Followers

Saturday, July 19, 2008

"fitnah2" ke atas kerajaan Perak...!

Maksud firman Allah SWT:
“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63)

UMNO Gunakan Badan NGO
Setelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak. Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini mereka lakukan pada hari-hari pertama mereka kehilangan kuasa. Namun perhimpunan itu gagal mendapat sambutan walaupun media perdana yang dikuasai UMNO/BN mewarwarkan perhimpunan yang gagal itu sebagai satu kejayaan. Semenjak itu timbullah tuduhan-tuduhan dan fitnah yang diatur secara terancang. Kesemuanya cuba memberikan persepsi bahawa Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar yang menjadi Menteri Besar adalah boneka kepada DAP Perak yang diketuai oleh Dato’ Ngeh Koo Ham.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 pada hujung bulan lalu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Menteri Besar. Namun strategi serangan mereka memakan diri sendiri apabila isu yang mereka lontarkan disanggah oleh Menteri Besar dan pihak kerajaan. Di luar dewan, Dato’ Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang jelas bahawa dalam kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana parti yang mendominasi kerajaan. Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan yang diambil dalam majlis mesyuarat kerajaan adalah dibuat secara konsensus. (rujuk kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam akhbar The Sun 25 Jun 2008)

Pimpinan UMNO diketuai oleh Tajol Rosli dengan dibantu oleh media arus perdana pro-UMNO terus memainkan pelbagai perkara yang mereka putar belitkan sehingga dilihat sebagai isu yang mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam di negeri Perak. Di antaranya, arahan pertukaran jawatan Dato’ Haji Jumry, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) dalam tempoh 24 jam yang kemudiannya ditarik balik setelah mendapat nasihat pihak istana. Perkara ini mereka permainkan habis-habisan apabila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menegur raja-raja. Bagaimanapun isu ini selesai apabila DYTM Raja Muda Tuanku Raja Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengeluarkan kenyataan memuji sikap Menteri Besar dalam menangani perkara berkenaan dengan cara yang harmoni dan penuh kebijaksanaan.

Geran Kekal 999 Tahun?
Tuduhan yang boleh mengelirukan rakyat terutama orang-orang Melayu di negeri Perak ialah mengenai tawaran geran pemilikan tanah Kampung-kampung Baru di negeri Perak yang diberikan taraf Pemilikan Kekal selama 999 tahun. Kononnya kerajaan Perak membuat keputusan sedemikan adalah kerana desakan DAP. Perkara seperti ini memang sangat mudah dipermainkan apabila media perdana terus mewarwarkannya, jangankan orang-orang biasa, pemimpin PAS pun ada yang ikut terbawa-bawa dengan propaganda UMNO ini. Ramai orang terkejut apabila Dato’ Mustafa Ali dalam catatan awalnya dalam blog beliau pada bulan lalu secara terbuka menegur Menteri Besar Perak tentang perkara ini. Padahal beliau boleh bertanyakan kepada saya atau memberikan pendapatnya terus tanpa perlu mencatat dalam blognya.

Sebenarnya, cadangan pemberian geran milik kekal kepada Kampung-kampung Baru dan Kampung-kampung Tersusun bukannya datang dari DAP tetapi perkara itu adalah sebahagian dari sepuluh tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam PRU Ke-12 yang lalu. Semestinya untuk memenuhi janji BA, perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh DAP. Tidak timbul sama sekali hanya Kampung Baru sahaja yang berhak mendapat geran milik kekal, tetapi Kampung Tersusun juga sama berhak. Bahkan kerajaan juga bersetuju menawarkannya kepada perkampungan Orang Asli. Apapun, tawaran geran milik kekal iaitu pegangan bebas (freehold) itu adalah ditawarkan secara pilihan (option) kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30 atau 60 atau 99 tahun. Kesemuanya bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.

Bagaimanapun, jika diandaikan kesemua penghuni Kampung-kampung Baru menerima tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas, maka kawasan Kampung Baru itu sampai bila-bila pun tidak akan bertambah keluasannya (kira-kira 6,000 ekar) sedangkan Kampung Tersusun yang kini keluasannya kira-kira 7,000 ekar boleh bertambah bila dibuka lagi Kampung-kampung Tersusun pada masa akan datang. Kampung-kampung Tersusun ini hampir seratus peratus penghuninya adalah orang-orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO sangat mengetahui perkara ini sebab pada zaman mereka memerintah 50 tahun itulah terbangunnya Kampung-kampung Tersusun sedangkan Kampung Baru wujud pada zaman penjajah semasa darurat kerana ancaman komunis. Dalam hal ini saya sukalah mengingatkan semua pihak khasnya orang Melayu bahawa sepanjang UMNO/BN berkuasa di Perak, mereka telah mengorbankan puluhan ribu ekar Tanah Rizab Melayu untuk kepentingan golongan tertentu atas nama pembangunan. Sebagai satu contoh, kira-kira 7,000 ekar Tanah Rizab Melayu di kawasan Beruas telah dikorbankan untuk membangun Gula Perak Berhad. Hari ini apa sudah jadi dengan syarikat itu, adakah ia mati tanpa kubur? Inilah yang patut rakyat tanya pimpinan UMNO seperti Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli.

UMNO Mencipta Fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’
Fitnah terbaru ialah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang direka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menimbulkan pelbagai fitnah lagi, samada untuk tujuan memecahbelahkan antara PAS dengan rakan Pakatan Rakyat atau untuk menimbulkan keresahan atau pertelingkahan di antara pimpinan PAS dengan ahli-ahli grassrootnya. Untuk menegakkan fitnah ini seolah-olah satu fakta yang benar, UMNO Perak terpaksa mendapatkan pandangan seorang tokoh undang-undang dan perlembagaan UMNO yang dianggap sebagai pakar iaitu Dato’ Seri Rais Yatim yang juga Menteri Luar. Padahal pakar undang-undang mereka inilah yang bertanggungjawab melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura kerana tidak berjaya menegakkan hujah Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Padanlah Malaysia kalah, kerana dalam fitnah yang direka UMNO inipun beliau memberikan pendapatnya berasaskan andaian semata-mata seperti yang beliau sendiri sebutkan. (rujuk Utusan Melayu 9 Julai 2008)

Ada pula di antara pemimpin UMNO mengatakan perjanjian itu dimeterai di Pulau Pangkor di antara Hj Nizar dan DAP (masyaAllah!). Inilah bukti yang menunjukkan mereka meraba-raba di dalam mencipta fitnah tersebut. Ke sana-sini mereka mewarwarkan bahawa kerana ‘Perjanjian Pangkor II’ itu Menteri Besar Haji Mohammad Nizar tidak boleh menyebut perkataan-perkataan Islam dan istilah Islam seperti hudud, qisas dan seumpamanya. Terlampau dangkal nampaknya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO mencari modal untuk membuat fitnah. Mereka cuba menggambarkan PAS Perak kononnya mengkhianati perjuangan dan jihad menegakkan Islam. Fitnah ini turut dijual dalam ceramah-ceramah kursus-kursus BTN kepada peserta-peserta dari kalangan guru-guru agama SMABK baru-baru ini.

Begitu juga dalam suatu perhimpunan belia di Padang Rengas baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mereka memperalatkan seorang abang kepada Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Kedah. Beliau menuduh adiknya Dato’ Seri Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kononnya sentiasa tunduk kepada DAP akibat dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang didakwa oleh UMNO.

Demikianlah UMNO terus memfitnah dan mengharapkan dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka reka-rekakan itu akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka agak kecewa apabila lontaran fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka permainkan di tengah-tengah rakyat, ianya begitu mudah ditendang keluar padang oleh Menteri Besar dan Pengerusi DAP Perak apabila kedua-duanya menafikan kewujudan perjanjian yang UMNO fitnahkan itu. Realiti yang disaksikan oleh rakyat dalam tempoh 3 bulan Menteri Besar menerajui Pakatan Rakyat, beliau tidak pernah lupa menyebut ayat-ayat Al-Quran dan istilah-istilah Islam samada dalam ucapan rasmi atau dalam ceramah umum. Bahkan setiap kali Mesyuarat Exco pun, beliau memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan tahmid serta salawat. Tidak pernah mana-mana Exco DAP membantah atau persoalkannya. Bukan itu sahaja, malah saya sendiripun ketika mempengerusikan mesyuarat di antara ketiga-tiga parti, berbuat demikian juga dan menutup mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-‘Asr. Tiadapun sebarang masalah.

Kononnya Menteri Besar tidak berani menyebut istilah syariat Islam seperti hudud dan qisas. Saya fikir eloklah pemimpin UMNO cermin muka mereka dulu. Bukankah UMNO yang paling keras menentang hudud dan qisas yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Bercakap fasal kedudukan Islam dan kepentingannya di negeri Perak, saya kemukakan pertanyaan kepada UMNO, bukankah kerajaan UMNO/BN yang membunuh Sekolah Agama Rakyat di negeri Perak? Bahkan Sekolah Agama Negeri yang hanya ada dua buah (Izzudin dan Raja Ta’yah) itupun telah diputuskan oleh kerajaan UMNO/BN Perak yang lalu untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Alasannya kerajaan negeri Perak tidak mampu membiayainya. Nasib baik kerajaan Pakatan Rakyat sempat menarik balik keputusan itu sebelum penyerahan rasmi dilakukan. Kini hanya tinggal beberapa buah Sekolah Agama Rakyat di Perak yang terselamat. Baru-baru ini juga Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membantu sekolah-sekolah tersebut. DAP tidak teragak-agak menyokongnya.

Sementara itu pelbagai perancangan sedang disusun oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ummah seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan. DAP tak bangkang pun. Begitu juga pemilihan Ketua-ketua Kampung seramai lebih dari 700 orang secara demokrasi yang hampir seratus peratus terdiri dari orang Melayu, pun tidak dipertikaikan langsung oleh DAP.

Satu perkara yang UMNO patut tahu bahawa DAP sebagai rakan sepakat dalam kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menerima keputusan yang dibuat secara syura (konsensus) oleh pemimpin ketiga-tiga parti pakatan. Sebagai contoh, jawatan Datuk Bandar Ipoh dipersetujui secara syura supaya jawatan tersebut dipegang oleh penjawat awam, bukan ahli politik seperti yang dihasratkan oleh DAP. Pemimpin DAP menerima dengan senang hati keputusan ini. Bahkan semenjak awal-awal perlantikan Menteri Besar tiga bulan yang lalu, pimpinan DAP tidak bermasalah menerima keputusan syura kami supaya tidak diwujudkan jawatan Timbalan-timbalan Menteri Besar dari kalangan orang bukan Melayu yang pernah diura-urakan oleh DAP.

Inilah sebahagian daripada realiti yang menjadi bukti bahawa fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ itu adalah rekaan yang memakan diri UMNO sendiri.

~penerangan dari Ustaz Ahmad Awang-pesuruhjaya PAS Perak~

semoga mereka2 yg mencipta fitnah akan mendapat balasan yg setimpal...

~wallahualam~

muzakarah oh..muzakarah...!!

kali ini ummi nak bukak cite pasal muzakarah...dah jenuh menjelajah ummi nampak bab muzakarah ni ada macam2 pendapat...

Muzakarah bermaksud berbincang bukan bergabung...

ada yg setuju dan mengalu-alukan muzakarah ini....ada yg setuju tapi bersyarat...ada yg tak setuju langsung....

setiap pendapat mesti ada alasan masing2...apa2 pun buat keputusan demi kebaikan ahli...parti dan semua pihak dan mendapat menafaat dari muzakarah itu...jgn yg dikejar tak dapat..yg dikendong berciciran....namun PAS tetap menjadi pojaanku....
---------------------------------------------------------------------------------------------
setuju dgn bersyarat


kata Tuan Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 15 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bimbang kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berunding dengan PASberhubung isu kepentingan Islam dan Melayu dijadikan sebagai perangkap kedua.

"Saya bimbang benda ini jadi seperti perangkap. Dahulu kita sudah masuk perangkap dan tidak kan hendak masuk perangkap pula.

"Umno minta hendak bergabung (runding) ketika dia dalam keadaan terdesak. Pengalaman 13 Mei 1969 di mana Umno terdesak benar-benar jadi dia minta hendak bergabung dengan PAS.

"Sekarang Umno sekali lagi terdesak sungguh sehingga sudah hilang majoriti dua pertiga di parlimen dan parti itu juga diserang bermacam-macam dalam blog," katanya kepada media di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini

"Orang di bawah dagu Umno pun sudah mendesak Perdana Menteri berundur, sudah lama timbul isu tersebut dan Datuk Seri Abdullah telah tetap tarikh hendak berundur.

"Benda-benda begini saya teringat balik cerita semasa Allahyarham Tun Razak meminta bersatu dengan PAS dalam keadaan mereka begitu tertekan," ujarnya.

Beliau berkata, perkara itu berlaku dalam keadaan pemimpin Umno yang beriya-iya hendak bersatu dengan PAS.

Menurutnya ketika itu Tun Razak Hussien yang mempelawa hendak bersatu dengan PAS sehingga PAS akhirnya berpecah tiga.(jangan kali ini Pas berpecah lagi kerana mereka ..berwaspadalah )

Beliau juga berkata, sebagai pejuang Islam tiada niat hendak berbalah dan melawan sesiapa kerana kita yakin Islam itu betul.

"Kami hendak benar-benar diadakan muzakarah, namun jangan pula berulang sejarah hitam yang lepas.

"Saya setuju perjumpaan di antara Datuk Seri Abdullah dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, tetapi biar kemaslah. Bagaimanapun saya tidak nampak Umno boleh kemaskan dirinya," kata beliau.-TG Nik Aziz-


kata Tuan Guru Hj.Hadi

Berikutan kenyataan presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang Pas bersedia untuk duduk semeja bermuzakarah dengan UMNO dilihat seperti orang mengantuk disorongkan bantal oleh UMNO. Bergelut dengan cubaannya memulihkan reputasi sebagai parti yang memperjuangkan melayu akibat tamparan hebat dalam PRU yang lalu mereka akan menggunakan apa saja talian hayat yang boleh memanjangkan usia UMNO
agar popular kembali dikalangan orang melayu.

Rasa teruja mereka dengan pelawaan tok guru ini boleh dilihat apabila saban hari media pro-BN menayangkan kenyataan ini.Hendaknya jangan satu masa nanti kenyataan ini digunakan pula untuk menghentam Pas seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Bagi Pas seperti yang telah dijelaskan tok guru Hj Hadi sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja asalkan ia melibatkan kebajikan rakyat dan survival Islam!Pas bukan jumud seperti yang dibesar-besarkan oleh media yang tidak bertanggungjawab.

Ruang untuk bermuzakarah,perbahasan dan bertukar-tukar pendapat sentiasa saja terbuka dalam ruang lingkup yang sihat dan positif.Fleksibelnya Pas ini bukanlah bermakna Pas sudah mula lari dari dasarnya Cuma membuka ruang yang lebih luas dalam bidang dakwah dan dalam keadaan politik negara yang mengizinkan.Apa yang menjadi persoalannya…

Apakah isu utama yang bakal menjadi teras perbincangan ini nanti?Isu melayu semata-mata sudah pasti tidak releven dalam keadaan komposisi kaum di negara kita yang bermasyarakat majmuk!Pas sebagai parti yang diminati oleh pelbagai kaum tidak boleh terperangkap dengan permainan ini.Islam tidak bergerak atas dasar Assabiyah! Jauh sekali meminggirkan kaum lain.!Sementara UMNO yang ‘kununnya’ memperjuangkan ketuanan melayu sudah pasti akan cuba mengheret Pas ke platform politik sempit itu.

Mengapa Islam tidak dijadikan menu utama atau teras dalam muzakarah ini?Jika UMNO benar-benar ikhlas inilah masanya mempromosikan Islam sebagai medium penyatuan ummah!Segala resepi sudah tersedia malah menunggu masa saja untuk di cedok dari Al-Quran dan Sunnah

Bersatu atas dasar bangsa sambil memandang sepi kepada kepentingan agama sebagai cara hidup tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak pun.

-------------------------------------------------------------------------------

tak setuju

Setelah meneliti sejarah PAS yang pernah dibuang dari Kerajaan Campuran pada 1974, apabila UMNO dan Barisan Nasional kembali kuat, maka pimpinan PAS perlu bijak membuat keputusan dalam saat yang kritikal ini. Renungilah sejarah terdahulu agar pisang tidak berbuah 2 kali! UMNO memang lemah kini dan sebab itulah PAS kelihatan sebagai tempat yang boleh mereka berpaut seketika sebelum nanti, dahan tempat mereka berpaut itu akan dipatahkan setelah boleh berdiri kembali dengan teguh.

Kenapa tidak pimpinan PAS melihat terlalu banyak ruang dan peluang untuk berdakwah kepada PKR dan DAP di samping bersepakat di atas isu yang sama buat sekian lama. Benar Melayu dan Islam penting diperjuangkan oleh PAS, tetapi jangan sampai apa yang dikear tidak dapat dan yang dikendong berciciran! Ingin “lari dari mulut buaya, akhirnya masuk ke mulut singa”!

Ingin membebaskan diri dari diperkudakan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tiba-tiba rela pula menyerahkan tengkok dan leher untuk disembelih oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin kenyataan ini agak keterlaluan, tetapi sebelum apa-apa keputusan dibuat, istikaharah dan mohonlah benar-benar petunjuk Allah Yang Maha Bijaksana.

-----------------------------------------------------------------------------------

Yang setuju

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong penuh usaha muzakarah antara pemimpin Melayu yang sedang dibincangkan dalam situasi sekarang ini. PKPIM berkeyakinan bahawa sudah tiba masanya semua pemimpin Melayu, sama ada di pihak UMNO dan PAS, malah termasuk dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) duduk semeja dan bermuzakarah tentang nasib untung ummat Melayu Islam di Malaysia.

Situasi yang genting dan cemas hari ini menuntut kebijaksanaan dan jiwa besar semua pemimpin Melayu untuk melupakan titik bengit silang sengketa lampau demi masa depan ummat Melayu Islam. Ummat Melayu Islam sebenarnya sedang dan selamanya berkongsi teras yang mendasar, iaitu agama Islam, budaya Melayu dan Bahasa Melayu.

Oleh itu PKPIM, mewakili suara generasi muda, menyokong penuh muzakarah semua pemimpin Melayu melibatkan parti politik UMNO, PAS, PKR, termasuk juga barisan cendekiawan, ulama dan pemimpin NGO. PKPIM mencadangkan tiga perkara iaitu;


1) Semua lapisan pemimpin Melayu harus meletakkan maslahah yang besar dalam bermuzakarah, iaitu mencari titik temu bersama demi ummat Melayu Islam. Peribahasa’ Bersetuju dalam perkara yang dasar dan berlapang dada dalam perkara berbeza’ harus menjadi prinsip muzakarah. Bermuzakarah dengan rendah hati dan insaf, bahawa hakikatnya masa depan ummat Melayu Islam semakin mencemaskan.


2) Menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai landasan kekuatan dalam muzakarah. Ini kerana, ada elemen yang cuba mengikis kedua teras kenegaraan ini.


3) Menjadikan muzakarah sebagai pelan jangka panjang yang berterusan, bukan kerana situasi semasa yang berlaku semata. Semangat bermuzakarah harus menjadi teras semua pemimpin Melayu dinegara ini,yang kemudiannya diserap kepada lapisan generasi muda.

-------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah


Pas pernah bermuzakarah malah pernah bersama-sama dalam Perikatan satu masa dahulu.Akibat tidak ada persepakatan yang mantap Pas akhirnya ditendang begitu saja.Pas waktu itu hanya dijadikan alat oleh UMNO untuk menarik kembali sokongan orang melayu terhadap mereka yang semakin

terhakis.Walaupun pengalaman pahit ini tidak boleh dijadikan alasan untuk Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO sekarang namun ianya wajar dijadikan panduan.

UMNO terlampau cekap dalam memanipulasi sesuatu isu setakat ini.Sebarang pro dan kontra dalam muzakarah ini nanti barangkali akan diambil kesempatan oleh mereka sambil menyalahkan Pas sebagai parti yang jumud dan berfikiran sempit.Itulah satu perkara yang rasanya wajar untuk difikirkan oleh pimpinan Pas dalam percaturan ini.Pas yang kini meniti dibibir rakyat sebagai tunjang kepada kerajaan yang adil dan amanah tidak boleh di`risiko’kan kali ini.Kita tidak mahu ada ruang yang boleh diselewengkan oleh mana-mana pihak hingga menjatuhkan kredibiliti Pas itu sendiri.

----------------------------------------------------------------------------------


Harapan

Gandingan mantap Majlis Syura, Dato’ Presiden, Mursyidul Am dan pimpinan tertinggi dilihat perlu memainkan peranan yang amat bijak dalam hal ini.Bagi kami sebagai ahli Pas sentiasa menaruh kepercayaan penuh dalam percaturan pihak atasan bagi mengambil manfaat daripada muzakarah yang bakal berlaku.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan petunjuknya kepada kita semua. Wassalam!


~wallahualam~

Ya Allah... selamatkan Perak dari musuh2 yg nyata..


IPOH, 17 July :- Munajat rakyat Perak anjuran PAS Perak yang diadakan di Stadium Ipoh malam tadi selamat diadakan dalam keadaan hujan renyai-renyai namun kehadirannya agak memberangsangkan.




Munajat yang julung kali diadakan di negeri Perak dan di Stadium Perak melibatkan kehadiran lebih 5000 orang yang memenuhi sekitar separuh bahagian padang permainan.

Muslimin yang hadir.



Program yang dimulai dengan majlis berbuka puasa selepasa azan maghrib, diteruskan dengan sembahyang maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, sembahyang isya berjemaah dan zikir munajat.

Muslimat juga sanggup berhujan.
Akhirnya ditutup dengan ceramah penerangan isu-isu semasa oleh YAB Menteri besar dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang yang hadir sama sejak waktu maghrib lagi. Hadir sama ialah pimpinan parti PKR yang saya kelihatan Ust. Zulkifli Ibrahim yang juga Pengarah urusetia Penerangan Kerajaan Perak dan Bekas ADUN Bota, Kapten(B) Hj. Husaili.-cina Islam-

~semoga Allah sentiasa melindungi Kerajaan PR dan rakyat Perak dari ditindas..dibelasah..dibuli..oleh musuh2 Islam dan PR... amin..~

~wallahualam~

Friday, July 18, 2008

Umno gigit betis PAS...



nak bermuzakarah dgn puak2 macam kat bawah ni..??eee..sori laaaa
saya pun TIDAK SETUJUUUUU.....

sepertinya kita ni ibarat melepaskan anjing tersepit...bila dah dilepaskan dia serang dan gigit kita balik....semasa dia gah di puncak ..kita diherdik dimaki...bila dia digoyah datangnya dengan kata2 manis...
walaupun kita sentiasa dituntut bersangka baik...tapi kalau bersangkutan dgn maruah dan kepentingan semua...berhati2 dan berwaspada itu perlu....kerana sekarang ini...musuh yg nyata adalah mereka2 yg tidak cintakan ISLAM...

~wallahualam~

acara cairkan otak..?

ummi terbaca..oppss saje baca sebenarnya dan ummi rasa kita patut berfikir apa yg diluahkan oleh 'ulitmayang' ni..artikel ni ummi ambik dari tranungkite....

mari kita sama2 cairkan otak...

Pertolongan dan kerjasama perlu diperolehi daripada dan melalui Perjanjian Persefahaman, MOU – Memorandum Of Understanding dengan semua jentera kerajaan , khususnya Polis , Cawangan Khas dan UTK.

Maka terhasil lah , rentetan peristiwa dari masa penahanan , penyiasatan dan soal siasat, dan pemeriksaan Sila baca petikan beberapa artikel di bawah.

ADAKAH DSAI DIFITNAH ?
  • Ya, UMNO sedang melakukan fitnah terhadap DSAI
ADAKAH PKR DIFITNAH ?
  • Oh ya , sudah tentu , sebagai musuh dalam politik , sejak dulu , kini dan selamanya , itu lah kerja hakiki UMNO
ADAKAH PAKATAN RAKYAT DIFITNAH ?
  • Sebagai pakatan parti yang berpotensi untuk mengambil alih kerajaan pusat , dalam masa terdekat ini , sudah tentu UMNO bersama jentera kerajaan , khusunya Polis dan lain – lain , terpaksa memaksimumkan masa 24 jam sehari , bagi melakukan fitnah

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA DIFITNAH ?

  • Sudah jelas bukan , seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami dan hidup dalam fitnah , ekoran kegagalan kerajaan UMNO/BN menunaikan amanah.

ADAKAH ISLAM DIFITNAH ?

  • Islam juga difitnah di Malaysia. Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhamad saw , telah ditolak oleh kerajaan UMNO/BN
  • Sebaliknya , Islam Hadhari telah dipaksa ke atas orang – orang islam di Malaysia

ADAKAH ALLAH DIFITNAH ?

  • Allah juga difitnah oleh kerajaan UMNO/BN. Hukum – hukum dan peratruan – peraturan yang ditetapkan oleh Allah , ditolak oleh UMNO/BN

ADAKAH NABI DIFITNAH ?

  • Betul , Nabi juga difitnah , sebagai utusan Allah menyampaiakn dakwah dan risalahNya , tidak terlepas difitnah oelh UMNO/BN
ADAKAH PAS JUGA DIFITNAH ?
  • Kalau DSAI , seorang Melayu dan Islam , difitnah sebegitu oleh UMNO , adakah PAS akan terselamat daripada fitnah UMNO ?
  • Mengapakah pimpinan PAS , tidak mengambil pengajaran , peristiwa terdekat dan terbaru , yang terjadi di depan mata , sebagai pedoman dan panduan ?
  • Apakah nilai dan garis panduan yang digunakan oleh PAS untuk berunding atau muzakarah dengan UMNO , dalam keadaan UMNO memperhebatkan fitnah dan serangan ke atas orang – rang Melayu dan Islam , seperti DSAI ?
  • Tidak cukup kah lagi dengan bukti kezaliman , kejahatan dan penganiayaan ke atas seorang pemimpin Melayu beragama Islam , untuk PAS sedar dan insaf , akan muslihat sebenar UMNO ?
  • Bukti apakah lagi yang ditagih oleh pimpinan tertinggi PAS , untuk menghalalkan diadakan muzakarah dengan UMNO ?
ADAKAH PAS SEDANG DIPERANGKAP ?
ADAKAH PAS SUDAH TERPERAGKAP ?
MENGAPA UMNO PERLU MEMERANGKAP PAS ?

Mohon kerjasama tuan – tuan dan puan – puan yang ada jawapan kepada soalan ini

Sebelum terjebak , bukan bermaksud pimpinan PAS tidak faham atau mengetahui perangkap – perangkap yang dipasang oleh UMNO , atau sebelum terperangkap , ada baiknya cadangan itu DITUNDA ke suatu tarikh yang lebih sesuai atau DIBATALKAN terus.



FIKIR SEJENAK
  • Sekarang , rakyat Malaysia yang terbanyak sudah cukup faham , mengerti dan mengetahui serta memahami , itulah IDENTITI dan SIKAP dan PERANGAI dan PERSONALITI parti UMNO
  • Boleh ke PAS bersahabat dengan UMNO ?
  • Lihatlah sikap , perwatakan dan tindakan – tindakan mukathir ini oleh UMNO ke atas musuh – musuh politiknya , khususnya DSAI
  • Apakah yang akan terjadi dengan PAS , seandainya sudah BERSAHABAT , BERSATU dan BERGABUNG [ seperti cadangan , gesaan dan paksaan oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah , hari ini 17 Julai 2008 ]
  • Harap , pimpinan tertinggi PAS , tidak terperangkap dengan permainan UMNO lagi , selepas ini

TUGASAN
  • Ada baik dan eloknya , PAS menumpukan seluruh kekuatan , untuk bermesra , bergaul , bermanja , mengenal hati dan budi , berbulan madu dengan rakan – rakan serta kawan – kawan juga sahabat – sahabat dalam Pakatan Rakyat , PKR dan DAP
  • Sangat banyak kerja yang sedang menunggu untuk itu
  • Sedar atau tidak , ini lah ladang yang cukup subur untuk bercucuk tanam
  • Jangan nanti , kata perpatah YANG DIKEJAR TAK DAPAT , YANG DIKEJAR BERCICIRAN
# apa komen anda..?#

sapa yg tengin ni..??!

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”

Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.



suarakeadilan | Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yakin tuduhan yang dibuat ke atas beliau oleh Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak berasas sama sekali sekiranya pihak polis menjalankan penyiasatan kes dengan professional dan telus.

“Jika polis menjalankan siasatan secara professional, kes ini tutup,” tegas beliau disidang akhbar pertama di rumahnya selepas dibebaskan pada hari Khamis pukul 9.40 pagi atas jaminan polis.

Beliau ditahan polis berhampiran rumahnya pada hari Rabu kira-kira pukul 1 tengahari dan terus dibawa oleh pasukan polis seramai 20 orang ke IPK KL untuk mengambil mengambil keterangan beliau.

Polis dijangka mengambil keterangan dari Anwar sekali lagi pada 18 Ogos ini di IPK KL pukul 9 pagi.

Anwar juga turut menyelar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin di atas sikap angkuh dan kenyataan beliau yang dianggap satu pembohongan.

Mohd Bakri sebelum ini memberi gambaran seolah-olah Anwar enggan ke IPK setelah selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah pada sebelah pagi hari beliau ditahan.

“Bakri bercakap dengan penuh keangkuhan seperti Ketua Polis Negara pada 1998.
“Sebagai pegawai kanan polis beliau tidak boleh berbohong setelah pihak kami memberi perakuan kepada polis untuk datang ke IPK memberi keterangan,” kata Anwar lagi.

Mengenai pengambilan DNA beliau, Anwar berkata pihak polis sudah pun mengambil sampel darahnya secara paksa dari simpanan Hospital Kuala Lumpur pada 1998.

“Saya enggan memberi sampel darah saya kepada polis atas nasihat peguam dan pakar perubatan.

Pagi Rabu lalu Anwar memberikan keterangan hampir dua jam di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan laporan polisnya pada 1 Jun terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar mengemukakan kepada BPR keterangan dan semua bukti berhubung dakwaan pemalsuan, melenyapkan fakta dan pemalsuan laporan doktor forensik yang dakwa beliau didalangi oleh Abdul Gani dan Musa.

Berhubung laporan polis yang dibuat Mohamad Saiful Bukhari terhadapnya, Anwar menjelaskan sehingga kini pihak polis gagal menyerahkan satu salinan kepada beliau.

“Kalau pun di beri sekarang apa jaminan laporan polis tersebut tidak dipinda oleh polis.

“Bakri berkata polis menjalankan tugas mereka secara professional tetapi laporan polis pun tidak diberi walaupun beberapa kali kami minta, adakah ini professional?,” tanya Anwar.

Thursday, July 17, 2008

apa barang nak mintak DNA....!!

atau

# Sokongan PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (kiri), yang juga ahli Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, beliau berkata parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.

"Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.

"Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili.-malaysiakini-

-------------------------------------------------------------------------------------------
# Alasan kenapa DSAI enggan beri DNA

"Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?" katanya.

Lagi pula, tambahnya, simpanan DNA beliau - yang beliau dakwa diambil secara paksa pada 1999 - masih ada dalam simpanan polis.

Sampel darahnya 10 tahun lalu diambil dari HKL atas arahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, waktu itu seorang pegawai penyiasat kesnya.

"Tilamnya dibawa (dalam perbicaraan kes pertama), percikan darah dan sebagainya disebut. Ada percubaan membuat penipuan besar. Apabila kita bongkar, ditarik balik tuduhan yang berkaitan," kata Anwar.

"Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Beliau juga mempersoalkan tindakan polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".

"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya atau ketua polis negara?" katanya di sidang media itu, disambut ketawa pemberita.

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan pengadu kes tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

"Kalau laporan (Mohd Saiful) itu diberikan pada saya tengah hari ini, siapa tahu bahawa itu adalah laporan yang asli? Dipinda, dipinda, dipinda," katanya.-malaysiakini-
anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11













---------------------------------------------------------------------------------------

# penerangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Sesuatu hukuman yang adil hanya dapat diwujudkan berdasarkan sesuatu keterangan yang tepat dan pembuktian kukuh, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, keterangan yang tepat dan pembuktian yang kukuh dapat dicapai berdasarkan prinsip undang-undang ditetapkan Allah Taala.

�Dalam sesuatu perbicaraan dan proses keterangan adalah penting. Keteranganlah yang dapat menjelas dan menerangkan keadaan sesuatu kes.

�Sesuatu kes tidak dapat diselesaikan tanpa adanya keterangan yang benar. Sebab itulah tujuan sesuatu undang-undang ialah mencapai keadilan dengan memberikan hak kepada yang berhak,� katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

terdapat banyak ayat Al-Quaran yang memerintah supaya umat Islam memberi keterangan dengan jujur dan benar.

Dan dalam masa yang sama katanya, Islam mencela dan mengecam mereka yang tidak mahu memberikan keterangan atau cuba menyembunyikan sesuatu fakta.

�Allah swt memerintahkan umat Islam supaya berlaku amanah serta adil dalam semua urusan termasuk dalam memberi keterangan di mahkamah.

�Memberi keterangan bererti menyampaikan amanah, berlaku adil dan menjadi saksi kepada Allah swt,� katanya.

Menurutnya keadilan yang dikehendaki Islam bersifat mutlak tanpa mengambil kira perbezaan bangsa, bahasa, jantina, sempadan negara, kebudayaan dan politik.

�Islam telah menetapkan prinsip etika (adab al-Qaadhi) yang mesti dipegang teguh serta dihayati semua hakim,� katanya.

Beliau juga berkata, antara prinsip etika hakim Islam ialah perlu menghukum atau menjatuhkan hukuman terhadap pesalah dalam keadaan tenang, tidak dalam keadaan marah dan tidak terlalu lapar.

Sebaliknya seseorang hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman ketika mengantuk yang keterlaluan, terlalu dukacita atau terlalu gembira.

�Hakim tidak boleh terpengaruh oleh orang-orang di sekeliling, hakim perlu memberi layanan yang sama dan cuba mendamaikan sebelum menjatuhkan hukuman serta memuliakan saksi dan tidak memanjangkan perbicaraan tanpa keperluan.

�Seseorang hakim perlu bebas membuat keputusan tanpa diganggu oleh sesiapa. Tugas hakim berusaha untuk merealisasikan keadilan dan dalam masa yang sama mengelak dari berlaku kezaliman,� katanya.

Katanya juga untuk mendapatkan keadilan dan mengelakkan kezaliman, seseorang hakim hendaklah menjalan tugas dengan baik, mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan agama.-harakahdaily-

~wallahualam~

di manakan ku cari ganti..!!



Dalam kita menyibukkan diri dalm kes DSAI dan beberapa kes ''org besar2'' ni...kita terlupa akan dunia masyarakat sekeliling kita...tadi dalam program jalan2 cari info ke harian metro ummi terpandangkan gambar dia atas...seorang ibu memegang gambar anak daranya yg telah hilang dari rumah disyaki mengikut temannya yg seorang ''tomboy''..

apakah isu ini kurang pentingnya utk kita perkatakan...dgn masalah gejala sosial yg terlampau masa kini..adakah hanya masalah ''org besar2'' saje yg mendapat tempat...bagaimana pula dgn ibu2 yg kehilangan anak..??

Pada mereka2 yg ternampaklah Istikomah ni..nama sedap tu...bantulah dia pulang...mungkin dia dianiaya..diperdaya ataupun dia tersesat dalm mencari identiti diri...

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal hanya mampu meratap kesedihan apabila anak gadis kesayangannya menjadi mangsa pujuk rayu dan godaan seorang tomboi sebelum dilarikan dari rumahnya pada 30 Jun lalu.

Istikomah Hasan, 17, sempat memasak lauk daging masak merah dan gulai lemak cili api kegemaran ibunya sebelum hilang dari rumah di Kampung Pandan di sini.

Ibu mangsa, Masidah Rida’e, 49, berkata kehilangan Istikomah hanya disedari sebaik dia pulang dari Jabatan Pelajaran Selangor bagi menguruskan perpindahan sekolah anaknya.

Sebelum itu, katanya, dia yang baru berpindah ke Kampung Pandan, pergi ke Jabatan Pelajaran negeri bagi mengambil surat pertukaran sekolah, kira-kira jam 10 pagi.

“Sebelum keluar dari rumah, Istikomah berkelakuan seperti biasa, termasuk membantu saya memasak hidangan makan tengah hari. Saya bagaimanapun terpaksa meninggalkannya bersendirian di rumah untuk menguruskan pertukaran sekolahnya.

“Apabila pulang jam 2 petang, saya mendapati Istikomah tiada di rumah tanpa meninggalkan sebarang pesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia berkata, peliknya masakan daging masak merah dan gulai lemak cili api sudah siap dihidangkan di meja manakala nasi yang ditanak langsung tidak disentuh..
berita lanjut disini

masalah 'tomboy'..'pengkid' dan berbagai gejala cinta sejenis ni dah makin menjadi2 di kalangan remaja masa kini..apakah yg membuatkan mereka ini lebih berminat kepada kaum sejenis..?
yang ummi nampak kurangnya didikan agama..persekitaran yg tidak sihat...masalah ekonomi yg makin menyesakkan...

Dulu pernah terbaca satu artikel mengatakan anak2 gadis diminta menjaga bentuk badan kerana gadis2 sekarang kebanyakkannya bersaiz besar membuatkan lelaki hilang selera...macamana pula dgn lelaki..sehingga gadis2 sekarang lebih berselera dgn kaum sejenis..

aduii...kalau dipikir2 rin pusing deh kepala ini..apa sih yg sudah terjadi kepada anak2 muda sekarang..??di mana akhlak dan iman kalian...?tidakkah kalian merasa kasihan kepada orang tua kalian..? pusing..pusing...

"Ya Allah..lindungilah umat Islam , anak2 kami dan keluarga kami dari godaan syaitan...teguhkan iman kami dan aqidah kami...selamatkan kami dari azab api neraka...amin.."
~wallahualam~

memerhati sambil urut2 dagu..!! hmmmm....


Mengelentong dan dikelentong..maka sapa yg terkelentong....?!!


 Tak faham, tak reti dan tak tahu. Berapa banyak manusia-manusia di Malaysia ini yang suka berbohong dan terang-terang kelentong orang di sana-sini. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Menteri-Menteri, Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat.
yang terbaru, berjangkit pula kepada sang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Di dalam Buletin Utama tadi, beliau dengan selambanya menyatakan penangkapan Anwar adalah di buat secara professional. Gambar ini menjelaskan keprofesionalan yang dimaksudkan beliau. Gambar bersumber Mr. HardT.

Inilah gambaran yang dimaksudkan, professional oleh si pengarah tadi. Menangkap seorang yang dituduh meliwat seperti juga sepuluh tahun dahulu, memerlukan unit anggota polis bertopeng. Sedangkan pada masa yang sama, pembunuh Altantuya di luar sana masih bebas. Senang ceritanya, beliau mendakwa tangkapan terhadap Anwar terpaksa dilakukan kerana Anwar tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. Sedangkan Anwar baru sahaja pulang dari memberi keterangan kepada BPR.

Dalam masa yang sama, si pengarah ini juga memaklumkan semalam DSAI diberi sehingga pukul 2 untuk memberi kenyataan kepada pihak polis.(Anwar ditangkap sebelum pukul 2). Agaknya inilah gambaran professional yang dinyatakan olehnya.

Keselamatan anggota polis juga dikatakan diberi keutamaan pada masa yang sama. Terlintas di fikiran saya, kenapalah dia orang ini takut sangat kepada DSAI. Adakah selama ini apabila mereka cuba menangkap Anwar akan berlaku peristiwa tembak-menembak atau ancaman nyawa kepada anggota mereka? Adakah seorang tertuduh meliwat itu sangat merbahaya, sama bahayanya dengan Bentong Kali dan Mat Komando?

Pelik dan ajaib rentetan peristiwa-peristiwa minggu ini. Berbohonglah lagi dan lagi dan lagi. Memang rakyat beri duit gaji anda untuk anda berbohong. Rentetan kejadian-kejadian ajaib sepanjang minggu ini.

* Road-block luar biasa diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada Ahad dan Isnin yang menyebabkan kesesakan yang luar biasa. Gambaran betapa professionalnya anggota polis.

* Anwar dihalang dari mendekati bangunan Parlimen. Buat julung kalinya seorang individu dikenakan perintah makhamah supaya menjauhi parlimen. Hairan bin ajaib.

* Debat Anwar-Shabery. Walaupun dihentam teruk, Shabery tetap diberi pujian melambung oleh media-media kerajaan. Media yang bukan kerajaan memberi gambaran sebaliknya.

* Anwar ditarik oleh anggota polis bertopeng. Ada atau tidak seorang yang dituduh meliwat ditangkap dengan menggunakan anggota unit khas? sekali lagi hairan bin ajaib.

* Raja Petra diperintahkan melaporkan diri esok pukul 10 pagi. Pergi jangan tak pergi.

Yang jelas, kebobrokan pemerintah dalam penyalahgunaan kuasa semua jabatan kerajaan begitu jelas sekali. Lalu, siapakah yang diharapkan untuk mengatasi penyalahgunaan kuasa ini. Ingatlah manusia, di dunia mungkin terlepas. Akhirat belum tentu. -trangnukite-

----------------------------------------------------------------------------------------



kata Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Selepas Anwar meninggalkan ibu pejabat BPR di Putrajaya untuk ke ibu negara pada pukul 12.25 tengah hari, kenderaan MPV Mazda yang membawa Anwar tidak terus ke IPK sebaliknya mengubah haluan ke arah rumahnya di Bukit Segambut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu, polis terpaksa membuat keputusan menahan Anwar di Bukit Segambut pada pukul 1 petang kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa beliau mahu mengingkari arahan hadir ke IPK sebelum pukul 2 petang ini.

“Kita hendak tekankan bahawa Anwar pernah berjanji hadir ke IPK Kuala Lumpur pada Isnin lalu tetapi beliau gagal datang.

“Apabila beliau tidak terus ke IPK tengah hari ini dari ibu pejabat BPR di Putrajaya, sebaliknya mengubah haluan kenderaan ke arah rumahnya, kami fikir memang beliau tidak mahu datang ke IPK,” kata Mohd. Bakri ketika dihubungi.

“Keselamatan adalah perkara paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tindakan (hari) ini selari dengan garis panduan sedia ada.

“Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dibuat secara profesional berdasarkan keperluan itu. Tangkapan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.”

Mohd. Bakri menjelaskan, polis tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah Anwar kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekecohan.


-----------------------------------------------------------------------------------------


try pakai tropong sat...!!

25hb.April,2008 - dalam blog Malaysia Today, RPK mengejutkan seluruh negara melalui beberapa pendedahan berhubung kes pembunuhan gadis Mongolia Atlantuya Shariibuu didalam artikelnya yang bertajuk Let’s send the Altantuya murderers to hell dimana didalam artikel tersebut beliau mengaitkan antaranya Rosmah isteri TPM didalam kes pembunuhan berprofile tinggi tersebut.

18hb.Jun,2008 - sekali lagi RPK mengejutkan negara Malaysia dengan akuan bersumpahnya berhubung penglibatan Rosmah isteri TPM didalam kes pembunuhan Atlantuya.

28hb.Jun,2008 - pembantu khas Parti KeADILan Rakyat Shaiful Bukhari membuat satu laporan polis dipondok polis Travers HKL mendakwa dirinya diliwat DS Anwar Ibrahim.mengikut laporannya kejadian berkenaan berlaku beberapa kali di sebuah Kondominium & kali terakhir dia mendakwa diliwat DS Anwar Ibrahim ialah pada 26hb.Jun,2008.

3hb.Julai,2008 - penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda iaitu P Balasubramaniam dalam 1 sidang media di Ibupejabat Parti KeADILan Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim mendedahkan penglibatan TPM Najib didalam kes pembunuhan Atlantuya dan maklumat tersebut terkandung didalam akuan bersumpahnya setebal 16 halaman.

4hb.Julai,2008 - P Balasundram yang sebelum ini mengejutkan rakyat Malaysia melalui akuan bersumpahnya menghilangkan diri & sehingga hari ini masih tidak menampilkan diri atas alasan keselamatan.beliau dikatakan sedang bersembunyi disebuah negara jiran selepas merasakan keselamatan dia & keluarganya terancam selepas pendedahan akuan bersumpahnya yang pertama.

16hb.Julai,2008 - DS Anwar Ibrahim ditahan polis di pertengahan jalan ketika pulang dari ibupejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang mendakwa KPN & AG memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.

16hb.Julai,2008 - Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Raja Petra Kamarudin, Shaiful Bukhari, P Balasubramaniam & DS Anwar Ibrahim...4 individu yang sebelum ini silih berganti mewarna dunia politik negara Malaysia dengan berbagai kontroversi masing-masing & kesemuanya mempunyai kes yang "unik".aku katakan "unik" mengikut pandangan aku bilamana pihak PDRM mengambil langkah yang berbeza & "unik" dalam kes-kes berprofile tinggi yang melibatkan 4 nama diatas...
  • Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpahnya menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.
  • Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat dua orang lagi di tempat kejadian.
  • Beliau menamakan dua individu itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya pakar bom 'C4' dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.
"Unik"nya dalam kes ini ialah bilamana RPK sebagai pengadu, bakal ditahan oleh PDRM manakala Rosmah yang dituduh tidak dikenakan apa-apa tindakan setakat ini malah yang paling "unik" ialah pihak PDRM tidak memanggil Rosmah untuk diambil keterangan sebaliknya pihak PDRM berkunjung kerumah Rosmah untuk mengambil keterangannya sambil menikmati fresh oren yang dibeli di oversea oleh Rosmah tempohari.
  • Shaiful Bukhari melaporkan bahawa dia telah menjadi mangsa liwat majikannya iaitu ketua umum PKR DS Anwar Ibrahim.
  • Dalam laporannya, Shaiful mendakwa kali terakhir dia diliwat DS Anwar Ibrahim ialah pada 26hb.Jun,2008 disebuah kondominium sewanya.
Kes yang serupa dengan Azizan & Nallakarupan tetapi pendekatan yang berbeza diambil oleh PDRM.kalau dulu, Azizan & Nalla ditahan kerana membiarkan diri mereka di"liwat" tetapi Shaiful pula "dilindungi" oleh pihak polis malah yang lebih "unik" ialah pihak PDRM menerima laporannya yang tidak lengkap tanpa dijelaskan waktu beliau di"liwat" padahal tarikh dia diliwat dengan laporan dibuat hanya berbeza 3 hari sahaja.mustahil dia boleh lupa akan tarikh "bersejarah" dalam hidupnya?
  • P Balasubramaniam tampil bergaya & meyakinkan ketika mendedahkan akuan bersumpahnya yang pertama tetapi keesokan harinya beliau dengan gaya yang paling selekeh menjinjit beg plastik hitam membuat pengumuman menarik balik akuan sumpah yang pertama & menggantikannya dengan akuan bersumpah ke 2 di mana kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan Najib TPM telah di "liquide paper" kan tanpa kesan-kesan degil.
  • Selepas berjaya me"magik"kan akuan bersumpahnya, Bala telah men"chipsmore"kan dirinya beserta isteri & 3 orang anaknya juga tanpa kesan degil.
Sehingga kehari ini Bala masih meng"chipsmore"kan dirinya tetapi pihak PDRM yang amat cekap telah mengesahkan bahawa Bala selamat & berada disebuah negara jiran.ini lagi 1 kes "unik"...Bala sebagai pengadu juga dipanggil untuk diambil keterangan manakala orang yang dituduh bersenang lenang menikmati kebebasan hidup tanpa perlu risau apa-apa sebab pihak PDRM tidak menyiasat yang kena tuduh.

Bagi kes DS Anwar Ibrahim pula aku masih kabur...waktu dia ditahan 1 jam lebih awal dari tarikh akhir dia diminta hadir kebalai polis untuk memberi keterangan malah pihak BPR sendiri mengesahkan bahawa DS Anwar mohon disambung kesatu tarikh lagi untuk dia memberi kenyataan kepada BPR kerana dia perlu hadir ke IPK untuk memberi keterangan dalam kes tuduhan liwatnya.ini membuktikan bahawa DS Anwar sememangnya komited untuk memberi kerjasama kepada pihak PDRM dalam kes tersebut.

Ketika sessi soaljawab pula jurucakap bagi pihak DS Anwar menjelaskan bahawa DS Anwar enggan memberi sebarang keterangan atau kenyataan selagi belum mendapat salinan laporan yang dibuat oleh Shaiful terhadapnya.

Kenapa macam ada masalah pula dipihak PDRM untuk memberi salinan laporan tu?kalau betul ada bukti-bukti kukuh bahawa Shaiful diliwat, kenapa nak sembunyikan laporan tu? saja nak sembunyikan atau laporan tu "belum siap sepenuhnya" sebab skrip tak habis???

Agaknya pihak polis nak tunggu kenyataan dari DS Anwar dulu kot baru boleh nak siapkan laporan Shaiful tu...ada konspirasi ke??? kalau ikut maklumat yang aku dapat dari kakitangan Hospital Tawakal, Shaiful ni ada buat pemeriksaan kat sana tapi hasil pemeriksaan membuktikan yang "lubang belakang" Shaiful tak pernah "ditusuk sebarang objek"...

dah gagal kat Hospital Tawakal Shaiful ni pergi pula ke HKL ye? pas tu dengar khabar dari kakitangan HKL pulak keputusan pemeriksaan "lubang belakang" Shaiful ni sama je...masih "dara" & masalah sekarang ialah tak de Doktor yang sudi nak bersubahat mengeluarkan keputusan palsu...betul ke?...Shaiful...hang nak rasa ke kena "tarah" lubang belakang hang tu? Insya-Allah...tuhan itu Maha mendengar...mungkin doa engkau tu akan dimakbulkan Allah nanti...

Cuba kita perhatikan pulak apa hubung kaitnya ke 4-4 nama kat atas tu...
  • RPK tuduh Rosmah terlibat kes Atlantuya.
  • Shaiful Bukhari tuduh DS Anwar liwat belakang dia & Shaiful juga ada hubungan langsung dengan Najib TPM.
  • P Balasubramaniam tuduh Najib TPM kenal Atlantuya.
Kenapa 4 nama tu ada kaitan dengan TPM Najib & Rosmah? ni kebetulan ke memang ada 1 konspirasi?
Kenapa antara 4 nama tu, 3 daripadanya yang buat tuduhan keatas TPM Najib & Rosmah ada yang ditahan, akan ditahan & jugak hilang?
Kenapa yang tak buat tuduhan, sebaliknya ada hubungan langsung tak kene tahan padahal kalau ikut kes tahun 1998 yang kene liwat pun akan ditahan & dipenjarakan...bila pulak undang-undang depa pinda?-topengperak-

~wallahualam~

~kita kisah ke.. tak kisah..?~


~ Tak kisah kalau kita melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau menyanggahi perintah Rasulullah.

** Apa yang penting, aku boleh buat apa yang aku suka. Sedangkan kita tahu Allah SWT telah berfirman: ‘tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan bertujuan untuk mereka beribadah kepadaKu’.

~ Kita tak kisah kalau kita dahulunya pernah melakukan banyak dosa. Hasilnya, kita tidak bertaubat dan tidak pernah menyesal.

** Sedangkan dosa yang banyak ditambah dengan hati yang tidak pernah menyesal akan menjadi sebab kita disiksa di hari pengadilan nanti.

~ Kita tak kisah kalau kita mempunyai ahli keluarga yang tidak mentaati Allah, meninggalkan perkara wajib dan melakukan perkara yang haram. Apa yang penting, diri kita baik walaupun keluarga kita tidak sebaik kita, kita tak kisah.

** Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri dan juga keluarga daripada api neraka.

~ Kita tak kisah kalau kita mencari rezeki sama ada harta yang kita perolehi itu halal atau haram.

** Sedangkan persoalan rezeki yang halal atau haram adalah di antara perkara yang akan dikira pada hari kiamat.

~ Kita tak kisah pada jalan apakah kita membelanjakan harta yang kita perolehi.

** Sedangkan harta yang halal mestilah dibelanjakan pada jalan yang halal..

~ Kita tak kisah kalau kita melihat saudara seagama kita ditindas, disiksa, hidup melarat, miskin, kurang makanan, ditimpa musibah…

** asalkan kita selamat,

~ kita tak kisah apa saja yang berlaku pada orang lain walaupun mereka itu orang Islam.

** Sedangkan Rasulullah berulang kali mengajarkan kita tentang kesatuan hati umat Islam walaupun berlainan bangsa, tempat asal atau warna kulit. Rasulullah sentiasa memastikan umat Islam yang berkemampuan membantu umat Islam yang kekurangan.

~ Kita tak kisah kalau kita mengata, mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki hamun sesiapa sahaja.

** Sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita bersifat begitu. Sedangkan kita tahu setiap percakapan itu boleh menjadi beban di akhirat nanti.

~ Kita tak kisah kalau kita atau anak-anak kita tidak tahu membaca Al Quran,

** Asalkan mereka tahu membaca ABC, boleh berbahasa dengan bahasa asing, pandai menggunakan komputer atau telefon bimbit.

~ Kita tak kisah kalau mereka yang bijak ini tak pandai membaca Al Quran apatah lagi memahaminya.

** Sedangkan Rasulullah bersungguh-sungguh menekankan tentang kepentingan belajar dan mempelajari Al Quran. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.

~ Kita tak kisah ketika memandu, kita tidak menghormati orang lain, tidak mengikut undang-undang, membahayakan nyawa pemandu lain….

** asalkan kita selamat,

~ kita tak kisah kalau ada orang yang nak marah.

** Sedangkan kita tahu bahawa setiap perbuatan kita yang menyusahkan dan membahayakan orang lain dikira sebagai dosa.

~ Kita tak kisah adakah pahala kita bertambah atau tidak, adakah dosa kita berkurang atau makin banyak..

** yang penting, kita sihat, berharta, bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka.

~ kita tak kisah kalau pahala tak dapat, dosa pulak bertimbun.

** Sedangkan dosa dan pahala adalah nilai ‘mata wang’ yang akan digunakan di akhirat, bukan ringgit, dollar, pesos atau harta dan kawan-kawan.

~ Kita tak kisah kalau ada pendapat orang lain yang betul apa yang penting ialah pendapat kita sahaja yang betul apa orang lain nak kata, itu kita tak peduli, semuanya tak betul kita tak kisah.

** Sedangkan kita diajar bahawa setiap orang itu tidak tahu semua perkara. Mungkin kita tersilap, maka kita perbetulkan kesilapan yang telah lama berlaku.

~ Kita tak kisah kalau makin ramai orang yang mengerjakan kemungkaran dan maksiat, kita tak pernah terfikir bagaimana kita ingin mengubah mereka kembali ke jalan yang benar kita tak kisah asalkan aku baik, aku tak kisah apa yang berlaku kepada orang lain.

** Sedangkan Rasulullah pernah memerintahkan kita mencegah kemungkaran sekadar termampu mengikut keadaan masing-masing.

~ Kita tak kisah kalau ada sesiapa yang menjatuhkan agama kita atau menghina Rasulullah atau memperlekehkan peraturan Islam, apa yang penting, jangan ada sesiapa yang memperlekehkan atau menghina kita dan keluarga kita.

** Sedangkan di dalam Islam, tanda keimanan adalah kita memelihara Islam, Al Quran
dan Rasulullah daripada dihina atau diperlekehkan.

'' ~ Tapi, adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk, syurga atau neraka atau mungkinkah
kita akan berkata: ‘Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih’? Semoga Allah SWT menerima amalan kita di dunia ini dan
mengampunkan segala kesalahan kita. Amin.~"


~wallahualam~

Wednesday, July 16, 2008

Khairy si mulut takde insuran..!!

Go to fullsize imageKhairy Jamaluddin (BN-Rembau) mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila meminta penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA berhubung siasatan tuduhan liwat terhadapnya.

"Kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk memberi sampel DNA (tapi) kalau tidak takut pada kebenaran, saya harap Anwar akan tampil hari ini, dan kalau berani, beri sampel DNA untuk diuji sama ada laporan polis itu betul atau tidak. Ini penting," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008).

Kata-kata naib ketua Pemuda Umno itu menyebabkan beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR-Permatang Pauh), isteri Anwar, bangun dan mempertikaikan kenyataan itu.

Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata: "Kenapa Rembau (Khairy) hendak minta DNA dari suami saya.

"Laporan polis yang dibuat tidak diberi kepada kami, bagaimana Rembau boleh tahu, apakah Rembau tahu kandungan dari laporan polis itu."

Laporan terhadap Anwar itu dibuat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan Bernama, Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai siasatan polis berhubung kes itu, tetapi katanya, sampel DNA amat diperlukan sebagai bukti.

"Laporan polis tidak diberi kepada ketua pembangkang (Wan Azizah) sebab suaminya tidak hadir ke balai polis. Saya tidak tahu-menahu tentang siasatan ini, yang tergerak hati saya (untuk) minta DNA adalah bentuk laporan polis tersebut.

"Ini adalah tuduhan liwat dan salah satu bukti yang diperlukan adalah bukti DNA," beliau dipetik sebagai berkata.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), yang juga naib presiden PKR, kemudian bangun dan mencadangkan agar diadakan jawatankuasa khas tindakan.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (12) meminta Khairy menetapkan pendirian bahawa laporan polis tidak diberikan kerana Anwar masih tidak memberikan kenyataannya kepada polis.

"Rembau kata bahawa oleh kerana Anwar belum beri kenyataan, sebab itu dia tidak diberi laporan, adakah Rembau tetap menyatakan bahawa itu sebenarnya alasan Anwar tidak beri kenyataan, oleh itu polis tidak beri laporan," katanya, lapor agensi berita lagi.

"Kalau itu pendirian Rembau, itu dia punya pasal, yang buat penyiasatan adalah polis, takkan polis nak dengar arahan Rembau dalam dewan ini," kata Wan Junaidi.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil