Saturday, May 09, 2009
Friday, May 08, 2009
Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!
(Email diterbit tanpa edit)
Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.
Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana. Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?
Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.
Shukri tanya nak minta tolong apa?
Hamba Allah tu kata:
"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).
Sdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.
Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia. Ini dah kira kes kronik ni.
Kata Shukri:
"Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa"
Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu.. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu.
Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!
Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni.
Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.
Bila dah sampai ke rumah tu, di tingkat 4 Flat PPR Bagan Ajam, bila dah masuk ke dalam, bila tengok dan jumpa sendiri sdra Rashidi dan anak perempuannya yang dua tahun 1/2 tu, dan adik2 sdra Rashidi termasuk seorang OKU yg ditanggungnya serta ibu yg yg sudah tua dan ayah tirinya yang mungkin cuma menanti hari, bila melihat suasana dalam rumah tu seperti tiada "roh" kehidupan di dalamnya, saya pandang Wahab dan Wahab pandang saya. Masing-masing tak tau nak kata apa.
Sdra Rashidi mengambil upah mencuci kontena, dapatlah sikit-sikit habuan makan minum, bayar sewa, api air dan belanja persekolahan adik-adiknya.
Masalahnya, Ujian hidup yg sedang dihadapi oleh beliau terlalu gawat - anak kecil yg perlu dijaga sedangkan isteri (? - sembunyi dlm bilik dikatakan beliau ada masalah "tekanan"), ibu tua yg tiada kerja dan ayah tiri yg tiada upaya, adik lelaki darjah 4 OKU, kemudian dibeban pula dengan adik pompuannya (Ibu Tinggal? yg nampak mcm ada masalah "tekanan") yg juga punya seorang anak kecil tinggal bersama. Daripada pandangan mata kasar, kami melihat hampir kesemua yg ada dlm rumah itu seolah-oleh sedang dihurung tekanan kecuali sdra Rashidi yang nampaknya begitu tenang menghadapi keadaan, mungkin kerana pegangan agama beliau agaknya.
Apabila diminta cerita kisah beliau bertemu dgn sdra Shukri secara tak sengaja di hadapan bank tempoh hari, sdra Rashidi habag kata hari tu di rumah beliau terputus bekalan. Beliau nekad bawa anak pompuannya tu, ambik bas nak pi cari duit sikit. Lajak pi bank - sebab katanya insyaallah ada sikit wang Advance Gaji drpd majikannya untuk belanja keperluan. Dalam pencarian itu, beliau turun SOLAT maghrib di masjid seb jaya. Dari situ beliau menumpang keta seorang hamba Allah turun di Maybank. Di situlah beliau ditakdirkan berjumpa dgn sdra Shukri.
On the way back, Shukri cerita:
"Aku bukannya apa, aku naik kesian kat anak dia tu, dia habag sebab tak dak duit nak beli susu dia pi beli minuman kotak jenis Ribina ka apa bagi anak dia minum. Tak sampai hati aku tengok budak kecik tu dok minum minuman kotak ganti SUSU!"
Entahlah, sdra Rashidi ni memang nampak sungguh segan dengan kedatangan kami itu sebab saya lihat secara AZALI nya beliau bukan jenis yg suka meminta-minta. Dia ada cakap kat saya mcm dia rasa terhina dan segan sungguh bila Ayah Tiri dia yg tua tu selalu saja jiran-jiran kat rumah flat tu tolong bagi makan. Dia kata, sebagai anak, apa pun terjadi, itu adalah tanggungjawab beliau untuk cara makan/minum ayah mak dan adik-adik serta anak beliau.
Saya kata tak payah seganlah, kita kena ingat bahawa apa yang berlaku malam ini semuanya sudah ditulis oleh ALLAH SWT dlm Loh Mahfuz sebelum kita ini semua lahir lagi. Saya kata, ini semua kerja Tuhan, Tuhan dah tulis dah bahawasanya pada malam ini jam 9:16 mlm 30 April 2009 akan ada 4 orang lelaki entah dari mana-mana yang beliau tak kenai, akan mai rumah dia bawa mai susu Dumex Dugro, beras 10kg 2 kampit dan serba sikit makanan untuk keperluan keluarganya.
Saya ulang kata, ini semua adalah kerja Tuhan. Rezeki ini dah ditulis dah atas nama beliau, tak perlu segan. Beliau nampaknya faham tapi nampak masih segan.
Waktu nak turun Lift, sdra Shukri cakap:
"Munir, hg tolong habag kat sapa-sapa yg teringin nak mai bagi sumbangan kat depa ini, jangan la mai waktu siang. Aku mai siang hari tu, bila jiran-jiran dok tengok, Rashidi tu nampak malu dan segan sungguh. Walau pun dia susah, tapi dia bukan jenis yg suka dok minta-minta. Yang dia minta kat aku di bank hari tu - yang itu kira paling teruk dah, sebab dia tak tau nak buat apa dah, anak tak dak SUSU nak makan, dia sanggup perjatuhkan maruah dia demi ANAK!!"
Maka dengan itu, kami mengharapkan, kalaulah ada mana-mana kawan di Pulau Pinang khususnya yang ada duit belanja dapur sedikit berlebihan, ada masa belilah susu Dumex Dugro setin dua dan juga brg2 asas seperti beras, gula, minyak, tepung dsg; cuba-cubalah pi jenguk keluarga daif ini di no A4-1-3 Flat Thambi Kecik, Bagan Ajam. Moga kerja buat kalian itu, memetik kata sdra Rashidi kpd kami tadi:
"Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mampu membalasnya"
Wallah hu aklam
moniermatdin
30.4.09
Adam Yew Abdullah
sopannya cara UBN merampas..!!
Ibuku sebelah mata...
sempena kita bakal menyambut hari ibu..ummi ingin menucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu..mama..ummi..ummu..mami..mak..bonda..dan semua wanita/muslimah di mana saja anda berada..
Semoga anda sentiasa dibawah payung kerahmatan Allah...dan berbahagia ke akhir hayat..
كان لأمي عين واحدة... وقد كرهتها... لأنها كانت تسبب لي الإحراج
Ibuku buta sebelah mata.
Aku benci ibuku… dia amat memalukan saya
وكانت تعمل طاهية في المدرسة التي أتعلم فيها لتعيل العائلة
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
ذات يوم...في المرحلة الابتدائية جاءت لتطمئن عَلي
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah ibu ku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
أحسست بالإحراج فعلاً ... كيف فعلت هذا بي؟!
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepada ku?
تجاهلتها, ورميتها بنظرة مليئة بالكره.
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
وفي اليوم التالي قال أحد التلامذة ...
أمك بعين واحده ... أووووه
Keesokkan harinya salah seorang rakan darjah berkata,
“EEEE, ibumu hanya ada one mata!"
وحينها تمنيت أن أدفن نفسي
وأن تختفي امي من حياتي.
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku.
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku
في اليوم التالي واجهتها :
لقد جعلتِ مني أضحوكة, لِم لا تموتين
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, akan lebih baik awak mati saja?!!!"
ولكنها لم تُجب!!!
Ibuku hanya berdiam diri!!!
لم أكن متردداً فيما قلت ولم أفكر بكلامي لأني كنت غاضباً جداً .
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengan marah ketika itu.
ولم أبالي لمشاعرها ...
Aku langsung tidak perdulikan akan perasaannya…
وأردت مغادرة المكان..
Aku ingin keluar dari rumah itu…
درست بجد وحصلتُ على منحة للدراسة في سنغافورة.
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat
melanjutkan pelajaran ke Singapura.
وفعلاً.. ذهبت .. ودرست .. ثم تزوجت .. واشتريت بيتاً .. وأنجبت أولاداً وكنت سعيداً ومرتاحاً في حياتي.
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan medapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupan ku.
وفي يوم من الأيام ..أتت أمي لزيارتي ولم تكن قد رأتني منذ سنوات ولم ترى أحفادها أبداً
Suatu hari ibuku datang menziarahi ku. Sudah lama dia tidak berjumpa ku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.
...وقفت على الباب وأخذ أولادي يضحكون
Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawa kepadanya.
صرخت: كيف تجرأتِ وأتيت لتخيفي اطفالي؟.. اخرجي حال!!!اً
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang kesini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!”
أجابت بهدوء: (آسفة .. أخطأتٌ العنوان على ما يبدو).. واختفت....
Dengan pantas ibuku memjawap”Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.
وذات يوم وصلتني رسالة من المدرسة تدعوني لجمع الشمل العائلي.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumah ku.
فكذبت على زوجتي وأخبرتها أنني سأذهب في رحلة عمل...
Oleh itu saya telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…
بعد الاجتماع ذهبت الى البيت القديم الذي كنا نعيش فيه, للفضول فقط!!!.
Selepas perjumpaan itu, saya telah pergi kerumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
أخبرني الجيران أن أمي.... توفيت.
Jiran memberitahu ku yang ibuku telah meninggal.
لم أذرف ولو دمعة واحدة !!
Aku tidak menitis setitik airmata pun!!
قاموا بتسليمي رسالة من أمي ....
Jiran itu telah menyerahkan kepada aku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
ابني الحبيب.. لطالما فكرت بك..
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa..
آسفة لمجيئي إلى سنغافورة وإخافة أولادك.
Aku minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
كنت سعيدة جداً عندما سمعتُ أنك سوف تأتي للاجتماع.
Saya gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama
ولكني قد لا أستطيع مغادرة السرير لرؤيتك.
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa dengan mu.
آسفة لأنني سببت لك الإحراج مراتٍ ومرات في حياتك.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.
هل تعلم... لقد تعرضتَ لحادثٍ عندما كنت صغيراً وقد فقدتَ عينك.
Kamu mungkin tidak tahu….semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
وكأي أم, لم استطع أن أتركك تكبر بعينٍ واحدةٍ...
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata..
ولِذا... أعطيتكَ عيني .....
Oleh itu …aku memberi salah satu mata ku kepada kamu….
وكنتُ سعيدة وفخورة جداً لأن ابني يستطيع رؤية العالم بعيني.
Aku amat berbangga kerana anak lelaki ku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini.
.....مع حبي.....
…Dengan kasih kepada mu…
.....أمــــــــــــك.....
…IBU KAMU…
Rasulullah s.aw. Bersabda, Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan rasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu
omy - Ahmed Bukhatir
BN menjatuhkan maruah rakyat Malaysia...MEMALUKAN..!!
Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.
Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.
“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.
“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.
Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.
Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.
Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.
“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.
dia koyakkan baju dia sendiri..
Thursday, May 07, 2009
Bisikan kontrovasi...
kalau dinilai gambar ini..berbagai spekulasi boleh dibuat...
apalah agaknya tujuan bisikan itu...?
baginda Sultan Perak pernah berkata2 yang memberi harapan...
Raja Muda juga memberikan signal harapan...
Sultan berkata..Allah bersama2 orang yang sabar...
Raja Muda berkata....beta mahu berkerja dengan Pakatan rakyat....
kalau kita bersangka baik....apa yang disuarakan..?
kalau kita bersangka buruk...apa pula ceritanya...?
bukan niat nak menimbulkan rasa gundah gulana..sekadar untuk berhati2...maaf sekiranya ada yang tersinggung...patik mohon sembah derhaka...kerana mencurigai...
wallahualm..
Raja Nazrin bersalaman selepas rasmi DUN..
setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.
Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
gambar Siva ketika diheret keluar dewan dgn paksa
Raja Muda masuk dewan merasmi DUN
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.
Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.
Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.
Sebelum Sidang bermula sekali lagi DS. Nizar merafak sembaah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak berkenaan untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.
dewan dimasuki orang yang tidak dikenali
Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.
Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.-cinaIslam
Polis angkat Speaker yang sah keluar dewan
Dato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Semakin jelaslah sekarang Dato' SUK lah yang jadi dalang dan perancangnya selama ini. Dia jugalah yang merancang supaya pembesar suara di sebelah ADUN PR dan Speaker tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi.
ADUN PR pula cuba tarik keluar Speaker Haram
2 Adun PR cuba menarik keluar Speaker haram dari kerusi, Adun BN pula membantu Speaker Haram. Berlakulah tarik menarik. Tak ada kesudahannya.
Sehingga sekarang belum ada lagi baling kerusi dan baling buku Perintah Tetap. Harap tidak sampai ke situ.
POLIS PULA CAMPUR TANGAN
Polis kini campur tangan, keadaan tidak terkawal. Beberapa anggota polis kelihatan mahu memasuki dewan.
Polis angkat Speaker yang sah keluar dewan
Lebih kurang jam 2.41 petang, sekumpulan orang yang berjaket hitam dipercayai anggota polis memeluk dan mengangkat keluar Speaker dari kerusinya dan mengheret keluar dari dewan. Dalam masa yang sama ADUN PR pula cuba mengheret Spekaer Haram keluar dari dewan. Suasana semakin parah dan kecoh.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.
Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.
sumber misbahulmunir
siva dipaksa keluar dewan
14:41 | The situation is quite bad in the Dewan. The BN Aduns and the sergeant at arms are trying to forcefully remove Siva from his seat. |
14:43 | They have forcefully removed the Speaker from his seat. Pakatan Aduns are now trying to prevent Ganesan from taking the Speaker's seat. |
14:43 | A couple of police officers are in the Dewan. |
14:44 | [Comment From Guest ] this is madness! |
14:47 | Siva has been taken out of the Dewan. His seat has been taken away. The Speaker's desk is now vacant. |
14:48 | [Comment From azmi penang ] don`t worry .this issue will bring more vote counts for pakatan rakyat in future..takbir |
14:50 | [Comment From CK ] Siva hero. He never left the battle field, he go down as our hero! |
14:52 | Outside the State Assembly gate, reporters are now gathering. |
14:52 | [Comment From Kenny ] BN using its brute force to remove the legal speaker and assert its authority. The people will remember this ugly scene. |
14:54 | A few FRU personnel have emerged from their trucks outside. |
14:54 | [Comment From black perakian ] this scene must be included in the school history text book! |
14:57 | Ganesan has taken over the Speaker's seat and he is trying to restore order. But Pakatan Aduns are drowning him out. "It's like a market here now," says an eye-witness. |
14:58 | They are still drowning out Ganesan. |
14:59 | About FRU personnel are moving outside to take up positions. sumber anil netto |
acara tangkap pimpinan PR
polis masuk dewan....
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.
Terdapat usaha merampas kerusi Speaker
keadaan semakin kecoh..!! apa peranan ketua negeri..inilah masanya untuk bubarkan DUN..
di Balai polis Sungai Senam
Dihadapan Balai polis Sungai Senam. Seramai hampir 70 orang ditahan diBalai Polis Sungai Senam. Hampir sepuluh peguam sudah berada disini termasuk Karpal Singh, Kulasegara, Madzi Hasan dan lain-lainnya.
Sementara itu, dihadapan Balai, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menunjuk perasaan dengan mempamirkan slogan..1Black Malaysia.
sumber perakexpress
takyah tangguh la..hang tu pi keluar dewan...selesai masalah
"kita tangguh lagi sidang ini"
ini rupanya sidang DUN speaker Haram...lepas tangguh dia akan tangguh lagi..tangguh lagi..ni namanya 'Speaker Tangguh'..arahan yang dia boleh buat hanya menangguhkan sidang lain tarak..
Jangan ingat anda berkuasa maka boleh buat sesuka hati..BN dah terlalu banyak buat onar..masih tak cukup lagi kah..rakyat kamu tangkap tanpa budi bicara..kalian kena ingat hari ini satu dunia melihat anda...melihat moral dan tingkah laku yang tiddak bertamadun..melihat sidang DUN yang penuh dengan badut2..sidang yang tak dihormati oleh ahli dewan sendiri..apa nak jadi..?? merampas sesuka hati sesedap rasa aje...membuat usul sesuka hati..yang kena gantung pun tak paham bahasa..
harap adalah satu keajaiban berlaku pada hari ini..keajaiban yang menyelamatkan Perak dari terus di dalam dilema..
wallahualam..
mic Speaker Siva ditutup...
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan
Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.
Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.
Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.
dari dalam dewan laporan anil netto
12:21 | The session has resumed. |
12:24 | Ganesa, the "new Speaker" in his regalia, has his table on the aisle. Siva is still in his Speaker's seat. |
12:24 | [Comment From Salem ] Hi Anil, nice job on the live coverring of the dewan sitting. It looks like a tamil movie drama to me than a good civil proceding. My respect to our Speaker V Sivakumar, for standing up to his rights. My honest opinion is that for what is worth is the people of Perak should come first. My believe is if the BN goverment is so hungry for power, let them have their day today and we as the people will show the the door when time comes in the next general election. People are suffering for what is giong on in Perak, and I believe Pakatan are putting people,s interest above everything else so do the honuorable thing to let them win the battle and we regroup to win the war. People are getting arrested and I don,t think it will matter to the goverment and will do no harm to them too. We need the federal govt to change Malaysia, so patience is the virtue. this is my two cent worth of opinion. |
12:25 | Thanks folks for all the comments. I am reading them all. |
12:27 | Several Pakatan Aduns gather around Ganesan's seat and some BN Aduns join in. |
12:30 | It looks like most of the mikes are still shut. |
12:35 | The Pakatan Aduns are asking Ganesan to leave. They say he is not authorised to be a Speaker and point to his name tag which says only "pegawai". A short scuffle breaks out briefly but it is over now. |
12:39 | Ganesan's makeshift "Speaker's" table is in the middle of the aisle. He didn't have a normal seat in the Dewan like the others as he is not an Adun. Before he was appointed, he was sitting in a corridor at the back of the Dewan. When he was "appointed" Speaker, he took a position at a table on the aisle. Now, after pressure from Pakatan Aduns, Ganesan moves to a seat near Zambry. |
jom tgk gambar...
translator..
Fakta Perak
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil