarang bukan sahaja bangsa cina terjaga..bangsa melayu pon terpelihara..di bawah kerajaan PR insyaAllah..rakyat Perak akan terbela tak mengira bangsa..

wallahualam..

Sunday, November 30, 2008

MB Perak kesukaan ramai..

*RALAT-gambar sebelum ini terpaksa ditukar untuk mengelak dimanipulasikan oleh pihak yg tak bertanggungjawab..*

malam tadi setelah selesai sessi malam tadi di Stadium Melawati Shah Alam ni...iaitu Ceramah Agung Tahunan oleh ketua umum dan pimpinan parti..ummi balik ke tempat penginapan bersama keluarga MSK..ummi godek2 kamera dan gambar2 yg dah di ambil semalam..dan kebetulan BikirPerak ada bersama dalam bilik ummi..dan banyak ganbar MB Perak Dato' Sri Ir Hj Nizar Jamaluddin...dalam banyak2 gambar MB kita yg ummi ambik ada satu yg menyentuh hati kami..dan gambar tersebut ummi rasa cukup eksklusif...




betapa terharu kami melihat prihatinnya MB kita ini...pemimpin yang tidak melupakan nilai2 kemanusiaan tidak mengira status...walaupun status yg sedang disandang sebagai Menteri Besar...tapi dengan sifat keprhatinannya yg tinggi dan siasah sebagai seorang muslim...akhlak pemimpin beginilah yg kita mahu untuk menerajui negeri Perak ini...bertuahnya rasa mempunyai ketua negeri yg berjiwa mulia dan berjiwa rakyat ini...

MB Perak Dato' Sri Ir Hj Nizar Jamaluddin menghadiri perasmian Kongres Nasional PKR sebagai jemputan khas.

Bersyukur kerana Allah mengurniakan hamba Allah ini sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan...

Saturday, November 29, 2008

Kongres Nasional PKR dgn Harapan Baru...

hari ini ummi dapat menghadiri Kongres Nasional PKR di Stadium Melawati Shah Alam.....sebelah pagi tadi merupakan majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Ke-5 PKR...petang tadi berlangsung pembahasan usul ucapan dasar Presiden

Ucapan dasar telah dibentang oleh DS Wan Azizah...penuh dengan masej dan 'harapan baru' bagi mengorak langkah untuk merubah landskap politik Malaysia...untuk Sabah dan Serawak akan diagihkan pendapatan dari hasil minyak dan hasil bumi dan akan dikembalikan kepada negeri2 sekurang2nya 20%...

yang ummi paling bangga bila YB Kesavan memberi ucapan yg berapi2...dia ni YB Hutan Melintang.YB tempat ummi...ucapannya penuh dgn masej dan penuh semangat walaupun pendek aje...ucapan beliau mendapat sambutan hangat dari para perwakilan dan pemerhati..

orang kata gambar menceritakan segala2nya..mari sesama kita menghayati slideshow di bawah sempena hari Kongres Nasional PKR..


Selamat Bertambah Tua.!!



Selamat ulangtahun yang ke-29
kepada
Malaysiabiz-Aloha2

kek di atas untuk anda istimewa
dari

UmmiAnni Blogspot..




Friday, November 28, 2008

melayu wajib dalam satu jemaah...

http://nurazlina.files.wordpress.com/2008/03/full_resize.jpg


sumber AbnNasution

Dalam Al Quran menyatakan pada surah Al Insan ayat 1 yang bermaksud:

"Tidakkah telah berlalu kepada manusia di satu zaman dari masa yang beredar sedang (manusia) belum lagi wujud, zaman tersebut tiada satu bendapun yang dapat di sebut-sebut (mengapa orang mushrikin engkar? )

Ayat Al Quran di atas sebut zaman itu adalah zaman yang wujud hanya Allah, manusia belum lagi di cipta Tuhan, zaman ini di kenali sebagai zaman La Ta'ayun

Peringkat kedua di sebut oleh Allah dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud:

Aku ini adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku suka supaya di kenali, lalu Aku jadikan makhluk supaya mereka mengenaliKu, zaman ini di kenali sebagai Ta'ayun Awal

Peringkat ketiga baru Allah jadikan makhluk yang nyata termasuklah planet yang tujuh termasuk bumi, peringkat ini di namakan Ta'ayun Sani dan seterusnya

Peringkat ke empat apabila Allah telah jadikan planet bumi maka Allah amanahkan kepada makhluk bangsa Jin menjadi khalifah lalu mereka membuat kerosakan, dan Allah memerintahkan Azazil dan bala tenteranya dari kalangan Malaikat memerangi makhluk perosak tersebut, lalu mereka kalah dan hilang kuasa, ketika mana planet bumi tiada yang mentadbir barulah Allah beritahu kepada Malaikat yang Dia nak jadikan manusia supaya menjadi khalifah kat bumi

Nah sekarang manusia dari keturunan Adan dan Hawa sudah berada di bumi sejak dari zaman Adam hinggalah ke hari ini, APAKAH YANG MANUSIA BUAT? Begitu ramainya manusia yang telah di cipta Allah di antaranya telah di musnahkan oleh Allah kerana mereka telah membuat kerosakkan, Apakah bumi sekarang sudah rosak? atau hampir rosak? Mengapa rosak? Siapa yang merosakkan?

Mari kita fokus di planet bumi, memang dah banyak rosak, siapakah yang merosakkannya? Apakah maksud rosak? Semua ini kita nilai terhadap bangsa kita yang kerdil ini, bangsa barat jangan cerita, tinggal kita saja lagi yang perlu kita tinjau iaitu bangsa MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM? (Yang asal usul awalnya daripada anak nabi Nuh yang berasal dari benua India)

Orang melayu bersifat lemah lembut tapi degil, ego, liat, bodoh sombong, perengus dan sangat sensitive, sikap melayu ini perlu di ubah daripada melayu kepada Islam mengikut acuan daripada Allah dan Rasul Allah dan Allah serta Rasulnya berkehendakkan demikian

ALLAH DAN RASULNYA MAHU APA KEPADA MANUSIA TERUTAMA MELAYU?

Dari Khuzaifah Ibn Yamani ra

" Du'atun 'ala abwaabi jahannam, man aja buhum ilaiha fazafuuhu fiiha, Qultu, sifhum lana, Qola: hum min jil daatina wa yatakallamuna bi al sinaatina, Qultu, fama ta ammaroni in adrookani zalik? Qola: tal zamu jama'atal muslimiina wa imamahum, Qultu, fi in lam yakun jama'atun wala imamun? Qola: Fa'tazil tilkal firoqi kullu ha, walau an ta'adh dho bi asli saja rotin hatta yad riikakal mau tu wa anta 'ala zalik

Maksudnya:

Ada penyeru-penyeru ke arah Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut seruan mereka, nescaya akan di campak bersama mereka ke Neraka Jahannam, lalu aku berkata: gambarkan kepada kami bagaimana keadaan mereka itu, "Sabda Rasullullah saw, mereka itu bewarna kulit yang sama dengan kulit kita dan bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa kita, lalu aku bertanya lagi: Apakah perintah engkau jika sekiranya aku berada dalam keadaan itu?" maka Sabda Rasullullah saw "Engkau hendaklah bersama dengan jama'ah islam dan pemimpin mereka" aku bertanya lagi: "sekiranya tidak ada jama'ah islam dan pemimpin? Sabda Rasullullah saw: "engkau hendaklah memisahkan diri kamu dari jama'ah kumpulan tersebut walaupun engkau terpaksa memakan akar kayu atau engkau tetap dalam keadaan begitu (sesat)

Hadis ini sangat tegas dan suatu yang wajib di fikirkan oleh bangsa melayu kita pada hari ini, jika mereka hahu selamat sebagai seorang islam dan yang beragama dengan agama yang Allah turunkan, nampak macam tidak ada apa-apa yang harus di fikirkan, akan tetapi jika seseorang yang mengakui diri mereka sebagai seorang islam maka mereka tiada pilihan melainkan terpaksa, suka atau tidak suka mereka wajib berada di dalam jama'ah islam, melainkan mereka memilih jalan sendiri tanpa islam

Apa kata saudara kita yang masih berada di dalam UMNO? Adakah mahu menafikan arahan daripada Rasullullah ini? atau terus mahu menunjukkan sikap kita? Itulah sebabnya ada ulamak menyeru supaya melayu ini bersatu dalam haraki islam, tidak di katakan islam jika parti tidak berlandaskan Al Quran, Hadis, Ijmak ulamak dan qias, orang melayu kan ramai bersatulah kita kerana Allah dan RasulNya

Kita faham ramai penyeru-penyeru kepada jalam kebangsaan yang tidak menepati dasarnya dengan islam malah disanggah oleh islam sendiri, melainkan semangat kebangsaan tersebut di dasarkan dengan islam, yang susahnya nanti akan ada pula yang mengatakan fasal 3 perlembagaan yang mengatakan agama islam agama persekutuan tak cukup lagikah? MEMANG TAK CUKUP selagi tidak di dasarkan kepada Al Quran dan Hadis

Saya dengan rasa bertanggungjawab dan ikhlas sekiranya agama islam agama persekutuan sepertimana yang terdapat pada perlembagaan negara itu memasukkan Al Quran dan Hadis maka ada kemungkinan saya akan menyertai UMNO dan demikianlah juga dengan orang lain, ini tidak boleh di ragui lagi, dengannya melayu akan bersatu di bawah panji-panji islam, siapa mahu cabar! bukankah itu hak kita!

Kenangkanlah bahawa kita semakin hanyut di bawa arus kesesatan yang nyata, cuba fikirkan pula ayat yang tersangat terang dan nyata daripada Al Quran yang bermaksud " Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah jangan kamu bercerai berai ! nah sekarang sudah bercerai berai kerana apa? Tidak lain kerana kumpulan ini mahu islam dan kumpulan yang lain tak mahu islam akhirnya bercerai berai (Tafarroqu)

Cuba fikirkan apakah halangannya jika islam di laksanakan!
Cuba fikirkan apakah halangan jika melayu bersatu atas dasar islam

Kepada yang ada Al Quran di rumah cuba fikirkan ayat di bawah ini dan baca sendiri kemudian tanya diri sendiri:

Ayat 139 Surah Al Imran
Ayat 76 Surah An Nisa
Ayat 36 Surah Al Ahzab
Ayat 3 Al Maidah
Ayat 176 Al A'araf
Ayat 104 Al Khaf
Ayat 72 Al Israk
Ayat 72 Al Haj
Ayat 44 Al Maidah dan terlalu banyak ayat Allah yang memerangkap manusia yang bernama melayu fikirkanlah sudahkah kamu selamat?



bersiap untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu..!!

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

razali ismailBeliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.


Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Razali Ismail dan takziah buat keluarga...

AL-FATIHAH..


http://lh6.ggpht.com/paspenang/SHMOcO1GSkI/AAAAAAAAAPQ/1ZSCb1St6Uo/msabu.jpg
Peluang buat Abg Mat...

[p6a.jpg]
Makcik Maimun..?????

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil