Followers

Monday, October 06, 2008

Tuhan Anwar Murugan...??


(Tuhan Anwar Murugan)

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Replika yang berunsur patung atau gambar yang berunsur patung yang di dirikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat yang juga wakil rakyat kawasan Batu Caves Aminuddin Shari berkata gambar yang berunsur Patung itu tidak akan di robohkan sehingga tamat permit yang di luluskan

Pandangan saya gambar patung tu kalau tak di robohkan sampai bila-bilapun tak mengapa kerana apa pandangan yang berkait dengan hukum agama yang telah di utarakan tetapi tidak di hiraukan sebab ustaz Aminuddin lagi hebat dari mufti Perlis dan penulis blog yang lain

Saya tak pasti hukum syarak yang mana yang di kutip oleh Ustaz Aminuddin tersebut. sepatutnya apa-apa hukum yang berkait dengan maksiat atau timbul apa-apa keraguan tentang sesuatu hukum boleh atau tidaknya hendaklah di tinggalkan, tapi nampaknya Ustaz kita tu lagi banyak dalil

Selepas ini bolehlah kita gelarkan patung itu sebagai Tuhan Anuar Murugam sebab ia dekat dengan patung kat Batu Caves tersebut dan segala perkara hajat dari sesiapa yang memerlukan hajat hendaklah berwasilahkan kepada Tuhan Anuar tersebut

Kepada yang merasa ragu dengan pandangan ulamak mazhab Ustaz Aminuddin hendaklah tinggalkan sokongan mereka kepada mazhab Tuhan Anuar dan jangan lagi bersubahat dengan kumpulan mazhab tersebut, ertinya hindarkan diri dari memberikan sokongan dengan mazhab tersebut

Ramai di antara pengikut mazhab tersebut yang mengharapkan sokongan melalui semangat gambar patung tersebut tanpa memikirkan resiko hukum daripadanya namun apa yang mereka perolehi adalah kehakisan yang mereka perolehi

Selamat berjuang Ustaz Aminuddin Murugam

sumber PakKaramu

ummi..,

jangan salahkan kalau ada artikel yg sebegini diterbitkan... ini lebih kepada protes kerana tak endahkan pandangan mereka2 yg lebih arif tentang hukum...

kalau dah teguran mufti tidak diendah..tak tau nak kata apa la dah...nak dengar kata sapa lagi..?? kalau ye pon nak meraih sokongan bukan Islam..jangan digadai hukum Allah..banyak cara lain lagi..

ni ada yang siap ugut2 macam disini apa kes..? kalau tak salah.. orang tak tegur...bila ditegur maknanya orang sayang bukan benci..kalau bab camni pon tak paham..tak dapek nak tolong..sendri tanggong la jawab eh..!



6 comments:

Anonymous said...

nampaknya pemikiran org yang posting ni.. tahap budak darjah nam rupenya. saye tgk ummianni, pit, saje backing perisik rakyat. apsal tango baik jer. kroni ker.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam anonymous October 6, 2008 11:05 PM

ni bukan pasal backing ke tak...salah tetap salah..tak kisah la pemikiran darjah 6 ke..umur 6 tahun ke..janji ummi dah beri pandangan ummi tentang isu ni..nak terima leh terima ..tak nak terpulang..kita ada akal fikiran yg Allah kurniakan..so guna dengan bijak..

ummi kenal perisik rakyat sebagai teman seperjuangan dan semuanya sama saje selagi dilandasan yg benar.

terima kasih sudi singgah..

wallahualam..

Anonymous said...

Semasa Ops Sikap yang selalu diadakan ketika menjelang musim perayaan, ada juga replika anggota polis yang berbentuk seperti replika Anwar tu, diletakkan di tempat2 strategik , sebagai amaran kepada pemandu agar berhati. Seringkali juga saya terperasan yang replika tu kadang2 mcm orang betul..apa hukumnya ye meletakkan replika tu?

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

Assalamualaikum...

Bab hukum saya tidak menafikan. Kalau dah salah tetap salah. Maksud tidak menghalal cara.

Namun kita harus juga menghormati pandangan kaum lain. Meraka ada cara utk menghormati seseorg tokoh.

Namun dakwaan ia umpama tuhan Murugan.. bagi saya amat melampau.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam..

anonymous October 7, 2008 3:50 PM

sama la jugak tak boleh..walaupun niatnya baik...supaya kita berwaspada..perkara ni sring berlaku selisih pendapat...mngkin kita boleh tgk pada niat seseorg itu berbuat demikian..

zulsa..,

"LAKUM DINUKUM WALIYADIN (ENGKAU IKUTLAH JALAN KAMU.. KAMI IKUT JALAN KAMI.....)

boleh saje mereka hendak menghormati org tapi kena faham sensetiviti umat Islam..mereka juga kena faham..DSAI seorg Islam..

wallahualam..

Tun Saban said...

ikutkan potret kat rumah pun tak boleh,gambar dalam blog pun tak boleh

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil