Followers

Saturday, August 02, 2008

koleksi kabinet bayangan..

♪ ♫ ♪ Yang mana satu..idaman kalbu.. ♪ ♫ ♪











Sudah confirm sekarang ini..??

oleh ulitmayang

Sudah confirm sekarang ini

16 September seperti yang disasarkan oleh DSAI dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya , InsyaAllah akan berlaku jua

Pak Lah sudah tidak terdaya untuk melawan arus menentang kebangkitan rakyat



Untuk keterangan dan buktinya , sila baca berita di bawah.

1. Dalam pengetahuan Pak Lah , oleh kerana dia selalu tertidur dalam masa – masa jaga , Cuma maklumat yang sampai ke telinga dia , dia bagi angka 80 – 90 % SAHAJA yang masih setia. maknanya sokongan tu tidak SOLID lah.

2. maknanya angka yang confirm sudah akan lari seramai 14 hingga 28 orang dari jumlah 142 kerusi UMNO/BN yang ada.

3. maknanya juga Pak Lah sudah mengaku lah ada yang akan confirm lari

4. itu sudah lebih dari cukup

5. dalam hal ni , siapa menipu ? DSAI kah ? Pak Lah kah ? atau semua menteri kabinet UMNO/BN kah ?

6. angka tu akan meningkat secara mendadak semasa dan selepas pilihnaraya kecil P-44 Permatang Pauh

7. beres bos, tak ada lah bos, semua ok bos,.....sikap yang diambil dan dibuat oleh hampir seluruh pimpnan UMNO sekarang ini, tidak berjaya menyedarkan Pak Lah dari mimpi yang panjang.

8. kalau Pak Lah betul – betul jaga , agak- agaknya PERATUSnya berapa ? Tentu lebih tinggi lagi kot


Taktik Anwar untuk kekalkan populariti: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih teraju kepemimpinan negara sebagai satu pembohongan.

Perdana Menteri berkata, tindakan Anwar yang sering mendakwa beliau hanya menunggu masa merampas kuasa, sebenarnya bertujuan mengekalkan popularitinya sebagai pemimpin pembangkang.
"Apa yang dilakukannya (Anwar) jelas menjurus ke arah itu dan beliau sentiasa cuba meraih populariti dengan berbuat demikian... seperti pasaran saham," katanya dalam wawancara dengan agensi berita The Associated Press (AP) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang berulang kali mendakwa sudah mendapat persetujuan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti menyertai PKR, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan Pusat dengan majoriti mudah sebelum 16 September.

Abdullah berkata, hakikatnya ketika ini majoriti pemimpin semua parti komponen BN tetap taat dan setia kepada kepemimpinan beliau serta kerajaan masih terus mendapat sokongan antara 80 hingga 90 peratus pemimpin terbabit.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak berhasrat menggunakan undang-undang darurat bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi jalanan oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati jika Anwar didakwa atas tuduhan meliwat.

"Saya tidak fikir kita perlu menggunakan undang-undang itu, sudah tentu tidak. Mengapa pula harus ada bantahan tidak terkawal kerana ia sudah tentu tidak akan dilakukan oleh parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh membentuk kerajaan?.

"Sudah tentu jika mereka pembangkang yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membuat sesuatu sehingga seolah-olah meletakkan kedaulatan undang-undang di tangan sendiri dan mengadakan demonstrasi sesuka hati," katanya. - AP.


ummi ni tak caya lah bila Pok Lah kata "tidak berhasrat" guna undang-undang darurat ...rasanya dia nak gitau yg dia akan guna la tu..besa la Pok Lah selalu cakap terbalik...berhati2 je la..

wallahualam..

kantoiiii.....!!


 Pak Lah telah menyalah guna kuasa sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri. Beliau dengan sewenang-wenangnya berkempen untuk mempertahankan diri dan membalkangi undang-undang dan peraturan UMNO itu sendiri.

Sila lihat surat Kapt (B) dato' Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan yang memertikaikan tata etika UMNO ini

Surat 1


Surat 2

Surat 3


ummi sarankan masuk PR je la....abis cerita...dema2 ni dah tak releven dah...

Thursday, July 31, 2008

peringatan pada yg masih bernafas...




dalam kita menyibukkan diri dalam suasana politik yg makin menarik ini marilah kita merehatkan sejenak minda dan bermuhasabah diri kita barang sejenak untuk kita beringat supaya tidak lalai dan leka sehingga menjebakkan diri dalam kemusnahan diri kita...dalam kita ghairah dalam mensensasikan isu2 yg ada..jgnlah kita sampai menyusahkan orang lain..
sayangilah diri anda..sentiasalah beringat bahawa di setiap bahu kita ada pencatit2 yg setia dgn tugasannya tanpa rasa jemu dan lelah....

wallahualam.....

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA2 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA2 AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.


Sesungguhnya mengingati mati itu adalah wajib
may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .

penjelasan Ustaz Nasa



Oleh Jiji

Kita telah mendengar pelbagai tulisan yang mengaibkan beberapa pimpinan dengan tuduhan yang agak meluru. Apa salahnya kita berlapang sedikit dengan pula apa kata pimpinan kita pula.



Jika nak lihat lebih besar











"Apa salahnya kita dengar Ustaz Nasaruddin pula"

bila Punggok dan Bulan berbalas pantun....


Wahai KERENGGE !!! Ngapa la engko buat orang tua ni gini, tak baik tauuu!!! tapi elok juga dapat la aku komen sikit, saje jee!!! letih-letih pening kepala keadaan negara sekarang dapat la kita relek sikit, kan gituu!!!! meh kite tengok pantun orang tua tu!

DARI IPOH KITA KE BOTA
MAKAN DURIAN DI KUALA
MARILAH KITA SEHATI SEJIWA
SAMA-SAMA MEMBENA BAHAGIA

Ewah! Ewah !!! pandai juga orang tua tu berpantun ye !!! ye la orang lama la katakan !!!

Eh ! Eh ! dengo tu!!! ada jawapan la!!!


BULAN: TERBANG PUNGGOK BERSONGKOK HITAM
SINGGAH DI DAHAN POHON CERMAI
BERTAHUN-TAHUN KAMI KAU GODAM
SEKARANG BARU NAK BERDAMAI?
PUNGGOK: Alahai Bulan jual mahal nampak!!! dengo sini !!!

TERANG BULAN DI MALAM YANG DAMAI
ANGIN BERTIUP SEPOI-SEPOI BAHASA
APA SALAHNYA PULA KITA BERDAMAI
BERDOSA HUKUMNYA BERMUSUH LAMA

BULAN: Ewah! Ewah! sejak bila engko tahu dosa pahala nih!!! dengo sini !

SEJAK BILA TAHU DOSA DAN PAHALA

DULU TAK PERNAH SEBUT BEGITU
APAKAH SESUDAH DI SERANG BALA
BARU SEKARANG NAK MEMINTA BANTU?

PUNGGOK: Alaa!!! mana ada ! jangan la tuduh bukan-bukan ! dengo sini !

MANA ADA DI SERANG BALA
SAJA AKU NAK TOLONG BANTU
APA SALAH AKU NAK MEMBELA
KU LIHAT ENGKAU PERLU SESUATU

BULAN: Ciss!!! udah la tu!!! ikan dalam air aku kenal jantan betine nyeee!!! dengo sini Yop !

AKU TAK KESIO SESUATU DARIMU
SELESA HIDUPKU CARA BEGINI
NYAHLAH ENGKAU DARI BERTEMUKU
SEBELUM ENGKAU MENYESAL DIRI

nak tau cerita selanjutnya...kat sini

Wednesday, July 30, 2008

bila punggok rindukan Bulan...

♪ ♫ ♪

Engkau laksana bulan
tinggi di atas kayangan
hatiku dah kau tawan
hidupku tak keruan!!!
♪ ♫ ♪

Eh! Eh! Eh! diam dulu!!! ada suara yang aku dengar!!!
Ye lah!!!
Ok, mari kita dengar!!!

Laaa!!! kesian dia!!!

Demikianlah luahan suara yang di dengar, demikianlah peristiwa yang berlaku buat masa kebelakangan ini, dan mengadu-ngadulah mereka-mereka yang terlibat untuk mendapatkan pandangan dan nasihat kalau-kalau ada orang TENGAH yang dapat mempertemukan keduanya kembali dan orang tengahpun di lantik

MASA YANG TELAH DI TETAPKAN
maka bertemulah mereka!!!

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Mula-mula eloklah saya kenalkan diri saya, nama saya Abu Lah... rasanya semua kita dah kenal diri saya, jadi tak perlulah saya kenalkan diri saya ni dengan terperinci, baik!!! tujuan perjumpaan kita pada hari ni ialah untuk mendamaikan di antara PUNGGOK DAN BULAN yang mana mereka ni dah lama berpisah, jadi pada hari ni kita nak mereka berbaik-baik semula sebagaimana tuntutan agama kita, rasanya tak baik kita berbalah berterusan begitu kerana ia tidak akan membawa kepada kebaikkan, lagipun agama kita menuntut semua hambaNya berbaik-baik dan bermesra-mesra, supaya ada PERSEFAHAMAN, barulah hidup menjadi rukun dan damai

Ok...Emm!!! mari kita mulakan! siapa yang nak mulakan dulu?

Ok! Punggok hang mulakan dulu!!! sebab hang yang kata tak boleh tiduk malam kalau tak jumpa BULAN!

PUNGGOK: Assalamu'alaikum Wr,Wb Oh Bulan!!! Abang menyesal, abang menyesal ! jika dulu abang banyak bersabar tentu kita tidak berpisah sebegitu lama! rindu hati ni bukan kepalang! lihatlah badan abang ni dah mula kurus mengenangkan engkau wahai Bulan!!! abang sumpah! abang sumpah! Abang tak tahu nak cakap apa lagi.... hek!...hek!...hek!...masalahnya penyesalan ni lambat pula sampai!!! itulah masalahnya!!!

ABULAH: (orang tengah) Ehhh!!! nangis pulak budak ni, macam budak-budak! Haaa!!! hang BULAN lagu mana, tak kesian ka dengan PUNGGOK nih!!!

BULAN: Assalamu'alaikum semua!!! Saya rasa tak usah la kita main lagu,lagu! kita terus saja bincang! Abang!!! bukan saya tak kesian dengan abang!!! tapi saya lihat perangai abang ni tak berubah-ubah, tuu! Laa!!! dulu abang mengata saya macam-macam!!! lepas tu Abang tendang punggung saya!!! sakit tau tak banggg!!! saya cukup pantang tendang-tendang punggung ni! sampai sekarang terasa sakitnya! Abangpun tak mau insaf-insaf !!! saya lihat abang masih perangai lama juga, suka kacau kerja orang saya, suka buat sabotaj kerja orang-orang saya, jadi apa harapan Abang nak berbaik semula dengan saya? Dan apa sebenarnya niat Abang yang tersirat nak berbaik dengan saya

PUNGGOK: Wahai Bulan!!! niat Abang ni jujur!!! marilah kita bena balik mahligai kita yang telah roboh, Abangpun telah insaf sekarang! lagipun Abang kesian tengok Bulan yang di kelilingi oleh onak dan duri yang mengambil kesempatan untuk menjahanamkanmu sayanggg!!! dan mereka itu semuanya bukannya ikhlas, mereka hanya nak jadikan Bulan sebagai BONEKA jeee!!!

BULAN: Abang silap besar!!! mereka tu sebenarnya baik bang!!! mereka bagi kerjasama dengan Bulan dengan sepenuhnya!!! mereka tak tendang punggong bulan sebagaimana Abang buat pada Bulan dulu, cuma mereka tu usap-usap punggong bulan jeee!!! Iyee!!Bang mereka tu baikkk!!!

PUNGGOK: CISSS!!! mereka buat begitu pada Bulan? Sungguh kurang ajarrr!!! heh! heh! heh! @#%^& hm! hm! hm!!!...... berani mereka buat Bulan begitu? Siapa mereka itu??? cakap dengan Abang, biar Abang belasah mereka

PENGIKUT PUNGGOK DAN BULAN: Sabar! Sabar! Sabar!

BULAN: Ehhh!!! sejak bila Abang benar-benar mengambil tahu tentang Bulan haaa!!! dulu ada orang yang mengorat Bulan, Abang buat tak nampak jee!!! Abang kata mampus pergi la!!! dan macam-macam lagi Abang kata kat saya, kemudian tu Abang hantar orang buat sabotaj di rumah Bulan, macam-macam mereka buat kat Bulan sehinggakan Bulan terseksa dan menderita............ atas perbuatan Abang

PUNGGOK: Oh!!! Bulannn!!! jangan engkau bangkitkan semua itu Bulan! Abang dah Insaf ! insaf ! insaf ! tolonglah Bulan! Bulan ! tolonglah!!!

PENGIKUT PUNGGOK DAN BULAN: Kesian pulak aku tengok si Punggok tuuu !!!

BULAN: Kesian apa bende nyeee!!! dulu kamu tak merasa kesianpun bila Punggok buat kat aku macam-macam, malah kamu jadi batu api lagi!!! Beginilah bang!!!! saya bukan tak kesian kat Abang! sebenarnya saya telah terikat dengan janji ALLAH dan RASULNYA hendak hidup dan mati dengan peraturaNya sedangkan Abang masih lagi di takuk lama, lagi-lagi semangat bangsa, lagi lagi semangat bangsa, berdosa tau Bang!!! selagi Abang tidak mahu ikut peraturan Tuhan! Cuba Abang fikir baik-baik! kita ni Allah yang jadikan! bumi tempat kita berpijak nipun Allah yang jadikan! atas kasih sayangNya Tuhan tidak mahu kita susah-susah lalu dia turunkan peraturan untuk kita hidup di bumiNya, ertinya Bang segala-galanya di sediakan untuk kita, akan tetapi kita belakangkan peraturan itu, apa perasaan Abang jika peraturan kita pula tidak di ikuti oleh anak-anak kita, tentulah kita merasa kecewa dan marah dan Tuhan tu pun begitulah juga, takkanlah Abang tak boleh fahammm!!!

PUNGGOK: Abang ni bukannya apa Bulan, kita ni hidup dalam masyarakat majmuk, mereka tu merasa tidak sesuai dengan peraturan Tuhan kita, kerana itu Abang terpaksa mengikut kehendak mereka demi keamanan dan keharmonian

BULAN: Ooooo !!! begitu !!! jadi Abang takut kepada manusia dari takutkan kepada Allah ! Abang ingat Abang tak mati bertemu Allah ke? nanti apa Abang nak jawab jika Allah tanya "Mengapa kamu belakangkan peraturan Aku" Abang nak jawap apa? Sebenarnya Bang mereka merasa tidak sesuai dengan peraturan Tuhan kerana Abang telah memomokkan peraturan Tuhan dengan mereka, menyebabkan mereka itu takut dengan peraturan tu! itulah Abang! kerana kepentingan politik dan jawatan serta kebendaan Abang sanggup memutar belitkan hukum Tuhan ! berdosa tau Bang !!!

PUNGGOK: Ehhh!!! mana ada!!! itu kawan-kawan Abang bukan Abang!!!

BULAN: Sama lah tuuu!!! jika dah duduk dalam satu kumpulan, satu seleralah tuuu!!!

ABULAH: Jika terus begini bila nak habisnya................

BULAN: Pak Abulah... !!! saya tetap dengan pendirian saya, selagi Punggok tidak mahu berubah maka saya tetap dengan pendirian saya sampai mati dan jika Punggok rindukan saya pergilah hinggap mana-mana ranting kayu, serulah saya di situ di waktu bulan mengambang!!! Uk ! Uk ! Uk ! Uk ! guk ! guk ! geguguk ! guguk ! Hek !!!

PUNGGOK: Sampainya hatimu wahai Bulan..........!!!

♪ ♫ ♪
Oh bulan di mana kau berada
menyinari alamm..........bahgia
BULAN: Oh Punggok aku ada di sini..
Mendengar suaramu berbunyi
PUNGGOK: Oh!... rindu rasaaa.. hatiku...........
Kalau tak memandang wajahmu....
♪ ♫ ♪

BULAN: Duduk le di situ sampai pohon doghoyan tu patah........


jalan cerita oleh>>>>>ABNnasution

Tuesday, July 29, 2008

'pet' and 'pet'ra...??



pulak dahh....!!
Jeng..jeng..jeng...!!

udah..udah le ezam ooiii..!!

PETALING JAYA 28 Julai – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor bersedia bertanding melawan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mana-mana pilihan raya kecil yang akan diadakan di negara ini.

Menurut Ezam, beliau tidak gentar menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk mencabar Anwar.

‘‘Pertamanya, saya hanya ahli biasa dalam UMNO. Jadi persoalan menjadi calon dalam pilihan raya kecil, apatah lagi membabitkan pertarungan dengan Anwar, saya rasa ia elok dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti.

‘‘Tetapi saya ingin tegaskan bahawa saya memang bersedia. Saya tidak gentar langsung untuk berhadapan dengan Anwar sekiranya diminta mewakili BN dalam pilihan raya kecil,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan penubuhan Yayasan Generasi Baru Nusantara di sini hari ini. - utusan

MEMPROMOSIKAN DIRI KESIANNN!!!

Apalah nasib budak Ezam ni, tak payahlah promosikan diri nak lawan Anuar bertanding dalam pilihanraya kecil, awak tu baru saja masuk UMNO, kesianlah pada wira Bahagian dan cawangan UMNO di tempat tu, jika tonjol-tonjol macam ni nanti hilang maruah sebagai seorang yang di segani oleh rakyat UMNO, dah lah dulu kata UMNO macam-macam, semuanya tak betul, dan sekarang semuanya betul dan tiada yang tidak betul melainkan semuanya betul belaka!!!! adoh!!! sabo je la!!!! ni je ade!!!!!

Agak2nya..big boss si ezam ni kasi ke dia nak bertarung di Kulim ni..??agak2 dia layak ke nak berdepan dgn Anuar..?? agak2 dia...bila bertanding nanti tak hilang ke duit pertaruhan..? Agak2 dia ramai ke org yg akan pangkah dia..??entah lahhh....kita tunggu dan lihat saje lah...SURE HEBOOHHH DI KULIM...!

WALLAHUALAM...

apa pulak jawapan si saiful ..??

Sumber Agenda Daily

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. "Laporan ini mempunyai unsur mala fide . Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya. Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah.

Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia. Jika doktor berkenaan disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah AKta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit. Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh mendedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah. Secara sinis beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan "itu adalah di luar tabie". –



kata polis

Polis menyifatkan laporan sebuah laman web yang mendakwa adanya laporan perubatan sahkan tiada kesan liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan sebagai cubaan untuk mensabotaj siasatan polis berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan laman web itu juga disifatkan sebagai cubaan untuk mengelirukan orang ramai. Serentak itu tambah beliau, pihak polis sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas laman web dan sebuah blog yang turut menyiarkan laporan berkenaan yang didakwa dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Laporan laman web itu menyebut Saiful mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi pada 28 Jun lalu kerana mengadu hadapi kesukaran membuang air besar. Berdasarkan laporan laman web itu, tiada bukti menunjukkan Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar diliwat seperti didakwa. Ismail turut menafikan laporan bahwa doktor yang didakwa membuat laporan itu, Dr. Mohd Osman Abdul Hamid telah ditahan oleh polis.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam menafikan polis menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahan-tahan seperti yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini yang mendakwa laporan perubatan pemeriksaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta tidak menunjukkan kesan liwat.

Pada 28 Jun lepas, Mohd. Saiful, 23, bekas pembantu Anwar membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu .

Pada 16 Julai lepas, Anwar ditahan selama kurang 24 jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes tersebut, tetapi dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.

Ketika ditahan Anwar turut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan, namun beliau enggan membenarkan darahnya diambil bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA). - Bernama



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sumber dari Siasah

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunggu reaksi dari kerajaan khasnya polis berikutan laporan perubatan mengesahkan tidak ada sebarang kejadian liwat berlaku ke atas Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan ketika dia membuat laporan polis 28 Jun lalu.

Pengarah Strategik PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, laporan dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) mengesahkan tidak ada sebarang kejadian sodomi berlaku ke atas Saiful.

Ekoran itu, Saiful membuat pemeriksaan di hospital kerajaan dan membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Sehingga kini, pihak hospital kerajaan berkenaan tidak memberikan sebarang laporan bertulis kepada Anwar.

"Kami kini menunggu apa reaksi dari kerajaan berkaitan dengan laporan Pusrawi ini," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang kepada Siasah.

Semalam, Malysia Today melaporkan, Dr Mohamad Osman pernah ditahan tiga hari oleh polis selepas itu dan kini sedang bersembunyi bersama keluarganya.

bila nak turun ni..??

Singapura : 29 Julai 2008

Oleh
Hisham Hasim

HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.


Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.


Image


Singapore dah 5 kali turun harga minyak...

Malaysia ni tak reti2 nak turun ke..?

dulu alasan minyak dunia naik sekarang dah turun..

awat buat bodo jek..?

Pak Lah tido lagi ke ni..??

bangun..bangun..cepat turunkan minyak..!!


dari file THE X-FILES...


Menonton The X-Files: I Want to Believe. Kali ini, Fox Mulder (David Duchovny) dan Dana Scully (Gillian Anderson) tidak lagi menyelesaikan kes kehilangan manusia yang melibatkan UFO, tapi kehilangan seorang ejen FBI yang dibunuh seorang lelaki Rusia.

Kes itu gagal diselesaikan. Akhirnya, Dr Scully diminta oleh FBI untuk memujuk Mulder supaya dapat kembali ke dunia siasatan. Sesiapa yang biasa menonton filem ini, pastinya akan dapat membezakan banyak sikap berbeza antara Mulder dan Scully. Tapi, perbezaan sikap inilah yang mengeratkan hubungan antara mereka.

Bagi menyelesaikan kes ini, Mulder sangat percayakan mistik, psikik dan semua ini sukar diterima oleh pakar seperti Scully yang cenderung ke arah penyelidikan saintifik. Pertama sekali, Mulder menggunakan khidmat seorang paderi yang punya visi (seperti kasyaf atau terus mata menurut jalan bahasa Melayu purba) untuk mengesan pembunuh itu.

Scully menolak penggunaan khidmat paderi Father Joseph ini kerana dosa-dosanya yang lalu. Ini kerana, paderi itu ada rekod jenayah seksual dan mustahil visinya boleh diterima. Tetapi pada akhirnya, kebanyakan visi paderi ini tepat.

Sebenarnya, gabungan sikap Mulder yang membuat siasatan berdasarkan visi paderi serta penyelidikan Scully telah banyak membantu kedua-dua mereka di dalam usaha menjejaki lelaki pembunuh dari Rusia. Tapi, kemuncak kepada usa ha menjejak itu berawal daripada kesedaran dan kemahuan Scully ketika merobohkan tembok egonya selama ini.

Scully memang cepat putus asa. Tetapi, akhirnya dia mula belajar mempercayai beberapa panduan berdasarkan ucapan paderi. Panduan itu kemudian membawanya kepada Mulder yang telah cedera parah setelah bergelut dengan pembunuh tersebut.

Fox, sebagai individu yang sangat percayakan kes paranormal, akan terus bertindak tanpa ragu-ragu lagi. Di sini wujud titik perpecahan antara mereka. Namun, yang lebih menarik perhatian saya bukan kisahnya, tetapi nilai-nilai yang melingkari kisah itu seperti misteri kehilangan, sikap tidak putus asa dan kepercayaan.


Kehilangan ..(ni abang2 polis kena menjawab)


Tidak seperti kes kehilangan di Malaysia , kes kehilangan di Amerika ada waktunya cuba dikaitkan dengan misteri kehadiran makhluk asing, UFO yang cuba menyeludup manusia untuk dijadikan bahan ujikaji.

Di New Mexico , kawasan Roswell adalah tempat yang selalu menjadi tumpuan pengkaji-pengkaji UFO. Tempat itu dikenali sebagai Area 51. Namun, peliknya, kerajaan Amerika didakwa menyimpan banyak jasad makhluk asing dan UFO di situ, dan mereka dikatakan telah merahsiakan banyak perkara di situ daripada pengetahuan umum.

Kesimpulannya, jika UFO boleh menghilangkan manusia dan maklumat mengenai jasad-jasad makhluk asing itu disimpan dengan selamat di Area 51, Roswell , ertinya kehilangan manusia juga ada kaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat.

Kalau ditinjau masalah kehilangan di Malaysia , masalah kehilangan ini ada kaitan dengan penjenayah. Tetapi rakyat perlu lebih berawas dengan kehilangan yang ada kaitan dengan kerajaan sendiri. Misalnya, kehilangan yang disebabkan oleh polis itu sendiri.

Dalam kes pembunuhan Altantuya misalnya, seorang polis berkata bahawa beliau pernah diarahkan untuk 'menghilangkan' enam oran g sebelum ini. Nam pa knya, Amerika melihat dengan teliti terhadap usa ha 'menghilangkan' oran g ini.

Makhluk asing serta UFO dijadikan sebagai kambing hitam untuk membersihkan diri dari jena yah menghilangkan oran g di Amerika. Ini menyebabkan kita teringat balik kenya taan Musa Hassan ketika beliau dengan congkak, berlagak menyatakan bahawa video CCTV yang menangkap wajah pembunuh Nurin itu telah dihantar kepada FBI.

Sampai sekarang, pembunuh Nurin, malah penculik Sharlinie masih dibiarkan berleluasa. Saya percaya polis bukan saja putus asa mencari pembunuh, penculik anak-anak kecil itu malah mereka tiada masa untuk mencari penjenayah itu.

Balasundram boleh 'hilang' di luar negeri, rekod kedatangan Altantuya boleh dihilangkan. Dan fail kerajaan negeri di bawah pentadbiran Umno boleh hilang ketika Pakatan Rakyat memerintah. Ini angkara siapa? Jujurkah Umno dan ikhlaskah mereka?

Seperti mana Amerika boleh menghilangkan oran g tertentu atas nama makhluk asing, dan UFO, Malaysia menghilangkan oran g-orang tertentu dengan Unit Tindakan Khas (UTK). Mungkin kerana Malaysia kecil, mustahil kerajaan dapat memperuntukkan suatu kawasan luas seperti Roswell , New Mexico untuk 'menyimpan' oran g-orang yang hilang itu.

Semua ini menyebabkan kita terfikir sejenak, adakah kehilangan Sharlinie ada kaitan juga dengan polis? Kemungkinan itu tetap ada. Tapi, Sharlinie bukan dihilangkan polis. Cuma ada kemungkinan penjenayah penyimpan itu bersekongkol dengan polis.

Operasi demi operasi dilakukan dari rumah ke rumah. Tapi, tetap Sharlinie tidak dijumpai kerana apa? Salah satu sebabnya kemungkinan pihak polis sendiri yang menerima suapan penjenayah untuk membocorkan maklumat operasi polis dari semasa ke semasa.

Apabila penjenayah Sharlinie meletakkan ' oran g-orangnya' dalam pasukan polis, mereka ini akan memberitahu tarikh dan di tempat mana polis akan membuat serbuan. Semua ini sedikit sebanyak akan membantu penjenayah bersiap-sedia daripada ditangkap polis.

Semua ini tentulah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan putus asa daripada pihak polis, jika benar-benar hal ini berlaku. Pihak polis di bawah pentadbiran Musa Hassan tak lagi kelihatan hebat dan gah seperti zaman Ketua Polis pada zaman sebelum beliau.

Tetapi, kita tidak boleh bersikap seperti Dana Scully yang putus asa mencari oran g hilang itu. Inilah sikap polis yang telah 'putus asa' mencari Sharlinie yang hilang itu. Masih lagi tidak berputus asa ialah bapa Sharlinie. Sikap ini mesti dicontohi.

Pakatan Rakyat misalnya telah lama berusaha menjatuhkan Umno dan BN sejak berpuluh tahun lalu. Mereka tidak pernah berputus asa mengatur ceramah demi ceramah melainkan seorang dua yang putus asa dan akhirnya memutuskan untuk masuk Umno di atas 'ijtihad' mereka. Istilah 'ijtihad' digunakan untuk menyucikan tindakan masuk Umno itu.

H Fansuri

Monday, July 28, 2008

Maafkanlah saya - HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT.

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahli Parlimen Pokok Sena.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sedih lak baca surat YB Mahfuz ni...ummi maafkan YB Mahfuz,orang lain tak tau la pulak...

sebenarnya masalah ni tidak menjadi kudis sangat pun..cumanya bila manusia terleka barang sedikit maka peluang besar kepada pihak musuh untuk menyerang kita..dan disini terlihat sikap menyembunyikan fakta juga boleh menimbulkan syak wasangka yg akan memburukkan keadaan.
walau apa pun, dgn kenyataan maaf ini menunjukkan keberanian YB Mahfuz bertanggungjawab dengan kesilapan yg dia tak buat....tapi sebagai seorang yg diamanahkan parti maka sikap kepimpinan yg telus itu memang terlihat pada diri YB Mahfuz..Tahniah YB..!!

wallahualam

banyak wabak penyakit melanda Malaysia...

Ummi merasakan keadaan sekarang sepertinya Malaysia ini sedang dilanda 'bencana'...hmm sesuai ke tak kita gunakan perkataan tu..? apa sebab ummi cakap begitu..kerana terlalu banyak wabak yg melanda negara kita sekarang..contohnya wabak terkejut...wabak cepat perasan...cepat melatah..wabak sesumpah ..wabak fitnah memfitnah...wabak tak tido malam..wabak paling bahaya wabak dedah mendedah.....macam2 wabak lagi sampai tak terkata...sehingga hospital2 penuh dgn pesakit2 kronik yg sedang menunggu untuk dirawat...(yg paling kronik rakyat la apa lagi)

wabak terkejut
  • bila UMNO kalah di 5 negeri
  • bila harga minyak naik
  • bila harga barang keperluan dan makanan naik.
  • bila najib dan rosmah terlibat dgn altantuya
  • bila saiful diliwat DSAI
  • bila ada pimpinan PAS bermuzakarah dgn pimpinan UMNO
  • bila kata PAS nak bergabung dgn UMNO
  • banyak lagi sebenarnya...jgn ada yg mati terkejut dah la..
wabak cepat perasan
  • bila TGNA kata muzakarah itu hanyalah muqabalah
  • bila media masa masih lagi membesarkan isu muzakarah
  • bila TGNA kata nak bubarkan PAS dan UMNO utk tubuh parti baru
  • bila UMNO rasa dia masih releven
wabak cepat melatah
  • bila DSAI dituduh meliwat remaja 23 thn
  • bila PAS dikatakan bermuzakarah dgn UMNO dalm senyap2
  • bila MB Terengganu nak ganti Proton V6 kepada Merce
  • bila PAS dikatakn nak bergabung dgn UMNO
  • bila dalam PAS ada dalang2 yg nak bergabung dgn UMNO
  • bila ada artis tunjuk montot kat penonton kat program PROTES
wabak dedah mendedah
  • bila Raja Petra mengatakan Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya
  • bila kos repair Proton V6 tinggi
  • bila Saiful kata dia diliwat DSAI bukan sekali tapi bnyk kali
  • bila laporan pemeriksaan mengatakan Saiful tidak diliwat
  • bila DSAI mendakwa ada konspirasi disebalik kes liwat 2
  • banyak lagi lah..
wabak fitnah memfitnah
  • bila UMNO kalah di 5 negeri
  • bila DSAI kata dia akan ke Putrajaya
  • bila PAS tak hingin nak join UMNO
  • bila PR tak layan UMNO
  • terlalu banyak fitnah..dah nama pun skrg ni zaman fitnah
wabak sesumpah
  • bila Raja Petra mula membuat akuan bersumpah
  • bila Bala pulak buat akuan bersumpah kemudian tarik balik akuan tu
  • bila sumpah dah jadi sesumpah..hehehe
wabak tak boleh tido malam
  • bila DSAI nak bertanding di pilihanraya kecil
  • bila UMNO sekarang dlm keadaan nazak
  • bila Paklah nak serah jawatan kepada Najib
  • bila bulan September semakin hampir
  • bila Singapura nak tuntut EEZ
  • bila jarum UMNO telah patah
  • bila masalah sosial dah makin tak terbendung
  • bila gejala murtad dah bertambah ramai
  • bila negara dah banyak menerbitkan cerita..so blogger takleh tido kerana mencari bahan untuk dipublishkan..hehehe jgn mara nanti kena jual
walau apa pun yg sedang berlaku sekarang sebenarnya telah membuka bnyak mata dan minda rakyat tentang gejolak di dalam negara kita sekarang...tetapi masih lagi ada yg menutupkan mata,telinga dan mulut dorang dari kebenaran ..bahkan ada juga hati2 mereka yg telah menjadi batu untuk melihat sedalam2nya permasalahan negara kita sekarang ini..isu rakyat masih lagi tidak mendapat tempat di mata pemimpin... semoga hak rakyat dikembalikan dengan segera kepada rakyat sebelum rakyat bangkit menuntut hak dgn cara yg pemimpin tak suka...

wallahualam...

Sunday, July 27, 2008

durian..deghoyan..doyan...

MUSIM durian datang lagi. Minggu ini musim durian sedang di peringkat kemuncak di mana telah mula berlaku lambakan durian di pasaran. Bukan sahaja di pasar malam, pasar tani dan pasaraya juga mula dihujani longgokan raja buah ini.

Jika kita membelek-belek durian di gerai-gerai. Si penjual segera memperkenalkan, "ini durian Segamat. Isinya padat dan lemak. Itu durian Bukit Gantang, isinya tebal. Kalau nak sedap lagi cubalah ini, durian Raub." Itu adalah antara gula-gula yang diberitahu penjual.

Kita pun mulalah terkial-kial memegang durian, takut terkena durinya. Si penjual cepat saja mencapai, mengetuk-ngetuk kulitnya dan menakik sedikit lalu mempamerkan isinya memang nampak menyelerakan, kuning dan tebal.

Ketika diunjukkan ke depan mata, kita pun tidak melepaskan peluang merasa lembut atau keras isinya. Terus dibawa ke hidung dan menghidu, wangi atau tidak baunya? Dan jika bersetuju segera sahaja diisi ke dalam plastik dan duit pun bertukar tangan.

Namun apa yang ingin dikatakan ialah sikap kejujuran peniaga. Kita memang amat tergoda dengan gebunya isi durian yang ditunjukkan. Tetapi bagaimana dengan bahagian yang tersembunyi? Sudah banyak kali kita terkena, apabila sampai di rumah dan membuka kulitnya, apa yang terpamer ialah 'makhluk asing' yang terliuk-liuk menayangkan badan. Memang saat itu kita amat marah dan rasa tidak ikhlas menghulurkan duit membeli durian-durian yang sudah ditebuk ulat itu.

Itu rasanya bukan pengalaman kita seorang. Ramai lagi yang telah tertipu. Namun oleh kerana tergoda dengan keenakan durian, kita akan tetap membelinya lagi. Memang perasaan tidak pernah puas manusia, selalunya sebentar sahaja. Ini bermakna tercucuk duri durian, sakitnya hanyalah sekejap.

Bila bercerita tentang durian..teringat pula tentang apa yg dikatakan oleh saudara Ann Wan Seng di konvensyen PAS Perak yg ke-13 tadi...apabila dia membentangkan kertas kerja yg bertajuk 'sokongan multiracial mengekalkan kemenangan',beliau sebagai seorang cina memberi sedikit tips bagi mendekati dan menawan hati bangsa cina ini..juga sedikit teguran2 yg ikhlas sebagai bangsa cina yg beragama Islam...beliau menekankan menghormati maruah setiap bangsa itu penting sekiranya kita mahu menjalinkan hubungan yg baik dengan bangsa2 yg lain....

salah satu tips yg disarankan adalah dgn memberi buah2an...terutamanya durian(mentang2 la skarang musim durian)...buah kegemaran org melayu ini juga adalah buah kesukaan bangsa cina...dan salah satu saranan dia adalah buat pesta makan durian dan jemput kawan2 bangsa cina kita join sama..gerenti dorang tak tolak punya...bukan setakat bangsa cina aje....boleh dikatakan semua bangsa sukakan doyan ni...apa lagi durian yg macam gambar dibawah ni...

Durian  热带果王-榴莲 by Wang HL.

lecor ayor lior wehh...! tapi ummi dah tak bape nak telan dah durian ni..pasal dah jemu,muak pun ada gak..mana ke tidak..perati la sepanjang jalan,kiri kanan jalan ada jek longgokkan raja buah ni...lalu aje mesti bau dia masuk dalam kereta...dah jadi macam filem P.Ramlee '3 Abdul'...cium bau je dah kenyang,bukan takat makan mentah..buat bubur durian makan dgn pulut pun dah takleh nak masuk...

semalam masa ummi sampai di rumah setpol MB dari luar dah terbau deghoyan...tu dia tang muka pintu dorang buat acara makan beradap...hahaha



intai gak kat dapur,nampak ada sebesen..tapi kulit je la,isi tak mandang dah...tgk buah memang ngancam tapi tekak dah tak terima..cium bau je dah kenyang...hehehe

Tu lah cerita raja buah,durian yg boleh dijadikan jambatan atau tautan untuk memikat dan menawan sesuatu bangsa...penah gak dgr cerita yg makanan juga memainkan peranan yg penting dalam hubungan sosial kita bermasyarakat,lagi2 bila Malaysia memiliki bangsa yg berbilang kaum..kita perlu berpandangan jauh, bersikap terbuka dan berlapang dada di dalam usaha untuk membina jambatan dengan masyarakat yg berbilang kaum ini..mungkin kita juga boleh mengambil iktibar daripada banyak hadis dan sirah nabi bagaimana masyarakat yg berbilang bangsa boleh disatukan pada masa lampau ....teringat kata2 Susan Lancaster dalm filem Mekanik..''org putih ke..org hitam ke..org coklat ke..kitakan org Malaysia..''

wallahualam...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil