Followers

Saturday, June 07, 2008

saya budak baru belajar...

































aku baru je kenal dgn photoshop ni...godek nye godek dekat 2 minggu baru cerdik dgn bende ni...di sebelah ni adalah cubaan2 yg ntah berapa ratus kali ntah...hahahaha..but aku memang ketagih buat bende ni..hehehe
..al-maklumlah..dah tua baru terdedah dgn bende alah ni...sambil belajar dgn kengkawan..anak jgak jadi guru aku...ilmu ni tak kira dgn sape kita leh blajar...anak pun anaklah...janji bertambah gak ilmu dunia ni...

Friday, June 06, 2008

UBAH GAYA HIDUP...!!!



camni kot kerajaan kita nak sarankan pada rakyat dia...
(masih leh pakai lagi video klip ni ekk..)

"MALAYSIA BOLEH..!!
CEMERLANG.
.(cemerlang mengundurkan taraf hidup rakyat..)
GEMILANG..(gemilang kerana ketaatan rakyat pada pemimpin..)
TERBILANG...(terbilang ramai rakyat yg akan merempat..)



Thursday, June 05, 2008

apa cite ni..??


Image











"Bayar RM150 atau RM625 sekali setahun sahaja tetapi menderita setiap hari, apa gunanya? Ini semua sekadar nak mengaburi mata dan memujuk rakyat semata-mata"....

Najib oo Najib apa kes ni..??


sehari di Kuala Lumpur ...


semalam aku dgn adik turun KL...aku gi Low Yatt belikan laptop utk anak aku...pastu kami kuar gi dating dgn Ida dgn Lan...makan2 kat Bukit Indah...kami sampai kat sana kol 5.30 ptg...borak2..makan2..sampai la kat pukul 7 kami kuar dari tempat makan tu...nak kuar jek dah nampak keta berderet2(jem arr pe lagi..)ingatkan kot ada accident...tapi asal org dok pusu2 nak isi minyak....?? punya la kami ralit borak tak tau kan ada berita tentang kenaikkan harga minyak ni..ish..ish...rupanya mesia dilanda tsunami lagi...la ni pulak tsunami minyak naik..bukan sikit2 lak tu...78sen jek petrol naik..disel lak RM 1 jek..apa nak kecoh2 kan..biasa arr..BN kan...!! apa nak heran..dah agak dah.. yg nak dijadikan cite kat sini...kitaorang nak balik Perak sampai kol 10 mlm tak dpt2 nak kuar dari KL..nak join isi minyak..jgn harap la leh join...berbatu2 dia punye que tu..so sepanjang jalan balik ke Perak kami kena ikut highway utk mengelak kesesakkn jalanraya...dan sepanjang jaln gak aku tgk..pam2 minyak la tempat yg paling meriah... tgk je la gambar bawh ni...

petrol price hike before increase panic consumers 040608 04 petrol price hike before increase panic consumers 040608 03











aku panggil pesta ngisi minyak....meriah giler...dgn muka org yg bermacam2 reaksi..dgn potong memotong que nye...pendek kata macam2 ada...kami sampai rumah kol 12 mlm..tgk2 kat depan rumah aku bertong2 minyak beratur kat muka pintu...rupanya hubby aku lagi giler2 beli minyak..hahahaha...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil