Followers

Tuesday, July 22, 2008

STRATEGI SERAMPANG DUA MATA YANG DIGUNAKAN OLEH UMNO (part 1)

assalamualaikum.....

kali ini ummi bawa semua pembaca merenung dan menganalisa apa yg telah diutarakan penulis artikel dibawah ini...sambil kita mengamati apa yg tersurat dan tersirat disebalik tiupan angin muzakarah ini...sama2lah kita renungkan.....


Apa itu STRATEGI SERAMPANG DUA MATA YANG DIGUNAKAN OLEH UMNO , SEKARANG INI


Dalam kenyataan akhbar , 20 Julai 2008 , Pak Lah menyatakan sudah 3 kali pertemuan atau muzakarah dibuat diantara "PAS" dan "UMNO"

OBJEKTIF


Pakatan Rakyat , merupakan musuh nombor 1 UMNO/BN , maka dengan itu fungsi dan peranan BAHAGIAN PERISIKAN dan PERANG SARAF UMNO/BN ialah ;-
  • Melumpuhkan Pakatan Rakyat
  • Memikat dan menawan PAS , dengan slogan Melayu dan Islam
  • Menghancurkan PKR , dengan fitnah Liwat 2 DSAI


1 . SERAMPANG DUA MATA , PERTAMA : MEMIKAT DAN MENAWAN PAS


Ini dibuat dengan ;-
  • Melancarkan SLOGAN PERMUAFAKATAN MELAYU
  • Mencadangkan MUZAKARAH antara UMNO dan PAS
  • Mencadangkan PAS menyertai BN
  • Mencadangkan pergabungan PAS dan UMNO
MUZAKARAH

UMNO , melalui risikan-risikan yang dibuat , mengemuka dan mencadangkan beberapa kaedah yang praktikal dan boleh berkesan , iaitu melalui STRATEGI SERAMPANG DUA MATA ,

PERTAMA dengan MEMIKAT PAS.


Maaf , sekiranya PAS tidak mengetahuinya. Tulisan ini hanya untuk rakyat Malaysia yang lain

  • PAS , sebagai musuh utama politik UMNO , sangat diketahui kekuatan dan kelemahannya
  • Kelemahan yang paling utama ialah , soal Melayu dan Islam
  • Asas agama , yang kuat , setelah tarbiah , usrah dan dakwah yang berterusan , berjaya membina kekuatan dalaman yang hebat , jatidiri dan intergriti yang tulin di semua lapisan pengurusan parti dan ahli.
  • Permainan soal kehendak agama , berkaitan dengan dakwah dan muzakarah , adalah pendekatan dan kaedah yang paling berjaya , yang dirumuskan dan dipersetujui oleh semua pimpinan UMNO , yang boleh menjerat , memerangkap dan menjerut seluruh sIstem PAS.
  • Sebenarnya niat untuk bermuzakarah ialah untuk memecahkan Pakatan Rakyat
  • Dengan menyelinap masuk ke dalam system PAS, ia dapat mempengaruhi menerusi kaedah – kaedah permuafakatan dengan beberapa golongan sasaran dalam PAS , khususnya saf pemimpinan pemuda , yang boleh dikatakan berdarah muda , bernafsu , aggresif dan agak kurang pengalaman , kemahiran dan pengetahuan.
  • Salah satu pendekatan yang telah dan sedang dibuat ialah dengan memperalatkan sec
    ara halus golongan – golongan ini , khususnya pemuda dan , ahli – ahli paru yang memegang jawatan di pringkat cawangan ,dan bahagian
  • Golongan ini akan didedahkan dengan pelbagai kaedah perang psikologi , seperti kemunduran Melayu , kekalutan islam , kedudukan PAS yang terpinggir dalam Pakatan Rakyat dan lain lain.
  • Akhirnya akan ada dari kumpulan ini yang membuat kenyataan – kenyataan yang berbau kekecewaan , kerisauan dan kemarahan , tentang ketidakadilan layanan oleh ahli – ahli komponen lain di antara satu sama lain ,
  • Inilah seperti yang sedang kedengaran sekarang ini , di Selangor khususnya iaitu negeri sasaran nombor satu , Kedah , Pulau Pinang , dan Perak.
  • Alhamdulillah Kelantan terselamat kali ini , sebab UMNO sudah penat dan letih untuk terus menghentamnya
  • Akhirnya , pihak yang satu lagi , dalam Pakatan Rakyat sekiranya melulu menerima semua ulasan , kritikan dan kenyataan – kenyataan daripada PAS , juga membuat kenyataan – kenyataan balas , yang juga akan menguris hati dan perasaan PAS
  • Atau pun , khabar – khabar angin tentang kesahihan muzakarah ini , sedikit sebanyak telah pun menimbulkan kecurigaan di kalangan ahli – ahli PKR dan DAP
  • Malah yang lebih parah ialah rasa kecil hati , tertipu , dipermainkan oleh PAS , dikalangan mereka yang tidak menjadi ahli mana – mana parti , tetapi telah memberikan sokongan dan undi yang besar kepada Pakatan Rakyat , PRU-12 lalu.
  • Akhirnya , sekiranya pimpinan – pimpinan tertinggi PAS , PKR dan DAP , tiba – tiba menjadi pendik akal , dunggu , seperti di pukau , kurang cerdik , IQ nya lemah masa itu , dah
    terpengaruh dengan mainan media UMNO/BN, maka apa akan jadi selepas itu , Pakatan Rakyat akan menjadi bertambah longgar, ,walaupun di tengah - tengah pernyataan – pernyataan oleh pimpinan tertinggi , yang menyatakan PAS tetap setia dengan Pakatan Rakyat
  • UMNO tahu , PAS tidak akan berjaya dipecahkan , dulu , kini dan selamanya, kerana gerak kerja , tarbiah dan usrah yang kukuh , jitu dan kuat di peringkat akar umbi , mustahil mampu memecahkan PAS. Sejarah telah mematangkan PAS . Sejarah telah mengajar PAS
  • UMNO tahu , yang PAS tidak tahu , walaupun kita diajar tidak menaruh sangkaan buruk , iaitu antara tujuan – tujuan sebenar idea MUZAKARAH ini ialah untuk
    mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat , dan sekiranya berjaya , apa maknanya Pakatan Rakyat lagi dengan hanya PKR dan DAP sahaja di dalamnya,
  • Juga untuk menjauhkan sokongan orang ramai yang tidak berparti terhadap Pakatan Rakyat , sekiranya PAS belot dengan bersongkol dengan UMNO
  • Begitu juga lah apa maknanya bagi PAS , sekiranya sudah bersama dengan UMNO dalam BN ?
  • atau , apakah maknanya bagi PAS , sekiranya berjaya dikeluarkan dari Pakatan Rakyat , dan PR mati ketika itu , dan bersama UMNO kembali , dan seterusnya berlaku lagi TRAGEDI 1978 , dan PAS kembali menjadi dagang membawa risalah islam.
  • PAS , seperti lazimnya akan teruskan perjuangan dakwah dan menganggap semuanya itu adalah ujian dan takdir semata – mata dalam mematangkan perjuangan dalam menyeba
    rkan risalah islam
  • Sedarlah , PAS dengan cawangan merata seluruh pelusuk negara , satu kekuatan kepada PAKATAN RAKYAT.
  • Dengan keluarnya PAS , dari Pakatan Rakyat , misi dan visi serta objektif utama UMNO , iaitu menerusi SERAMPANG DUA MATA PERTAMA nya dikira berjaya
  • UMNO akan kembali pulih dengan pecahnya Pakatan Rakyat
  • Untuk menghadapi cabaran dari PAS , itu perkara mudah. Kelemahan dan kekuatan PAS berada dalam tangan UMNO.
UMNO

- kenapa umno dan khir toyo MENGGILA **** [ maaf , bahasa asal terpaksa digunakan , walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus , MENGGILA KHIINZIR , kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ]menghentam Pakatan Rakyat di Selangor , berkaitan dengan industri babi dan lain – lainnya ? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja , sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun – kebun pisang ?

- juga , kenapa umno dan anuar musa , shazmi miah , dll MENGGILA ****I [ maaf , bahasa asal terpaksa digunakan , walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus , MENGGILA KHIINZIR , kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ] menghentam Pakatan Rakyat , berkiatan dengan industri agro di Loging dan lain – lainnya ? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja , sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun – kebun pisang ?

-
juga , kenapa umno dan tajul ghazali , dll MENGGILA **** [ maaf , bahasa asal terpaksa digunakan , walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus , MENGGILA KHIINZIR , kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ] menghentam Pakatan Rakyat , berkiatan dengan konspirati PERJANJIAN PANGKOR II dan lain – lainnya ? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja , sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun – kebun pisang ?

-
Apakata , dan bagaimana akhirnya jika UMNO menawarkan tiga pilihan untuk PAS , iaitu BUBAR UMNO , MASUK PAS atau BUBAR PAS MASUK UMNO ?

ADAKAH INI SALAH SATU STRATEGI UTAMA UMNO UNTUK MEMIKAT DAN MENAWAN PAS , DIDALAM SERAMPANG DUA MATA PERTAMANYA ?
  • Ada beberapa items nak ditulis di sini , khususnya untuk saf pimpinan pemuda pas dan ahli – ahli pas serta lain – lain
  • kepada semua ahli pas [ khususnya saf pemuda ] , Adakah dalam pengetahuan atau tidak , iaitu adanya rombongan saf pemuda pas , bersama pemuda umno [ BAHAGIAN PERANG SARAF & PERISIKAN ] dll , yang ditaja sepenuhnya , makan minum , hotel , tambang
    dll ke luar negara , menyertai rombongan , yang katanya untuk melihat kesengsaraan , kemelaratan , kedaifan , kemunduran orang - orang melayu , di suatu negara tertentu , guna bagi meracuni pemikiran saf pimpinan pas , supaya menyetujui kepada peperluan mesti adanya muzakarah pas dan umno , kerana difikirkan golongan pemuda [ maaf , meminjam kata - kata dan teguran TGNA ke atas sdr ezam , katanya EZAM BARU SETAHUN JAGUNG DALAM POLITIK , BIARLAH DIA BELAJAR POLITIK DULU , TAK PERLU MENASIHAT ATAU MENGAJAR PAS] , adalah baru beberapa hari dalam pas atau masuk pas , mudah dipengaruhi , maklumlah ilmu tidaklah sebanyak mana , pengetahuan masih tohor , pengalaman sekelumit Cuma ? Dan motif terakhirnya atau dengan nokhtah akirnya, ialah supaya pas dan umno bergabung , atau pas dipelawa dan dikehendaki masuk barisan
    nasional /bn [ seperti kata ruangan pengarang , berita harian , 18 julai 2008 , jumaat......sila baca dan mentalaah ]. Apa motifnya ? Apa muslihatnya ? Adakah ini merupakan SERAMPANG DUA MATA PERTAMA UMNO ?
  • boleh atau tidak sdr sekalian namakan siapakah saf pimpinan pemuda pas yang turut serta dalam rombongan itu. boleh namakan ?
  • adakah ini bermakna umno , melalui bahagian perisikan dan perang saraf nya telah berjaya menyelinap masuk ke dalam saf pimpinan pemuda pas ?
  • adakah ianya sama , seperti mana umno menerusi bahagian perisikan dan perang saraf berjaya memasuki pkr , hingga ke tepi ketua umum nya , dengan menggunakan sdr saiful bukhari azlan ? Adakah ini merupakah SERAMPANG DUA MATA KEDUA UMNO ?
  • saudara ada atau tidak sedikit saja [ tak perlu banyak...................] , bahawa pakatan rakyat akan pecah juga , dengan cara memikat pas dan menghancurkan pkr , menerusi serampang dua mata ini ? Akhirnya PAS akan kembali dagang ,berseorangan sama seperti dagangnya islam kembali.
  • adakah sdr telah membaca, mengkaji , mentelaah , membuat R&D , satu tajuk artikel TIADA RUNDINGAN PAS DAN UMNO , SUBKI ABDUL LATIF dalam ruangan TERKENANG SEMASA LALU , keluaran SIASAH bil 0106 , bertarikh 13 -19 julai 2008 , ms 45 ?. Mengambil manfaat , iktibar , pengajaran, pedoman dan panduan sekiranya ada ?
  • Atau , agaknya seluruh pimpinan PAS , sudah sembuh sepenuhnya akibat dipatuk ular tahun 1978 dulu , maklumkan telah diberikan ubat yang berkualiti, parutnya sudah hilang kan [ ? ]. Mungkin Cuma TGNA , yang masih belum pulih sepenuhnya akibat patukan ular 1978 tersebut , jadi masih terasa sakitnya ?
  • 13 tahun lama Nabi berdakwah dan BERMUZAKARAH dengan kaum kafir Quraish di Mekah , akhirnya 10 tahun di Madinah, tidak bermakna pilhan Nabi atas arahan Allah supaya BERHIJRAH itu salah. Kenapa tidak diteruskan saja di Mekah , bukan kah Mekah itu
    akhirnya Kiblat seluruh umat islam ?
  • Eloklah PAS berhijrah ke Pakatan Rakyat , BERMUZAKARAH lah secukup cukupnya dnegan PKR dan DAP. Tunaikan amanah , tumpukan tugas untuk bermuzakarah dalam Pakatan Rakyat tu dulu. InsyaAllah.Analisis Isu
~oleh ulitmayang~

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil