Followers

Showing posts with label ~copy n paste~. Show all posts
Showing posts with label ~copy n paste~. Show all posts

Tuesday, January 06, 2009

mari..mari..mari..pesta dah bermula..!!

0601kt04ss.jpghttp://www.themalaysianinsider.com/images/stories/2009jan1/0601kt02s.jpg


Mari-mari ....jangan lari!! Jangan malu dan jangan segan..... mari...mari...!!

Payung ada......
T'shirt ada.......
Minum ada......
Nasik bungkus disedia......
Duit kocek pun ada..... brapa mau cakap saja....
Minyak motor dan kereta..... tuang saja.....
Puteri ada........... putera pun suka.......
Sama-sama bergurau senda.............
Lu tepuk gua...gua tepuk lu.. sama-sama suka....
Tapi jangan lupa dosa ... pahala......
Ini pesta syok punyia....
Bikin pemimpin lamai yang kaya......
Luit mali untuk pilihan laya.......
Kasi sikit........ lain simpan poket saja......
Tipu sini.... tipu sana.........
Wang tak cukup kasi lagi ma.......
Nanti olang tak mau bikin kerja...........
Kalah..... jangan salah sama gua......

Orang atas bergaya..... orang bawah jadi barua.........
Sesetengah kerja bagai nak gila......
Tapi ada juga....kerja sikit kemudian tak nampak muka.......
Hulur wang...... muncul semula......
Ada duit............. ada kerja
Curi tulang amalan biasa........
Pemimpin datang semua terpa....
Depan mereka bermuka-muka......
Apa dikata angguk sahaja......
Ada masalah... no problem. sir.....
Amalan bodek begitu nyata......
Apa nak kata....
Itu budaya....dulu..kini dan selamanya....

Pesta ini datang berkala......
Belanjanya .....mak oi.... berjuta-juta.....
Herannya, selepas plihan raya........
Hutang tak bayar.... orang bertanya.....
Ramai pula yang mula bersuara.....
Buat kerja upahnya mana...
Kalau bayar pun ciput saja.....
Tak berbaloi dengan tenaga yang diguna....
Duit berjuta pergi kemana.......
Itu selalu menjadi tanda tanya....
Ada yang marah.... ada yang hampa......
Bergaduh pulak sesama mereka....
Orang melihat geleng kepala.....
Geli hati ..... nak tergelak, pun ada jua......
Lihat pelbagai kerenah manusia.....
Manusia UMNO empunya cerita.....

Semua ini..... dapat dilihat di setiap pesta pilihan raya anjuran UNMO/BN. Hebat dan sungguh menghiburkan. Sebab itu.... kedatangannya sentiasa ditunggu-tunggu para penyokongnya. Kini, mereka sakan berpesta di Kuala Terengganu.

Jom apa tunggu lagi......kita skodeng mereka di sana.....

sumber a mum of three mohd

Thursday, January 01, 2009

Wahid Endot vs Wan Farid di KualaTerengganu...


PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wahaf Mempelam selama empat penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan ini.

Beliau merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak diumumkan di Kuala Terengganu pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah unutk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali, ahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.-mStar

Monday, December 29, 2008

azan sebagai panduan.....




sumber PakKaramu

Apabila Rohani telah di tempatkan di dalam jasad manusia semasa di dalam kandungan manusia maka apabila cukup tempuh, maka ia di lahirkan oleh seorang ibu kedunia yang fana ini iaitu tempat mempersembahkan lakunannya mengikut panduan yang di tentukan oleh Allah iaitu Al Quran sebagai HUDAN (Al Quran surah Al Baqarah ayat 2) dan di tambah lagi dengan petunjuk dari Rasul-rasul, ertinya setelah Allah jadikan kita maka Dia juga telah sediakan tempat kita di Planet bumi ini, kemudian Dia turunkan panduan iaitu Al Quran, tak cukup dengan Al Quran maka Dia utuskan pula Nabi dan Rasul, kemudia apabila nabi dan Rasul sudah tiada maka di iktiraf pula pewaris nabi dan Rasul, akan tetapi manusia terus juga sesat

MENGAPA ?

"Sebab ramai pendakwah yang menyeru manusia ke Neraka Jahannam, barangsiapa yang mengikuti mereka maka akan di lontarkan ke dalam Jahannam" (Al Hadis)

MARI KITA TINJAU SERUAN AZAN

Apabila kita di lahirkan kedunia maka kita di azankan atau di qamatkan, apa tujuan ? Supaya kita ingat akan janji kita kepada Allah semasa di alam Roh dulu yang mana kita mahu ber Tuhankan kepada Allah

Azan adalah amaran kepada kita supaya jangan lupa dengan janji, akan tetapi jarang para pendakwah yang mahu membuat liputan maksud azan itu sebagai asas dakwah, kita tidak tahu sebab apa, kepada pendakwah atau para ulamak tolong jawab

Apa maksud azan ?

Allah yang Maha besar, Allah yang Maha besar
Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah
Naik saksi aku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah kita bersembahyang, atau yang hidup wajib bersembahyang
Marilah kita menuju kejayaan atau hidup menuju kejayaan
Allah yang Maha besar,Allah yang Maha besar
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah

Demikian maksud azan yang di kumandangkan setiap waktu masuknya masa untuk mengabdikan diri kepada Allah swt, dan keseluruhan maksud azan tersebut berkumpulnya ayat azan tersebut pada kalimah LA ILLAHA ILLALLAH (Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah) Apa ertinya ? Ertinya LILLAHI TA'ALA (Semata-mata kerana Allah)

Apa maksud Lillahi Ta'ala ? Maksudnya segala kerja buat kita hendaklah ikhlas, percakapan kita hendaklah ikhlas, perancangan kita hendaklah ikhlas, segala-galanya hendaklah ikhlas, jika tidak maka tidak perlu melakukan ibadat, lagi lebih baik buat kerja syaitan kerana buat tak serupa dengan apa yang kita ikrarkan, sebab itu kita lihat ada orang yang sembahyang tapi tipu Tuhan, ada orang yang puasa tapi tipu Tuhan, ada orang yang mengucap tapi tipu Tuhan, ada orang yang pergi haji tapi tipu Tuhan, ada orang yang zakat tapi tipu Tuhan dan ada orang yang mentadbir negara tapi tipu Tuhan dan sebagainya

PERKARA KEDUA TENTANG LAUNGAN AZAN

Mengapa apabila azan melaungkan hayya 'alas sholah dan hayya 'alal falah maka kita kena jawab La haula wala quwwata illah billah ? (Tiada daya dan tiada upaya melainkan keupayaan Allah!) apa rahsianya ? jutaan manusia jenis islam ini yang tidak faham, apa yang mereka faham ikut saja apa yang orang lain sebut, pada hal maksud jawapan itu adalah berkait dengan akidah, mempelajari akidah supaya jangan menyekutukan Allah, akan tetapi jika dalam sembahyang masih menyekutukan Allah apa halnya ?

Sebenarnya banyak hal yang kita buat di planet dunia ini menyimpang dengan dasar matlamat azan LA ILLAHAA ILLALLAH sebagaimana ikrar kita semasa di alam ROH (buat tak serupa kikin) hari-hari tipu dan dusta, sebab itu wujud pengundi hantu, ujud amalan rasuah dan merasuah, ujud pijak tengkok bangsa sendiri, ujud tipu agama sendiri, ujud sistem mengikut akal sendiri, ujud perancangan jahat kerana mahukan untung yang haram dan sebagainya

Apakah ini yang kita ikrarkan di hadapan Allah semasa di alam Roh ? Apakah kita fikir apabila kita mengerjakan haji di Makkah Al Mukarramah maka dosa kita telah terampun walaupun di katakan sudah mendapat haji AKBAR ? Apakah kita sudah merasa selesa mengatakan labbaikallahumma labbaik maka kita sudah mendapat nikmat iman yang sebenar daripada Allah ? Semua ini kita jawablah sendiri

Saturday, December 27, 2008

pinggan dah pakai...kita makan..!!


Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu.

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.

‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

  • NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

    Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

    sumber Berita Harian


    tido.... kena pecat..!!



    BEIJING: Sebuah kerajaan tempatan di selatan China memecat enam pegawainya yang dirakam sedang tidur ketika menghadiri mesyuarat dan gambar mereka dipaparkan pula di laman web, kata media, semalam.

    Mereka termasuk pengurus syarikat dan ketua Parti Komunis pelbagai cawangan kerajaan, sedang menghadiri satu mesyuarat di bandar Hengyang di wilayah Hunan bagi membincangkan pembaharuan ekonomi selama 30 tahun, kata Beijing News.

    "Pemecatan mereka bertujuan menguatkuasakan disiplin dan menghapuskan kesan buruk terhadap masyarakat," kata akhbar memetik keputusan dibuat kerajaan bandar.

    Ketika laporan tidak mengatakan siapa yang mengambil gambar dan menghantarnya ke internet, insiden itu menjana per-bincangan hangat secara online, dengan ramai mengatakan pemecatan itu tidak adil kerana ia bukan kesilapan pegawai mesyuarat itu membosankan.

    "Dalam 99 peratus mesyuarat seperti itu isi kandungannya kosong dan stereotaip," kata seorang penghantar bernama Damocangying 2007 menulis dalam laman popular Tianya.cn.

    "Jika penonton tidur apabila anda membuat ucapan, sudah tentu ucapan itu harus dipersalahkan," kata seorang lagi bernama Cmbbs.

    Mesyuarat kerajaan di China biasanya panjang dipenuhi ucapan berjela-jela, walaupun pegawai kanan cuba mengadakan secara pendek dan berkesan. - Reuters

    sumber Berita Harian




    nasib baik la Pak Lah bukan di China..!! kalau tidak....
    hehehe


    'Mereka tidak perlu meminta-minta jika suami ada'

    Norlaila Othman (Pusat sokongan Gerakan Mansuhkan ISA) -Harakah


    "Ini anggaran yuran anak-anak.Ana harap dengan bantuan kak, dapatlah Ana bayar dengan segera.Syukran.Nursery RM100,Tadika RM280,Tahun 2 RM 510, Tahun 3 RM400 dan Tahun 4, RM400..."

    Inilah pesanan ringkas yang saya terima di telefon bimbit saya.Saya terkedu sebentar dengan permintaan ini Puan D ini. Beliau mempunyai lima orang anak berusia 3 hingga 10 tahun.

    Pendapatan beliau sebagai pembantu Tadika, pastinya jauh dari mencukupi bagi memulakan sessi persekolahan 2009 nanti.Sepatutnya bagi seorang isteri Tahanan ISA yang mempunyai 5 orang anak seperti beliau, saya dan Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah peruntukkan RM1500.00 untuk beliau .

    Saya faham, jika tidak kerana terpaksa, tak mungkin beliau sanggup meminta lebih dari peruntukkan yang sepatutnya. Tetapi, inilah yang dikatakan kisah benar dalam kehidupan. Perasaan segan terpaksa di korbankan demi mendapat bantuan mencukupi buat anak-anak yang sedang membesar.

    Berikut adalah jumlah yang kami fikirkan paling sesuai diagihkan pada semua keluarga yang sedang dianiaya ini.


    1. Ibu berpendapatan kurang dari RM1,000, anak 7-10 - GMI beri RM2,000 2. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 4 -6 - RM1,500 3. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 3 - RM800.00 4. Ibu mempunyai 2 anak - RM600.00 5. Ibu dengan seorang anak - RM300.00

    Jumlah ini bagaimanapun tidaklah 'fix' kerana biasanya kami ambil kira pendapatan sampingan isteri yang diperolehi samada dari Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Yang jelasnya, semua bantuan itu memang jauh dari mencukupi untuk penghidupan mereka.Sekiranya suami mereka tidak ditahan dibawah ISA, sudah tentu suami mereka dboleh bekerja dan memperolehi pendapatan yang lebih besar dari jumlah itu.Dan yang paling penting, mereka tidak perlu meminta-minta pada sesiapa!!!

    Sewaktu membuat pembahagian itu, saya membayangkan suasana rumah dan keperluan anak-anak. Syukur, saya mengenali hampir 90peratus dari isteri-isteri ini dan mengetahui sejauh mana tahap kemiskinan dan kesukaran hidup mereka.Saya telah tiga kali melawat keluarga ISA di Sabah. Dan saya juga biasa menziarahi keluarga ISA di Semenanjung, baik yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, Johor hinggalah ke Kedah.

    Pastinya, tahap kehidupan memang tidak sama. Contohnya, seorang isteri di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM1.k setiap bulan, yang mempunyai 3 orang anak, memang terpaksa mengikat perut untuk melayakkan mereka menyewa rumah Bandaraya berharga RM300 dan memakai kereta berusia 20 tahun. Itu belum lagi termasuk perbelanjaan mereka ke Kem Kamunting!!

    Kini, masih ada lebih 40 tahanan ISA di Kem Kamunting..Ketika sessi sekolah dibuka kelak, Pengetua Sekolah, penjual buku dan unifom serta pemilik bas sekolah, tidak akan bertanya samada mereka ini anak tahanan ISA atau tidak. Semua anak-anak yang dizalimi ini terpaksa membayar semua urusan yang berkaitan dengan persekolahan.

    Bapa-bapa yang sepatutnya menjadi kepala keluarga, menjadi orang yang mencari nafkah untuk anak-anak, dikurung tanpa sebarang kerja dalam blok-blok usang di Kem Kamunting.

    Anak-anak masih kecil dan kurang memahami kenapa bapa mereka masih terus menerus di kurung di Pekan Kamunting sana..Hanya si ibulah yang pening kepala, memikirkan bagaimanakah hendak mencukupkan wang yang sedikit, bagi memenuhi keperluan yang begitu banyak��

    Siapakah yang perihatin dan simpati dengan nasib mereka..??


    Friday, December 26, 2008

    Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas

    KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) -Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.

    Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

    Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.

    Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).

    "Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong.

    Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.

    "Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan,"jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya.

    Pengundi-pengundi Cina dilaporkan membentuk 11 peratus dalam daftar pemilihan untuk pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ia penting buat BN.

    Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan,seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.

    "Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka.Itu merupakan urusan mereka,"tegasnya. -


    translator..

    English French German Spain Italian Dutch

    Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
    by : BTF

    Fakta Perak

    Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
    • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
      5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
    • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
    • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
    • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
    • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
    • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
    • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
    • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
    • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
    • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
    • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
    • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
    • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
      Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
    • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

    Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil