Followers

Saturday, September 06, 2008

nak keluar BN..? Keluar aje lah..!!

Pemuda MCA Perak pula gesa parti keluar BN
"Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasion(BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap. 

Mengambil contoh kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan Bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini. 
    
"Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin Umno masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN," katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Semalam, Ahmad yang enggan memohon maaf menjelaskan beliau bukan seorang yang bersikap perkauman seperti yang dituduh dan semua kekecohan berhubung perkara itu sebenarnya berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.

Ahmad mendakwa ucapannya mengenai kedudukan kaum-kaum di Malaya pada zaman sebelum merdeka semasa kempen pilihanraya kecil itu dimanipulasi oleh pemberita akhbar Sin Chew Jit Poh sehingga menyebabkan masyarakat dan pemimpin Cina termasuk dari parti komponen BN membuat ulasan melulu tanpa usul periksa.
'Ambil tindakan tegas'

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Wanita MCA Selangor hari ini mendesak kepimpinan tertinggi BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap ketua Umno bahagian Bukit Bendera berhubung dakwaan beliau terhadap masyarakat Cina.
    
Pengerusinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kenyataan Ahmad ketika berceramah pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Semasa merasmikan Perhimpunan Wanita MCA Selangor ke-33 di Wisma MCA di ibunegara, Chew berkata beliau dan seluruh Wanita MCA ingin meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai perkara itu.

-baca selanjutnya di sini-->malaysiakini
Umno P Pinang sokong Ahmad

Kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rashid Abdullah dalam satu sidang akhbar petang ini.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 01Ahmad telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina apabila menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Ketua Umno Bukit Bendera itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berceramah di Kampung Belah Dua pada 23 Ogos lalu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.  Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Jelas istilah 'menumpang'

Sementara itu, Ahmad memberitahu sidang akhbar yang sama bahawa beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 03Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa Abdullah dan Najib adalah pemimpin nasional yang perlu menjaga kepentingan nasional.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau hanya seorang pemimpin bahagian dan tetap berpegang pada prinsipnya.

Ahmad juga menjelaskan bahawa beliau menggunakan istilah 'menumpang' dalam kontak kedudukan kaum Cina dan India sebelum merdeka.

Ahmad sebaliknya menuduh akhbar harian 
Sin Chiew Daily dan wartawannya yang mencetuskan kontroversi tersebut dengan melaporkan ucapannya di luar kontak.

Pemimpin-pemimpin yang lain seperti setiausaha Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim; ketua Umno bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ketua bahagian Bayan Baru, Datuk Mohd Zain Omar turut membidas mereka yang membantah ucapan Ahmad itu.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 02Azhar mengecam wartawan Sin Chiew Dailydan menegaskan bahawa akhbar tersebut mesti dipertanggungjawabkan kerana mencetuskan kebencian dan konflik perkauman.

Ahmad juga menggelar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai seorang 'oportunis dan pembohong besar' dan berkata Gerakan boleh 'keluar dari Barisan Nasional'.

Musa pula membidas pucuk pimpinan Umno kerana memohon maaf bagi pihak parti itu tanpa mendapatkan penjelasan Ahmad terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon maaf kepada masyarakat Cina bagi pihak Umno.

Menurut Musa, pucuk pimpinan parti di peringkat nasional boleh mempunyai pendiriannya sendiri, tetapi para pemimpin Ummno bahagian mempunyai pendirian mereka sendiri.

"Kita menyokong penuh Ahmad dalam isu ini," kata Musa pemberita, sambil menolak tindakan Najib itu.

baca selanjutnya di sini-->malaysiakini

Ummi - semacam dah makin kalut lak BN ni...semua dah main ugut2 pulak...apa komen Pak Lah ye..??

2 comments:

Anonymous said...

Apa punya MCA, dah tak ada pengaruh masih nak ugut UMNO. Pegi jalanlah. Kalau nak keluar BN pun jangan le nak salahkan pihak lain. Keluar sajelah. Nak masuk pakatan ke? Tak payahlah..Ko pun 2x5 macam UMNO dan MIC - racism

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional...sama tapi tak serupa...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil