Followers

Monday, September 22, 2008

Teresa Kok mohon maaf...

Hari ni 22hb. September, 2009 dalam TV3, Ahli Parlimen Seputih YB Teresa Kok telah memohon maaf atas keterlanjurannya dalam berkata-kata ketika beliau memberi respon keatas kualiti makanan semasa beliau ditahan dibawah akta zalim ISA.

Sebagai menunaikan janji saya dalam artikel sebelumnya maka saya dengan ini menarik balik dan menghentikan dengan serta-merta kempen gambar YB Teresa Kok yang diterlabikkan...

Untuk YB Teresa Kok, I salute you sebab pantas mengakui kesilapan.

Terima kasih kerana prihatin pada "kami" yang berada dibawah & teruskan perjuangan anda.kami akan sentiasa bersama-sama merka yang menentang kemungkaran..!

YB UMNO/BN ada ke yang berani mintak maaf kalau buat silap??? Khak Ptuih..! (DNA ni khas untuk orang-orang UMNO/BN) - Perisik Rakyat

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pepatah melayu ada berkata..."terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata badan binasa..." begitulah yg terjadi kepada YB Teresa Kok ni...bila beliau mengatakan jaudah nasi, telur rebus dan sepotong dua timun sebagai makanan anjing....

kenyataan ini sedikit sebanyak menyebabkan sesetengah kita terasa terhina kerana makanan tersebut kita selalu makan dan beliau menyamakan pulak dengan makanan seekor binatang...hina sungguh taraf nasi,telur rebus dan timun ni ye (telur rebus dgn timun selalu kita makan dengan nasi lemak weh)...sehingga menyebabkan terbitnya kempen terbalikkan gambar Teresa Kok...

Namun setelah suara2 yg membantah kenyataan Teresa Kok ini...mau juga dia memohon maaf dengan keterlanjuran kata2 dia yg lantang tu...betul juga kata si topeng_perak -->"
YB UMNO/BN ada ke yang berani mintak maaf kalau buat silap??? " jawab sendiri ye...


7 comments:

Anonymous said...

Lets Abolish ISA = IKUT SUKA AKU!!!

Lets see the news...

A Step To Abolish ISA By 18 people

Anonymous said...

apelah bodo punye org..mintak maaf sb mainan politik je beb..konon 16 sept..mcm ajning la penyokong pkr n dap yg konon mcm liberal..ko x tau ke kat spore pn ade ISA..kat US..ckp lain kali gune otak..ko ingt ko jad blogger ko dah cukup tau semua benda ke?

Anonymous said...

Akan dimaafkan kalau dia makan apa yang dia katakan sebagai makanan anjing tu depan T.V. Settle bah...

What's wrong with ISA..???
Untuk kestabilan dan keamanan negara dari musuh-musuh dalam selimut, wajar di teruskan dan diperketatkan lagi...!! Kalau kata 60 hari, 60 harilah tahan dalam tu.., biar tobat macammanapun mereka, tempoh tersebut jangan difleksibelkan....

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam..

anon September 23, 2008 8:16 AM..,
JomoSama@2RRun


bila dah dok dalam dunia politik..memang itulah maianannya... ini bukan masalah mainan politik ke hape..ni masalah menghina makanan..kalau tak suka makan jgn dihina makanan tu...itu point dia...

makan boleh sebarang makan...cakap jgn sebarang cakap..rakyat sentiasa memerhati...tak kira dia dari PR ke ataupun BN..pukul sama rata..itu la dinamakan keadilan...

pasal ISA..buat apa ikut orang lain..Malaysia dikenali sebagai negara Islam(Islam hadhari BN la..)kalau betul ISA itu satu keperluan kenapa tak dilaksanankan dengan adil...tangkap betol2 org yg mengancam negara..korang ada jumpa tahanan ISA yg ada sekarang..apa kesalahan dorang..kenapa tak dibicarakan...

dalam Islam akta ISA itu zalim...hukum Allah ada kenapa tak guna...korang nafikan hukum Allah bermakna korang ingkar akan ajaran Allah...bila dah ingkar..apa hukumnya..

sendiri jawab...nau'uzubillah...

wallahualam...

Anonymous said...

teresa kok ni cakap macam co*k
kejap makanan anjing la
kejap silap pemberita la
satu dunia tengok lu cakap

TERESA KOK....
walk the talk
talk the co*k

Anonymous said...

Biasalah, mulut manis hati busuk.Jangan mudah termakan kata, nanti tergadai negara.

Anonymous said...

Kebebasan bukan lesen untuk kau menghina dan melanggar adab sopan bangsa. Kau benci ISA tapi rupa-rupanya kau yang nak buat ISA (Ikut Suka Aku). Nanti aku pulak buat ikut suka aku baru kau tau...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil