Followers

Monday, December 08, 2008

salam Aidil Adha buat umat Islam...

Kisah seorang pemuda Mukmin berada di suatu negara bukan Islam, yang dipimpin oleh seorang raja musyrik dan kafir. Raja itu ingin membunuh pemuda beriman ini, puas dia berusaha membunuhnya berulang kali.. Dia lemparkan pemuda itu dari atas gunung.. dia lemparkan pemuda itu ke lautan.. tetapi setiap usaha membunuh itu tetap gagal kerana Allah selalu menyelamatkan pemuda ini. Maka hairanlah raja musyrik itu.

Pada suatu hari pemuda ini bertanya kepada raja tersebut, “Apakah tuanku benar-benar ingin membunuhku?”

“Ya!” Jawab raja itu. “Semua ini aku lakukan adalah untuk membunuhmu.”

Pemuda itu menyarankan, “Kalau begitu, kumpulkanlah orang ramai di sebuah tanah lapang, kemudian ambillah satu panah dari tempat panahku, letakkan di tempat sasaran. Lepaskanlah ke arahku, dan katakan, “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini!”

Sebelum itu cubaan membunuhnya dilakukan dengan menyebut nama raja, bukan dengan nama ‘Allah Tuhan pemuda ini’. Maka raja pun laksanakan saranannya. “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini.” dilepaskan anak panah itu tepat mengenai sasaran. Maka matilah pemuda itu.

Tiba-tiba bersorak dan menjeritlah orang ramai, mereka mengatakan, “Rupanya Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini! Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini!!”

Mereka ingkari pertuhankan raja musyrik itu. Kata mereka, raja itu telah melakukan segala cara untuk membunuh pemuda ini, ternyata tidak berjaya. Tetapi ketika dia mengucapkan satu kalimat, ‘Dengan menyebut Allah, Tuhan pemuda ini’ pemuda ini boleh mati. Kalau demikian pengatur semua kejadian ini, sebenarnya adalah Allah! Maka berimanlah semua mereka. Sehingga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengulas, “Perbuatan pemuda ini mendatangkan manfaat yang besar bagi Islam.” Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, kerana ini adalah jihad fisabilillah… Sebuah umat beriman semuanya dalam keadaan pemuda ini tidak kehilangan apa-apa, kerana dia mati dan pasti dia akan mati cepat atau lambat…”


Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan hari perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat di pagi hari, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban pun dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin, sebagai lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Itulah pengorbanan.

sumber tranungkite


Di kesempatan ini ummi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung UmmiAnni Blogspot...semoga hari ini lebih baik dari semalam..esok lebih hebat dari hari ini..





Saturday, December 06, 2008

menjawab soalan dari PerakBangkit...

Preamble Soalan 1
Sedarkah saudari Ummi bahawasanya apa yang telah diumumkan adik sedara MB Nizar, mat SiNgeh, bahawsanya sesungguhnya Kerajaan Negeri tiada memiliki bidangkuasa untuk mengalienasikan/mengurniakan Tanah RPT/Kg Baru Cina kepada tempoh Pegangan 999 Tahun adan Geran selama-lamanya berlandaskan KTN.

Soalan 1?
Apakah perasaan anda sebagai rakyat Perak yang menyokong tubi Kerajaan DAP Pakatan ditipu oleh mereka bak biawak hidup?


Jawapan 1..
Tiada istilah menyokong membabi buta disini...dan di sudut mana yg dikatakan tipu..?betol lah kerajaan negeri tiada bidangkuasa untuk mengurniakan tanah RPT/Kg.Baru 'yg baru' untuk dibuka...yg dikurniakan adalah hat yang sedia ada cuma tukar status dari pajakan kepada hak milik kekal...anda kena paham yg ini....

Kampung Baru paling ramai penduduk di Malaysia adalah di Perak. Ia didirikan di zaman darurat di mana kerajaan ketika itu membawa kaum Cina ke kampung baru bagi mencegah anasir komunis. Ada 134 kampung baru yang melibatkan 65 ribu keluarga. Dalam Kanun Tanah Negara Kampung Baru sudah tidak boleh dibuka lagi. Kalau kesemuanya diberikan hak milik kekal, ia hanya melibatkan tanah 5000 ekar sahaja yang mana 80% penduduk adalah kaum Cina.

Begitu juga Kampung Tersusun yng mempunyai hampir 75k keluarga di mana 70% penduduknya orang Melayu. Ia juga hanya melibatkan 7k ekar.


Kita tidak memberikan tambahan tanah tetapi kita hanya tukarkan daripada pajak kepada hak milik kekal. Kerajaan juga mendapat pendapatan RM330juta. Kalau dulu penduduk kampung baru ada pajakan 99 tahun dan kalau tanahnya disandar kepada bank mereka akan mendapat sedikit nilai sahaja. Sekarang kalau tanahnya jadi hak milik kekal bank akan berikan pinjaman maksima. Penduduk boleh gunakan wang tersebut untuk meningkatkan imej persekitaran rumah mereka.

Hakikatnya isu pemberian hak milik kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun ini adalah janji Barisan Nasional sejak dulu di setiap pilihanraya...kenapa semasa kuasa ditangan ianya tidak dikota sebagai yg dikata..apabila Perak dah tangan orang baru nak muncul sebagai hero rakyat..???


Preamble soalan 2
Tahukah Puan Ummi bahawasanya di Indonesia, Melayu itu tiada dikira sebagai bangsa. Bangsa di sana hanya satu iaitu Bangsa Indonesia. Bangsa Indonesia dalah Bangsa Perlembagaannya atau Bangsa Pancasila. Melayu di Indonesia hanya salah satu suku kaum sahaja. Sdr Hani sendiri pun (jika benar nama sdri Hani Nasution) adalah anak Mandailing. Dan di Indonesia, Mandailing itu bukanlah Melayu kerana Dalihan Natolu adat utama Mandailing tiada diamalkan oleh adat Melayu. Malah adat itu dikongsi sama dengan kaum Batak. Jadi, di sana Puan Hani tiada dikira sebagai Melayu.

Soalan 2
Adakah saudari sedar dan faham bahawa istilah Melayu di dalam Perlembagaan Negara tiada dimaksudkan sebagai Rumpun/Berdarah Melayu malah ianya lebih memberikan maksudnya sebagai Muslimin Warga Malaysia.

Jawapan 2....

Untuk pengetahuan Perakbangkit...sekarang ummi berpijak dibumi Malaysia yang perlembagaannya tidak sama dengan Indonesia dan ummi tak penah ambik tahu sgt pasal perlembagaan negara bukan tumpah darah ummi...sekadar menghidupkan nama keturunan ummi pada nama...maka anda pertikaikan suku bangsa ummi..ummi 'melayu mandailing' dan untuk pengetahuan anda ada perbezaan diantara Mandailing dan Batak...sama juga di sini ada Melayu Jawa..Melayu Banjar..Melayu Bugis dan sebagainya..Dalam gugusan “Melayu” itu sendiri boleh dipecahkan kepada beberapa puak-puak yang berbeza namun mereka disatukan atas nama “Melayu” kerana bertutur dalam bahasa yang sama.

apa maksud anda tiada Rumpun/Berdarah Melayu malah ianya lebih memberikan maksudnya sebagai 'Muslimin' Warga Malaysia..? anda menyatakan dalam perlembagaan negara.. melayu itu bermaksud 'muslim'(org Islam)..? actually muslim bukan 'muslimin'...'muslimin' bermaksud lelaki muslim...'muslimah' wanita muslim..istilah yg anda guna pun tak betol..harap maklum...

Di dalam perlembagaan Islam adalah sebagai ugama rasmi Malaysia...Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna 'Orang Melayu'. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai;

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Jika seorang Melayu mahu mencampakkan salah satu dari perkara di atas, adakah perlu direntap juga status Melayunya?

Adakah orang Melayu yang murtad masih patut dikenali sebagai Melayu? Kerana tidak lagi cukup syarat untuk dikenali sebagai Melayu mengikut perlembagaan Malaysia...
kalau nak ikut perlembagaan..ummi cukup syarat sebagai 'orang melayu'..


Soalan 3
Dengan sejujurnya (buangkan Tahaluss Siyasi [Penghalalan Politik] dan/atau Taqiyyah [menurut Syi'ah]; adakah sdri percaya kepada Ngeh dan Nga dan DAP yang lainnya? Dalam erti kata lain, bukankah Nabi Asyidda' ke atas Kafirin. Siapakah yang Hani wajar turuti? Nabi atau Kafirin?


Jawapan 3...

soalan antara Nabi atau kafirin sebenarnya anda sudah ada jawapannya...sebagai seorang muslim tentulah Nabi wajib menjadi ikutan setiap dari kita yang sebagai orang Islam...

Anda tidak boleh gandingkan Nabi dgn kafir...sepatutnya kalau nak ummi memilih mestilah diantara kafir DAP dan kafir MCA...disini ummi buat perbandingan yg cukup simple...dua2nya adalah kumpulan yg sama bangsa (walaupun DAP ada bangsalain di dlmnya tapi majoritinya cina)..kita boleh mengatakan kedua2 ada mudharat..tapi diantara kedua2 itu ada satu yang kurang memudharatkan kita bila kita berkerjasama...maka kita akan pilih kumpulan yg kurang mudharat itu...

prinsip al-Tahaluf al-Siyasi, iaitu satu perjanjian politik. Perjanjian spt ini pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri di Madinah apabila org2 Yahudi bekerjasama dgn baginda dan org2 Islam utk mempertahankan Madinah drp sebarang musuh. Ini kerjasama baik, maka Islam tak melarangnya walaupun dgn org Yahudi. Kalau baginda s.a.w. tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam, begitu juga Pas.

wallahualam...harap jawapan ummi memuaskan hati Perakbangkit..maaf lambat menjawab..

Disini ummi berharap anda dapat menjawab soalan dari KulatLapok...

soalannya..

1. KENAPA SELEPAS PRU12, SETELAH 5 NEGERI TERKENA TSUNAMI DSAI, BARU NILAH SEMUANYA BANGSA MELAYU BARU PERASAN. BETUL2 AKU NAIK HERAN KATA SYED HAMDID ALBAR. ITU BARU BUNGANYA.... SOALANNYA..?? SEBENARNYA PULAU PINANG SUATU KETIKA DULU DIMENANGI KESEMUA KERUSI OLEH UMNO, TETAPI GERAKAN PULAK YG MEMERINTAH?? SIAPA GERAKAN TU.?? BANGSA MELAYU KE ?? KENAPA KORANG TAK SIBUK2 BUAT DEMONTRASI PASAL BUKAN PEMIMPIN MELAYU YANG MEMRINTAH?? BUKAN 5 TAHUN, MALAH UDAH BERPULUH2 TAHUN. MASIH KAH KAU INGAT? (KATA LAGU KOPRATASA)KENAPA DAN MENGAPA TAK LANYAK PEMIMPIN UMNO KETIKA ITU KERANA MEMBIARKAN PULAU PINANG DIPERINTAH OLEH PARTI BN YANG KALAH.??? KENAPA DAN MENGAPA ?? SILA BAGI ALASAN YANG KONGKRIT SEKONGKRIT JAMABATAN PULAU PINANG.?? KALAU TIDAK PUN PERAKBANGKIT YANG MENJAWAB..?? SESIAPAPUN BOLEH MENJAWAB..SILAKAN.

Shah Rukh Khan the lagend...citt pooraahhhh..!!

http://thebollywoodzone.com/blog/images/2007/09/shah-rukh-khan1.jpg

10 hari pertama bulan Zulhijah adalah saat terbaik untuk mendekati diri kepada Allah SWT. Ketika ini lebih dua juta jemaah sedang berhimpun di Tanah Suci. Pada tanggal 8 Zulhijah (6 Disember), jemaah termasuk lebih 26,000 orang dari Malaysia termasuk orang Melaka akan bertolak ke Arafah.

Pada tanggal 9 Zulhijah (7 Disember), jemaah haji akan wukuf di Arafah. Wukuf adalah rukun haji. Tiada wukuf tiadalah haji. Wukuf atau Hari Arafah adalah sebaik-baik hari untuk seorang Muslim mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Saiyidatina 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka."

Tuan Guru berpesan bersungguh-sungguh; puasalah kamu pada Hari Wukuf kerana ganjarannya sangatlah besar. Jadi puasalah pada hari Ahad ini (7 Disember). Berdoalah banyak-banyak untuk keselamatan ibu bapa, saudara-mara dan kaum kerabat yang kini berada di Tanah Suci. Mereka sedang diuji Allah SWT di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan tatkala melontar Jamrah.

Tetapi..... hari ini di Melaka bandar bersejarah tengah kepoh2 dan sibuk sangat2 untuk menyambut wira mereka yg akan ditabal sebagai Dato' atau Dato' Wira atau Dato' Kehormat Shah Rukh Khan.

Istiadat penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada jam 10 pagi hari berkenaan.

Di majlis itu, Shah Rukh akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok - satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton di seluruh dunia.

ummi rasa heran ke kalau dia pakai busana melayu..?? ramai lagi warga asing yg pakai tak kecoh pon...!! yang ummi nak tau..bape banyak belanja yg dah ditabur untuk majlis ni..?? sapa yg untung dan sapa yg dapat menafaat..?? yang pasti rakyat akan melopong..yang syiok sgt kat SRK ni (ummi pon minat gak kat mamat ni..tapi lakonannya aje la....hehehe) akan sanggup berabis2 dan bersesak2 nak pi tgk dia...padahal belom tentu dapat tgk..bayang pon ntah dapat ntah tidak...hahaha buang karan jek...

kalau ummi.. tak kesior haku nak pi nyusahkan diri...ummi aje yg kenal dia..dia tak kenal ummi pon hahaha....

Berkorbanlah wahai saudara-saudaraku. Berkorbanlah untuk meninggalkan maksiat sebelum terlambat. Bumi Aceh sudah menerima bahananya pada 2004 dulu, apakah bumi Melaka atau orang Melaka boleh menghalang jika Allah SWT mahu mendatangkan ujian-Nya?

Insaflah, insaflah, insaflah wahai orang Melaka. Dengar dan turutilah cakap-cakap ustaz dan tuan guru yang mengajar di masjid-masjid di negeri kita itu! Semoga Allah selamatkan bumi Melaka, pemimpin dan rakyatnya! Amin.

Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Polis mengesahkan mangsa korban tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini setakat ini ialah dua orang melibatkan seorang ibu dan anaknya.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian. bukit tinggi landslide 061208

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air dalam tanah.

'BERUK' lagi kah blogger..???

wahh...sekarang ni blogger2 sungguh laku macam pisang goreng panasss.....samapai ahli2 politik sibuk mencari dan sanggup beli blogger utk mendapat kemenangan dalam pemilihan nanti...

bukankah dulu blogger2 ni digelar sebagai 'BERUK'...
dulu blogger sebagai penjahanam negara..
dulu blogger sebagai pemecah perpaduan..
dulu semua blogger adalah pembohong..
dulu blogger dikata agen negara asing...

sekarang blogger jadi rebutan..
blogger dikejar oleh YB2..
blogger nak diupah oleh kerajaan..
blogger boleh menjatuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan..


dulu YB2(bukan semua YB) vs blogger ...
sekarang YB2 luv blogger...muahhahahaha

korang ingat lagi video klip di bawah ni...
mari kita imbas kembali..
zaassssss...!!

Jemputan Majlis Ceramah Agama



Sya-reformis akan membuat cover story tentang majlis tersebut hari ini...

Thursday, December 04, 2008

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

apa yg nak kita bangga dengan melayu
kalau inilah hasil dari zaman kemerdekaan dulu
bagaimana nak kita ubah sikap melayu
hanya diri kita yg boleh mengubahnya bukan orang lain

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil