Followers

Sunday, July 13, 2008

Islam For All


8 Rejab, 1429 Hijrah. Tuan Guru Haji Abdul Hadi hari ini telah membuat perakuan gentelman dan jelas menunjukkan bahawa PAS memegang slogan bahawa ISLAM FOR ALL. Tak kiralah UMNO ke, PKR ke, DAP ke, Melayu, Cina, India atau apa bangsa dan aliran pemikiran jika mereka ini sanggup menerima ISLAM maka kita boleh sahaja bertemu dan merungkai kekusutan yang mereka ini hadapi.

Ketegasan TGHH dalam menyatakan hak PAS untuk membuat perundingan dengan mana-mana parti politik dan aliran pemikiran tidak perlu dilihat sebagai satu kebimbangan kepada Pakatan Rakyat. ISLAM FOR ALL perlu diterjemahkan dengan melaksanakan slogan tersebut.


Jika UMNO parti melayu dan majoriti beragama ISLAM boleh menerima prinsip ISLAM Hakiki yang dipegang oleh Jemaah PAS maka tidak menjadi suatu yang mencarik adat jika suatu persefahaman boleh dibentuk. PAS selain merupakan parti siasah ia juga mempunyai beban sebuah organisasi DAKWAH.


Andaikata, UMNO yang pincang dan sedia menerima ISLAM Hakiki dan bertolak ansur dalam melaksanakan ISLAM Aku berpendapat bahawa kenyataan TGHH wajib disokong dalam konteks dakwah dan siasah. Ahli PAS jangan cepat melatah, rakan Pakatan Rakyat juga jangan cepat marah. TGHH hanya meletakkan hak Parti PAS ditempatnya.


Aku masih ingat kata-kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz Nik Mat dalam ceramahnya lebih 7 tahun yang lalu. Jika UMNO atau mana-mana kerajaan menerima ISLAM sebagai teras dan pelembagaan negara maka PAS bersedia membubarkan parti tersebut dan bersatu atas nama satu parti sahaja. Begitulah pentingnya kedudukan ISLAM, menjangkaui hati dan kehendak ahli dan rakan-rakan dalam siasah hingga Parti sanggup dibubarkan jika ISLAM telah diterima sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah.


Aku menyeru diri ku dan semua ahli PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat. Sedarlah, yang kita anuti adalah ISLAM, PAS itu hanyalah sekadar kenderaan tunggangan. Jangan terlalu menghina UMNO hingga lupa tanggungjawab kita dalam dakwah kepada mereka.


AKU, golongan akar umbi yang berstatus hanyalah seorang petani berdiri teguh dan bersedia mempertahankan TGHH kepada kenyataan yang beliau ungkapkan berkenaan rundingan PAS & UMNO baru-baru ini. - **kelempong**

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Terkadang kita terlalu menganggapkan Islam itu PAS dan PAS itu Islam...PAS hanya parti ataupun alat untuk memenuhi tuntutan demokrasi di Malaysia ini...dan Islam adalah cara hidup yg mana umatnya wajib memenuhi segala tuntutan yg sudah dimaktubkan dalam Al-quran dan Sunnah...

PAS cuma meletakkan Islam sebagai tunjang pada perlembagaan parti untuk tujuan menegakkan syi'ar Islam di bumi Malaysia ini...seperti yg disebut di atas PAS hanya sekadar 'kenderaan tunggangan' maka tak hairanlah kalau ada yg rosak disana sini..yg penting tuan punya kenderaan kena segera memperbaikinya untuk boleh berfungsi dgn baik semula..

maka slogan "Islam For All" bukan hanya kepada PAS sahaja tetapi kepada semua makhluk tak kira bangsa,warna kulit,budaya,parti..tetapi untuk semua .."Islam for All and All for Islam.."

wallahualam..

Saturday, July 12, 2008

di mana kita..??

Kita berjumpa setelah banyak perkara yg berlaku semenjak kali terakhir kita bersua.....

Bnyk perubahan2 yg berlaku menyebabkan kita tidak mahu ketinggalan dgn perubahan yg mampu kita lakukan, walaupun apakah keputusan mendadak dpt membawa kearah kebaikan ataupun kearah yg sebaliknya, masa sahaja yg dpt menceritakan semula samada pilihan mana yg telahpun dibuat.

Hidup tetap perlu diteruskan sehingga tamat shif.....

Kadangkala kita menyesal setelah melakukan pilihan, boleh jadi setelah melakukan sesuatu perkara, mengenali seseorg, ataupun sebaliknya.....

Bagaimana kita menetapkan apa yg kita gunakan didalam membuat pilihan, bolehkah kita pastikan bahawa kita tidak akan menyesali apa2 pun keputusan yg telah ataupun akan buat???

Bolehkah kita mengambil jalan mudah menunding jari kearah org lain diatas kesilapan yg kita buat, atau menambahkan beban seharian dgn memikirkan cara utk menyelesaikan masalah yg timbul daripada pilihan kita tersebut.....

Teruskanlah usahamu utk menyelesaikan masalah yg telah berbangkit daripada pilihan kamu, dan jgn lupa bahawa terdapatnya pilihan yg kurang menyesakkan, iaitu, pilih sahaja seseorang ataupun sekumpulan utk menjadi "BAHAN"nya.....

~nukilan seorang adik~

dari surah Al-A'raf ayat 179
"...mereka mempunyai hati ,tetapi tidak dipergunakannnya untuk memahami(ayat-ayat Allah)dan mereka mempunyai mata(tetapi)tidak dipergunaknnya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Alla)dan mereka mempunyai telinga(tetapi)tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah)...."

"....dan barang siapa yang dihinakan Allah,maka tidak seorang pun yang dapat memuliakannya.."(Al-Hajj ayat 18)

"tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah,dan barang siapa yang beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberi petunjuk dalam hatinya..."(At-Taghabun ayat 11)

pepatah arab ada mengatakan..
"jika orang-orang terhormat sudah selamat,maka anak kambing tidak akan dihiraukan lagi.."

Friday, July 11, 2008

kita makan duluuu...!!!

kali ni aku nak buh pasal masakan sebagai selingan kepada isu semasa sekarang yang makin hangat dan lagi menghangitkan..
memandangkan keadaan sekarang semua barang naik harga... so disarankan kita masak dirumah bagi menjimatkan perbelanjaan seharian kita...disini aku nak memperkenalkan satu masakan yg cukup simple,tak banyak guna belanja,tenaga dan yg penting ianya sedap..resepi ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.....

tgk rupa masakn ni cam sedapkan... tapi nama dia istimewa sangat...
"AYAM MASAK MALAS"...
(nama ni ada member yg kasi...melekat lak tu sampai skang..pada yg kasi nama masakn ni..jgn mintak royalti tau...
)
sejarah masakan ini adalah kerana masa masak lauk ni..
aku tgh dalam mood malas gilerr...

cara masak dia pon cara org malas.. bahan2 dia pon cam malas nak sediakan...so..jadila masakan malas nama dia..
ok la..ni aku nak berkongsi resepi "AYAM MASAK MALAS"

bahan2nye...
(sukatan ikut suka korang...)

ayam ikut suka korang nak banyak mana..
kicap ikut suka korang nak hitam mana...
bawang putih 2 ulas..ketuk2 pastu cincang2...
cili merah ikut ketahanan lidah korang..
gula ikut suka korang nak manis camne..
tepung jagung 1 sudu makan + dgn air..
minyak utk tumis bawang....dan jgn lupa kuali....
halia ikut suka korang..takyah bubuh pon takpe..

cara2 memasak....

panaskan kuali...masukkan minyak...tumiskan bawang putih..
pastu masukkan ayam...kicap...gula...
pastu godek2 bagi sebati pastu biarkan dia empuk...
leh la korang ngadap komputer/laptop korang...

apabila ayam dah cukup tempoh matang....
leh la masukkan cili....godek2 lagi...last siramkan dengan tepung jagung....
pastu hiaslah masakan korang dgn kreativiti korang sendiri..
hiaslah dgn anggun..elegen dan releven

#masakan ini telah diiktiraf oleh pakar2 maskan yg dah takde idea utk masakkn utk famili...

"SELAMAT MENCUBA"

komen2....

anak2 - sehingga tak terkata.. sebab tgh makan takleh nak bukak mulut..

hubby - dia kata tak bape sedap...tapi dia makan sampai tak hengat anak bini(sedap le maknanya tu..)

bila Tok Guru Nik Aziz bersuara....!!

Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan.

Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).

Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.

Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.

Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.

Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.

Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.

Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".

Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?

Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa."

Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu.

Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.

Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.

Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.

Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.

Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.

Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.

Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.

Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.

Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama�, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.

Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.

Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.

Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.

Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.

Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 � 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.

Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.

Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.

Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.

Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!

Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.

Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.

Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

politik lendir...?? apa itu politik lendir..!!?


Entah apa istimewanya, media massa milik Umno begitu gemar memainkan isu tuduhan liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sejak tuduhan dilemparkan kepada Anwar ekoran laporan polis yang dibuat pemandu sukarela pejabat mantan Timbalan Perdana Menteri itu, 23 Jun lalu, isu liwat ini dimainkan saban hari dan menjadi isu paling sensasi dalam laporan-laporan media massa pro-BN.

Ketika siasatan polis sedang dijalankan dan episod-episod sampingan kes liwat itu digembar-gemburkan menjadi isu nasional dan antarabangsa (isu campur tangan Amerika Syarikat terhadap hal ehwal dalaman Malaysia), ada kalangan pemimpin Umno yang semacam tidak sabar-sabar mahu Anwar bermubahalah.

Bukan itu sahaja, tulisan pemuda yang mendakwa dirinya diliwat Anwar dalam blog tunangannya dipetik dan dijadikan semacam hujah bahawa Anwar takut untuk bermubahalah..

Pergerakan Pemuda Umno pada 6 Julai memaklumkan akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai isu tuduhan liwat membabitkan Anwar.

Ketuanya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jelajah yang akan dilakukan bersama barisan Exco Pergerakan Pemuda amat penting untuk memberi penerangan mengenai pembohongan dan muslihat Anwar yang dilihat boleh menghancurkan negara.

Begitulah hebatnya isu liwat ini bagi Pemuda Umno sehingga kononnya mampu 'menghancurkan negara'.

Bukan itu sahaja, Hishamuddin berharap jelajah yang akan bermula di Johor itu "diharap akan dapat menyuntik semangat Pemuda Umno di peringkat akar umbi selain mendedahkan pembohongan besar serta muslihat Anwar selama ini".

Begitulah tingginya harapan Hishamuddin terhadap isu liwat ini sehingga yakin ia mampu "menyuntik semangat" pemuda Umno yang gamaknya semakin malap akibat kekalahan mengejut BN di lima negeri dan kesukaran hidup ekoran kenaikan harga minyak.

Dalam keghairahan pemimpin Umno mendesak Anwar bersumpah, mantan TPM yang pernah menghadapi tribulasi serupa pada 1998 yang membawa kepada tahanan ISA dan enam tahun pemenjaraannya tidak mudah melatah.

Malah Anwar bertegas tidak akan melakukannya atas nasihat ulama dalam dan luar negara termasuk Mufti Perak Dato Seri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya.

Sehubungan itu pada 9 Julai, Anwar membuat laporan di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Qazaf adalah satu kesalahan dalam Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang merujuk kepada tuduhan zina palsu terhadap orang lain.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Menurut Anwar, keputusan membuat laporan itu dibuat selepas beliau dinasihati beberapa ulama dan peguam

Kamar Ainiah Kamarulzaman, peguam syar'ie yang mewakili Anwar menjelaskan, laporan itu dibuat memandangkan dalam kes liwat yang sedang dihadapinya, hukuman qazaf ke atas orang yang membuat tuduhan palsu tiada dalam undang-undang jenayah sivil.

Bagaimanapun seperti dijangka, media massa pro-Umno tidak serik-serik untuk mempolitikkan isu liwat ini.

Utusan Online di waktu yang sama memetik kenyataan Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Paduka Zaitoon Othman kononnya laporan Anwar itu seolah-olah �mencari perlindungan� atas dakwaan liwat yang masih belum dibuktikan.

Sememangnya Persatuan Peguam Muslim membawa suara Umno dalam apa juga isu yang melanda negara. Lihat sahajalah tindakan persatuan itu dalam membela Kerajaan BN dalam isu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas pada 1988.

Maka komen-komen dangkal beberapa peguam pun dirakam bagi menguatkan hujah Zaitoon. Semuanya bagi menghalalkan tindakan Umno dan BN mengeksploitasi isu liwat ini jauh melewati isu-isu negara yang lebih penting seperti kenaikan melampau harga minyak, rendahnya kredibiliti kerajaan yang memerintah, rasuah, inflasi dan kadar jenayah yang meningkat.

Malah kes liwat ini dijadikan senjata untuk merenggangkan hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Umno dan BN akan terus mengeksploitasi isu liwat ini bagi menghadapi pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat.

Politik lendir ini dijadikan modal utama BN dan Umno untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu lain yang lebih penting dan mendasar.

Walau apa pun kesudahan episod yang memalukan negara ini, ingatan Presiden PAS kepada media massa aliran Melayu yang sengaja membesar-besarkan isu peribadi melebihi isu rakyat perlu diberi perhatian.

Dunia seluruhnya melihat bagaimana rendahnya tahap politik Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini dan di peringkat global.

Ketika Iran menjadi tumpuan antarabangsa kerana melancarkan ujian peluru berpandu yang menggentarkan Amerika dan Israel, politik Melayu masih terperangkap dalam isu peribadi pemimpin yang sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah

Media massa Melayu begitu ghairah membicarakan soal liwat dan mubahalah, sedangkan bangsa Melayu majoritinya menghadapi saat-saat sukar dalam menempuh hidup seharian akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian.

Politik lendir ini perlu dihentikan. Dan tiada siapa yang lebih berhak menghentikannya selain rakyat! _

Thursday, July 10, 2008

tepuk amai-amai....!!!!


tepuk amai-amai...
belalang kupu-kupu....
tepuklah beramai-ramai...
pak kadok malang selalu...

turun harga minyak turun..!!
naik harga minyak naik..!!

‘Kita akan semak’-kuota biasiswa JPA – TPM


KUALA LUMPUR 9 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia menyemak kembali kuota peruntukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar bumiputera.

“Kita akan semak, tengok dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan buku berjudul Ibrahim Pahlawan Melayu di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Najib mengulas desakan pelbagai pihak yang menuntut kerajaan mengkaji semula langkah JPA mengubah nisbah pemberian biasiswa kepada pelajar bumiputera.

JPA sebelum ini menawarkan 2,000 biasiswa setiap tahun dengan pecahan 90 peratus kepada pelajar bumiputera dan bakinya kepada bukan bumiputera.

Namun, nisbah pemberian biasiswa itu diubah baru-baru ini dengan 50 peratus diberikan kepada bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus untuk kaum-kaum lain.

berita lanjut disini

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melihat tindakan menaikkan kuota biasiswa ke atas pelajar bukan Bumiputera di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bukanlah suatu langkah penyelesaian yang terbaik.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata dalam suatu kenyataannya ketika merujuk kenyataan kerajaan yang akan menaikkan kuota itu daripada 10 kepada 45 peratus pemberian biasiswa kepada bukan Bumiputera di bawah tajaan JPA mulai tahun ini.

"Dalam keghairahan kita menaikkan kuota biasiswa sebanyak 35% sebagai hadiah kepada bukan bumiputera, isu-isu sampingan yang melibatkan sensitiviti penduduk peribumi dalam negara juga harus diambil kira.

"Sepertimana kita sedia maklum, biasiswa pendidikan ini adalah hak penuh pelajar Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

berita lanjut disni

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

apakah wajar setelah dilaksanakan baru nak disemak semula..?? apakah tujuan kerajaan mengurangkan kuota untuk bumiputera..?

siapakah yg patut dipersalahkan..??

JPA atau KERAJAAN..??

nampaknya 'ketuanan melayu' yang diperjuangkan amno semakin terhakis oleh tangan2 pimpinan mereka sendiri....

kesian la kat budak2 bumiputera yang tak dapat peluang ini walaupun layak...bak kata pepatah "anak orang disusui..anak sendiri cari susu kat rumah orang lain pulak.."

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil