Followers

Thursday, November 26, 2009

Al-Quran hanya untuk hantaran..



"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.!


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya! . Jamila h entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim...
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man ! dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you
will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Interce! ssor wil l have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.




Wednesday, November 25, 2009

Baitulmal kena nafikan sekiranya tak benar...!!

180K untuk ubahsuai rumah MB Perak..?? 
bior betul yop..? 
mana cerekau duit banyak tu..?
apa...!!? dari baitulmal..??
bior bebenor yop..sohih ke cite tu..kalau tak betoi fitnah..
tapi kalau betol aje nye yang melampo..
Baitulmal kena menafikan kalau tak betol..
Baitulmal kena jelaskan bagi terang kalau betol..duit orang ramai tu yop..!!
rosak ke romah rasmi MB tu..?
aku tengok cantik lagi gagah romah tu..
perabot kat dalam tu pon ok lagi..cantik pulak tu..
nak kata ada tikus ke anai2 ke..
penjaga romah tu sentiasa jaga dan pastikan semuanya clear..

kita harap bebenor le kabor angin ni idok le betol...
mintak penjelasan dari pihak2 yang terbabit/tertuduh mengenai isu ini..



Mahkamah Rayuan talian hayat BN..

Mahkamah Tinggi kata DUN Kota Seputeh kosong dan perlu diadakan PRK...tetapi selalunya Mahkamah Rayuan akan memberikan ruang untuk menangguhkan PRK..sama seperti kesnya di Perak..bila Mahkamah Tinggi kasi green light..Mahkamah Rayuan pulak kasi red light..kesudahannya senyap begitu saja..tangguh sampailah tiada tarikh yang muktamad..

Makanya..sama jugalah..pi mai pi mai tang tu jugak..



Tuesday, November 24, 2009

Kerajaan BN Perak meng'anaktiri'kan SAR..

Bukan untuk mempertikaikan peruntukan kepada Sek. Persendirian Cina, memang sepatutnya kerajaan memberi peruntukan kepada setiap Sekolah-Sekolah di Malaysia tanpa mengira kaum.

Namun apa yang boleh dipertikaikan disini ,mengapa Kerajaan Negeri Perak yang kini dipegang oleh BN tidak bersikap adil dalam memberi peruntukan kepada semua sekolah-sekolah persendirian termasuk Sekolah Agama Rakyat(SAR).

Kita semua sedia maklum bahawa SAR ialah sebuah sekolah persendirian yang tidak mendapat bantuan walau satu sen pun daripada Kerajaan Negeri. Dikala PM melaungkan slogan 1 Malaysia Rakyat Di dahulukan mengapa SAR dipinggirkan.

Saya pernah diceritakan oleh ibu dan bapa yang yang menghantar anak-anak mereka ke SAR tentang bagaimana daifnya keadaan pembelajaran anak-anak mereka sehinggakan ibu dan bapa terpaksa menahan hiba melihat keadaan anak-anak mereka.

Semasa Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan yang berbentuk 1 ribu hektar tanah untuk diusahakan dan hasilnya adalah menjadi hak sekolah masing-masing bagi menampung pembelanjaan sekolah masing-masing.Rata-rata dari mereka berterima kasih atas peruntukan yang diberikan kepada SAR dan Sek.Persendirian Cina. Namun pembangkang yang pada ketika itu adalah BN mempertikaikan pemberian tanah seluas 1Ribu Hektar kepada 26 SAR dan 9 buah Sek.

Mereka mempertikai mengapa jumlah yang sama diberi sedangkan SAR mempunyai lebih banyak Sekolah. Pada ketika itu Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan yang sangat munasabah bahawa jumlah murid dikedua-dua Sek. Persendirian itu adalah sama iaitu setiap mereka mempunyai 6 ribu murid masing-masing. Jadi apa yang dilakukan Kerajaan Pakatan Rakyat itu adalah adil dan saksama.

Tapi adakah adil apa yang dilakukan Kerajaan Negeri Perak sekarang yang diterajui UMNO/BN memberikan sejumlah besar peruntukan sebanyak RM3.6 Juta kepada 9 buah Sek.Persendirian Cina tetapi tiada satu sen pun peruntukan diberikan kepada SAR. Tidakkah tindakan ini dilihat seperti UMNO/BN hendak meraih sokongan kaum Cina di Perak yang telah menolak BN pada PRU-12 yang lalu. Anda buatlah pernilaian sendiri....



Bukti-bukti kejayaan Kerajaan Pakatan rakyat berbanding UBN.
1)Kutipan Hasil Negeri perak bertambah kepada RM636 juta. Rakyat Perak yakin kerajaan PR akan menggunakan duit hasil cukai untuk kepentingan rakyat

2) Bajet kebajikan untuk rakyat.Perbelanjaan menurun pendapatan meningkat.

3) Pendapatan hasil sumber hutan selama 9 bulan sebanyak RM40 juta.

4) Meningkatkan martabat Sekolah Agama Rakyat peruntukan RM1.3 juta untuk SAR. RM4.09 juta untuk elaun penyelia dan guru KAFA dan Bantuan Perkapita pelajar-pelajar SAR. RM250,000 untuk elaun guru-guru tadika Islam.

5) Pelabur asing berminat melabur di Perak. Sebanyak RM3,130,017 Bilion pelaburan asing mampu dijana oleh PR dari Januari hingga Disember 2008. Petikan ucapan Dato, Chiang Jung Hsun, Pengusaha I-Con Food Ent Sdn.Bhd “Sekiranya Kerajaan PR Perak memerintah negeri ini setahun yang lalu maka telah banyak pelabur dating melabur disini lebih-lebih lagi dari Taiwan”

6) Beri Skim Takaful Kilafah.RM1,000 untuk menampung pengebumian warga emas berumur 65 tahun ke atas dari golongan miskin tanpa mengira agama,bangsa mahupun ideologi politik.

7) Beri dermasiswa sebanyak RM1,000 untuk seorng pelajar yang Berjaya ke IPTA. 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan RM750 sebulan.

8) 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan RM750 sebulan.

9) Amalkan perbelanjaan berhemah dan telus.Berjaya mengurangkan hutang kerajaan yang dibuat BN.

10) Kutipan zakat meningkat.Hanya 9bulan memerintah mampu mengumpul RM57 juta untuk manfaat rakyat.

11) Meluluskan tanah untuk Tanah Kampung Tersusun,Tanah kampong Baru,1000 hektar untuk Sekolah SAR dan SUWA, 45 hektar untuk Pondok Pak Teh.

Adakah UBN mampu bersaing dengan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Negeri Perak,50 tahun lebih berlalu namun tidak mampu Kerajaan UBN menempa kejayaan sebesar Kerajaan Pakatan Rakyat walaupun hanya berkuasa seketika dan dirampas secara haram dan sehingga tertubuhnya 'Rejim Haram Kerajaan Negeri Perak UBN'.

sumber Na'im Nik'mat

ummi..

dimanakah suara2 yang lantang dulu bila memfitnah Kerjaan PR Perak ketika memberi tanah kepada sekolah cina dan melindungi fakta berkenaan pemberian tanah kepada SAR...awat tak bising woii..

SPR cuba guna akai buat kerja...

Mahu tak mahu..SPR kena akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi...tak guna ditangguh2..DUN Kota Seputeh perlu diadakan pilihanraya kecil bagi mengisi kerusi yang sudah nyata kosong..

SPR sepatutnya tidak melebihi bidang kuasanya untuk menyanggah keputusan Speaker..walaupun kerusi  Kota Seputeh tidak akan menjejaskan kerajaan PAS di Kedah namun setiap keputusan adalah penting untuk menjaga demokrasi berperlembagaan di Malaysia ini..cukup di Perak SPR mencetuskan keadaan yang tidak sihat dalam sistem demikrasi..

sepatutnya SPR menjadikan Perak sebagai contoh untuk tidak melakukan kesilapan demi kesilapan..tetapi SPR tetap tidak mahu belajar sama seperti UBN..jangan sampai rakyat bosan dengan karenah yang SPR lakukan..bila rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap SPR... tak hairan nanti periuk nasi anda akan hilang juga...

Ingat..kuasa rakyat boleh merubahkan apa saja..

wallahua'lam..

Sunday, November 22, 2009

Selamat ulangtahun BloggersNetwork..


Untitled-2.png picture by UmmiAnni                                                         Sejak jun 2008 ummi mula menulis di blogspot ini dengan jasa blogger Nasa yang mana blognya bernama Tak Gedebe..inilah hamba allah yang menjebakkan ummi dalam dunia Blogspot...sebelum ini ummi hanya bermain2 di yahoo 360 bersama kawan2 chatter..blog yang hanya berkisarkan cerita kehidupan penulis dan aktiviti penulis membuatkan ummi cepat jemu dan ketandusan idea untuk menulis..dan di tapak lama juga ummi mengalami macam2 karenah di alam maya..kalau bab gaduh sesama blogger itu dah biasa sangat..kena pulak chatter yang panas baran dan kaki maki..siapa musuh siap la korang kena maki berbakul2..terinagat satu slogan "tak maki tak geng" ...hahaha what a sweet memory..tu belum campur dengan komenter2 yang punya geng sendiri..maka antara pengomen pun ikut sama terkena angin perang saudara..jangan kata ummi tak pernah terlibat dengan pergaduhan di alam maya..pernah..kena fitnah pun pernah..so ummi belajar dari sana dan ummi bawa diri ummi ke blogspot dengan cara yang serba baru...


banyak kenangan manis dan pahit semasa bergelar chatter dan penulis blog yahoo 360...dan banyak juga ilmu dan tunjuk ajar yang ummi dapat semasa terlibat dalam komuniti chatter..ramai yang ummi kenal dari berbagai latar belakang dan ideologi..kita cuba mengenali kawan2 dari segi karektor dan perangai orang melalui perbualan yang tidak bersuara..hanya melalui tulisan mereka..ada yang berterus terang ..ada yang hipokrit..bagi ummi dunia maya mahupun realiti..ianya tetap sama..cumanya kita kena pandai menjaga diri kita dan tahu apa tujuan kita...bagi ummi menjadi diri kita sendiri adalah lebih baik dari kita berselindung disebalik nama dan karektor yang dibuat2...forum2 ni ummi tak layan sangat..bukan pasal apa..sebab tak berapa nak pandai..

ummi mula mengenali dunia blogspot bila ummi terjebak dalam blog dunia politik..blog yang mula ummi masuk selepas Tak Gedebe..blog Harimau Menaip..Kulatlapok..KudaKepang ..Melayuangkat..nilah blog2 yang ummi suka baca bila mula2 masuk komuniti blogspot...kemudian ummi jumpa blog MatSamanKati..PerisikRakyat.. Al-Banjari ..PenarikBeca..Pak Sheikh Teluk Intan dgn laptopnya..Des/Berani membuat Pilihan...walaupun mereka berlainan ideologi dan pahaman tetapi kerharmonian tetap wujud ketika itu...saling menghormati pahaman politik masing2..tidak sampai ke tahap menghina sesama blogawan..tetapi itu sudah tidak wujud sekarang..rasa hormat sudah hilang..kata2 kesat juga sudah berleluasa digunakan untuk meluahkan isi hati dan pandnagan..ummi jadi tidak selesa dengan kewujudan blog2 yang menggunakan kata2 kesat terhadap pemimpin tak kira dia sari parti mana..sudah hilang nilai ketimuran yang kaya dengan sopan santun dan akhlak muslim di dalam penulis blog sekarang..sedihnya...

blog2 berkisarkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia bersama isu2 semasa yang berlaku disekeliling kita ini membuatkan ummi jatuh hati dengan dunia penulisan politik..walaupun ummi tak pandai sangat dalam penulisan..ummi suka baca penulisan MSK..Hussien Lempoyang..al-Banjari gaya yang bersahaja tapi bermesej...ummi tak pandai menulis dengan gaya bercerita seperti mereka tapi atas motivasi MSK yang suka memberi semangat dengan kata2 ini.."ummi menulis ikut saja cara ummi..tak perlu nak ikut cara orang lain..bila ada yang membaca maknanya apa yang ummi tulis orang paham dan suka.." rangsangan inilah yang buat ummi terus menulis ikut apa yang ummi mampu..



Semasa penamaan calon DSAI di Permatang Pauh adalah permulaan ummi mengenali blogger2 yang ummi selalu berhubung hanya melalui blog..selepas penamaan calon..MSK buat satu pertemuan sulung dengan PerisikRakyat..Zul Aloha..Hijat Panjang..Zul Mamak..MatComot..CheguBard..Jordan..Uncle Zorro..Bro Haris..masa tu al-banjari hanya kirim muffin..orangnya tak ada..ummi bersama Sya-Reformis yang ketika itu belum lagi terlibat dengan parti mahupun blog...borak2 bersama mereka2 yang dah otai membuatkan ummi dan sya lebih bersemngat untuk bergerak sebagai blogger dengan tujuan yang satu iaitu untuk memastikan pemerintahan yang adil saja bertapak dibumi Malaysia ini..boleh baca artikel tu disini-->http://haninasution.blogspot.com/2008/08/sehari-di-permatang-pauh.html



Bila proses berkempen di PRK Permatang Pauh bermula ummi terlibat secara tak langsung sebagai blogger dan petugas parti...dari situ kami menggunakan blog untuk menyampaikan berita terkini dan benar dari kacamata blogger...sehingga kemenangan berpihak kepada DSAI walaupun ketika itu blog belum sangat dikenali sebagai media alternatif secara besar2an...tetapi jasanya tetap ada bagi menyumbang kepada kemenangan DSAI..


setelah selesai PRK Permatang Pauh..MSK mula bercerita mengenai Kerajaan Maya yang mana idea Dr.Wahab cuba direalisasikan...maka pada tarikh ini..22hb November 2008 tertubuhlah KAMAR di bertempat dewan bangunan SUK ..cukup bersejarah kerana di hari tersebut juga para bloggers mendapat pengiktirafan dengan pemberian kad media dari kerajaan Pakatan Rakyat sebagai wakil lidah kerajaan Pakatan Rakyat..dengan permulaan itu kami bergerak sebagai satu team yang cukup kukuh dan mantap..malah mesra sebagai satu keluarga yang besar..

Semasa Konvensyen Teh Tarik kali pertama ini ummi mula kenal Al-Banjari ..Cenangau.. Mamamat... Cyberboron.. ManjungMai..Luna..BikirPerak..CYS..Dugong..TBO..Sam Ahmad..Dr.Wahab.. Caah..Ahmad Zawawi..Sulaimanja..ramai lagi yang ada kat gambar bawah ni..maaf tak tulis semua..masa ni ada yang ummi dah jumpa kali kedua..satu kenangan yang tak dapat dilupakan..ummi dapat keluarga besar..bukan setakat bloggernya saja..malah mengeanli keluarga blogger itu sendiri..isteri/suami dan anak2 mereka sekali..walau tak semua..kami mesra seperti abang dan adik..kami saling lengkap-melangkapi.. tapi itu setahun yang dulu..

bila berlaku PRK2 yang berderet2 kami semakin diuji..kesefahaman mula diuji..tahap kesabaran juga diuji..lama kelamaan semua jadi lesu..ada yang bawa diri..ada yang jauh hati..ada yang kecewa..dugaan demi dugaan..sehingga krisis dalam parti membuatkan lagi sesama bloggers mencari jalan keluar bergerak sendiri atau mencari tapak baru..maka BloggersNetwork sepi begitu saja..tak tahu apa sudahnya..tapi ummi masih tetap setia pada BloggersNetwork..kerana di sini ummi mula bertapak dan punya keluarga besar...tak kira orang kata apa..ummi tetap pertahankan BloggersNetwork..seperti di artikel Luna di sini...

http://3.bp.blogspot.com/_-2W2fZU250A/SwhzKpkWUrI/AAAAAAAAAiY/BfLNGUMiHVE/s1600/konvensyenTehTarik+019.jpg







Sedih menyambut ulangtahun BloggersNetwork hari ini..tak ada sambutan apa2 pun..sedihnya huhu...adad antara kami mula menjauhkan diri..antara kami mula tidak sefahaman hanya kerana tidak sependapat dengan krisis2 yang berlaku dalam parti..rambut sama hitam tapi hati lain2..tetapi kalau toleransi sesama kita tinggi..insyaAllah semua akan jadi damai...ummi rindu akan keluarga besar BloggersNetwork..rindu akan silaturrahim sesama BloggersNetwork..apakah tidak akan wujud lagi kemesraan keluarga besar ini..? sayu hati melihat wajah2 keluarga besar ummi ini..apakah tiada ruang untuk maaf memaafi sesama kita..kerasnya hati2 keluarga ummi ini..semasa memulakan BloggersNetwork dari kosong..sama2 susah kita mengembling buah fikiran untuk merealisasikan KAMAR..tapi setelah berjaya lain pulak yang jadi..betullah bila dikatakan kesenangan itu adalah ujian..bila susah kita bersama2..bila dah diberi keselesaan masing2 bawa diri..ada yang kena sisih..

Krisis politik memang banyak mempengaruhi kehidupan manusia..kerana politik tidak akan terpisah dari kehidupan kita sehari2an..politik adalah pengaturan urusan rakyat dengan perintah dan larangan...ramai yang kata politik tidak boleh dicampur adukkan dengan agama..tetapi sebenarnya politik dan agama harus berjalan selari..kerana politik membentuk siasah diri..

akhir kalam..kepada mereka yang pernah berkeluarga dengan BloggersNetwork..tak kira @Perak ke..@Penang ke..@Kelantan ke..@Selangor ke...ummi mengucapkan Selamat Ulangtahun yang Pertama..harapa akan ada tahun yang kedua dan seterusnya... mungkin juga ummi ada tersalah kata dan perilaku yang ummi tak sengajakan..ummi mohon maaf kepada semua ..mungkin luahan ini ada yang tak suka..ada yang rasa terhina..mohon ampun maaf..

ummi berharap sangat kalau KAMAR dapat diteruskan kesinambungannya kerana Pakatan Rakyat masih perlukan khidmat BloggersNetwork untuk menjaga kemenangan yang ada dan mencari kemenangan di negeri yang belum kita tawan..maka dimanakah kesudahan BloggersNetwork..? harap2 tidak menjadi sejarah..bak kata Luna.."cuba la untuk minta maaf..itu je...kan lebih manis..."

wallahua'alam..









translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil