Followers

Saturday, March 28, 2009

selamat datang Barisan Rakyat Blogger(BRB)..

beberapa hari lepas MSK kasi sms berbunyi.. ''checked out zorro-unmasked''.. ummi tanye...''nape dgn zorro ''..''ada posting pasal bloggersnetwork''..."pasal apa..saya kat luar" suspen pulak..."geng blogger depa puji kita siap dengan poster".."best tu"..tu la sms2 antara ummi dgn MSK aritu..

sampai aje kat rumah terus bukak laptop cari blog zorro-unmasked..so jumpa la artikel ini...

PERAK'S BAND OF BLOGGERS: THE HOME TEAM.

Early this morning a reader commented:

Anonymous Anonymous said...

uncle zorro

i) yb nizar will increase the majority in bukit gantang.

ii) we need more malay-languaged posts...

iii) only the malays can persuade the malays, effectively.

iv) tq 4 all the hardwork u & ur gang has done for us.

4RAKYAT

March 25, 2009 1:01 AM

My buddy followed up at 4:00am (Dang, don't this guy sleep at all?):

Blogger shar101 said...

Z,

I agree with what 4RAKYAT aka Anon (1.01am) wrote on item 2.

Checkout - http://perakexpress.com/

It's a group of BM bloggers who called themselves the 'BloggersNetwork' and they have already set up base at Bkt Gantang since last Thursday.

BRB will need to outreach this bunch in due time coz they're basically... errrrmm .. the home team mah. I've got their contact numbers for our further deliberation. Wink2.

March 25, 2009 4:07 AM



Thank you 4Rakyat and OBE.....we will initiate contact ASAP.

This then is the Perak BLOGGERS NETWORK: CHECK THEM OUT AND START LINKING.

al-banjari -http://politikbanjar.blogspot.com/

ciberboron - http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/

dugong darat - http://anje-online.blogspot.com/

pak kamaru - http://abnnasution.blogspot.com/

http://perisik-rakyat.com/

http://syaomel85.blogspot.com/

http://haninasution.blogspot.com/

http://perakexpress.com/www/

GO HERE TO KNOW THE TEAM

team depa ni semua berbahasa inggeris dan team mereka bergelar Barisan Rakyat Blogger(BRB)...terharu dengan perhatian yang mereka sarankan untuk membantu di Bukit Gantang...dan dipahamkan semalam seorang wakil BRB telah pun berada bersama team BlogNet di Bukit Gantang..selamat datang dari ummi..insyaAllah hari ini boleh berkenalan dengan Melvin..

ok lah..ummi nak gerak ke Gopeng untuk majlis interaksi bersama ibubapa di sekolah anak di SBPI Gopeng..

Jumpa di Bukit Gantang..!!!

Bukit Gantang.. bahang sudah makin terasa..

Bukit Gantang semakin panas walaupun hari selalu hujan. Disini…hujan sebelah petang adalah biasa…yang luar biasa , kalau tak hujan. So..bagi semua yang nak datang ke Bukit Gantang..pastikan bawa payung atau baju hujan.

Malam tadi…aku balik kerumah di Kuala Kangsar. Bayar bil air…dah lama tertunggak. Nanti kalau kena potong…naya.

Pagi-pagi lagi…aku dapat call dari Melvin. Dia bagi tau..dia akan sampai di Bukit Gantang jam 3.00 petang. Ini sudah bagus. Akan bertambah lah lagi kekuatan Bloggers di Bukit Gantang ini. Aku pandu kereta…dia ambil gambar. Kalau nak lihat gambar-gambar terkini di Bukit Gantang, pergi lah ke blog dia kat sini.

So..selamat datang Barisan Rakyat Bloggers ke Bukit Gantang. Aku tak tau berapa ramai lagi yang akan datang esok, dan aku akan pautkan blog-blog mereka esok.

dsc09763

Ok…ada beberapa cerita menarik sepanjang malam tadi hingga tengahari tadi.

Pertemuan di Kamal Lodge.

Petang semalam…aku dapat satu SMS berbunyi macam ni. “Pertemuan dengan Dato’ Hamdan Taha pada 26 Mac 2009 jam 8 mlm d Kamal Lodge. Tuan Puan dijemput hadir. Agenda alaf baru politik Malaysia dan strategi PRK BG. dpd Naim”

Bila pulak Hamdan Taha dapat Dato? Dan siapa Naim?

Naim Abu bakar ialah Timbalan Ketua PKR Bahagian Bukit Gantang. Bercita-cita nak jadi Ketua Bahagian, tapi tak cukup popular. Bila Osman Jailu jadi EXCO, Naim bodek Osman Jailu untuk dapatkan balak. Osman pun sedekah kat Naim satu lot…dan perkara pertama yang dilakukan oleh Naim ialah menukar kereta kepada Pajero. Kerana termakan budi dengan Osman…dia jadi balaci Osman Jailu.

Seorang lagi yang jadi balaci Osman Jailu ialah Syamsul Munir…setiausaha PKR Bukit Gantang.

Bila PR diruntuhkan oleh Umno/BN, Naim dan Syamsul jadi tak keruan. Semasa Osman jadi EXCO, hidup depa senang. Tapi bila PR ditumbangkan, depa mula gelabah. Macam mana nak maintain cara hidup depa? Mana nak tanggung Pajero?

Jadi…bila Hamdan Taha datang menawarkan sejumlah wang untuk membantu kempen Umno/BN di Bukit Gantang…depa pun bersetuju. Ini cara hidup orang yang tak bermaruah. Kat mana ada duit…kat situ depa hurung.

Tapi pertemuan malam tadi dibatalkan selepas Hamdan Taha mendapat tahu..berita ini terlepas kepada geng blogger.

Pertemuan malam tadi sebenarnya merupakan perancangan bila nak isytihar keluar dari PKR. So..jangan terkejut, kalau pada 29/3/09 nanti..ada orang PKR Bukit Gantang isytihar keluar PKR dan masuk Umno. Depa akan bawa anak bini depa sekali dan mengaku…inilah barisan AMK dan Wanita PKR Bukit Gantang yang akan menyertai Umno. Mampuih pi la.

Kisah Osman Jailu, Ezam and the gang.

29/3 nanti, Ezam and the Gang akan jual ubat lagi. Terutama selepas mendapat peruntukan pendahuluan berjumlah RM20,000 dari Osman Jailu. Wang peruntukan tersebut telah diberi kepada Syamsul Munir beberapa hari lalu di Jakarta. Fuiyo!! Osman Jailu sekarang tak main kat Changkat Jering lagi brader!

Pasai apa Osman Jailu lari ke Jakarta? Hari ini…satu laporan polis dibuat oleh Khalil Idham Lim.sini. dan sini. Yang tu dia takut sangat. Masa mula-mula jadi EXCO dulu…dia tubuh syarikat sendiri dimana dia jadi Pengarah. Tujuanya ialah untuk mendapatkan tender-tender yang bersangkutan dengan pelancungan yang dibawah portfolio dia. Apa la punya bodoh. Tapi bila kita bagi tau kat dia yang dia tak boleh buat bisnis dan dalam masa yang sama pegang jawatan EXCO, dia ambil setiausaha dia jadi bini dan buat satu syarikat dimana bini dia jadi Pengarah Urusan syarikat tersebut.

Tapi ada satu hal lagi mengapa Osman Jailu takut nak balik ke Perak. Isteri keduanya itu dikahwini di Thailand dan masih belum didaftarkan di Perak. Kalau ikut undang-undang Perak..mereka masih belum sah sebagai suami isteri. ha..ha..ha. takut kena cekup! Kalau masa Jamry Sury jadi Pengarah JAIP dulu…boleh la dia lepas tetapi sekarang dah orang lain.

Pidato bersama Ezam.

Yang ni aku tolong promote sikit. kesian sikit la kat depa…sebabnya ceramah depa tak ramai orang. Sapa nak pi…pi la. Tak payah la bawak kasut.

ceramah-ezam

Kesian sikit la kat depa…dah memang tu kerja depa. Setiap kali pilihanraya…depa la yang tukang jadi balaci..tukang kempen. Habih pilihanraya…dah tak dak kerja. Masa ni la kalau nak buat duit pun.

Masa kat Kuala Terengganu dulu..Perak Bangkit ikut sama ceramah. tapi pasai apa kali ni Perak Bangkit tak ikut sama? Kalau tengok tulisan…fuiyo!! cukup garang. Tapi bila ada orang buat repot polis…kecuuuut!! baca sini.

Hari tu, macam-macam gambar tentang Nizar di buat, tapi bila orang buat laporan polis,habis semua kena delete.

Nota untuk Pengerusi SPR.

Hari tu aku ada komen sikit tentang kenyataan Pengerusi SPR dalam Utusan Meloya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sebarang bentuk kempen seperti penyebaran risalah serta kain rentang yang mempunyai kata-kata menghina dan menghasut sepatutnya tidak boleh dilakukan sebelum penamaan calon pada 29 Mac ini.

Aku nak tolong bagi ingat kat Pengerusi SPR, yang ni kain rentang sapa? Hari ini baru 27 Mac. Kalau nak tengok sendiri…mai Bukit Gantang.

dsc09723

sumber PerakExpress

Friday, March 27, 2009

public hearing hari ke-lima

Saya ingin menarik perhatian semua mengenai kenyataan ataupun tuduhan Khir Toyo bahawa Pakatan Rakyat yang menyebabkan beliau kalah...anda rasa orang boleh percaya ke, boleh terima ke tuduhan ini.


Berapa kerat sangat lah perwakilan UMNO yang dapat mengikuti Sidang Pendengaran ini, apatah lagi ianya lansung tidak mendapat tempat di media arus perdana.

Khir toyo juga dengan sombong dan angkuhnya mengatakan bahawa beliau tidak bersalah....laporan dari Malaysiakini: "Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu bertegas bahawa beliau tidak bersalah kerana siasatan pihak polis mendapati beliau dan pertubuhan tersebut, tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bekas presiden Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik, yang juga isteri Dr Mohd Khir, dilaporkan telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 11 Mac tahun lalu untuk membubarkan pertubuhan itu dan menutup akaunnya sehari kemudiannya.

Siasatan awam kemudiannya diadakan untuk menyiasat perkara itu tetapi Dr Mohd Khir hari ini berkata, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan Selangor mengadakan siasatan tersebut, sedangkan tiada seorang daripada mereka merupakan 'penyiasat terlatih'."Mereka hanya membazirkan masa. Mereka tidak menumpukan perhatian untuk mentadbir negeri itu, walaupun sudah setahun mereka mengambil alih pentadbirannya," tambahnya."

Memang sungguh melucukan kenyataan Khir Toyo ini...pelik betul orang ni, dia benar-benar rasa dia tak bersalah...atau mungkin dia memang merasakan apa yang dia dan isterinya lakukan selama ini dengan memerah duit syarikat kerajaan negeri untuk melancong, membeli barangan dan menerima cenderahati yang mahal sebagai bukan satu kesalahan...begitulah rasanya...cuba baca entry saya yang lepas-lepas mengenai semua kenyataan yang dicakapkan oleh semua saksi yang terlibat dalam Pendengaran Awam ini.

Pada hari ini iaitu hari ke 5 sesi pendengaran awam , Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor En Yunus Jamil telah dipanggil menjadi saksi untuk isu pembubaran BALKIS.


Untuk kita lebih menghayati kes ini sukalah saya memaklumkan bahawa BALKIS telah ditubuhkan pada tahun 1984 bermakna telah 24 tahun pertubuhan BALKIS ini telah wujud di Selangor. Fakta ini dimaklumkan oleh En Yunus setelah ditanya oleh JK SELCAT.

Isu yang dibangkitkan tadi ialah apakah pembubaran BALKIS pada 11/3/08 itu adalah sah dengan mengambil kira beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Pertubuhan BALKIS menurut perlembagaan dan mematuhi undang-undang Akta Pertubuhan 1966.

Menurut En Yunus sebelum sesuatu permohonan pembubaran diterima ada beberapa proses yang perlu diteliti dan disemak dengan tepat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN). Dokumen yang perlu ada dan perlu disemak ialah, Minit Mesyuarat, Salinan Senarai Ahli, Penyata Akaun Terakhir, Penyata dan Laporan yang diaudit. Sekiranya semua lengkap maka barulah permohonan boleh diluluskan.

Soalan yang ditanya kepada En Yunus ialah:

1. Adakah beliau lihat dan semak bahawa laporan kewangan diaudit atau tidak. Ini kerana menurut fakta bersumpah yang dikatakan oleh Juruaudit Balkis ialah mereka tidak pernah menerima apa-apa laporan kewangan dari BALKIS untuk diaudit walaupun telah meminta BALKIS melakukan demikian.

Jawapan dari En Yunus ialah beliau tidak meneliti samada laporan yang diterima diaudit atau tidak, alasan yang diberikan ialah beliau menerima segalanya ‘in good faith’, bermaksud meletakkan kepercayaan yang penuh kepada ahli-ahli BALKIS yang menghantar laporan tersebut.
Setelah ditanya berkali-kali dengan berbagai bentuk soalan oleh JK SELCAT En Yunus akhirnya berkata bahawa "Saya telah terlepas pandang".....yakni beliau tidak melihat dan tidak menyemak samada laporan Kewangan BALKIS adalah lengkap dan telah diaudit.

Apa yang berlaku walaupun dokumen untuk permohonan BALKIS bagi membubarkan Pertubuhan mereka tidak lengkap dan tidak sah, Pengarah Pendaftar Negeri masih tetap menghantar permohonan tersebut ke Pejabat Pendaftaran di Putrajaya dan menulis bahawa "saya sokong untuk diluluskan" tanpa mengambil kira bahawa segala dokumen tidak lengkap dan tidak sah...bak kata JK Selcat..'membuta tuli'

Maka di sini YB Saari bertanya "mana yang lebih tinggi, hierarki good faith berbanding akta dan perlembagaan"...terdiam tuan pengarah...
Soalan dari YB Edward Lee Poh Lin pula "Memandangkan proses pembubaran tidak teratur dan ada masalah apakah tindakan yang boleh diambil oleh En Yunus?"

Sebelum sempat En Yunus menjawab YB Teng secara berseloroh mengatakan bahawa "soalan itu tidak adil kerana En Yunus baru tahu hari ini"...merujuk kepada kemungkinan pembubaran Balkis adalah tidak sah.

Jawapan dari En Yunus ialah selagi ahli dah luluskan maka ianya boleh diterima.

Soalan seterusnya ialah "jika persatuan tidak teratur dan tidak ikut peraturan apakah tindakan yang boleh diambil."
Mulanya En Yunus hanya menjawab bahawa beliau hanyalah pentadbir dan bukan yang membuat keputusan, yang membuat keputusan ialah di peringkat ibupejabat.

Soalan lain dari JK SELCAT ialah " Pada April 2008 JPPN Selangor hantar surat ke Putrajaya menyokong permohonan dengan alasan semua dokumen teratur dan diterima, negeri ada kuasa untuk menyatakan sokongan, hari ini pula kata Pengarah telah terlepas pandang dan dokumen pembubabaran tidak diaudit. Tidak apakah tindakan JPPN kini bila dah tahu salah?"

En Yunus juga cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa semakan dokumen bukan sahaja dilakukan olehnya tetapi juga disemak di pihak yang lain.
En Yunus juga disoal "adakah beliau sedar atau tidak pada 8/3/08 telah berlaku peralihan kuasa?"...beliau menjawap ya.

Seterusnya lagi beliau ditanya " apakah ada kaitan pembubaran BALKIS dengan peralihan kuasa dari BN ke PR"...beliau menggeleng.

Beliau juga menafikan yang wujud layanan istimewa terhadap BALKIS berbanding dengan pertubuhan lainnya.

En Yunus juga cuba mengelak dari menjawab dengan menyatakan tidak faham soalan YB Haniza Talha dan mengatakan soalannya berbelit-belit dan mengelirukan....ini membuat ramai yang hadir tertawa dengan jawapan yang kurang bijak tersebut kerana kami semua yang hadir dapat memahaminya dengan mudah...jawab saja ya atau tidak.


Soalan YB Haniza berbunyi: " Apakah ada sebarang perbincangan di antara Negeri dan Pusat bagaimana hendak menangani Pembubaran dan Pengecualian untuk BALKIS?...ini susulan dari surat yang dihantar oleh JPP Pusat untuk memberikan pengecualian kepada BALKIS bagi proses pembubaran BALKIS.

Isu lain yang diambil kira ialah mengenai taraf ahli BALKIS pada ketika itu yang suami-suami mereka sudah tidak lagi menjadi ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri dan apakah secara automatik seseorang yang memenui syarat keahlian boleh menjadi ahli.

Akhir sekali fakta yang paling jelas pelik ialah tarikh Mesyuarat Agong Khas yang diadakan pada 11/3/08. Sedangkan mengikut peraturan dan undang-undang Akta Pertubuhan 1966 ialah notis mesti diedarkan kepada ahli sekurangya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

Mesyuarat mestilah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh sebulan daripada tarikh permintaan mesyuarat tersebut.

Namun dalam kes Balkis mesyuarat telah diadakan pada 11/3/08, iaitu 3 hari selepas tumbangnya kerajaan negeri yang diketuai oleh Khir Toyo dan Barisan Nasional...apakah mungkin mereka telah mendapat inspirasi yang mereka akan kalah dan telah menghantar notis mesyuarat agong khas even sebelum PRU dijalankan????

Pelik bukan.....sungguh tergesa-gesa dan tak cukup tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang Akta Pertubuhan.

Akhirnya Pengarah mendedahkan bahawa ketika pembubaran yang tidak sah itu dilakukan jumlah wang dalam akaun semasa BALKIS ialah RM 9,916,140.84 sen. Semuanya telah dipindahkan ke akaun BAKTI pula.

Sidang Pendengaran Awam ditangguh pada jam 11.40tgh dan akan disambung pada hari Isnin jam 10 pagi. Saksi yang sepatutnya datang pada sebelah pagi tadi ialah Puan Sri Hasbi, tapi beliau mohon untuk ditangguhkan ke tarikh lain.

sumber UmmuAsiah

marahkan PR..masjid jadi mangsa...!!!

3 km nak sampai Simpang Taiping, wak terima call dari seorang hamba Allah yang memang regular ke blog wak. Tolong datang ke masjid jamek Matang, ada haiwan dah conteng dinding bangunan di perkarangan masjid. Datang segera ! Aduhh.. macamana ni dong ! wak ni dalam perjalanan ke majlis khas Dato' Seri Nizar pagi ini, jam kat tangan dah letak tepat angka 10.18 am. Wak mesti kena sampai ke majlis Nizar tu jam 10.30 am. Nizar ni jenis punctual punya worang beb ! Nak kena ambik Sya-Reformis lagi di StesyenMaya 1. Pepagi lagi wak dah sawan ! hahahaa...! Wak sawan beb.. sawan !

Ap nak jadi.. jadilah.. wak belasah dulu ke masjid tu lepas ambik Sya, bawa keter standard rally.. tapi Alhamdulillah.. syukur kpd Allah swt. Berkat doa kalian semua.. wak selamat. Dan dibawah adalah antara contengan DURJANA yang dapat dilihat di bangunan masjid tersebut.

Inilah masjid yang menjadi mangsa contengan tangan-tangan haiwan DURJANA yang langsung tidak menghormati masjid sebagai tempat ibadat. Wak tak tahu apa jenis manusia yang sanggup mencemar dinding masjid dengan kata-kata kesat dan bangsat. Masjid yang berusia lebih 200 tahun jadi sasaran golongan haiwan dunia.

Diantara perkataan yang ditulis di dinding bahagian belakang masjid. Murni sungguh bahasa yang digunakan yang wak rasa tentu spesisnya dari bangsa melayu... Melayu haram jadah !

Bila dibaca dengan otak, agak2 hangpa.. sapa punya tulisan ? Hahaha..pasal apa pulak nak kena tulis Mail Pian ? Ini sudah lain macam beb ? Ini bukan kerja Zahid Hamidi ? Bukan...!! So.. siapa yang tersangat durjana tu ? Bab maki PR tu kerja siapa ? kerja Osman Jailu kaa.. atau kerja Hamdan Taha ? wak no komen... lu tengok beb !

Papan kenyataan pun jadi mangsa. Kesian sungguh puak tu.. terdesak tahap cipan kot ?

Ni dinding belakang masjid. Nampaknya puak-puak bangang ni hanya berani conteng dinding belakang saja.. oi... kat depan tu bila nak belasah pulak..? Kerana dah terdesak dan tertekan dengan penolakan rakyat Bukit Gantang, tangan-tangan jahat ini sanggup mengadaikan maruah diri, hangpa jawab depan Allah swt. kelak..! Lu jawab beb !

Wak nak peringat sikit.. hangpa tengok ka gambaq ni ? Hangpa jawab la sendiri ! Masa hidup conteng dinding masjid, dah mati tau la hangpa sapa pulak nak conteng-conteng muka hangpa ? Masa tu yang ada, ulat, semut, kala jengking... ular, dan segala haiwan barzakh yang hangpa sendiri tak tergambar rupa dan samsengnya depa. Baru bertemu buku dan ruas... haiwan dunia bertemu haiwan barzakh... haiwan akhirat la tu ngok ! FRU pun tak boleh nak tolong hangpa !

Wak nak habaq mai... kepada mereka dan tangan2 mereka yang menjadi haiwan tu, kembali kepada agama, dan bertaubatlah..mohon ampun kepada Allah serta merta, ingat mati kamu tidak diberitahu bila dan bila... entah esok entah petang ni.. kalau kojol tanpa sempat bertaubat,lu fikir la sendiri. Lu dah hina rumah Dia, itu rumah Allah laa.. ngok ! Bangang punya worang !

Jika benar ada rasa bersalah, pihak masjid tidak menjadi masalah untuk memaafkan kamu, dan beritahulah kepada khadam kamu bahawa kamu telah insaf dan bertaubat. Ingat.. tolak mereka yang zalim dan menganiaya. Tolak BN dan Umno !

Wak sampai ke tempat Nizar lewat 15 minit. Kantoi lagi beb !

-al-banjari online 2009

White House di Bukit Gantang...??

Petang semalam Perisik Rakyat ... Wak Banjar dan Cyber Boron ronda-ronda sekitar Bukit Gantang. apa yang depa dapat..baca seterus cerita depa...

sungguh menggemparkan..! sampai dekat dari jauh aku nampak khemah-khemah putih bersusun-susun sedang dalam pembinaan. tak sangka pulak Agent Mulder dan Schully ada buat projek dekat Malaysia.

Tak tau makhluk apa yang depa jumpa dan nak kaji dekat situ. aku tanya 2-3 orang yang lalu lalang. depa habaq, dekat situ ada satu gerombolan dah kerahkan tentera depa untuk berkumpul sambil-sambil mengkaji kesan-kesan yang telah diberi pada politik Perak hasil dari makhluk bernama "katak".

Dekat atas tu cuma skrip bodoh je. sebenarnya di Bukit Gantang sekarang depa dah penaik apa yang aku panggil "Markas Parti Komponen UMNO"... tu kalau bahasa jahat. kalau bahasa baik, aku panggil kem PDRM.

Aku tak reti nak kira berapa bijik khemah depa penaik, tapi yang pastinya kalau hangpa tengok dari jauh, tak kurang dari 1000 anggota PDRM boleh berlindung dekat situ dalam 1-1 masa.

Apa perlunya polis ramai-ramai sampai macam ni? kenapa persediaan untuk pilihanraya kecil lebih hebat dari persediaan untuk pilihanraya umum?

Entah... hat tu kena tanya "orang atas"... depa ni cuma dapat arahan je.

Aku jugak dapat info syarikat yang bekalkan makanan untuk para anggota PDRM yang bertugas ni dapat kontrak bernilai 30 juta (betulkan aku kalau aku silap... info ni aku dapat 3 minggu lepas jadi ingat-ingat lupa...).

Geng... ni baru pilihanraya kecil ni geng... agak-agak korang PRU-13 nanti macam mana gaya agak eh..? rasa-rasa perlu ka kita panggey sekali UN dan jugak PBB untuk menghadapi PRU-13 nanti..?

Kalau tengok pada persediaan untuk pilihanraya kecil aku rasa perlu kot buat macam yang aku habaq tadi PRU-13 nanti...

Malaysia Boleh..!

berita tertunggak....

hari ini dah 27 Mac 2009..banyak cerita yang tak tulis lagi...sepanjang 4 hari di Bukit Gantang hari tu..tak banyak yang dapat nak tulis...start Rabu lepas ummi sampai ke Trong..terus lapor diri untuk bertugas...tapi tugas ummi ada 2..satu sebagai petugas parti dan satu lagi sebagai bloggers..sebagai petugas parti ummi bertugas di Trong..kalau blogger merata tempat ikut arahan..

Khamis ummi bergerak ke Pengkalan Hulu bersama BlogNet untuk mewawancara Pak Teh...misi adalah untuk mengetahui perkembangan permohonan tanah yang Pak Teh buat untuk sekolah pondoknya...kisah Pak Teh ni DS Nizar selalu sebut bila dia berceramah..maka hari khamis lepas ummi dan team BlogNet dapat berdepan sendiri dengan tuan punya cerita dan lihat sendiri persekitaran pondok Pak Teh...video rakamannya akan diterbitkan tak lama lagi...nak cerita apa yang Pak Teh cakap dan pesanan2 dia terhadap pemimpin dan rakyat..banyak sangat lebih baik tunggu video dia boleh dengar sendiri apa luahan hati dia...



Tanah luas terbentang dekat belakang sekolah tu lah yang sekarang dah jadi hak milik Pak Teh sampai bila-bila dengan bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat... nak harap KERAjaan HadHari? sampai bila tak tau la dapat...


kebun yang diusahakan oleh pelajar pondok Pak Teh dan Pak Teh sendiri

dari Pengkalan Hulu kami bergerak ke Grik..kampung Rui untuk berjumpa dengan penduduk kampung baru yang telah menerima geran tanah hak milik kekal...bila lihat wajah2 mereka nampak kegembiraan mereka kerana selam ini kata mereka hidup sentiasa dalam kebimbangan..apa tak nya kata salah seorang penerima geran kekal tu..dulu sebelum dapat geran ni bila2 masa saja mereka boleh dihalau..itupun dah terdapat 3 perkampungan yang telah diambil dari penduduk alasan untuk pembangunan...

dulu tempoh pajakan tanah adalah 30thn..maka setiap 30thn mereka kena membuat permohonan baru....ada yang dah tinggal disana sejak mereka lahir sehinggalah dah beranak bercucu..tapi masih lagi hidup menumpang bak kata mereka.."mau mohon tanah sama kerajaan(BN) macam tunggu loteri...kalau ada nasib dapat..kalau takda kena mohon lagi...itu pun kita punya borang depa simpan dalam peti ais..takmau kasi rosak..lambat mau bikin..ini Nijar dia kasi hak kekal..hati pun banyak senang..tapi sekarang itu BN sudah kacau ..tak tau apa macam lagi banyak orang belum dapat.." masa tu sudah 11 orang yang dapat geran hak kekal..tapi masih ramai lagi permohonan mereka yang dalam proses..

Balik dari Grik ummi terus balik ke Trong...petugas muslimat masih lagi bertugas..mereka menghadiri majlis bacaan Yassin dan menziarah penduduk setempat...besan tuan rumah yang menjadi tempat penginapan ummi ada buat kenduri kesyukuran..maka sampai ke petang baru kawan2 ummi balik dari bertugas...malam pulak ada ceramah di Sg.Tinggi..penceramah Mat Sabu..dan dia satu tempat lagi di Bukit Chempedak...yang asalnya patut dibuat di Simpang tapi disebabkan gangguan polis maka terpaksa pindah ke Bukit Chempedak..penceramahnya DS Nizar dan DS Anwar Ibrahim...

Hari Jumaat..inilah hari yang kami terjumpa dengan risalah biadap menghina sultan dan mufti..korang boleh baca disini

Sabtu 21hb Mac 2009.... Muslimat..Nisa' dan PASTI telah mengadakan majlis sambutan hari wanita...sukaneka PASTI di 3 lokasi yang berasingan...Trong..Kuala Sepetang dan Changkat Jering...ummi sempat ke 2 lokasi saje..Kuala Sepetang ummi hantar Sya dan Zura sebagai wakil Sri Kandi PKR..ummi duk dalam kereta aje masa tu ..perut meragam sikit...kemudian kami bergerak ke Trong untuk meraikan program tersebut...







acara yang diadakan seperti pameran..membuat kek dan melelong kek...cabutan nombor bertuah..sukaneka anak2 PASTI..


kami dijemput juga untuk memenuhi undangan walimatul urus seorang penduduk tempatan...selamat pengantin baru buat kedua mempelai...



sebelah petang ada majlis Hi-tea di Simpang...kami gerak dari Trong menuju ke Changkat Jering..turun aje dari flyover dari jauh nampak satu kumpulan manusia yg berbaju kuning...kami kata takkan ada perhimpunan BERSIH pulak kat sini..barisan moto2 dah siap sedia diletakkan di jalan..mungkin ada perarakkan bermotor kot...anjuran BN...





[DSC05330.JPG]

majlis Hi-tea dan pelancaran jentera wanita PR dengan slogan 'Kita Bersaudara' 'We Are Brothers'...dikesempatan itu juga sambutan Hari Wanita dibuat dimana semua tetamu diberikan setangkai bunga setiap seorang..tetamu yg hadir dari berbilang kaum...diserikan pula dengan persembhan budaya 3 kaum..melayu ..india dan cina....

[DSC05426.JPG][singa.jpg]

selepas selesai majlis tu ummi terus ke rumah blogger yg baru..pasai ummi tak berapa boleh nak lepak kat tempat lama tu...sesuatu yang tak menyenagkan kat rumah blogger yg di Taiping tu...kemudian ummi balik ke Trong untuk siap2 balik ke Bagan Datoh...

InsyaAllah..ummi akan turun lagi Sabtu ni untuk penamaan calon pada hari Ahad nanti....

sekarang team ke-2 dari muslimat Bagan Datoh sedang bertugas di Trong...semalam laporan yang ummi terima mereka masuk ke Kg Baru..dari 9.00 hingga 11.30 pagi..rumusan yg dapat dibuat..rata2 pengundi yang berumur 40 thn ke bawah terang2 menyokong kita..40 thn keatas..masih dalam samar2..insyaAllah tak lama lagi terang la tu..pasal bulan akan bagi nampakkan cahayanya...

petang semalam mereka di program ke majlis minum petang bersama masyarakat cina bersama DS Nizar di Trong...

hari ini...petugas akan bergerak ke Kg Salak Baru..apa cerita tunggu depa balik...

wallahualam..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil