Followers

Showing posts with label ~syok sendiri~. Show all posts
Showing posts with label ~syok sendiri~. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

oh..kak pidah..!!


(salam pon macam terpaksa jek hehehe..)



adakah ikhlas senyum dan tawamu..??
apa pula kata hatimu..??
kenapa kulihat ada yg tidak beres dengan lakonanmu..
namun demi menjaga maruah dan kesejahteraan parti
kau rela melakonkan watakmu dengan baik
walaupon janggal terlihat di mataku...

teman sekelilingmu menebarkan senyuman sampai ke telinga
sedangkan hatimu menangis meraung...
tidak ada seorang pon yg menghirau..
terdengar bnyak suara yg sumbang dibelakangmu
namun kau tenang menelannya..

tabahnya kau
dalam kesedihan kau masih mampu tersenyum..
dalam sedih kau masih bertaring..
kerusimu menjadi rebutan..
mungkin kerana empuknya kerusimu
sehingga penggantimu tak sabar2 nak memilikinya..

namun kau tetap tersenyum
tapi apa salahnya kalau kau menangis kan..
tangisanmu mungkin akan mendiamkan mereka
tapi yg kunampak tangisanmu seperti tak berharga
kau tetap didesak dan didesak..dan terus didesak..

apa kah tindakanmu..?
ikut saje permintaannya..?
makin kuatlah raunganmu kelak..
entahlah kak pidah...ikutkan aje lah...
maka namamu akan tercatat dlam sejarah umno..
mesti kau akan bangga..



Monday, July 28, 2008

banyak wabak penyakit melanda Malaysia...

Ummi merasakan keadaan sekarang sepertinya Malaysia ini sedang dilanda 'bencana'...hmm sesuai ke tak kita gunakan perkataan tu..? apa sebab ummi cakap begitu..kerana terlalu banyak wabak yg melanda negara kita sekarang..contohnya wabak terkejut...wabak cepat perasan...cepat melatah..wabak sesumpah ..wabak fitnah memfitnah...wabak tak tido malam..wabak paling bahaya wabak dedah mendedah.....macam2 wabak lagi sampai tak terkata...sehingga hospital2 penuh dgn pesakit2 kronik yg sedang menunggu untuk dirawat...(yg paling kronik rakyat la apa lagi)

wabak terkejut
  • bila UMNO kalah di 5 negeri
  • bila harga minyak naik
  • bila harga barang keperluan dan makanan naik.
  • bila najib dan rosmah terlibat dgn altantuya
  • bila saiful diliwat DSAI
  • bila ada pimpinan PAS bermuzakarah dgn pimpinan UMNO
  • bila kata PAS nak bergabung dgn UMNO
  • banyak lagi sebenarnya...jgn ada yg mati terkejut dah la..
wabak cepat perasan
  • bila TGNA kata muzakarah itu hanyalah muqabalah
  • bila media masa masih lagi membesarkan isu muzakarah
  • bila TGNA kata nak bubarkan PAS dan UMNO utk tubuh parti baru
  • bila UMNO rasa dia masih releven
wabak cepat melatah
  • bila DSAI dituduh meliwat remaja 23 thn
  • bila PAS dikatakan bermuzakarah dgn UMNO dalm senyap2
  • bila MB Terengganu nak ganti Proton V6 kepada Merce
  • bila PAS dikatakn nak bergabung dgn UMNO
  • bila dalam PAS ada dalang2 yg nak bergabung dgn UMNO
  • bila ada artis tunjuk montot kat penonton kat program PROTES
wabak dedah mendedah
  • bila Raja Petra mengatakan Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya
  • bila kos repair Proton V6 tinggi
  • bila Saiful kata dia diliwat DSAI bukan sekali tapi bnyk kali
  • bila laporan pemeriksaan mengatakan Saiful tidak diliwat
  • bila DSAI mendakwa ada konspirasi disebalik kes liwat 2
  • banyak lagi lah..
wabak fitnah memfitnah
  • bila UMNO kalah di 5 negeri
  • bila DSAI kata dia akan ke Putrajaya
  • bila PAS tak hingin nak join UMNO
  • bila PR tak layan UMNO
  • terlalu banyak fitnah..dah nama pun skrg ni zaman fitnah
wabak sesumpah
  • bila Raja Petra mula membuat akuan bersumpah
  • bila Bala pulak buat akuan bersumpah kemudian tarik balik akuan tu
  • bila sumpah dah jadi sesumpah..hehehe
wabak tak boleh tido malam
  • bila DSAI nak bertanding di pilihanraya kecil
  • bila UMNO sekarang dlm keadaan nazak
  • bila Paklah nak serah jawatan kepada Najib
  • bila bulan September semakin hampir
  • bila Singapura nak tuntut EEZ
  • bila jarum UMNO telah patah
  • bila masalah sosial dah makin tak terbendung
  • bila gejala murtad dah bertambah ramai
  • bila negara dah banyak menerbitkan cerita..so blogger takleh tido kerana mencari bahan untuk dipublishkan..hehehe jgn mara nanti kena jual
walau apa pun yg sedang berlaku sekarang sebenarnya telah membuka bnyak mata dan minda rakyat tentang gejolak di dalam negara kita sekarang...tetapi masih lagi ada yg menutupkan mata,telinga dan mulut dorang dari kebenaran ..bahkan ada juga hati2 mereka yg telah menjadi batu untuk melihat sedalam2nya permasalahan negara kita sekarang ini..isu rakyat masih lagi tidak mendapat tempat di mata pemimpin... semoga hak rakyat dikembalikan dengan segera kepada rakyat sebelum rakyat bangkit menuntut hak dgn cara yg pemimpin tak suka...

wallahualam...

Sunday, July 20, 2008

PENGALAMAN PERTAMA SHUHUD

PENGALAMAN PERTAMA SHUHUD

Berlaku satu peristiwa pada bulan November 1980 setelah penulis mempelajari ilmu kerohanian selama enam tahun. peristiwa tersebut berlaku terhadap diri penulis ketika penulis hendak balik ke kampung melalui jalan Kepong-Tanjung Karang ke Bagan Datoh. Sepanjang dalam perjalanan, penulis tidak henti-henti mengamalkan zikir shuhud HU-ALLAH. Begitulah amalan yang lazimnya penulis lakukan dimana juga. Apabila sampai sahaja penulis disebuah jambatan (Kuala Selangor), penulis merasakan seluruh badan seram sejuk, seolah-olah ada gangguan. Ketika itu bermakam-macam timbul didalam fikiran penulis tetapi zikir terus juga penulis amalkan dan akal memberi isyarat supaya terus memikirkan keagungan Tuhan yang menjadikan seluruh alam. Sebaik sahaja melepasi jambatan tersebut, badan yang sebelumnya merasa seram sejuk bertukar menjadi nikmat yang tidak pernah penulis rasakan seumur hidup. Ketika itu semuanya dirasakan indah-indah belaka. Disebabkan peristiwa itu pertama kali berlaku penulis merasa ganjil juga takut-takut sesuatu yang buruk berlaku terhadap diri dan keluarga penulis, lalu penulis memberhentikan kenderaan dan berehat sebentar dan penulis memeriksa badan jika ada yang tidak kena, namun semuanya dalam keadaan baik. Lalu penulis teruskan memandu dan terus memikirkan semuanya itu adalah kehendak Tuhan, namun zikir tetap juga diteruskan. Yang anehnya rasa kenikmatan tersebut menjadi bertambah-tambah sehingga tidak lagi dapat dikawal, seolah-olah yang memandu kenderaan bukan lagi penulis. Ini kerana penulis bebas melihat ke kiri dan kanan malah kebelakang dan memandang kelangit dengan tiada merasa takut kalau-kalau berlaku kemalangan. Disamping itu penulis merasa apa yang penulis lihat seolah-olah tersenyum kepada penulis. Begitulah keadaannya sehingga ke Tanjung Karang.

Sebaik melepasi pekan Tanjung Karang disatu tempat melepasi kawasan dipersimpangan yang dinamakan Simpang Tengkorak, penulis diingatkan oleh suatu suara yang mengingatkan waktu Asar telah masuk, dan terus sahaja penulis memberhentikan kenderaan. Dan secara kebetulan memang ada masjid ditempat tersebut. Penulis berjalan kearah masjid tersebut seolah-olah tidak jejak kaki kebumi. Rumput-rumput serta pokok pula seolah-olah menundukkan diri kepada penulis. Sesampainya penulis diperkarangan masjid tersebut, penulis terus mengambil wudhu’. Disini berlaku lagi kenikmatan yang bertambah-tambah apabila penulis menyentuh air untuk mengambil wudhu’. Apabila selesai mengambil wudhu’, penulis pun melangkah masuk kedalam masjid. Didalam masjid itu kelihatan seorang tua sedang beriktikaf dan menjeling penulis sambil mengangguk-anggukkan kepalanya kepada penulis. Didalam hati penulis, orang tua tersebut mestilah seorang yang alim dan ahli syurga. Sekali imbas sahaja hati penulis mengatakan yang orang tua itu ahli syurga. Apabila penulis mula hendak mengangkat takbir, maka penulis merasakan suatu kenikmatan yang bertambah-tambah lagi.

Selesai sahaja sembahyang, penulis melihat orang tua tersebut sedang memandang penulis dan penulis nampak dengan jelas dia mengangkat tangan berdoa, tetapi matanya terus memandang penulis. Apabila penulis melangkah keluar daripada masjid, penulis terhidu bau yang sangat wangi. Penulis tidak menghiraukan lagi orang tua itu, akan tetapi apabila penulis berjalan keluar masjid tersebut kelihatan orang tua itu turut keluar masjid dan terus mengiringi langkah penulis sambil tangannya tetap dalam keadaan berdoa dengan mulut yang terkumat-kamit. Sebaik sampai dikereta, penulis terus sahaja masuk dan teringatkan pula Cermin mata mungkin tertinggal, penulis keluar balik dari kereta serta terus menuju kearah masjid tersebut. Yang anehnya masjid tempat penulis bersembahyang tadi sudah tiada lagi. Apa yang menghairankan penulis ialah ditapak masjid tersebut hanya ada susunan daun-daun kelapa kering yang tersusun rapi dan diatas daun kelapa tersebut penulis menemui balik cermin mata yang tertinggal tadi. Penulis meninggalkan tempat tersebut dan terus pulang. Didalam perjalanan menuju ke Bagan Datoh, penulis singgah di Sabak Bernam untuk minum air kelapa. Selepas minum penulis terus memandu mengikut jalan masjid. Sampai sahaja dikawasan masjid, penulis nampak lelaki dan perempuan keluar masjid dengan saiz badan yang tegap dan tinggi-tinggi dengan muka yang bengis dalam keadaan fizikal yang tidak sempurna. Ada yang berbadan manusia dan berkepalakan haiwan. Penulis terus mengucapkan Istighfar, dan kedengaran satu suara yang mengatakan mereka adalah jin dan haiwan. Penulis dalam keadaan merasakan nikmat terus sahaja memandu dan kelihatannya semua pokok dikiri kanan jalan tunduk kepada penulis.

Sampai sahaja dijambatan Sabak Bernam, yang mana dikawasan tersebut banyak pokok-pokok nipah yang mengeluarkan bunyi-bunyian apabila ditiup angin dengan daunnya tunduk kearah penulis, dan sebaik sahaja penulis melewati pokok tersebut, pokok itu pun kembali menjadi tegak semula. Sebaik sahaja jambatan hampir diseberangi, penulis merasakan badan penulis mula panas tetapi kenikmatan terus berlaku dan kenikmatan sedikit-sedikit beransur hilang. Selepas sampai kerumah, baru penulis rasa takut dengan peristiwa tersebut terutama apabila mengenangkan masjid yang hilang. Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


ZUHUD

Yang dimaksudkan zuhud itu ialah mengingati Allah dengan cara berterusan serta insaf akan segala kesalahan yang pernah dilakukan. Setiap manusia tidak sunyi daripada kesalahan, dan setiap kesalahan tidak semestinya berterusan dalam kehidupan manusia. Kadangkala sampai kepada tahap umur yang tertentu Allah memberikan suatu perasaan kepada manusia supaya menyelamatkan diri daripada terus melakukan perkara yang tidak memberi manfaat kepada mereka. Lalu perasaan tersebut mendorong mereka memikirkan bahawa segala yang terdapat dimuka bumi ini tidak memberi manfaat sesudah mati. Ini tidak bererti bahawa dunia ini tidak memberi faedah lansung secara total kepada kehidupan manusia. Yang dibimbangkan ialah cintakan dunia akan menjauhkan diri manusia itu dari Allah swt, kerana utamakan kemewahan yang menjadi bebanan hidup akhirnya. Zuhud pada awalnya datang kepada kehidupan manusia yang tidak tenteram dengan kemewahan kekayaan yang sentiasa dihantui oleh harta benda yang banyak, isteri yang cantik, gedung yang mewah dan besar. Semuanya itu tidak mendatangkan ketenangan kepada mereka. akhirnya mereka mula memikirkan keadaan yang kurang pada diri mereka dan mula sedar bahawa semua itu menjadi bebanan, begitu juga isteri, anak-anak, harta benda dan sebagainya. Akhirnya mereka berjumpa dengan apa yang mereka cari iaitu ketenangan. Dimanakah hendak mencari ketenangan hidup. Dikedai atau digedung tiada dijual. Tiada manusia yang layak menjualnya. Inilah yang dimaksudkan mencari yang tiada tetapi ADA. Oleh itu setiap manusia yang rindukan ketenangan didalam hidupnya sama ada ianya tergolong orang yang berada atau pun tidak berada, mestilah terlebih dahulu mencari guru yang dapat membimbingnya menyucikan nafsu Muthmainah (nafsu yang tenang). Kemudian melakukan zikir zuhud yang bertujuan menghampirkan diri kepada Allah swt. Amalan ini memberi kesan nikmat yang tidak terhingga. Hanya yang mengalaminya sahaja dapat membayangkan nikmatnya. Sebab itulah sesetengah ahli zikri mengatakan “nikmat itu datangnya daripada amal untuk menghampiri Allah lalu kamu merasa tenang dan kemelut itu datangnya daripada amal yang menghampiri dunia”.

Firman Allah didalam hadis Qudsi:

مَا تَقَرَّبَ اِلَىَّ عَبْدِ ى الْمُؤْمِنُ بِمِثْلِ الزُّهْدِ فِى الدُّ نْيَا وَلاَ تَعَبَّدَ نِى بِمِثْلِ اَدَاءِ مَا افْتَرَضْتُهُ

Maksudnya: tidak ada amalan yang mendekatkan diri seorang hamba yang mukmin kepadaKu seperti zuhud dunia, dan tidak ada satu amalan ibadat pun yang mendekatkan diri kepadaKu, seperti menunaikan semua fardhu keatasnya.
(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Abbas)

Pada zaman kemuncak kemajuan Islam, ramai dikalangan manusia yang mempunyai ilmu tidak dapat menikmati kelazatan hidup berdasarkan amal dan ilmunya. Oleh sebab itulah mereka mula mencari suatu kepuasan dunia dengan mencari punca nikmat, akhirnya mereka dapat. Ramai para alim ulama’ yang menceburkan dirinya mengamalkan zuhud pada suatu masa dahulu sehingga mereka tidak dapat dipengaruhi oleh kesenangan dunia. Mereka memandang dunia dan seluruh isinya tersangat kecil dan akan menjadi hancur pada bila-bila masa sahaja. Mereka melihat bagaimana istana yang indah, isteri yang cantik, harta yang bertimbun menjadi musnah oleh keadaan masa dan kehancuran akibat peperangan dan perampasan. Mereka juga sudah melihat bagaimana segala yang indah dan dipuja pada suatu ketika dahulu akhirnya menjadi berubah rupa dan keadaan, dan akhirnya semua itu menjadi lenyap dari sisi mereka. menyedari akan hakikat inilah mereka mencari nikmat yang kekal daripada Allah swt. Sesungguhnya segala ketenangan ada didalam diri manusia, dan kenikmatan juga ada didalam diri manusia. Semuanya itu tidak dapat dirasakan oleh manusia kerana ia terbenam dengan pancaran dunia dan isinya. Oleh itu ia perlu digilap dengan zuhud dan zikirnya supaya nur daripada Allah memancar kembali.

Thursday, July 17, 2008

~kita kisah ke.. tak kisah..?~


~ Tak kisah kalau kita melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau menyanggahi perintah Rasulullah.

** Apa yang penting, aku boleh buat apa yang aku suka. Sedangkan kita tahu Allah SWT telah berfirman: ‘tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan bertujuan untuk mereka beribadah kepadaKu’.

~ Kita tak kisah kalau kita dahulunya pernah melakukan banyak dosa. Hasilnya, kita tidak bertaubat dan tidak pernah menyesal.

** Sedangkan dosa yang banyak ditambah dengan hati yang tidak pernah menyesal akan menjadi sebab kita disiksa di hari pengadilan nanti.

~ Kita tak kisah kalau kita mempunyai ahli keluarga yang tidak mentaati Allah, meninggalkan perkara wajib dan melakukan perkara yang haram. Apa yang penting, diri kita baik walaupun keluarga kita tidak sebaik kita, kita tak kisah.

** Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri dan juga keluarga daripada api neraka.

~ Kita tak kisah kalau kita mencari rezeki sama ada harta yang kita perolehi itu halal atau haram.

** Sedangkan persoalan rezeki yang halal atau haram adalah di antara perkara yang akan dikira pada hari kiamat.

~ Kita tak kisah pada jalan apakah kita membelanjakan harta yang kita perolehi.

** Sedangkan harta yang halal mestilah dibelanjakan pada jalan yang halal..

~ Kita tak kisah kalau kita melihat saudara seagama kita ditindas, disiksa, hidup melarat, miskin, kurang makanan, ditimpa musibah…

** asalkan kita selamat,

~ kita tak kisah apa saja yang berlaku pada orang lain walaupun mereka itu orang Islam.

** Sedangkan Rasulullah berulang kali mengajarkan kita tentang kesatuan hati umat Islam walaupun berlainan bangsa, tempat asal atau warna kulit. Rasulullah sentiasa memastikan umat Islam yang berkemampuan membantu umat Islam yang kekurangan.

~ Kita tak kisah kalau kita mengata, mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki hamun sesiapa sahaja.

** Sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita bersifat begitu. Sedangkan kita tahu setiap percakapan itu boleh menjadi beban di akhirat nanti.

~ Kita tak kisah kalau kita atau anak-anak kita tidak tahu membaca Al Quran,

** Asalkan mereka tahu membaca ABC, boleh berbahasa dengan bahasa asing, pandai menggunakan komputer atau telefon bimbit.

~ Kita tak kisah kalau mereka yang bijak ini tak pandai membaca Al Quran apatah lagi memahaminya.

** Sedangkan Rasulullah bersungguh-sungguh menekankan tentang kepentingan belajar dan mempelajari Al Quran. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.

~ Kita tak kisah ketika memandu, kita tidak menghormati orang lain, tidak mengikut undang-undang, membahayakan nyawa pemandu lain….

** asalkan kita selamat,

~ kita tak kisah kalau ada orang yang nak marah.

** Sedangkan kita tahu bahawa setiap perbuatan kita yang menyusahkan dan membahayakan orang lain dikira sebagai dosa.

~ Kita tak kisah adakah pahala kita bertambah atau tidak, adakah dosa kita berkurang atau makin banyak..

** yang penting, kita sihat, berharta, bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka.

~ kita tak kisah kalau pahala tak dapat, dosa pulak bertimbun.

** Sedangkan dosa dan pahala adalah nilai ‘mata wang’ yang akan digunakan di akhirat, bukan ringgit, dollar, pesos atau harta dan kawan-kawan.

~ Kita tak kisah kalau ada pendapat orang lain yang betul apa yang penting ialah pendapat kita sahaja yang betul apa orang lain nak kata, itu kita tak peduli, semuanya tak betul kita tak kisah.

** Sedangkan kita diajar bahawa setiap orang itu tidak tahu semua perkara. Mungkin kita tersilap, maka kita perbetulkan kesilapan yang telah lama berlaku.

~ Kita tak kisah kalau makin ramai orang yang mengerjakan kemungkaran dan maksiat, kita tak pernah terfikir bagaimana kita ingin mengubah mereka kembali ke jalan yang benar kita tak kisah asalkan aku baik, aku tak kisah apa yang berlaku kepada orang lain.

** Sedangkan Rasulullah pernah memerintahkan kita mencegah kemungkaran sekadar termampu mengikut keadaan masing-masing.

~ Kita tak kisah kalau ada sesiapa yang menjatuhkan agama kita atau menghina Rasulullah atau memperlekehkan peraturan Islam, apa yang penting, jangan ada sesiapa yang memperlekehkan atau menghina kita dan keluarga kita.

** Sedangkan di dalam Islam, tanda keimanan adalah kita memelihara Islam, Al Quran
dan Rasulullah daripada dihina atau diperlekehkan.

'' ~ Tapi, adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk, syurga atau neraka atau mungkinkah
kita akan berkata: ‘Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih’? Semoga Allah SWT menerima amalan kita di dunia ini dan
mengampunkan segala kesalahan kita. Amin.~"


~wallahualam~

Tuesday, July 15, 2008

khas buat abang2 polis...

salam semua...

pagi2 lagi ummi dah dok merayap kat rumah orang..hehehe bukan rumah jiran tetangga kat luar ni..rumah kat dlam blog2 ni la..tgh syok2 jalan tersinggah la rumah seorang adik ni...ish..ish..ish...dia tgh marah rupanya..tapi kalau diikutkan apa yg dia berangkan sgt tu betul la pulak...nak tau dia marah kat sape..??haa..baca luahan hati dia ni...

ummi buh kat sini luahan hati dia pasai ummi pun setuju gak dgn pendapat dia ni hehehe...sabor le ye dik ooiii mana nak buatnye...

ok jom layannnn..! zasss...!
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu'alaikum...

Amaran Keras Oleh PDRM - Jangan berdemonstrasi!

Polis kata jangan... ( berdemonstrasi )

Polis kata jangan... ( berdemonstrasi )


Polis kata jangan... ( berdemonstrasi )


Polis kata jangan... ( berdemonstrasi )

Polis kata jangan... ( berdemonstrasi )

Polis kata jangan... ( berdemonstrasi )

Polis kata jangan... ( berdemonstrasi )


Itulah ayat "Keramat" dari PDRM semenjak tahun lepas sebelum gelombang kuning melanda negara Malaysia & kata-kata "Keramat" tu sampai ke hari ni masih "relevan" dalam mana-mana ceramah, kenyataan, tazkirah atau ingatan dari pihak KERAjaan & PDRM...

Boleh dikatakan tiap-tiap hari ayat tu diulang-ulang disemua media perdana sampaikan naik lunyai dah taik telinga kita yang mendengar amanat hancing ke 2-2 pihak tu.

Semalam pulak aku jadi rakyat Malaysia yang paling bangga di Malaysia bila tengokkan kekuatan platun PDRM yang bertungkus-lumus mengadakan sekatan jalanraya disana-sini mengalahkan pasar malam...

Kalau bawak kereta waktu malam, korang tengok cermin pandang belakang...kelip-kelip lampu biru kat belakang belum hilang, yang kat depan dah ada lagi satu lampu kelip-kelip lampu biru menunggu...meriah amat...macam pemandangan tengah laut Terengganu masa musim menyandat sotong tempohari...

Ni ha...hari ni pulak...pagi masa nak pergi kerja aku terfikir lak satu keadaan...agaknya macam ni la kot sahabat-sahabat kita kat Palestin tu hari-hari kene ngadap road block puak-puak yahudi...macam ada persamaan la...polis Yahudi buat sekatan kononnya dapat maklumat ada pengganas nak bom Israel...polis Malaysia pulak buat road block sebab dapat maklumat ada demo...nak tau sama tang mana???
2-2 polis BANGANG ni percaya dekat khabar angin!!!

Yang paling aku heran sekali bila aku tengok situasi semalam & hari ni & juga khabar-khabar bergambar dari kawan-kawan aku dari merata-rata tempat membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai kekuatan anggota polis yang bukan sedikit malah kalau nak berperang pun aku rasa tak de masalah langsung.

Tapi.........

MANA PERGI SEMUA BANGANG-BANGANG tu bila berlaku kes jenayah?
MANA PERGI SEMUA BANGANG-BANGANG tu bila berlaku kes culik?

MANA PERGI SEMUA BANGANG-BANGANG tu bila berlaku kes rompakan?

MANA PERGI SEMUA BANGANG-BANGANG tu bila berlaku kes bunuh?


MANA PERGI SEMUA BANGANG-BANGANG TU BILA ORANG AWAM DIANCAM JENAYAH???

Kenapa semua kekuatan tu hilang entah kemana bila berlaku jenayah? Kenapa polis boleh keluarkan kenyataan bahawa disesetengah tempat PDRM menghadapi kesukaran untuk membanteras jenayah berikutan kekurangan anggota...KEKURANGAN ANGGOTA KEPALA HOTAK ENGKAU!!!

Dari situasi & keadaan yang berlaku 2-3 hari ni aku dapat simpulkan bahawa PDRM LANGSUNG TAK SERIUS dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan rakyat Malaysia dari aktiviti-aktiviti jenayah yang makin berleluasa...

Buktinya, korang bukak la akhbar apa pun yang ada di Malaysia ni & korang tengok sendiri la berapa banyak kes jenayah berlaku setiap hari dikeliling kita & apa tindakan PDRM untuk meminimakan semua jenayah-jenayah tu.kita bukan mintak minimakan sampai 0% kadar jenayah & itu kita faham bahawa jenayah memang akan berlaku juga walau macam mana pun tapi yang kita persoalkan ialah tindakan PDRM...TINDAKAN!

Apa yang kita nampak & berlaku ialah PDRM lebih serius dalam soal politik...demo, demo, demo tak de lain...hal jenayah??? HAMPAS!!!

Aku nak tanya PDRM & pembaca-pembaca semua :
- dalam setiap demo yang dah diadakan di Malaysia, berapa ramai rakyat yang mampus sebab aktiviti demonstrator?
- dalam setiap demo yang dah diadakan di Malaysia, berapa ramai rakyat yang hilang harta benda dirompak demonstrator?
- dalam setiap demo yang dah diadakan di Malaysia, berapa ramai rakyat yang hilang anak bini akibat diculik demonstrator?
- dalam setiap demo yang dah diadakan di Malaysia, berapa banyak bank yang dah dirompak demonstrator?
- dalam setiap demo yang dah diadakan di Malaysia, berapa banyak kedai makan & kedai runcit yang kena pecah oleh demonstrator?

Cukup soalan aku & kalau jawapan korang untuk semua soalan diatas ialah "TIADA" maka tak salahlah kalau aku cakap pemimpin tertinggi KERAjaan & PDRM BANGANG, BANGANG, BANGANG & BANGANG!!!

Kesimpulannya kita rakyat Malaysia ni kalau buat kesalahan jenayah pasti pihak PDRM & KERAjaan tak kisah sangat & mungkin dianggap sebagai kes-kes terpencil tapi kalau kita rakyat Malaysia terlibat dengan "DEMONSTRASI" tunggulah labanya dari KERAjaan & dibantu oleh BANGANG-BANGANG PDRM & kesalahan tu mungkin dianggap lebih berat dari kesalahan MURTAD!!!lebih-lebih lagi kalau demo yang dianjurkan oleh pembangkang!

Kenyataan yang berlaku di Malaysia ialah PDRM DIKUASAI OLEH KERAjaan UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA & PENGUASA TERTINGGI PDRM ADALAH ALAT YANG BOLEH DIKAWAL BILA-BILA MASA OLEH KERAjaan YANG ADA DENGAN MENGGUNAKAN REMOTE CONTROL.

HANCUR NEGARA MALAYSIA bukan kerana ramai rakyatnya terlibat dengan jenayah, tetapi HANCURNYA NEGARA MALAYSIA adalah kerana penguasa yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam SIBUK BERPOLITIK LEBIH DARI AHLI POLITIK.

Sekadar menjelaskan pada semua...memang agak keras bahasa yang aku gunakan & aku tujukan pada pihak yang terbabit ( PDRM ) tapi aku rasa kesabaran aku dah hilang dalam soal keselamatan awam ni...semua anggota PDRM dari atas hingga yang bawah sekali DIAMANAHKAN oleh rakyat untuk menjaga keselamatan awam tapi nampaknya korang tak berminat nak pikul tanggungjawab tu...

Rakyat menjadi pembayar cukai, rakyat bekerja membanting tulang setiap masa & kebanyakan rakyat membayar cukai & dengan wang cukai rakyat itulah gaji kamu anggota-anggota PDRM dibayar tetapi apa yang rakyat dapat?

Keselamatan diri langsung tak terjamin apalagi keselamatan harta benda.bukan mengharap semuanya pada pihak berkuasa tapi bila tak nampak ada tindakan yang serius dari pihak yang sepatutnya jadi rakyat berhak untuk bersuara, tapi dimana suara rakyat pada pihak berkuasa???

Sekadar angin sebab tidak disertai dengan RM RM RM RM RM...lain pulak suara pak pak menteri diatas sana...walau laporan & maklumatnya tak masuk diakal tapi sebabkan maklumat tu beserta dengan kemasukan RM RM RM RM RM...jadi itulah yang didahulukan ya???

Pada aku mentaliti anggota tertinggi PDRM sekadar mentaliti BERUK JE...dapat pisang, pantas lah memanjat kelapa...tak dapat pisang, walau buah kelapa belambak-lambak kat atas pokok tu...jangan harap le nak panjat...

Korang makan la DUIT GAJI HARAM tu...sampai mampus aku tak kan halalkan walau sesen duit aku yang jadi gaji korang...

*artikel ini ditujukan hanya pada mereka-mereka yang terlibat sahaja...aku tau, bukan semua anggota keselamatan yang bersubahat...masih ramai yang baik-baik & bertanggungjawab...tapi nak buat macam mana kan...rezeki ada di mana-mana...fikir-fikirkan...bukan sahaja rezeki, yang lebih penting ialah "tanggungjawab"...di akhirat kelak akan disoal...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

adik ni kata bukan semua abang2 polis yg camtu kan..kan..kan.. so pada yg makan cili cepat2 le minum ayor...kang kuar asap tang tinger lak...

dan pada abang2 polis yg berkhidmat dgn menggunakan akal yg Allah bagi dan yg beriman..kami sentiasa mengharap dan berdoa semoga dapat melindung kami org2 awam yg masih memerlukan khidmat anda....

wallahualam....

Friday, July 11, 2008

kita makan duluuu...!!!

kali ni aku nak buh pasal masakan sebagai selingan kepada isu semasa sekarang yang makin hangat dan lagi menghangitkan..
memandangkan keadaan sekarang semua barang naik harga... so disarankan kita masak dirumah bagi menjimatkan perbelanjaan seharian kita...disini aku nak memperkenalkan satu masakan yg cukup simple,tak banyak guna belanja,tenaga dan yg penting ianya sedap..resepi ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.....

tgk rupa masakn ni cam sedapkan... tapi nama dia istimewa sangat...
"AYAM MASAK MALAS"...
(nama ni ada member yg kasi...melekat lak tu sampai skang..pada yg kasi nama masakn ni..jgn mintak royalti tau...
)
sejarah masakan ini adalah kerana masa masak lauk ni..
aku tgh dalam mood malas gilerr...

cara masak dia pon cara org malas.. bahan2 dia pon cam malas nak sediakan...so..jadila masakan malas nama dia..
ok la..ni aku nak berkongsi resepi "AYAM MASAK MALAS"

bahan2nye...
(sukatan ikut suka korang...)

ayam ikut suka korang nak banyak mana..
kicap ikut suka korang nak hitam mana...
bawang putih 2 ulas..ketuk2 pastu cincang2...
cili merah ikut ketahanan lidah korang..
gula ikut suka korang nak manis camne..
tepung jagung 1 sudu makan + dgn air..
minyak utk tumis bawang....dan jgn lupa kuali....
halia ikut suka korang..takyah bubuh pon takpe..

cara2 memasak....

panaskan kuali...masukkan minyak...tumiskan bawang putih..
pastu masukkan ayam...kicap...gula...
pastu godek2 bagi sebati pastu biarkan dia empuk...
leh la korang ngadap komputer/laptop korang...

apabila ayam dah cukup tempoh matang....
leh la masukkan cili....godek2 lagi...last siramkan dengan tepung jagung....
pastu hiaslah masakan korang dgn kreativiti korang sendiri..
hiaslah dgn anggun..elegen dan releven

#masakan ini telah diiktiraf oleh pakar2 maskan yg dah takde idea utk masakkn utk famili...

"SELAMAT MENCUBA"

komen2....

anak2 - sehingga tak terkata.. sebab tgh makan takleh nak bukak mulut..

hubby - dia kata tak bape sedap...tapi dia makan sampai tak hengat anak bini(sedap le maknanya tu..)

Tuesday, July 08, 2008

cendawan busut..

rasanya cukuplah kita asik cite pasal politik Malaysia ni ...

hari ni nak cerita pasal cendawan busut...
cendawan peberet aku ni.....korang penah tengok ke..??penah makan ke..??kalau sesape yang asal kampung tu mesti tak asing dengan cendawan ni..sekarang ni susah nak jumpa..selalunya bila musim hujan..pastu dirumah2 kita diserang sejenis serangga yang dikenali sebagai kelekatu..itu tandanya ada la rezeki nak makan cendawan busut ni..aku tak tau la kot2 ada nama lain pulak cendawan ni..tapi dari kecik sampailah dah jadi mak budak yg aku tau nama dia cendawan busut..sebab dia tumbuh di busut2 di dalam kebun2...




aku yang dok area kampong ni ,yang dikelilingi tumbuh2an ...rasa sgt bersyukur dikurniakan satu tumbuhan yg cukup sedap dan payah nak jumpa skang ni...jual pon takde tau....
ni la rupanye ....ni belom disiang lagi...penuh dgn tanah..

satu talam ko .... hubby aku angkut balik sampai licin kat kebun tu...1 pon tak tinggal wa cakap lu......(hakap gak laki aku tu..!!)



yang di atas ni dah siap diproses...lama tau nak nyudahkan...kira2 dekat 2 jam gak oooo

dah siap pon... setalam gak... masak pakai periuk besar lagi.... leh buat kenduri tau..
tapi harap maaf...gambar yang dah siap dimasak tak dapat nak bubuh.... pasal lepas masak je terus ngap...lupa nak snap...(terserlah kegelojohan ku...)
aku masak rebus jek...pastu dapat la jiran tetangga merasa sama...bak kata pepatah....org memberi kita merasa. . waow..dia punya rasa sehingga menjilat pinggan kau...

1 periuk besar tu mana larat nak ngabiskan....kang kembung cendawan lak satu famili....

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil