Followers

Saturday, October 11, 2008

'Datuk' Shah Rukh Khan Hey..!!



MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Selain Shah Rukh Khan, tiga artis veteran tanah air pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Mereka ialah Goh Eng Boon atau lebih dikenali Henry Goh; Jantan Osman atau lebih popular dengan panggilan Ali Mamak dan penyanyi keroncong, Mariam Ahmad.

Saadon turut mengesahkan tiada pemimpin dan ahli Umno disenaraikan untuk menerima anugerah tahun ini kerana Kod Etika Pemilihan Umno tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri.



ummi..,

manis sungguh senyumanmu Datuk Shah Rukh Khan ..dengan lesung pipitnya...fuyooo tergugat iman Kak Rosmah .. walaupun memang ummi minat lakonan dia..lakonan dia je tau...tapi ummi tak setuju dia boleh dapat anugerah tu...

Datuk Shah Rukh hey..Datuk tahu ka hey...nilai anugerah tu pada Datuk hey...kuch kuch hota hey je la jawapannya...

apa sumbangan Datuk pada Melaka hey..? yg teman nampak hey..mike hanya terkinja2 dalam filem dan di atas pentas saja hey..peluk sana..peluk sini hey...dedah sana dedah sini hey....teman pun bnyak heran hey...nampaknya org kat Malaysia ni hey...sudah tarak kualiti hey..ayoyo worang pon boleh dapat 'Datuk' hey..ishh..ish..ish...

Ketahuilah Wanita....Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

khutbah Jumaat di Balai Islam, Flet Pekeliling-15 Jun lalu...Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.


2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai
kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam


sumber tranungkite

ummi..,

maaf sekiranya posting ini mengganggu ketenteraman jiwa sesetgh orang..bukan niat nak mengganggu hanya sebagai peringatan kepada diri saya dan muslimah2 diluar sana..juga anak serta isteri para blogawan sekelian..

kerana dewasa ini isu aurat ini sgt diambil ringan oleh ibubapa...sehingga masalah sosial makin bertambah..nak membimbangkan...harap posting ini dapat memberi sedikit peringatan kepada semua

wallahualam..harap maaf..!


KESALAHAN DALAM BERPAKAIAN





MENUTUP AURAT DENGAN BETUL

http://i11.photobucket.com/albums/a174/heru_kr/berjilbab/jilbab_benar_03.jpg

http://i11.photobucket.com/albums/a174/heru_kr/berjilbab/jilbab_benar_02.jpg

Friday, October 10, 2008

Tuan Mufti Perak jawab khabar angin...

Mufti Perak mengakui mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mencadangkan penubuhan kerajaan campuran antara Umno dan PAS di negeri itu.

Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, cadangan itu dikemukan bagi mewujudkan pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu dan Islam.

“PAS kalau campur dengan Umno lagi bagus. Umno ada 27 kerusi. Kalau campur dengan PAS, seratus peratus orang Melayu-Islam memerintah,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan desas-desus di Internet bahawa beliau mengadakan pertemuan kedua untuk tujuan itu.

Mufti berpengalaman itu didakwa "menangis dan merayu" Nik Aziz , yang juga menteri besar Kelantan, untuk memastikan kerajaan campuran PAS-Umno.

Harussani menambah, beliau menemui Nik Aziz dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu di rumah tokoh PAS di Kota Bharu, Kelantan.

Harussani berkata, dalam pertemuan yang disifatkannya sebagai “sembang-sembang” itu, pandangnnya itu tidak diterima oleh Nik Aziz.

“Nik Aziz kata itu bukan bidang kuasa dia. Beliau kata beliau hanya mursyidul am saja,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

“Dah dia tidak terima, tidak mengapa. Tidak apalah,” katanya.

Diminta mengulas prestasi pemerintahan kerajaan campuran Pakatan Rakyat di negeri itu, beliau berkata "saya bukan orang politik".

Setiausaha politik menteri besar Kelantan, Anual Bakri Haron ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pertemuan Nik Aziz dan mufti tersebut.

Dalam pertemuan itu, tambahnya, Harussani hanya menyatakan kerisauannya jika orang Islam tidak menjadi menteri besar di Perak.

Katanya, Harussani menyuarakan hasratnya supaya PAS dapat menjadi menteri besar di negeri itu.

Sementara itu, pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata beliau turut dihubungi mufti berpengalaman itu untuk tujuan pembentukan kerajaan dengan Umno tetapi beliau menolaknya.

"Ada dua tiga kali beliau menelefon saya. Tetapi saya kata, kita sudah ada keputusan (bersama Pakatan)," katanya.

Katanya, beliau mula-mula menerima panggilan daripada Harussani sehari selepas pertemuannya dengan Nik Aziz.

Harussani juga didakwa turut mencadangkan perkara yang sama kepada pesuruhjaya PAS negeri itu.

Bagaimanapun, Ahmad menolak cadangan itu kerana menurutnya, setelah 50 tahun memerintah, BN yang ditunjangi Umno terbukti “tidak boleh diharapkan”.

“Kita tidak boleh harap pada BN. Kita mahukan kerajaan baru. Lagipun, dalam kerajaan baru ini, PAS yang jadi ketua (menteri besar). Kalau beliau berkata (DAP) anti-Islam, yang Umno ini, sudah 50 tahun...” katanya.

Ahmad dan Anual Bakri tidak pernah mengetahui wujudnya pertemuan kedua Harussani-Nik Aziz seperti dakwaan di beberapa blog sejak semalam.-Malaysiakini

bagaimanakah nasib Najib selepas ini..??

Oleh ulitmayang

"1]
Perhatikan foto ni
:

``Izinkan saya beredar pergi,
memberi ruang kepada pemuda,
melupai UMNO tidak sekali,
terus berjuang walaupun bersara.''-tun Mahathir


  1. Mahathir angkat tangan Pak Lah tinggi - tinggi, macam nak hayun je !!!
  2. suasana ceria , gembira dan tenang

Bagaimana selepas itu

  1. Pak Lah kena ganyang bermula daripada hari pertama ambil alih jawatan
  2. Terlalu banyak tindakan – tindakan Pak Lah yang tidak disenangi oleh Mahathir , macam – macam , pembatalan projek jambatan bengkok , tetapi yang paling besar ialah pembebasan Anwar dari Penjara Sungai Buloh

2]
Perhatikan foto ni :


  1. Pak Lah “shake hand“ Najib
  2. Suasana ceria , gembira dan tenang
Bagaimana selepas itu
  1. Sebelum mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan Presiden mac’09 nanti , Pak Lah sudah melalui tempoh ganyang yang cukup panjang , iaitu sejak 2003 lagi
  2. Adakah selepas ini , Najib akan terselamat dan selamat mengemudi parti UMNO , tanpa apa – apa gangguan dari Pak Lah ?

Kalau diperhatikan betul – betul , kedua foto di atas , sama dari segi kondisi nya , kedua – dua pemimpin umno , iaitu yang akan melepaskan jawatan dan yang akan nenerima jawatan , keadaannya senyum , gembira dan ceria

Tetapi , rumusan akhirnya nasib Pak Lah sangat malang sekali , pertama kali dia diganyang selepas menjawat dan menerima jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dari dan oleh Mahathir dan kali kedua sebelum melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri kepada Najib oleh juga Mahathir

Begitu lah berkuasanya mahathir dalam menentukan calon – calon Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia



sumber tranungkite

Thursday, October 09, 2008

Mohon Mufi Perak beri respon ..!!

Info dari Perak menyampaikan satu berita yang tak berapa baik untuk didengar bagi Pakatan Rakyat... aku tak pandai sangat nak ulas bab Mufti ni tapi aku sampaikan beberapa perkara dan kita mintak Tuan Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria supaya nafikan perkara-perkara dibawah ni.

1 - Benarkah "khabar angin" bahawa Tuan Mufti ada berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz buat kali kedua dan memujuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya bersetuju membawa PAS bergabung dengan UMNO?

2 - Benarkah "khabar angin" bahawa Tuan Mufti menangis dan merayu Tuan Guru Nik Abdul Aziz agar menyertai UMNO supaya Perak boleh diperintah UMNO semula bagi penyatuan Melayu?

3 - Benarkah "khabar angin" bahawa Tuan Mufti sekarang menjadi penentang utama PAS di Perak?

4 - Benarkah "khabar angin" bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak dapat berkhutbah di Perak pada muktamar PAS yang lalu kerana campurtangan Tuan Mufti?

5 - Benarkah "khabar angin" bahawa Tuan Mufti mencadangkan agar senarai pemilihan yang dibuat oleh UMNO di terima Sultan manakala meminta yang dipilih oleh PKR ditolak dalam isu pelantikan AJK masjid2 di Perak?

Mohon jawapan dan penafian dari Tuan Mufti Perak untuk membersihkan nama Tuan Mufti Perak dari pandangan dan cerita yang kurang enak.-kelatekito


ummi.,

nampaknya..kalau benar la perkhabaran ini ..timbul kemushkilan dihati..apakah tuan Mufti dah terlibat dgn politik..?


Reaksi Berbeza pemimpin Pembangkang

PULAU PINANG, 8 Okt (Bernama) -- Pemimpin- pemimpin parti pembangkang hari ini memberikan reaksi yang berbeza terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno pada pemilihan akan datang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.

Beliau berkata pengunduran secara tiba-tiba dan tidak sopan itu merupakan gambaran muram kedudukan politiknya yang lemah, yang mengakibatkan beliau kehilangan penghormatan oleh parti.

"Abdullah sepatutnya meninggalkan legasi dalam memerangi rasuah dengan mewujudkan tender terbuka dan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menyalahguna kuasa," tambahnya.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Kelantan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tindakan Perdana Menteri itu sebagai "sesuatu yang sudah terlambat".

"Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang," katanya kepada pemberita.

Nik Aziz turut menyifatkan tindakan Abdullah sebagai tidak bijak dan telus kerana ia akan terus mengeruhkan suasana politik negara.

Di ALOR STAR pula, Kerajaan Kedah pimpinan PAS berharap pengganti Abdullah nanti akan meneruskan hubungan mesra dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan berurusan dengan sesiapapun yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Bagaimanapun jika sudah sampai masa bagi Abdullah meletak jawatan ia sepatutnya melakukannya kerana pemimpin datang dan pergi adalah perkara biasa," kata Azizan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sukar bagi Abdullah melaksanakan janji-janji beliau untuk melakukan pembaharuan, sebaik sahaja beliau mengumumkan rancangan pengundurannya hari ini, berbanding ketika beliau memperolehi mandat besar pada pilihan raya Mac 2004.

"Namun begitu tekad tersebut masih boleh dilaksanakan sekiranya Abdullah bersedia untuk melakukan sesuatu yang mustahil, dan menggunakan tempoh lima bulan sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan semua ikrar dan janji yang dibuatnya sejak lima tahun lepas," menurut beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan mulai mesyuarat kabinet hari ini, dan juga pada hari pertama Parlimen bersambung pada 13 Oktober ini, dan menurutnya ia adalah pengunduran terhormat bagi Perdana Menteri kelima itu.

-- BERNAMA

Wednesday, October 08, 2008

Seri Iskandar dilanda ribut..

IPOH: Allah seakan menguji kesabaran sebahagian penduduk Ladang Felcra Nasharudin, berdekatan Seri Iskandar, dekat sini, selepas memberi mereka ketenangan beribadat pada Ramadhan dan menyambut IdilFitri, kerana kurang seminggu kemudian menghantar “tenteranya” merencatkan kebahagian mereka.

Akibatnya kira-kira 80 rumah direntap bumbung dan dindingnya oleh ribut dalam kejadian pada Selasa itu. Mengikut beberapa penduduk kejadian itu hanya mengambil masa antara satu dan dua minit sahaja apabila kelihatan kepulan seumpama kabus menerpa ke arap pokok dan rumah, lantas menerbangkan apa sahaja yang berada di laluannya.

Bagaimanapun syukur Alhamdullilah kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu. Sewaktu tinjauan dibuat tengahari Rabu, kelihatan penduduk sedang membersihkan kawasan rumah masing-masing dan ada yang cuba memperbaiki kerosakan rumah dan menyelamatkan harta benda yang masih boleh terpakai.

Adalah dianggarkan kerugian melibatkan ratusan ribu ringgit memandangkan bumbung masjid yang baru siap dan belum digunakan juga telah terkopak diterjah ribut itu.


ummi..,

mungkinkah Allah telah menunjuk bunga2 kemurkaan..? seperti yg diperkatakan disini... itu baru daerah 'makhluk' yg menyatakan habuan sex itu 'sedekah...' yg lain2..?

alam ini penuh dengan 'tentera' Allah...buat silap je dihantarnya 'bala tenteraNya'.. sebagai amaran.sebab itu kita hidup ini perlu ingat-mengingati..tegur-menegur..pesan-berpesan kepada kebaikan..

wallahualam..



3M.."majoriti melayu-muslim"

dap abolish isa forum 230908 khalid samad 02

Saranan agar PAS tidak terlalu menekankan syarat “majoriti Melayu-Muslim” (3M) sebelum menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan hanyalah untuk perbahasan, jelas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor.

“Ia adalah cetusan idea untuk difikirkan. Kalau semua syarat kita diterima dan menguntungkan kita, susah kepada parti-parti lain (dalam Pakatan Rakyat) menerima PAS,” kata Khalid Samad ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli parlimen Shah Alam diminta mengulas tulisannya di blog peribadinya yang menyifatkan syarat tersebut “agak sukar” memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh Umno.

Dalam tulisannya itu, Khalid menyebut: “Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi tidak boleh elak daripada memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah.

“Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasati ia tidak akan ditandatangani.

“Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (saw) terpaksa membenarkan kalimah ‘Ar-Rahman’ dan ‘Ar-Rahim’ serta istilah ‘Rasullullah’ digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy.

“Namun Hudaibiyyah diisytiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul (Pembukaan) Mekah.”

Dalam blognya juga, Khalid berkata: “Kadangkala kita kena lihat pada potensi sesuatu keadaan dan dengan mengambil kira potensi itu, perlu berani dan yakin terhadap pertolongan Allah untuk maju ke hadapan. Dengan itu, apa yang dilihat sebagai satu kerugian boleh berubah menjadi kejayaan.

“Perjuangan semestinya memerlukan pimpinan mengambil risiko yang dipertimbangkan terdahulu atau “calculated risk” (risiko yang diperhitungkan).

“Perjuangan yang tidak sanggup mengambil risiko tidak akan maju dan tidak akan ke mana-mana. Pemimpin yang tidak berani mengambil risiko tidak akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang.”

“Oleh itu, jika dikaji secara objektif, beliau bertanya apakah risiko yang akan terpaksa kita hadapi sekiranya majoriti ahli parlimen Pakatan Rakyat adalah bukan Islam? Pada pandangan saya, amat minimum sekali.

“Pertama, Islam dan kedudukan Melayu dilindungi Perlembagaan (Persekutuan). Tuntutan perlembagaan akan pasti dipertahankan oleh semua institusi termasuk Yang di-Pertuan Agong.

“Kedua, sekiranya bermasalah dan terancam, PAS boleh keluar dari pada Pakatan Rakyat pada bila-bila masa dan pada ketika itu kerajaan PR akan terbubar dengan sendirinya,” tambahnya.

Berbanding dengan risiko yang minimum ini, tegasnya, potensi kebaikan sebaliknya begitu menggunung sekiranya Pakatan Rakyat bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengambil alih kuasa di peringkat pusat.

“Namun, potensi ini akan hanya tercapai sekiranya diusahakan. Ia tidak datang bergolek dan oleh itu mesti ada kesungguhan dan keyakinan terhadap kemampuan Islam untuk menawan hati semua yang melihat.

“Kalau kita tidak yakin dengan potensi yang ada, lagi mudah melepaskan sahaja peluang ini tanpa mengambil apa-apa risiko,” katanya.

“Mungkin masalah kita sekarang ialah kita tidak lihat perlunya rakyat Malaysia keluar daripada bawah pemerintahan Umno/BN. Pemerintahan zalim ini yang ditolak oleh rakyat kita anggap lebih baik daripada Pakatan Rakyat semata-mata kerana bilangan ahli parlimennya (nanti) bukan terdiri dari majoriti Melayu-Muslim.

Mengulas lanjut maksud tulisannya itu, Khalid berkata, beliau menyamakan hal ini dengan perjanjian Hudaibiyah kerana ia memberi keuntungan pada masa depan kepada PAS dan Pakatan.

“Ia memberi persamaan (dengan perjanjian Hudaibiyah) kerana memberi keuntungan kepada kita (Pakatan) pada masa hadapan iaitu, BN tidak akan mengganggu kerana kita bentuk kerajaan dan pengiktirafan DAP kepada PAS,” katanya.

Beliau menambah, antara manfaat lain yang diperolehi sekiranya Pakatan membentuk kerajaan ialah membolehkan demokrasi tertegak, media menjadi lebih bebas dan rakyat bebas membuat pilihan dan penilaian.

“Ia membuatkan kedudukan kita menjadi lebih kukuh,” jelasnya.

Bagaimanapun, tegas Khalid, buat masa kini PAS akan terus bersama Pakatan selagi gabungan tiga parti besar itu memberi manfaat kepada perjuangannya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar PAS tidak tergesa-gesa keluar daripada Pakatan di peringkat pusat, sekiranya majoriti ahli parlimen gabungan pembangkang terdiri bukan Islam.

Sebaliknya, Khalid menyarankan agar PAS mengadakan muktamar khas untuk memutuskan kedudukan parti itu dalam Pakatan. - Malaysiakini

Tuesday, October 07, 2008

"tanda protes kerajaan negeri" mufti letak jawatan...

[mufti_perlis_new.jpg]

PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

"Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya," katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

"Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan," katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:

"Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu," katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.

"Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.

"Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar," katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.

Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

"Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.

"Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan," katanya.

Monday, October 06, 2008

Tuhan Anwar Murugan...??


(Tuhan Anwar Murugan)

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Replika yang berunsur patung atau gambar yang berunsur patung yang di dirikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat yang juga wakil rakyat kawasan Batu Caves Aminuddin Shari berkata gambar yang berunsur Patung itu tidak akan di robohkan sehingga tamat permit yang di luluskan

Pandangan saya gambar patung tu kalau tak di robohkan sampai bila-bilapun tak mengapa kerana apa pandangan yang berkait dengan hukum agama yang telah di utarakan tetapi tidak di hiraukan sebab ustaz Aminuddin lagi hebat dari mufti Perlis dan penulis blog yang lain

Saya tak pasti hukum syarak yang mana yang di kutip oleh Ustaz Aminuddin tersebut. sepatutnya apa-apa hukum yang berkait dengan maksiat atau timbul apa-apa keraguan tentang sesuatu hukum boleh atau tidaknya hendaklah di tinggalkan, tapi nampaknya Ustaz kita tu lagi banyak dalil

Selepas ini bolehlah kita gelarkan patung itu sebagai Tuhan Anuar Murugam sebab ia dekat dengan patung kat Batu Caves tersebut dan segala perkara hajat dari sesiapa yang memerlukan hajat hendaklah berwasilahkan kepada Tuhan Anuar tersebut

Kepada yang merasa ragu dengan pandangan ulamak mazhab Ustaz Aminuddin hendaklah tinggalkan sokongan mereka kepada mazhab Tuhan Anuar dan jangan lagi bersubahat dengan kumpulan mazhab tersebut, ertinya hindarkan diri dari memberikan sokongan dengan mazhab tersebut

Ramai di antara pengikut mazhab tersebut yang mengharapkan sokongan melalui semangat gambar patung tersebut tanpa memikirkan resiko hukum daripadanya namun apa yang mereka perolehi adalah kehakisan yang mereka perolehi

Selamat berjuang Ustaz Aminuddin Murugam

sumber PakKaramu

ummi..,

jangan salahkan kalau ada artikel yg sebegini diterbitkan... ini lebih kepada protes kerana tak endahkan pandangan mereka2 yg lebih arif tentang hukum...

kalau dah teguran mufti tidak diendah..tak tau nak kata apa la dah...nak dengar kata sapa lagi..?? kalau ye pon nak meraih sokongan bukan Islam..jangan digadai hukum Allah..banyak cara lain lagi..

ni ada yang siap ugut2 macam disini apa kes..? kalau tak salah.. orang tak tegur...bila ditegur maknanya orang sayang bukan benci..kalau bab camni pon tak paham..tak dapek nak tolong..sendri tanggong la jawab eh..!



translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil