Followers

Thursday, March 08, 2012

hina hakim(baling kasut) penjara 1 tahun..hina Allah(tun madey) sonyap yo..



SBPA --> SMM penjawat awam kena banyak bersabor..

PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa.


Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun

+

himpunan 10 ribu wanita sempena sambutan Hari Wanita

himpunan 10 ribu wanita 'Suara Untuk Perubahan'  anjuran aktivis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan wanita parti-parti politik itu mempunyai slogan yang jelas iaitu 'Kerajaan yang bersih'.


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan turut bersama-sama pada 18 Mac ini di Petaling Jaya.Perhimpunan tersebut dijadualkan bermula jam dua dan berakhir jam lima petang di Padang Angkasa 1, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor.


Mereka mempunyai enam tuntutan yang akan dibacakan pada perhimpunan itu iaitu
  •  kerajaan yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan,
  •  akta gaji minima,
  •  kualiti kehidupan yang lebih baik,
  •  hapuskan keganasan terhadap wanita dan semua jantina,
  •  batalkan akta perhimpunan aman 
  •  pilihan raya yang bebas dan adil.

"Bersempena Hari Wanita di peringkat antarabangsaKami berasa begitu terpanggil untuk menganjurkan satu perhimpunan wanita yang kita percaya ianya telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai pihak. kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi(gambar) 


  Ahli Jawatankuasa Wanita Suara Perubahan itu juga berkata,"Perjuangan rakyat yang selama 60 tahun yang turut disertai PAS, kini telah pun sampai kepada kemuncak kerjasamanya. Kita telah melibatkan diri dengan kerjasama padu ini dalam beberapa siri himpunan aman rakyat. 

"Baik untuk memprotes kenaikan harga minyak dan tol yang mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, himpunan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, himpunan menuntut pemansuhan PPSMI, himpunan menuntut pemansuhan ISA dan seumpamanya," katanya.

"Kita insafi bahawa kita berbeza dalam beberapa perkara, tetapi untuk masa depan, kita semua mahukan yang terbaik untuk kita semua apatah lagi anak cucu kita insyaAllah," katanya

Sehubungan itu, DMPP menyeru seluruh wanita tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik bersama-sama menjayakan himpunan ini demi masa depan yang lebih baik dan terjamin untuk generasi akan datang.

sumber HD

banjir kilat di ibu negara

Tuesday, March 06, 2012

Tahniah kerajaan PR Kedah..

Krisis kerajaan PAS Kedah ibarat secwan air yang tersinggung..berkocak sedikit dan terpercik ke piring tetapi tidak tumpah semua..

Bagi sebuah kerajaan yang baru dan masih muda ibarat buah muda.. biasanya akan mengalami berbagai kemungkinan..adakah buah muda itu kekal ditangkainya atau gugur ke tanah.

namun apabila asas pokoknya kuat dan baik penjagaannya..maka buah2 muda akan selamat ditangkainya..begitu jugalah yang berlaku pada kerajaan PAS Kedah..pemantauan dari pihak PAS Pusat telah menjernihkan keadaan yang dilihat macam dah nak nazak(itu yang pihak UMNUU/be end duk kepohkan)..

Kemelut Kedah yang cuba dikecohkan oleh UMNUU tidak mendapat tempat dicarta gosip terhangat di dunia politik negara..kerana dasar PAS itu sendiri menjadi pelindung kepada anasir2 yang jahat..pelindung kepada individu..jemaah ataupun empayar..

Selesainya krisis Kedah  membuatkan ramai membuka mata..setiap kuasa mempunyai banyak tohmahan dan mehnah..setiap apa yang dilakukan perlulah bergerak dalam berjemaah..

Untuk mendapat kuasa bukan sesuatu kerja yang mudah..namun untuk mengekalkan kuasa perlukan barisan saf yang benar2 hebat,ikhlas dan mantop..tetapi yang paling utama peganglah tali agama dengan kuat ..

Tahniah kepada DS Azizan Razak, Phahrolrazi dan Dr Ismail kerana berjiwa besar dan masih wala' kepada keputusan pemimpin bukan seperti Hasan Akidah.

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

depa ni pon patut kena 'TENDANG'...!!


Rakyat langgar undang-undang polis buat tindakan drastik..tetapi bila pemimpin langgar undang-undang..polis tak bertindak pon...

macam ketam ngajar anak berjalan lurus..padahal dia pon jalan senget..

TPM tu pon patut kena tendang..!!

laporan penuh -->MK

Rakyat Semakin Miskin, Pemunggahan Wang Rakyat Sedang Berlaku

 
 
Oleh kerana Pakatan Rakyat berpeluang besar untuk mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional Najib, maka terdapat kekerapan yang tinggi dalam penjualan aset tunai milik golongan elit Umno, kerana jangkaan mereka benar-benar kehilangan kerajaan persekutuan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Penjualan syarikat tenaga Tanjung Energy Holding, milik bilionair Ananda Krishnan, dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki 100% Kerajaan Malaysia.
Ananda Krishnan telah mendapat RM2.5 bilion lebih keuntungan daripada nilai pasaran sebanyak RM6 bilion.  1MDB sangat bermurah hati untuk membayar RM8.5 bilion bagi pembelian aset tersebut.   Adalah jelas Ananda Krishnan bertambah kaya, dan terima kasih kepada perjanjian ‘manja’ daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala rakyat Malaysia telah menjadi miskin dengan wang rakyat digunakan bagi pembelian Tanjung Energy Holding.

Demi menyelamatkan diri akibat kekalahan UmnoBn dalam PRU13, kerajaan UmnoBn sekarang ini sedang tergesa-gesa melakukan pengambilalihan aset-aset penting negara dan dalam masa yang sama mendapatkan dana pilihanraya.


Jutawan dan bilionaire yang terdiri daripada kroni-kroni  Umno sudah mula melakukan pengeluaran ke atas aset yang dipercayai mewakili pihak pemimpin tertinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.
Pengambilalihan Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) firma yang dikaitkan dalam komisyen RM570 juta pembelian kapal selam Scorpene, sudah tentu akan membolehkan pihak pengurusan BHIC untuk menutup mengenai akaun dan hal ehwal syarikat.  Manakala sebagai sebuah syarikat tersenarai, BHIC mendapat kelonggaran Suruhanjaya Sekuriti  untuk mematuhi peraturan pengawal selia pasaran.
"Kerana ketakutan BHIC dirampas, maka mereka tergesa-gesa membuat penjualan. Tetapi apabila berlakunya perubahan kerajaan, rakyat boleh yakin Pakatan Rakyat akan mengadakan suatu siasatan awam tanpa rasa takut atau memihak kepada semua tawaran menjijikkan.  Terdapat banyak kes yang kita tidak boleh melakukannya semua sekali gus,  tetapi satu demi satu, semua kesalahannya yang akan diambil kira untuk rakyat, " kata Naib Presiden PKR Chua Jui Meng.

Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang lebih untuk menjadi kerajaan persekutuan daripada gabungan Najib di PRU13.  Antara jutawan yang sedang sibuk melupuskan aset termasuklah Vincent Tan dan Ananda Krishnan, kedua-duanya dikenali sebagai perantara kepada elit Umno.

sumber -->reformisanakmuda

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil