naik 41%...potong 10%..cerdik..cerdik..
tapi rakyat lagi cerdik beb...!!
Penasihat DAP Lim Kit Siang merasa hairan dan sangsi dengan tindakan kerajaan yang memotong 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri kabinet yang diumumkan oleh Perdana Mneteri Dato' Seri Abdullah Badawi semalam.
"Kerajaan boleh menaikkan harga minyak daripada 41 sehingga 63 peratus tetapi hanya potong 10 peratus elauan keraian, kenapa tidak 50 peratus?
"Bagaimana dengan elaun-elaun lain termasuk tip elaun yang melibatkan ratusan ringgit setiap hari yang mana menteri dan timbalan menteri memperolehinya?," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut laporan elaun keraian bulanan ketika ini bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), menteri (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).
Kit Siang menyatakan sepatutnya sejak dari awal lagi elaun menteri kabinet dan timbalan menteri didedahkan kepada umumkan bukan sahaja sebagai tanda serta contoh kepimpinan dalam soal ketelusan dan atas dasar bertanggungjawab dan menunjukkan ianya kerajaan berwibawa sebaliknya untuk membuktikan mereka juga turut merasai keprihatin yang dialami oleh rakyat disebabkan ketidakwajaran kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini.
berita penuh...---------------------------------------------------------------------------------------------Layakkah pemotongan 10% elaun keraian nak dijadikan kayu imbang dengan kesengsaraan rakyat? Betul, rakyat Malaysia lebih beruntung dari rakyat negara lain, namun adakah kita patut menolak nasi lemak dan makan ubi untuk menunjukkan bahawa kita adalah bangsa yang bersyukur? Jangan tanya Harimau berapa peratus yang sepatutnya dipotong, sebab jawapannya adalah 90%!!!
Fahamilah makna elaun. Elaun adalah duit-duit tambahan selain dari gaji pokok. Jika kurang pun tidak jadi hal. Andaikan kita pergi temuduga, yang akan ditanya pada kita adalah..."Berapa gaji yang kamu pohon?" dan bukannya "Berapa banyak elaun kamu mahu?".
10% dari RM 10500.00 adalah RM1500.oo sahaja. Ia umpama RM 100.00 bagi mereka yang berelaun 1000.00. Ingat!!! Ia hanya elaun, dan berkategori keraian (entertainment) sahaja. Seposen pun tak usik duit gaji. Jadi, kita jangan mudah puas hati. Tak jelas?
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber
tu kira pada tahun 1999..dah lama dah..
tp kalau benda naik leh naik...
tak tahu kot2 gaji pak menteriku turun..
----------------------------------------------------------------------------------------------Mungkin bagi pemimpin Umno pengumuman pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus merupakan sesuatu yang luar biasa ketika krisis harga minyak sekarang.
Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 20 peratus sejak 18 tahun lalu. Itu belum lagi diambil kira potongan sebanyak lima peratus bagi Tabung Serambi Mekah yang dibuat setiap bulan.
Ini bermakna elaun setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sehingga 25 peratus
berita penuh.....