Followers

Saturday, September 05, 2009

“Sejak bila Umno tidak hina Islam.”-TGNA


Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:

i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.

Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.

Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?

Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?

Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.

Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.

Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.

Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.

Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.

Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?

Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

Kenyataan Media DMP Perak dalam Isu Sebat Kartika

Sempena lawatan ziarah Kartika. DMP Perak mengambil kesempatan mengadakan sidang media untuk menyatakan pendirian DMP Perak mengenai isu sebat Kartika ini.Kenyataan media ini telah disampaikan oleh Ketua DMP Perak Ustazah Hjh Bariah Alang Sapri di Resort Perak River Safari kepunyaan ayah Kartika Sari Dewi.



Kenyataan Media DMP Perak dalam Isu Sebat Kartika

DMP Perak merasakan terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi pandangan di atas isu ini.Isu ini hendaklah di lihat menyeluruh iaitu yang melibatkan hak individu,hak masyarakat serta perlaksanaan hukum syariah

1. DMP Perak menyokong pendirian Tengku Mahkota Pahang yang menyerahkan kedudukan kes ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah

2. DMP Perak kesal kerajaan Malaysia tidak serius dalam perlaksanaan undang-undang Islam selaras dengan status sebuah negara Islam yang diishtiharkan

3. DMP Perak menggesa semua pihak seharusnya memahami isu ini dari sudut pandangan Islam dan menghormati pendirian murni Kartika yang bertanggungjawab diatas kesalahannya serta mengkagumi azamnya yang kukuh untuk bertaubat seterusnya memberi perhatian kepada keluarga

4. Objektif syariah menjaga 5 perkara AGAMA, NYAWA, AKAL, MARUAH DAN HARTA.Ternyata pengaruh arak akan mengendalakan kelima-lima objektif syariah , harta benda terancam, nyawa terancam, maruah tiada harga.DMP Perak menyokong penuh kenyataan Presiden PAS , bahawa penjualan arak haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

5. Perlaksanaan undang-undang Islam mestilah didalam kerangka Islam.Namun sebelum ia kembali kepada kesempurnaan, DMP Perak memandang secara positif agar kes Kartika sebagai permulaan kepada perjalanan proses yang tertunda sejak 1957.

6. DMP Perak berpegang kepada ketetapan Islam bahawa semua pihak adalah sama di sisi undang-undnag, tanpa mengira jantina. Dosa dan salah sama darjahnya tanpa mengenal jantina. Dengan hukuman ini peminum arak di kalangan orang Islam akan berkurangan dan terhapus.

sekian, Terima Kasih
yang benar

Ketua DMP Perak Hajjah Bariah Alang Sapri.

Friday, September 04, 2009

kenapa yang jual arak tak kena tangkap..??

Semalam 3 September 2009 ummi bersama team Muslimat Negeri Perak dan Pusat .. serta Al-Banjari... MSK dan team PerakExpress berkunjung di teratak Pak Soekarno di Resort Perak River Safari di Sungai Siput..juga dikenali sebagai Kem Lang Buana..tujuan kami adalah untuk bersua muka dengan Kartika Sari Dewi Soekarno mangsa kepada sistem perundangan mahkamah syariah..kenapa ummi sebut ia sebagai mangsa sistem perundangan..meh ummi nak cerita sikit kisah perjalanan kisah pesalah yang meminum arak di khalayak ramai ini...Puan Kartika Sari Dewi.

Siapa dia individu ini yang tiba2 menjadi bualan setiap lapisan masyarakat..ada yang mengeji..ada yang kagum..ada yang simpati..dari mulut orang awam sehinggalah mulut pemimpin negara...dari dalam Malaysia sehinggalah ke luar negara kes Kartika disebut2..

Kartika Sari Dewi Soekarno bukanlah warga Indonesia seperti yang ramai sangkakan(termasuk anak2 ummi sekali) walaupun namanya keindonesiaan..anak ke-empat dari 9 adik beradik ini adalah warga negara Malaysia anak jati Perak tetapi mencari rezeki di Singapura bersama 4 lagi adik-beradiknya dan menginap di bawah satu bumbung..sudah bersuami dengan jejaka berwarganegara Singapura..punya sepasang cahayamata yang berumur 7 tahun dan 5 tahun... berkerjaya sebagai jururawat di sebuah hospital di Singapura..menjadi model papan iklan (bukan model 'catwalk')secara sambilan...kini berusia 32 tahun.

Isu Kartika sebenarnya bermula kira-kira 1 tahun setengah yang lalu apabila Kartika di tangkap ketika meminum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur...percutian bersama teman2 Kartika(kebanyakkannya berbangsa cina)  disitu merupakan percutian yang malang bagi Kartika..Kartika mengaku dia meminum arak bersama teman2nya ketika tangkapan berlaku..dan ditangkap ketika selepas baru sahaja meneguk arak ..
Bak kata Al-Banjari..,
Kamu meneguk arak ditempat yg salah Kartika, aku percaya jika kamu meneguk arak di puncak Genting, mungkin sampai bunting pun kamu tidak akan ditangkap ! Kata orang di situlah syurganya dunia, kota riang-riang !!

tetapi yang salah tetap salah..tak kira kamu minum di mana dan siapa kamu.. hukumnya tetap HARAM dan salah...walaupun 'mereka' yang punya kuasa selalu terlepas pandang ataupun memang saja2 melepaskan pandangan 'mereka' demi sesuatu..kerana gejala minum arak di kalangan umat Islam ini bukanlah satu yang rahsia lagi..mereka berani meminum secara terbuka kerana lemahnya penguatkuasaan tentang arak ini..

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran ; " Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor ( najis / keji ) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." surah al-maidah ayat 90.

seperti pengakuan Kartika semalam arak adalah 'ibu kepada segala kejahatan'..bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah..sudah kena tangkap baru sedar ianya salah..maka dengan pendirian itu Kartika mengaku dan sedia menerima apa saja hukuman yang akan diterimanya tanpa merayu..hampir 1 tahun setengah Kartika berulang alik ke mahkamah syariah Pahang untuk sebutan kesnya..menyebabkan Kartika terpaksa berhenti kerja sebagai jururawat bagi menumpu sepenuh masa terhadap kes ini supaya ia segera diselesaikan..dan selama itu tiada siapa ambil peduli akan Kartika..dan pada 20 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya..maka Kartika akur dan redha dengan hukuman itu..

Nah..!! disinilah mulanya nama Kartika menjadi buah mulut ramai...apabila hukuman dijatuhkan dan Kartika menerima bulat2 keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tanpa membuat sebarang rayuan ..tekadnya bulat untuk menerima hukuman sebat walaupun ditawarkan untuk membuat rayuan..bagi Kartika tekadnya telah dibuat sebelum hukuman dijatuhkan lagi ..tak kira apa saja bentuk hukuman dia tetap akan junjung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah..maka keputusan tekad itu menyebabkan ramai pihak yang tersentak..terkejut ..seperti baru tersedar dari lena yang panjang sambil menggesek2 biji mata yang berselemuih dengan taik mata...

apakah benar makhluk yang bernama Kartika ini sanggup disebat..? benarkah Kartika ini tidak mahu membuat rayuan..? kenapa dia mudah menerima hukuman tanpa membantah ..? bukankah senang kalau Kartika menerima hukuman dengan membayar RM 2000 sahaja dan ..apa Kartika ini gila..? sebagai seorang wanita dia lebih rela disebat dari hanya membayar denda RM 2000 dan membuat rayuan..bagi Kartika rasa bersalahnya tidak akan selesai dengan hanya membayar RM2000 dan merayu..

Antara denda RM5000 dan 6 kali sebatan atau RM2000 dan buat rayuan..manakah pilihan ramai..? ummi rasa ramai orang akan memilih RM2000dan membuat rayuan dari menerima hukuman RM5000 dan sebatan..di sinilah timbul kepelikan dalam sistem perundangan mahkamah syariah kita..rupa-rupanya nama saja mahkamah syariah tapi tidak menggunapakai hukum Islam dalam perlaksanaannya..hanya diambil sekerat-sekerat..
" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.
 Pak Soekarno menyebut.." saya heran orang yang jual arak tak kena tangkap..tapi orang minum aje yang kena..pada hey yang menjual orang kite..yang menghidang pun orang kite tapi hotel tu saya tak pasti sape punye..cuba le check2 sape yang punya ..orang melayu ke bukan.."

"saya cuba nak tegakkan hukum Islam ikut Islam yang saya mampu..nak ikut cara Taliban saya tak mampu..saya had ini aje yang saya mampu untuk membuka mata pejuang2 kepada hukum hakam Islam ni..mereka yang arif tentang hukum hakam syariah..cerodik pandai tentang undang-undang Islam ni le yang akan merungkey dan melaksanakan..saya takat labon kedai kopi boleh ler..cuma saya tak sangka boleh bukak sampei ke deme..ini kuasa Allah Taala..sampei Dato' Najib ambik tau..menteri itu menteri ini semua ambik hey.. "

Disini kita lihat sistem perundangan syariah negara kita tidak sepenuhnya mempraktikkan hukum yang telah Allah tetapkan untuk umat Islam..adakah 6 sebatan itu benar2 sudah mengikut syariat Islam dalm menghukum pesalah arak..?menurut tok mufti Perak..hukuman yang dijatuhkan itu juga tidak menepati kehendah Islam..
" Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBATAN . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a."
akan bersambung dialog bersama Kartika

Kun Faya Kun...

Kota Siputeh BN dapat kekalkan kerusinya tapi bakal hilang di DUN Bagan Pinang Negori Sembilan..ini berikutan kematian ADUN BN Azman Mohd Noor..beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

 [matilagi.jpg]
AL-FATIHAH
dan 
Salam Takziah dari ummi sekeluarga..


Inilah yang dikatakan takdir..di Kota Siputeh BN berusaha untuk mengekalkan kerusinya tetapi kalau dah janji Allah BN akan hilang satu kerusi maka Allah tunaikan di tempat lain..manusia merancang..Allah juga merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik..

bukan ummi gembira tentang kematian orang lain..cuma ummi nak tekankan disini kalau Allah berkehendak..apa saja boleh berlaku..hanya dengan ungkapan 'Kun Faya Kun'..

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).


wallahua'lam...

Thursday, September 03, 2009

memohon doa untuk sahabat kita blogawan Fairuz..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHs3hsI_cEoNbeF7_k3zNI4Vl8p20ILfQVdBdSQ-CnIaG473dq-Bzk0E790CGQ_NyXkowiRmhkFOKbx1M4j-mFkOsRctKH6p7ShoWA86hsPsIA9TkQBphKsFcJWT07IAqygjXaBJChYYZl/s320/berdoa_web.jpg

Assalamualaikum...

Seorang blogawan PAS Bagan Datoh iaitu saudara Mohammad Fairuz (http://m5rose69.blogspot.com/)..mengharapkan teman2 dan semua umat Islam mendoakan isterinya yang sekarang dalam keadaan koma setelah mengalami kematian bayi di dalam kandunganya..

sempena di bulan Ramadhan yang punya seribu barrakah dan keberkatan ini beliau mengharapkan doa2 dari sahabat2 semua semoga isterinya cepat sembuh..kini isterinya dirawat di Ipoh Specialist ..

ummi berharap Saudara Fairuz sabar dan tabah dengan ujian Allah ini..kami disini mendoakan semuanya akan selamat..

wallahua'lam..

Wednesday, September 02, 2009

ADUN PR dianak tirikan..kenyataan media DS Nizar


Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.


[bn1.jpg]

liputan live Sidang DUN Perak..

ikuti liputan live suasana sidang DUN  Perak dari 
blog PR vs BN 
dan
blog http://anilnetto.com/...

suasana SUK sempena sidang DUN..







sumber Perakexpress

Tuesday, September 01, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHs3hsI_cEoNbeF7_k3zNI4Vl8p20ILfQVdBdSQ-CnIaG473dq-Bzk0E790CGQ_NyXkowiRmhkFOKbx1M4j-mFkOsRctKH6p7ShoWA86hsPsIA9TkQBphKsFcJWT07IAqygjXaBJChYYZl/s320/berdoa_web.jpg

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

"Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN"

yahuuu...esok minyak naik..!!

 
TAHNIAH..!!
RAKYAT DIDAHULUKAN..!!
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..
ESOK MINYAK NAIK..!!
yahuuuuuuu......!!!

TAHNIAH DAN TAHNIAH LAGI..!!!
NASIB 1 MALAYSIA..!!

Sunday, August 30, 2009

kedudukan sebenar kuil yang kontrovasi..

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.



(Peta 1)

Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak yang dicadangkan oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran seperti peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.



(Peta 2 )


( Peta 3 )

Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.


Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.


( Peta 4 )

Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian kaum dan agama?


dari khalid Samad

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil