Followers

Wednesday, July 09, 2008

isu solat 5 waktu....

"a
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal diatas kecetekan buah pemikiran yang dilontarkan oleh Presiden Cuepacs, Omar Osman (foto)terhadap cadangan Kerajaan PAS Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam dinegeri itu.

Hujah beliau bahawa syarat itu akan menafikan hak kaum lain dalam menjawat jawatan di agensi Kerajaan di negeri itu membuktikan bahawa beliau sendiri tidak faham tentang dasar baru yang ingin diperkenalkan itu.

Pemudawilayah menasihatkan beliau agar tidak melatah sedemikian rupa dalam membahaskan isu ini. Apa yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS ini bukanlah perkara baru kerana hal ini telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat terdahulu dan Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa;

“Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan”. [Al- Bukhari]

Hadis di atas menyebut dengan jelas tentang solat yang menjadi komponen kedua terpenting dalam Rukun Islam. Perkara pertama yang akan disoal diakhirat kelak adalah tentang solat, ianya tiang agama, dan bagaimana seseorang pekerja itu dapat bermanfaat pada majikan jika tiang agamanya sudah tiada.

Soal solat ini juga adalah pembuktian penting umat Islam terhadap kepercayaan mereka kepada Allah (Tuhan). Bila sebut kepercayaan maka ia juga terkandung dalam perkara pertama dalam rukun negara iaitu kepercayaan pada Tuhan.

Arahan Kerajaan PAS ini juga adalah sebahagian dari usaha membasmi masalah rasuah dan disiplin kalangan penjawat awam yang gagal di atasi melalui kaedah semasa. Tindakan ini juga dibuat berpandukan keyakinan pada janji Allah bahawa:

“Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”. [Al-Ankabut ayat 45]

Kalau kita selidiki, kebanyakkan penjenayah yang beragama Islam atau golongan yang bermasalah di negara ini adalah dari kalangan mereka yang tidak menjaga solat.

Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ada menjelaskan bahawa;

“Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa”.

Peraturan ini juga hanya terhad kepada kakitangan yang beragama Islam dan mereka yang bukan beragama Islam masih tertakluk pada peraturan sedia ada.

Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya kerana ingin jadi hero kepada Kerajaan Barisan Nasional

Kewujudan peraturan ini hanyalah sebagai penegasan dan mendidik disiplin kakitangan, khususnya bagi mereka yang baru berhasrat menyertai kakitangan awam di Kelantan.

Pemudawilayah secara keseluruhannya menyokong cadangan ini dan berharap ianya dapat dilaksanakan dengan segera dan menjadi contoh bagi negeri lain.

saya pun sokong..dan berharap di Perak pun mengikut jejak kerajaan negeri Kelanatan..

PAS mesti keluar PR..???

aku suka artikel dibawah ni....aku dapat di TKO...
dan ini jawapan aku...

pandangan ini yang boleh membantu mereka2 yg mudah marah supaya berfikir dengan tenang..tak guna kita cepat melatah..bukan membantu tapi lagi mengeruhkan keadaan...kita kena fikir..kemenangan yang sdikit ini adalah ujian bagi kita untuk mencari keserasian dalam nak menjaga dan mengekalkan sebuah kemenangan..ini bukan satu tugas yg ringan..kalau kita tak bersatu maka mudahlah kita roboh...

PR sekarang ni ibarat pengantin baru..dalm proses nak mengenali dan mencari keserasian..biasalah..masa bercinta semua cantik belaka takde cacat cela..bila dah kawin baru la semua terserlah..abis takkan kita terus nak bercerai kalau ada perangai yg kita tak suka pada pasangan kita..?tentu kita bawak berbincang...tegur dia dan beritahu apa yg dia buat tu kita tak bekenan..mintak dia ubah perangai..jaga maruah keluarga...jaga nama baik pasanagan masing2..bertolak ansur...hormat menghormati...baru lah rumahtangga aman..kalau tak cukup pentarbiyyahan..kena la ditarbiyyah...ni gaduh sikit mintak cerai..majuk balik rumah mak..takkan takde rasa sayang sikit pun kot pada pasangan kita ni...

wallahualam

PAS mesti keluar Pakatan Rakyat" seorang sahabat memulakan bicara."Kenapa?" saya menyambut dengan tujuan membuka gelanggang perbincangan." Banyak sebab antaranya;

1. Kehadiran PAS dalam PR tak dihormati, contoh;
a) Kit Siang nak pulau perlantikan MB Perak,
b) Karpal bantah hasrat PAS nak buat Islam.
c) Guan Eng tak lantik wakil PAS dalam kerajaan PP walaupun untuk majlis agama.
d) MB Selangor teruskan konsert Ella walaupun dibantah Pemuda PAS.
e) Guan Eng kritik MB Kedah secara terbuka.
bla.bla.bla...katanya bersungguh sungguh.


Saya seakan membenarkan hujjahnya.... mengangguk. "Kalau PAS keluar PR apa pulak hasil yang boleh kita dapat??" saya memancing hujjahnya. Sahabat tadi terdiam. "Kita terus macam dulu.... Allah akan tolong kita bila berjuang dalam Islam.Kita mesti pertahankan prinsip perjuangan.katanya sekadar menambah kata tanpa hujjah yang kukuh.


Kata kata begini kerap kedengaran akhir akhir ini terutama selepas tragedi PROTES di Petaling Jaya yang dicemari Konsert Gila tajaan HIshamudin Rais.Kita tidak menafikan sebahagian dari hujjah golongan yang berfikiran sebegini. Sebahagian besar mereka adalah golongan yang sayang kepada perjuangan PAS. Mereka tidak mahu PAS keluar dari landasan perjuangan. Saya amat bersetuju.!!! Namun ianya bukan semudah kita menyalin baju. Pakai kemudian tanggal. Ia mesti mengambil kira untung rugi.Rugi pula bukan dikira berdasarkan jangkaan untung yang tak dapat tetapi mestilah dinilai dari modal yang hilang. apa yang kita hilang???


PAS masih baru bersama PR. Ditambah lagi baru menjadi kerajan di beberapa negeri. Terlalu banyak yang mesti diseragamkan. Kaedah Al Quran ialah mengajak kita mencari titik persamaan bukan perbezaan. Penilaian untung rugi mesti diukur dengan perbandingan bukan sekadar matlamat dan impian yang belum dicapai. Apa untung menjadi kerajaan bersama PR di beberapa negeri dengan keuntungan minimum berbanding menjadi pembangkang di bawah kerajaan BN dalam keadaan terus ditindas dan disekat.


Keuntungan juga bukan hanya di sudut politik semata mata tetapi juga disudut dakwah. Kita ghairah membincangkan apa yang kita tak boleh buat dan dapat walaupun menjadi kerajaan bersama PR. Kita terlupa membincangkan apakah yang kita ingin buat dan dapat jika kita menjadi pembangkang di bawah kerajaan BN boleh kita dapat? Semua kita maklum dengan kejahatan dan kezaliman BN yang tak pernah berubah. Di Selangor dulunya TGNA nak ceramah pun tak boleh... sekarang ianya dibuka seluas luasnya malah kita boleh menggunakan Premis yang dulunya dinafikan hak seperti Stadium. padang awam, dewan orang ramai dan beberapa premis awam lain lagi. Begitu juga di beberapa negeri PR.


Dulu terlalu sukar kita mendekati atau orang bukan Islam ingin hadir di majlis PAS, tetapi kini keadaan berubah mendadak malah kelab penyokong PAS ditubuhkan dengan banyaknya. Di dalam kerajaan, walaupun suara kita tidak didengar semuanya, tetapi sebahagian darinya didengari, sekurang kurangnya diberi perhatian. Beberapa pemimpin kita khususnya diperingkat negeri tertonjol mendadak sekali. Nama Nizar yang tak pernah dikenali melainkan bagi kami di Perak muncul tiba tiba. Jangan kita lupa bahawa kejayaan Kedah juga hasil persefahaman kita terlibat dengan PR. Jangan juga kita lupa, dengan tertubuhnya kerajaan PR di negeri lain, Kelantan tidak lagi menjadi sasaran tunggal BN. Kini BN terkial kial menembak me"khinzir" buta tanpa sasaran khusus. Tidakkah ini menguntungkan PAS???


Kita mesti ingat bahawa kini adalah masanya menerangkan konsep dan perjuangan PAS kepada masyarakat. Terlibat dengan PR adalah jalan pintas memperkenalkan PAS kepada rakyat Malaysia. Tiada lagi kebimbangan bukan Islam terhadap PAS.


Inilah kebijaksanaan pimpinan PAS menilai. Hasilnya bukan hari ini, mungkin esok atau lusa. Contoh Turki adalah paling ideal. AK menafikan langsung mereka memperjuangkan Islam. Namun mereka membuka ruang yang luas terhadap Islam apabila menjadi kerajaan. Tudung di Universiti cuba diperjuangkan. Kuasa Presiden dan tentera cuba dikurangkan. Tujuan utama mematikan benih dan akar yang melindungi sekular di Turki. Tugas seterusnya mesti disambung oleh generasi berikutnya. Tidakkah hayat Islam di Turki hanya disambung dengan sekolah Imam yang kemudiannya pun diharamkan setelah kerajaan sekular menyedari bahayanya. Sekolah Imam yang begitu terhad dan terbatas bidangnya inilah yang menyambung talian hayat hingga Islam muncul tiba tiba di Turki. Belajarlah dari realiti!!!


Perjuangan Islam mestilah di bina dengan kesabaran dan kesungguhan. Tempoh 13 tahun adalah tempoh lama seorang rasul di Mekah. Hasilnya terlalu sikit malah seolah tak kelihatan Hasilnya hanya dilihat di Madinah. kITA MESTILAH BIJAK MENGAMBIL PELUANG. Tidakkah Allahyarham Datuk Fadhil Nor dikritik habis habisan apabila bertindak bertemu dan membela DSAI ketika dibuang dari kerajaan??? hasilnya kita nikmati kini. Setelah ketiadaan Allahyarham.


Akhirnya diharapkan kita menilai dengan akal bukan dengan perasaan semata mata. Kita takkan mungkin mendapat semua yang kita inginkan, tetapi sekurang kurangnya kita mendapat sedikit yang boleh menjadi tapak yang lebih luas bagi generasi selepas kita meneguhkannya. Jangan dilayan provokasi musuh dengan hujjah kononnya PAS hilang identiti, tak di hargai. Mereka ini kebanyakannya ejen BN yang sedang memecahkan PR. Sebab itu TGNA dan TGHH menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan BN. Ambillah peluang menjadi kerajaan bersama PR memperkukuhkan perjuangan kita. Percayalah!!!!!Menjadi pembangkang dalam keadaan ditindas dan disekat oleh BN adalah lebih merugikan. Kita akui segala kesilapan dan harapan kita yang terlalu jauh untuk dicapai sebagai kerajaan hari ini bersama PR namun ianya akan menjadi lebih sukar dan lebih terhalang jika menjadi pembangkang dalam keadaan BN berkuasa. Tiada yang lebih buruk dan zalim di Malaysia selain kerajaan BN!!! Teruskan Perjuangan!!!!! Sii ru alabarakatIllah

Tuesday, July 08, 2008

cendawan busut..

rasanya cukuplah kita asik cite pasal politik Malaysia ni ...

hari ni nak cerita pasal cendawan busut...
cendawan peberet aku ni.....korang penah tengok ke..??penah makan ke..??kalau sesape yang asal kampung tu mesti tak asing dengan cendawan ni..sekarang ni susah nak jumpa..selalunya bila musim hujan..pastu dirumah2 kita diserang sejenis serangga yang dikenali sebagai kelekatu..itu tandanya ada la rezeki nak makan cendawan busut ni..aku tak tau la kot2 ada nama lain pulak cendawan ni..tapi dari kecik sampailah dah jadi mak budak yg aku tau nama dia cendawan busut..sebab dia tumbuh di busut2 di dalam kebun2...




aku yang dok area kampong ni ,yang dikelilingi tumbuh2an ...rasa sgt bersyukur dikurniakan satu tumbuhan yg cukup sedap dan payah nak jumpa skang ni...jual pon takde tau....
ni la rupanye ....ni belom disiang lagi...penuh dgn tanah..

satu talam ko .... hubby aku angkut balik sampai licin kat kebun tu...1 pon tak tinggal wa cakap lu......(hakap gak laki aku tu..!!)



yang di atas ni dah siap diproses...lama tau nak nyudahkan...kira2 dekat 2 jam gak oooo

dah siap pon... setalam gak... masak pakai periuk besar lagi.... leh buat kenduri tau..
tapi harap maaf...gambar yang dah siap dimasak tak dapat nak bubuh.... pasal lepas masak je terus ngap...lupa nak snap...(terserlah kegelojohan ku...)
aku masak rebus jek...pastu dapat la jiran tetangga merasa sama...bak kata pepatah....org memberi kita merasa. . waow..dia punya rasa sehingga menjilat pinggan kau...

1 periuk besar tu mana larat nak ngabiskan....kang kembung cendawan lak satu famili....

pada pendapat aku..



adakah angin puting beliung di stadium Kelana Jaya dah reda..?? aku jenguk2 ke sana...aku jengah2 ke sini..macam2 pandangan orang yang aku tgk.... macam2 luahan...ada yg marah..ada yg sokong...ada yg kutuk,maki bagai..kadang tu yg dimaki hamun bukan calang2 orang...pemimpin parti la..pemimpin komuniti la..orang yg banyk mengorbankan masa dan tenaga pada parti dan rakyat...walaupun tak hebat mana..walaupun tak besar mana sumbangan mereka..tapi kalau takde mereka2 ni..takkan la Mesia ni boleh jadi camnikan...nama pun manusia,tak lepas dari buat kesilapan..bukan senang kita nak kawal beribu2 kepala ni...ate camne..rambut je sama hitam..hati dan kepala hotak lain2..oppss...rambut pun dah tak semua sama warna...dah la warna rambut tak sama..warna kulit pun tak sama..bahasa pun tak sama...bangsa pun tak sama...abih camne..

cuba kalau kita la yg diamanahkan untuk megelola satu program tak usah la yg besar2 mcam Protes ni..kita ambik majlis cikai2 punye contoh majlis hi-tea pun cukup la...tgk la,korang mesti missed soru punye..nak kencing pun tak dan...tido hape lagi mau berbulan2 tak kenal bantal...panadol ntah berapa biji la dah ditelan..pendek kata waktu siang macam pendek aje..kalau sehari ada 36 jam..mau la 36 jam dia nak bekerja untuk majlis tu aje...pasal hasil mesti nak grand...nak yg terrrbaik..terrrhebat...terrrgemilang....kalau cacat sikit dah tentu orang bantai kita punye...so nak kata apa..nak puaskan hati orang ni bukan senang beb...last2 hati sendiri yg remuk...dah tentu kita harapkan kawan2 dan orang bawahan kita backup kita...takkan dalam seluruh majlis tu takde satu pun yg menafaat..takkan semuanya tak elok...biasa la lumrah manusia kalau yang elok orang tak kisah sangat..cuba kalau terkurang sikit itu la yg dia perasan...macam la pompuan lawa...cuba kalau ada sikit je parut kat muka dia..mana yg orang pandang..tentu parut tu kan..wajah dia yg lawa bak ratu cantik macamana pun orang tak nampak...bak kata pepatah.."kuman diseberang laut nampak...gajah kat batang hidung langsung tak nampak.."

dengan ikhlasnya saya suka pendapat seorang hamba Allah ni...>>>> rumah dia kat sini

tapi kalau nak kira pandangan aku...Protes semalam tu aku tak bape nak suka...pasal banyak yang lagha...laungan kebesaran Allah tak bape aku dengar...kerana laungan tu aku anggap keramat...bila dengar laungan takbir..naik semangat aku...bulu roma pun mengeremang...tu la aura kalimah "Allahu Akhbar..!!" dan memang jelas sangat Protes semalam tu menenggelamkan perjuangan kalimah tu..ntah la itu pendapat aku..orang lain aku tak tau..bijak pandai selalu sebut.."bila kita banyak cakap..banyak la kita buat silap"..kan baik ikuti contoh tuan guru Nik Aziz tak banyak cakap...tak banyak celoteh..tak banyak songeh...orang pun senang hati sejuk mata memandang...sejuk hati mendengar setiap tutur katanya..stiap perkataan yg diucap penuh dengan mesej..bukan cakap kosong je...

wallahualam...

mari tgk t.b.



  1. Dewan Pemuda PAS Pusat menyerah memorendum tubuh Suruhanjaya Diraja
  2. laungan TURUN HARGA MINYAK.... TURUN BN di Kelana Jaya
  3. apabila MB aku mula berkata-kata...Perak umumkan air percuma dan ganjaran ke IPTA, Kebijaksanaan YAB Datuk Seri Nizar jawab soalan wartawan.....
  4. Misteri kehilangan Subramaniam...

jalan-jalan cari info...



aku suka jalan2...arini aku jalan2 dgn kuda aku....
selalu aku jalan2 kat blog orang ni sambil2 mencari info dan hiburan....
blog2 yg aku suka lepak adalah blog yg unik...bukan ceritanya yg unik..
tapi cara penyampaiannya yg unik... kelakar dan yg penting info yg aku dpt tu senang nak paham dan tak buat kepala hotak aku serabut nak pikir2 lagi...pastu yg tak panjang berjela2...biar pendek tapi padat...yg penting funny..hehehe

arini aku terjumpa satu blog..ehh bukan terjumpa mmg dah lama jumpa... cuma entry dia buat aku ketawa...hahaha dari tajuk dia sampai lah tamat cite dia...'tipah tertipu...' hahaha walaupun ada unsur2 18sx punye cite...tapi very2 funny....>>>>kat sini aku singgah

sebelum tu aku singgah sambil minum kopi kat satu tempat....cite dia pun menghiburkan..tapi banyak yg tersirat dalam penulisan dia...baca kena dgn mata hati bukan dgn mata celik tapi hati buta.....>>>> aku suka lepak kat sini


tempat yg aku tak missed untuk jenguk...>>> kat sini dan sini.....
tempat lepak baru yang baru aku jumpa...>>>sronok gak kat sini dan sini ...dan sini...
sebenarnya banyak lagi tempat yang aku suka lepak...dan banyak jugak tempat yg tak kurang hebat dan mantop..tapi diatas ni la diantara tempat yg aku paling suka...hehehe ciayou..ciayou..!!
bravo..bravo..."majulah bloggers untuk negara"

Monday, July 07, 2008

borak2 pasal 6 Julai



semalam,aku di kolumpo...
aku , adik dan adik angkat aku dgn berkobar2nya kami naik bas menuju ke kolumpo..tujuannya nak gi join Himpunan Sejuta Rakyat...pasal masa BERSIH aritu aku bawak biras aku je..tak kasi tau adik aku yg berdua ni...dorang punya la marah kat aku..so yg himpunan ni awal2 dah kasi tau kat dorang...punya la semangat tiap2 ari tanya apa cite dgn program tu...persiapan jgn cite la..ngalahkan nak gi champing...kami bertolak dari perak 5hb lagi..tido kat rumah adik aku kat Sg.Penchala..malam kitaorang gi Uptown Damansara..saje jalan2 kasi duit kat orang...balik rumah dah kol 12 mlm..adik aku siap set jam kul 5.15am lagi...dalam hati aku giler tol bdak2 ni...aku cool je la..tapi dalam hati kahkahkah..... nak gelak depan dorang takut majuk lak...hehehe aku taknak lah bermuka2 lak..memang aku pun teruja gak..dlm kepala hotak ni terbayangkan suasana macam BERSIH aritu...ada trak FRU...ada acara tembak2 asap...ada acara siram2 ayor.....dalam pada itu duk bayangkan jugak...dalam stadium apa yg nak dibuat..??nak duduk dalam tu aje ke..??takde acara berarak ke..??takkan nak duk dalam tu dengar ceramah pulak kot..??ahhh...!! sampai sana nanti baru tau...sabar..sabar...senyum melerek aku masa letakkan kepala atas bantal..gamak2nya aku tido pun dalam keadaan tersenyum kot..hahaha

peserta paling awal bangun adik aku..pukul 5 dah bangun...dalam hati aku tak tido ke budak ni...rupa2nya memang betol la sangkaan aku...dia takleh tido hahaha...punya la berkobar2..dia la peserta pertama mandi dan bersiap...kemudian adik angkat aku lak...last sekali aku la..lepas solat semua kami sarapan..adik ipar aku lak anak dia ada sukan tadika...kalau tak mau join sama gak dia ni...takpe lain kali leh join ekk...dah siap2 timbul lak 1 problem..camne lak nak gi stadium..??dah la kami ni bukan biasa lepas ke kolumpo ni sendiri2..selalu ada je tukang bawak...tapi kalau dah nak rezeki tu..tak sangka adik aku ada balik...selalunya dia takde di rumah...so kitaorang bodek2 la mintak dia anta...lega la hati bdak berdua tu bila abang dorang mau antakan...

kami bertolak dari rumah tu pukul 10 pagi..itu pon dah hangat punggung budak berdua tu pasal dah lambat...takut jalan jem...takut polis block..macam2 la dorang risaukan...sampai je kat area stadium..aku jadi sikit pelik...apasal sunyi jek...??dalam hati celoteh gak..kot2 pasal ikut belakang kot..kami turun je dari kereta...kami terus beli pengikat kepala yg terjual di luar stadium...kat situ gak anggota Unit Amal sedang menerima taklimat ... bila kami melangkah masuk ke dalam stadium..mak aihhh.!!mana orang2 ni...??banyak tempat kosong...orang tak masuk lagi ke..??

jam 10.40 pagi orang makin ramai..tapi keadaan terlalu bertenang...aku dah mula tak suka suasana camni...rase macam gi stadium untuk dengar ceramah je gayanya...rope2nye,memang le weh oii...lepas sorang2 pimpinan berucap...diselang seli dengan nyanyian...sajak...tarian singa..gendang dari Hindraf....masa awal2 melabuhkan punggung di tengah2 padang...semangat la jugak..tapi makin lama makin menurun lak semangat aku..sebabnya asik duduk je kat tgh padang takde aktiviti lain...dalam banyak2 hiburan selingan..aku paling suka Dinsman dan Pyan Habib punya persembahan...

jam 1.00 tghari program berhenti rehat sehingga jam 2.00 ptg..so kami pun kuar cari bende makan utk mengisi perut..kami beli burger je..pasal makanan licin,nak jalan jauh2 malas la pulak..so burger pun burger la...kami makan di tepi kolam...sambil borak2..aku cakap kat adik2 aku ni..tak best la protes ni..pasal takde cam BERSIH aritu...tujuan kita nak bukak mata orang di luar sana tu tentang masalah rakyat sekarang ni... kalau duk kat dalam stadium jek...bila orang2 kat luar tu nak bukak mata..??lama2 dorang pun dah lali dgn keadaan sekarang ni..yg jadi mangsa orang2 yg tinggal kat luar bandar...yg pendapatan hanya cukup2 makan je... apa cite...??harga barang semua naik..pendapatan orang2 yg kerja kampung tetap jugak camtu...kesian tau...korang kebanyakkannya kerja makan gaji..tiap2 bulan dapat gaji..cuba bayangkan org kerja kampung ni kerja gaji harian..yg mengopek nyor mana ada gaji bulanan...yang kerja mencebak sawit...yg ke laut...bayangkan anak bini dorang camane..??nak mengisi barang dapor...anak nak belanja sekolah...nak bayar bil letrik,ayor..kesian wehh...!!bagi yg berkebun pulak...baja naik harga...racun naik harga...sekarang ni..kalau jual sawit setiap 1 tan kena pulak potong RM 50.00 giler betol sekarang ni...banyak yg tak logik dari logik....ntah la..dunia..dunia..

jam 1.45 ptg kami masuk semula ke dalam stadium...di tengah2 padang kaum muslimin sedang menyiapkan tempat untuk bersolat zohor...dan yg paling menyedihkan panorama di atas padang...penuh dgn sampah..!!takde sivik betol la kawan2 sedemontrasi aku ni...so kami pakat turun gi kutip sampah2 yg bertempiaran di atas padang...dalam pada mngutip tu mengomel jugak..nak kata yg datang ni budak2 semua dah tua2...takkan la nak buang sampah tak reti cari tong sampah..??mencemarkan betol..yg datang bukan saja orang tempatan..wartawan asing pun ada tau..takkan benda kecik camtu tak nampak...ish..ish..ish...bila sessi kedua bermula...sedihnya lah..tempat duduk yg sebelah pagi tadi penuh dah kosong...di padang pulak..di pinggir padang pun tak penuh...tapi disebabkan kemunculan Dinsman dan Pyan Habb lama kelamaan berisi tempat2 kosong tadi...orang makin ramai datang..kemudian abang Mat Sabu tiba...Azmin Ali datang...teruja betul aku nak dengar bebelan abg Mat sorang ni...tapi...nak kata apa..waktu makin mencemburui kami...kami terpaksa balik ke Perak sebelum malam...2 orang adik aku nak balik ke Ipoh...aku balik ke Bagan Datoh...nak tunggu abg Mat membebel tak dapat..huhuhu makanya kami pulang dengan sedikit perasaan terkilan..pasai adik aku dah tunggu kat luar nak angkut kami balik...sedih..sedih...kami meninggalkan stadium semasa Azmin Ali berucap...

oklah takat ni je lah aku larat nak membebel..jari dah penat...kat bawah ni disertakan gambar2 masa program Protes tu..harap bergumbiralah..!!




translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil