Followers

Monday, November 22, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT YB ZAILAH DAN KELUARGA

 Ahad 21 November 2010

SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini, Ahmad Soleh Rahimi, 7 anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.

Ahmad Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu diwad biasa dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu lalu beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dan akan dibumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tiada pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan turut memandi dan menyembahyangi jenazah.

Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain selama-lamanya," cerita Zailah sebak.

sumber MSO

Thursday, November 18, 2010

Kak Lah(YB Zailah) anjur Qurban di Parlimen Rantau Panjang

WALAUPUN Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf terpaksa berenggang dengan rakyatnya kerana menenami dan menjaga anak bongsunya, Ahmad Saleh Rahmi yang kini dalam keadaan koma di Hospital Selatang, namun tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat sama sekali tidak dilupakan.

Sempena hari raya korban ini, ahli Parlimen itu mengajurkan korban melibatkan sebanyak 30 ekor lembu yang diagih-agihkan ke semua tiga Dewan Ungan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen Rantau Panjang.

Menurut satu SMS yang dikirimkan oleh seseorang kepada saya, penganjuran korban ini adalah tahun kedua. Anjuran seperti ini kata pengirim itu tidak pernah berlaku sebelum ini. "Sudah banyak ahli MP di Rantau Panjang, tetapi belum ada yang mengambil inesiatif seperti Kak Lah," kata pengirim itu yang membahaskan Zailah sebagai Kak Lah.

Seperti mana yang dicatat menerusi SMS itu lembu-lembu yang diagihkan seperti mana berikut; di Pejabat Pas Rantau Panjang, (9 ekor), Pondok Lubuk Tapah (1 ekor), Pondok Gual Dalam (1 ekor), Pondok Siram (1 ekor), Masjid Banggul Kulim (1 ekor), Masjid Kubur, Cawangan Kubang Chenak dan Cawangan Chabang Tiga (2 ekor).

Kampung Kubang Chenak (1 ekor), Kampung Rahmat (1 ekor), Masjid Lubuk Gong (1 ekor), Tok Imam Lubuk Jong (1 ekor), Tok Penghulu Baruh Pial (1 ekor), Masjid Ustaz Leh Padang Jelapang ( 1 ekor), Tok Penghulu Kubang Pak Tem (1 ekor), Madrasah Mak Mudah Tasek (1 ekor), Madrasah Gual Mekong (1 ekor), Kampung Bakat (1 ekor).

Kampung Tok Deh (1 ekor), Madrasah Abang Halim Lancang (1 ekor), Madrasah Tasek Berangan (1 ekor), Masjid Machang Gocoh (1 ekor), Madrasah Gual Tualang (1 ekor).

Melihat kepada begitu besar jumlah lembu korban anjuran ahli Parlimen berkenaan menunjukkan beliau popular dan mendapat simpati dan kerjasama ramai. Kejayaan penganjuran itu juga menunjukkan Zailah mendapat dokongan ramai di Rantau Panjang.

Jelas juga kejayaan ini membuktikan kerajinan dan komitmen tinggi beliau dengan masyarakat di Rantau Panjang. Dipercayai kalau gerak kerjanya tidak disebotaj oleh pihak tertentu dalam Pas Kawasan Rantau Panjang lebih banyak lagi manfaat yang berjaya dibawa oleh Zailah.

Wujud halangan secara langsung ke atas Zailah oleh pihak tertentu di Rantau Panjang yang dengki dengan kerajinan dan kerja kuat dilakukannya. Salah satu kebencian ditunjukkan ke atas Zailah bila mana gambarnya tidak pernah dipamerkan bersama pemimpin atau wakil rakyat lain pada setiap banner yang dipamerkan di Rantau Panjang.

Misalnya banner menyambut Aidil Fitri lalu hanya tertera gambar tiga Adun dan seroang ahli Parlimen dalam kawasan Rantau Panjang, tetapi gambar Zailah tidak ada. Di sini menunjukkan unsur-unsur dengki ataupun cuba hendak menenggelamkan Zailah di Rantau Panjang sedang dilakukan.

Gara-gara itu Zailah terpaksa membuat bannernya sendiri tanpa bergabung dengan tiga wakil rakyat lain. Dalam parlimen Rantau Panjang ada tiga Adun, Bukit Tuku (Abdul Fatah Haron), Gual Periok (Ahmad Awang) dan Meranti (Nasaruddin Daud).

Diharap Zailah tidak akan memperdulikan titik bengek dan politik bodoh sombong - cerdik tidak boleh ditumpangi dan bodoh tidak boleh diajar oleh pihak tertentu itu. Apa yang penting beliau dapat membantu rakyat dan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Zailah tidak perlu takut kepada manusia tetapi perlu merasa malu kepada Allah yang memberi kesempatan untuknya menjadi wakil rakyat di situ.

Percayalah kemenangan Zailah dalam pilihan raya lalu bukan kerana sokongan sebilangan orang itu tetapi kerana dokongan seluruh ahli dan penyokong Pas Rantau Panjang.

sumber cerita dari MSO

Monday, November 15, 2010

"Cakap lain..tulis lain..bohong sana..bohong sini..!!"

ZALIMNYA kerajaan negeri Kedah kerana tidak beri peluang wartawan arus perdana buat liputan semasa sidang DUN Kedah bersidang..JAHATNYAAA kerajaan PAS/PR !!

Maka riuhlah satu alam dengan tangis sendu para2 wartawan yg dihalau keluar dari bangunan kerajaan negeri.."Ini tidak adil..!! Tak pernah terjadi tragedi seperti ini berlaku kepada kami sebelum ini"

Apakah kata2 yang selayaknya untuk insiden ini..?? kalau ummi la..ummi akan cakap "PADAN MUKA hangpa!!" memang la pertama kali korang kena sebab sebelum ni BN yg memerintah..korang boleh la suka2 hati ..la ni kerajaan PAS/PR yang pegang beb..kena la pandai2 bawa diri..tak tau hormat dengan kerajaan yang memerintah..

PAS isytihar perang kepada media perdana(BN) adalah satu langkah yang tepat..atau lebih tepat DIHARAMKAN dari terus beri bola tanggung kepada mereka untuk menfitnah dan berbohong mengenai kerajaan PAS/PR...sepatutnya dari dulu lagi dah mula..tapi takpa itupun depa dah meroyan kecoh satu alam..

Tindakkan ini wajar kerana media perdana tidak pernah bersikap adil kepada kerjaan PR..maka jangan berharap terlalu tinggi nak dapat layanan seperti kerjaan BN beri kepada media perdana..hangpa lempaq telur busuk kat PR..nak harap minyak wangi dari PR ??!!

Sepatutnya mereka tidak merasa pelik kerana perkara yg sama kerajaan BN di Perak buat terhadap media alternatif ..bezanya mesdia alternatif membongkar kerosakkan yg kerajaan BN lakukan terhadap rakyat..maka mereka diharamkan..jadi apa guna media perdana nak kecohkan..paku dulang paku serpih..kata orang dia lagi lebih..

"
Media arus perdana ini sudah menyalahgunakan kebebasan mereka melakukan pembohongan dan fitnah atas nama kebebasan, yang kita nak adalah media yang melaporkan apa yang betul, adil, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak ada tujuan politik disebaliknya.

"Kebebasan media tidak mengizinkan pembohongan, kebebasan media juga tidak mengizinkan fitnah, adalah wajar kerajaan negeri mengambil tindakan sedemikian terhadap media yang tidak faham apa erti kebebasan media dan media menyalahgunakan kebebasan itu," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
"Cakap lain..tulis lain..bohong sana..bohong sini..!!" kemarahan ini bukan hanya pada MB Kedah,Ustaz Azizian..tetapi Sultan Kedah juga. 
ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.
sendiri pikir laaa...lawan tetap lawan !!!

Thursday, July 15, 2010

Wacana yang menzahirkan kesempitan pemikiran MELAYU UMNO...

Assalamualaikum...

Lama sungguh ummi tidak jenguk dan mengupdate blog ini kerana faktor kesihatan..tapi disebabkan wacana yg dibawah ni buat ummi teruja nak update blog ini...

 Wacana Perdana dengan tajuk BOLEHKAH MELAYU BERSATU..?? betul2 hebat untuk kita analisa..bagi ummi MELAYU tidak akan bersatu melainkan ISLAM saja yang boleh menyatukan semua bangsa bukan bangsa melayu yang boleh satukan melayu laa...sempit betol pemikiran orang umngok ni...cittt.."melayu itu Islam..Islam itu melayu"..bangsa lain yang berugama Islam umngok nak panggil bangsa apa..?? melayu jugak ke..

Meh kita layan wacana 























Friday, January 08, 2010

1 hari..2 demo..meriah..meriah !!







demo PAS
vs
demo amno

[demoallah1.jpg]

ada mata pandang...ada akal nilai sendiri...

sumber gmbar dari http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/
dan najwanhalimi dari blog http://shambatutiga.blogspot.com/

Demo bantah guna nama Allah...HEBAT !!...



gambar kat atas ni memang menarik..pertama kali ummi tengok panji 'melayu' dikibarakn..
"Hidup Melayu !!".. merahnya pak ngah..heheh

ehsan najwanhalimi

Hari ini akan tercatat dalam sejarah negara bila akan berdemo menunjukkan kecintaan mereka terhadap nama Allah pencipta mereka...kesungguhan untuk mempertahankan Allah bagi ummi sekada pada kulitnya sahaja..isinya mereka tidak suka untuk menjamahnya...

yang menariknya pada hari ini merupakan sejarah juga bila acara berdemo ini berlaku dengan aman dan disertakan nasihat dari pihak berkuasa disamping dijaga dengan rapi supaya tiada perkara yang dapat menggagalkan acara ini...penyertaan yang dijangkakan mencecah ribu riban orang ternyata meleset..kalau mengikut laporan dari Malaysiakini..,



Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Demonstrasi membantah isu yang sama turut diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.

Perhimpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di tengah ibu kota itu dihadiri kira-kira 50 orang. Ia berlangsung hampir 20 minit.  Malaysiakini



penganjur mengharapkan penyertaan tak kira dari parti mana sekali pun..janji ianya pencinta nama Allah.. depa harap2kan sangat kalau 'PAS' ada sama menyertai dah tentu kembang semacam aje penganjurnya..'kita berjaya menyatukan umat Islam' kononnya...tetapi hakikatnya..umpama mimpi dalam mimpi...

tetapi ini saja yang mampu mereka kumpulkan...hanya ini sajakah yang sayangkan nama Allah..mana yang berkobar2 memperjuangkan nama Allah..takkan ramai ini saja kot..? ummi rasa yang bakar gereja tumesti ada sekali ni...

tapi yang jelas isu nama Allah ini lebih kepada provokasi..karikatur di bawah ini tepat..layannn..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil