Followers

Saturday, July 25, 2009

1 Ogos pertembungan 2 pahaman

 [Poster.jpg]

 Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dan bercakap, demikian ujar Pengurus Kempen Himpunan Mansuhkan ISA (Mansuh), Nalini Elumalai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertembungan yang bakal terjadi pada 1 Ogos depan antara himpunan anjuran Mansuh dan Pewaris.

Nalini menyifatkan dua himpunan yang mengadakannya pada masa sama sebagai pertembungan dua idea berbeza dan mereka berhak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan.

 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) supaya membatalkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah akta itu pada 1 Ogos ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata,Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.

"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.

"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti,"

Perkasa bimbang ia akan mencetuskan keadaan huru-hara




ummi


kalau taknak tercetus huru hara..hangpa hantarlah memorendum pada Agung esok harinya pulak..buat apa nak bertegas buat pada hari yang sama dengan ANTI-ISA.. kalau betul Brahim Ali ikhlas di dalam perjuangannya untuk mengekalkan akta zalim tersebut..itu bukan caranya untuk memberi amaran kepada pihak berkuasa agar melarang kumpulan penentang Akta Isa ini dari berhimpun..semua pihak berhak untuk berhimpun..seperti juga Pro-ISA...tetapi bab huru-hara atau pihak mana yang akan memulakan provokasi..kita sudah boleh jangka..selama kita menganjurkan demo..belum ada provokasi yang bermula dari peserta..sapa mula..semua rakyat tahu...pada sapa yang pernah join demo ni boleh paham la sapa yang mulakan menghuru-harakan setiap perhimpunan yang dianjurkan..

apakah Brahim Ali..cuba nak test market dia di hati rakyat..ummi rasa ntah la..gayat nak kata aih..lepas prestasi yang ditunjukkan selama ini..tak berani la nak cakap..kita tengok saja 1 Ogos nanti...mari kita lihat sapa yang kenaa...!!

Friday, July 24, 2009

beza di MEKAH dan di MALAYSIA...tudung bik mama kejap ada..kejap tak ada..!!

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bermesra dengan salah seorang pesakit kanak-kanak ketika melawat Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur sempena hari lahir suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur hari ini. Gambar UTUSAN
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bermesra dengan salah seorang pesakit kanak-kanak ketika melawat Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur sempena hari lahir suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur hari ini. Gambar UTUSAN(selepas balik dari MEKAH)
hat gambar yang atas adalah gambar masa bik mama kat Mekah..tahu jugak dia hukum nak buat ibadah tutup aurat..tapi yang sedihnya bila dah jejak kaki kat Malaysia..hilang terus tudung dia...ni guna fatwa mana pulak...??tutup aurat masa kat Mekah aje..

bukankah menutup aurat itu WAJIB...ulang sekali lagi..WAJIB... sekali lagi ummi ulang...WAJIB..!! bkan..SUNAT..bukan HARUS..bukan MAKRUH...bukan HARAM...tetapi...WAJIB...ambik ko..berapa banyak wajib dah ummi tulis..macamana la rakyat asik terus terusan terkeliru...dah bini ketua negara jadi cam gitu...terkeliru sokmo la jawabnya...

ni para ulamak negara..kasi komen sikit...

utusan meloya..memang hang tetap meloyakan..

semalam suami ummi suruh masukkan entry pasal kenyataan Dewan Ulamak mengenai tindakan DS Nizar semasa majlis menyalakan lilin masa kat Ipoh tu..first sekali ummi tanye suami sumber dari mana..dia cakap utusan..ummi cakap..kalau dari utusan meloya ummi takmau buat dulu..nak tunggu dari sumber lain..bukan boleh caya kalau utusan yang buat cerita..korang baca kat sini...

pastu Ustaz Harun Taib buat kenyataa yang dia nafikan dia ditujukan khas pada DS Nizar..Ustaz Harun berkata secara umum..bermakna bukan setakat kepada DS Nizar saje..malah pada semua umat Islam..termasuk le UBN sekali..kalau rasa diri tu Islam kena la ikut..pegang lilin meragukan..so senang cerita bende yang meragukan toksah buat..takde la timbul fitnah..

"Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menafikan kenyataannya ditujukan kepada mana-mana pihak atau peristiwa ketika mengulas mengenai pemasangan lilin.

Beliau mendakwa hanya memberikan panduan secara umum berdasarkan hadis Rasulullah saw."-siasah

kemudian ummi keluar pergi ke Gopeng ambik anak kat sekolah...ummi masih lagi tunggu respon dari sumber yang lain..kemudia keluar pula kenyataan TGNA kat utusan meloya jugak..utusan kata TGNA azizi enggan keluar fatwa..gaya ayat macam nak mencabar tok guru..depa ingat senang2 aje ke nak keluarkan fatwa sesuka hati macam si zambry tu...bagus juga tok guru belasah hujah dia..

"Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya."

"Dia orang politik, saya jawab cara politiklah,"

"Zambry yang bertanya.... usah akan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, siapa yang halau Menteri Besar dan rampas Dewan, tiap-tiap wakil rakyat yang masuk Dewan (Undangan Negeri) melalui mengundi dan bukan melalui sogok," katanya

hahaha..ambik kau Zambry..cakap tak pandang2..ikut sedap mulut jek..nak desak2 orang keluarkan fatwa..UBN lain la..dah ada fatwa pun langgar jugak..bila kena PR bukan main lagi nak ikut sangat fatwa...kita tengok bulan Ogos ni..bulan kemerdekaan..ummi nak tunggu Najib buat dak upacara kat Tugu Negara tu...kalau dia bauat jugak..bingai la namanya tu...


kemudian keluar pulak artikel TGNA akui pegang lilin meragui..tapi tidak haram macam yang ummi cakap tadi..kalau dah bende meragukan..baik tinggalkan..lebih baik hindari dari fitnah...

”ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,


wallahualam...

moralnya...utusan dibaca boleh..percaya jangan sesekali...

Wednesday, July 22, 2009

aduan rasuah..antara BN dan PR..bereskan PR dulu BN kemudian2 laa..

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Kematian Teoh Beng Hock dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu membuka pelbagai pekung Barisan Nasional.

Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan isu teknik siasatan SPRM yang secara jelas bersifat satu seksaan ( torture ) ke atas mereka yang disiasat oleh badan itu. Teknik “torture” ini juga dilakukan oleh pihak polis ke atas mereka yang ditahan di bawah ISA. Yang menghairankan Nazri Aziz tidak segan silu menyokong teknik penyiasatan SPRM tersebut.

Ketua Polis Selangor mengesahkan bahawa rakaman CCTV menunjukkan Teoh iaitu mantan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun siasatan hanya berakhir jam 3.45 pagi Khamis.

Siasatan untuk tempoh yang lama tersebut dengan menafikan hak Teoh untuk tidur adalah semata-mata bertujuan menyiksa mental dan emosi Teoh bagi memudahkan SPRM mendapatkan pengakuan dan maklumat-maklumat tertentu dari Teoh.

PAS menentang cara penyiasatan yang berbentuk penyiksaan sebegini kerana Islam melarang sebarang bentuk “dhorar” berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w “ La dhorar wala dhiror fi al-Islam” ( tidak boleh menyiksa dan tidak boleh disiksa dalam Islam” ).

Al-Quran sendiri secara jelas menyatakan bahawa “ Allah telah memuliakan Bani Adam” ( Al-Isra’ : 17 : 70 ).

Jenayah penyiksaan ( torture ) pemerintah ke atas rakyat telah dinyatakan di dalam Al-Quran melalui kisah Firaun . Di dalam Surah Tho Ha, Allah s.w.t menyatakan

"Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya ( Firaun ), kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka” ( 20 : 47 )

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad di dalam sanadnya , Rasulullah s.a.w menyatakan “ Sesungguhnya Allah s.w.t akan mengazab mana-mana orang yang menyiksa manusia di dunia ini.” ( lihat Sunan Abu Dawud Vol 1V m/s 865 dan Musnad Ahmad b.Hanbal Vol 111 m/s 404 al-Maktab Al-Islami , Cairo )

Dalam satu lagi Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ( radiyallah ‘an huma ) , Rasulullah s.a.w menyatakan bagaimana seorang wanita akan masuk neraka kerana penyiksaan yang perempuan itu lakukan ke atas seekor kucing .

Rasulullah s.a.w menyatakan “ Telah masuk seorang wanita ke dalam neraka kerana beliau mengikat kucingnya dengan tidak memberi makan kepada kucing itu dan tidak melepaskannya untuk makan makanannya yang melata di muka bumi” ( lihat Sahih Bukhari , Vol 1V m/s 337 )


Dalam Kitab Al-Kharaj karangan Abu Yusuf dilaporkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz telah menulis kepada pegawai-pegawainya dengan melarang mereka mengikat para banduan dengan rantai atau gari dan memerintahkan mereka member makan secukupnya kepada para banduan dari wang Baitul Mal ( Lihat Abu Yusuf, Kitab Al Kharaj m/s 314-315 )

Imam Ibn Hazam pula menyatakan di dalam Al-Muhalla bahawa Al-Quran atau Al-Sunnah atau Ijma’ tidak membenarkan sebarang penyiksaan dalam bentuk elemen pukul, pemenjaraan , ancaman atau penghinaan bagi tujuan mendapatkan pengakuan seseorang kononnya beliau melakukan jenayah . Ibn Hazam menyatakan bahawa larangan penyiksaan tersebut adalah berasaskan bahawa kulit, darah dan kemuliaan insan adalah suatu yang suci dan tidak boleh dicabuli melainkan dengan satu nas yang terang dan jelas atau dengan satu ijma’.

Berdasarkan nas-nas di atas , PAS menentang sekeras-kerasnya teknik dan gaya penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atas mendiang Teo kerana ianya adalah satu kaedah yang tidak menghormati kemuliaan manusia tanpa mengira kaum atau agama mereka.

PAS meminta mereka yang didapati terlibat dengan penyiasatan ala Gestapo tersebut atau mereka yang mengizinkan teknik penyiasatan tersebut di bawa ke muka pengadilan . Seksyen 331 Kanun Keseksaan mungkin boleh digunakan ke atas mereka yang terlibat dengan penyiksaan ke atas mendiang Teo sehingga membawa kepada kematian beliau.

Kes Teo juga menunjukkan satu amalan diskriminasi yang ketara di pihak SPRM. SPRM seperti biasa agak cepat bertindak jika tuduhan rasuah atau salah guna kuasa dibuat ke atas ahli-ahli politik Pakatan Rakyat . Bagaimana tahap kelajuan penyiasatan kes rasuah dan salah guna kuasa akan berubah dengan drastik jika ia melibatkan para pemimpin Umno.

Dalam kes di Selangor , SPRM cepat menyiasat Mentei Besar Tan Sri Khalid dalam kes korban lembu di mana Pengarah SPRM dengan sombong dan bongkak menyatakan “ kita ada bukti yang kuat untuk mendakwa Tan Sri Khalid” . Dalam kes penyiasatan ke atas Teo kita juga dapat melihat ketergesaan SPRM. Namun apabila terdapat aduan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Khir Toyo kita tidak melihat kelajuan yang sama.

Untuk peringatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah sebelum ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apartmen di Mekah “untuk tujuan yang meragukan”.

Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Mekah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Dan yang terbaru adalah pendedahan Adun Sekinchan ke atas kos banglo mewah Khir Toyo yang didakwa terlalu tinggi.

Kita ingin bertanya apa yang SPRM telah lakukan ke atas Khir Toyo?

"SERTAI PERHIMPUNAN NYALAAN LILIN TIDAK SALAH"..tang nyala dan pegang lilin..??

[lilin2.jpg]

alhamdulillah..ada jugak golongan alim ulama yang mahu memberi penjelasan...tetapi korang kena faham ayat  yang menjadi tajuk artikel diatas..."SERTAI PERHIMPUNAN NYALAAN LILIN TIDAK SALAH"..cuma tuan mufti tak terangkan bab memegang lilin tu...kita mahu apabila kita lakukan sesuatu dalam keadaan YAKIN...yakin perbuatan kita tidak menyalahi dan melanggari hukum..


seperti yang ummi sebut dalam artikel yang lepas..kita boleh menunjukkan simpati kita dengan menghadiri majlis itu tetapi tak perlu bersama menyalakan dan memegang lilin..ummi pun tak kata tak boleh sertai..cuma ummi mintak jangan ikut memegang lilin..itu saje..nak hadir bersama hang pi la takde sapa larang...


ummi setuju dengan menyatakan lilin bukan alat keagamaan...yang ummi musykilkan apakah perbuatan itu tidak menyerupai dengan ajaran kristian..? mungkin pada ugama Budha ianya bukan acara keagamaan..tapi pada agama kristian..bagaimana pula..?? kerana kita telah difahamkan kalau kita melakukan perbuatan yang 'menyerupai' pun sudah boleh dipertikaikan...


Sebenarnya dalam kita hidup di dalam suasana yang berbilang bangsa dan agama..adat dan budaya  ini..banyak perkara yang tidak dijelaskan oleh pihak pemerintah.. pencerahan/penjelasan yang sewajarnya tidak pernah dititikberatkan... kekeliruan selalu terjadi pada umat Islam yang kurang faham ..sedangkan para alim ulama dan cerdik pandai pun selalu terkhliaf dalam menjatuhkan hukum..bagaimana nasib mereka yang benar2 jahil ilmu..

pada entri yang lepas ummi tulis dengan niat untuk perbincangan dan berkongsi pendapat dengan para pembaca agar boleh menemukan satu bayangan yang lebih jelas dalam hal ini supaya kita terkeluar dari perkara yang syubahah...dalam banyak2 komen dan pendapat ..yang ummi suka pandangan beberapa orang komenter ini..
 
dahaga penjelasan said...
bagus gak cdgn tu....maknanya rakyat nampak hanya PAS sbg satu wadah nak menegakkan Islam tp dlm masa yg sama org islam cuma pandai kritik jer sokongnya tak mahu kepada penubuhan negara islam menyentuh hal vigil tu sebenarnya dlm malaysia ni bukan vigil jer yg bukan budaya islam tp duk pi letak bunga kat tugu pun bukan ajaran islam gak pasang lilin mlm tujuh likur pun bukan gak pesta budaya dan sure heboh pun bukan budaya islam gak valentines day pun bukan budaya islam gak tiup lilin masa hari jadi pun bukan budaya islam gak tp mufti2 takda citer apapun2 senyap jer haram pun dak halal pun dak apa citer ni
fikir fikir lah said...
mengapa didekati perkara yang "syubahat"?.. sesungguhnya harus diketahui bahawa perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih. Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’. Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk. Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram... “ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram” Hadis ini membawa dua pengertian: Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal. Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina. Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang HARAM. Janganlah semua perkara kita nak tunggu Fatwa. Kalau tidak ada fatwa yang melarang pun yang haram tetap haram.. dalilnya hati. Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.” Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu: “ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”
seperti yang ummi kata tadi..sebenarnya banyak perkara syubahah dalam kehidupan kita sehari2an tetapi tidak pernah diperjelaskan dengan sebaik2nya..kita mahu hidup dalam keadaan yang pasti dan yakin..dari segi perbuatan mahupun makanan dan segalanya..sekarang hidup kita penuh dengan was2...antara boleh dan tak boleh..halal atau haram..kita hidup dalam kesamaran ..dilema ini sudah lama berlaku sehingga berlanjutan la ke sekarang..tidak ada kata yang sepakat..kalau sorang kata HARAM..semua pakat jelas kenapa dia HALAL..kalau HARUS semua pakat faham..begitu juga dengan hukum2 yang lain yang MAKRUH macamana..yang HARAM macamana...


kita lihat perkara ini seperti kecil sedangkan kita tak tahu ramai lagi yang tak kurang mengerti akan hukum yang asas ini..jangan kita samakan tahap kefahaman kita dengan orang lain...bukan semua orang diberi hidayah...dan bukan semua orang bernasib baik...teringat satu cerita mengenai kawan ummi masa dia di zaman jahiliah..keluar dengan kawan nak tengok wayang..sebelum masuk panggung pakat gi solat dulu..selepas selesai solat,kawanya hairan kenapa cepat sungguh dia bersiap..siap bermake-up lagi..kawannya tegur...

"cepat u berhias ye...bukan nak kenakan make-up lama ke...?"

"ala make-up i waterproof la...cepat la jadinya.."


disini kita lihat perkara asas wudhuk pun ada orang Islam yang tak paham...jadi kita tidak boleh pukul rata semua orang tahu bab2 hukum hakam yang asas...pentarbiyyahan memang penting untuk mendidik jiwa kita..berpolitik pulak untuk membentuk siasah kita...jangan kita malu untuk bertanya kalau tak faham..seperti juga dengan isu upacara lilin ini..bila kita was2..antara boleh dengan tak boleh..ada baiknya kita minta kepastian...dari membuat andaian yang bukan2..nak kritik biarlah dengan cara yang berhemah..cuma kalau dikritik kenalah berlapang dada untuk penambahbaikan diri kita yang lemah..


peringatan ini adalah untuk semua dan ummi juga...kerana kita ni tidak sempurna mana..banyak perkara yang kita masih jahil dan perlu belajar...kerana dalam Islam menyarankan kita menimba ilmu hingga ke liang lahat..ummi mengharapkan para ilmuan untuk mengadakan sessi pencerahan minda ni...ini perlu untuk memantapkan umat Islam..



wallahualam..

Sunday, July 19, 2009

perlukah umat Islam bersimpati dengan vigil lilin..??

http://perakexpress.com/www/wp-content/uploads/2009/07/dsc00070.jpg
apa ada pada pasang dan pegang lilin...? salah ke pasang lilin..?? kita pasang lilin pasal letrik terputus...tak salah...pasalng lilin ketika makan malam yang romantik(candle light dinner)..tak salah...setengah agama menyalakan lilin sebagai tanda bertafakur dengan kematian ataupun apa2 musibah(diamalkan oleh agama kristian)..tak salah juga itu pembawakan agama itu yang dinamakan candle light vigil...tapi ianya jadi salah kalau seorang yang beragama Islam turut serta..apa niat anda untuk menyalakan lilin tu..?
setengah orang kata kalau niat tak selari dengan perbuatan tak apa..konon2nya macam berlakon la..itu ummi tak pandai nak komen la..hanya Allah aje tau apa niat kita menyertai vigil lilin ni..tetapi matlamat tak boleh menghalalkan cara kalau bersangkutan dengan akidah...

pertama kali tengok gambar diatas ..ummi ngaku ummi tak selesa...walaupun kita semua rasa sedih dengan cara kematian Beng Hock...dalam hati berkata..perlukah DS Nizar dan pimpinan PR yang beragama Islam memegang lilin...? perlukah kita umat Islam menunjukkan rasa simpati dengan mengikut vigil lilin ni..? ummi rasa untuk menyertai boleh tapi tak perlu kita sama menyalakan dan memegang lilin tu...banyak lagi cara lain untuk menunjukkan rasa simpati kita terhadap mangsa...apakah tidak boleh DS Nizar hanya menundukkan kepala tanda hormat ..kita selalu lihat ketika dalam satu2 majlis bila ada pengumuman kematian orang Islam kita menydekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. bagi yang beragama bukan Islam menundukkan kepala ketika bacaan sedang dibacakan tanda bertafakur..rasanya DS Nizar dan kita semua boleh juga lakukan yang sama ketika berada dalam situasi itu..

mungkin ummi ni tak arif sangat tentang perkara ini tapi yang jelas upacara itu merupakan upacara keagamaan..mungkin ada penjelasan yang boleh meredakan kemusykilan ummi ini atas tindakan DS Nizar dan yang lain2 tu...

dalam bab ugama dan akidah ni ummi ambil berat sikit..kerana rosaknya iman seseorang muslim itu melalui I'tiqad..perkataan dan perbuatan kita.... ummi berharap sangat para pimpinan yang beragama Islam khususnya PAS menitik berat sensetiviti berkaitan dengan upacara keagaman ini... kerana rakyat melihat..rakyat menilai..rakyat mendengar...jangan mengelirukan lagi pemikiran rakyat yang dah sedia terkeliru..tugas umat Islam dimuka bumi ini adalah memperlihatkan indahnya Islam..bukan memperlekehkan Islam...bagi ummi semua orang berhak menegur dan ditegur..kerana sifat manusia itu tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan..kerana sifat maksum itu hanya ada pada Nabi Muhammad s.a.w.

mungkin ummi tak arif sangat dalam bab ini..tapi ummi tak suka akan upacara ini disertai oleh umat Islam..hadir sebagai permerhati sudah cukup sebagai tanda simpati kita..sekira ada yang tersinggung ummi harap maaf..kerana itu yang ummi rasa...ummi tak selesa dengan apa yang DS Nizar dan yang lain tu buat...

wallahua'lam..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil