Oleh Hanabira
Baru-baru ni, untuk setandan pisang abu, aku dapat RM 19.00! Aku bukannya ada kebun pisang pun, yang ada itu la dalam 15 ke 20 pokok je, yang ditanam oleh arwah suami kat tepi jalan depan umah. Tak jual pun, hanya untuk makan anak-beranak. Kadang-kadang je ada jiran beli sebab nak buat bekal bagi anak depa bawak balik ke bandar.
Aku tanya kat jiran yang beli pisang abu aku tu. Apsal mahal sangat? Katanya susah nak dapat sebab pokok pisang banyak yang musnah diserang virus. Kalau dulu sekilo harganya sekitar 60sen @ 70 sen, sekarang dah jadi RM1.40. Memang buat duit betul la bagi sapa-sapa yang ada kebun! Tapi masalahnya sekarang di Bagan Datoh ni bekalan pisang tak ada! Tak macam dulu, bersepah-sepah pisang di merata tempat.
Aku ada gak dengar masalah ni dari kawan2 yang berkebun pisang. Ingatkan dah selesai rupanya masalah ni masih berterusan. Aku pun call beberapa orang kawan bertanya hal ni. Kata depa, kalau dulu yang rosak cuma pisang abu dan pisang awak saja, sekarang pisang nangka ,pisang berangan pun kena jugak. Sekiranya masalah ni tak ditangani dengan segera, rasanya lama-lama nanti mau semua jenis pisang abis rosak.
Sorang kawan aku terpaksa menyodok kebunnya yang seluas 5 ekar dengan bulldozer. Abis semua pokok pisang yang problem tu dilanyak lumat. Hinggakan parang buat menebang pokok itu pun depa basuh dengan clorox! Dua bulan lepas ada pegawai dari Jabatan Pertanian datang melawat kebunnya mengambil sample tanah dsbnya. Katanya, depa akan datang lagi nak bagi bantuan tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa tindakan susulan.
Sorang pengumpul hasil pisang yang dikenali di kawasan BD ni memberitahu, masalah ni dikesan sejak raya tahun lepas lagi. Kebun pisangnya yang seluas kira-kira 238 ekar itu turut sama terjejas. Dia yang membekalkan berlori-lori pisang hingga ke Johor amat terkesan dengan masalah ini. Sejak kejadian, dia kehilangan kira-kira 95% hasil jualan pada setiap bulan, yang tinggal hanyalah dalam 5% saja . Jika dulu dia dapat pulangan hampir RM40,000 sebulan, sekarang sebanyak itu jugaklah dia menanggung kerugian.
Menurut Tuan Haji Ariffin, Jabatan Pertanian ada meminjamkan mesin foging bagi mengatasi masalah pisang yang diserang penyakit ni. Lebih kurang macam Jabatan Kesihatan buat semburan untuk cegah denggi tu la tapi hasilnya tetap macam tu. Pokok pisang ni nampak tumbuh elok, cantik takde masalah pada peringkat awalnya. Tapi bila bermulanya proses pengeluaran “jantung”, pelan-pelan dia menunjukkan tanda-tanda tak sihat. Batangnya mula bertukar warna menjadi hitam keperangan di bahagian dalam. Bahagian pangkalnya pulak berair dan berbau sekaligus melemahkan daya tahan untuk terus hidup!
Daun-daunnya yang hijau mula bertukar seakan layu. Berwarna kekuningan dan kadang-kadang nampak seperti hangus terbakar. Daunnya pun tak cantik licin macam biasa, mula tersiat @ terkoyak di sana sini. Buahnya akan terencat, layu dan tak mau masak. Kalau masak pun nampak sangat “sakitnya” dengan warna dan rupa yang menyedihkan. Kenapa ya? Ramai yang bagi info, kata depa berpunca dari angin. Ada jugak yang kata berpunca dari sumber air. Dan masalah ni dikesan bermula dari negeri Johor. Yang mana satu yang betul? Hanya Allah saja yang Maha Tahu.
Tak kira la apa pun penyebabnya, aku percaya pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan Pertanian dan Persatuan Peladang, mesti dah alert. Depa mesti dah buat kerja,kan? Kalau belum, satu tindakan drastik mesti segera dilakukan bagi menangani isu ini. Ramai yang telah mengalami kerugian akibat bencana ini. Bukan di Bagan Datoh saja yang terlibat. Aku klik kat internet, rupanya di Meru,Klang pun dah kena. Virus yang menyerang pisang ni dipanggil “Moko” disease. Virus ni bertindak melayukan batang pisang sekaligus melayukan daun dan buahnya sekali.
Jika masalah ni berlarutan, jawabnya apa saja hasil pisang akan naik harga. Tak kira la pisang goreng ke..kerepek pisang ke..semua mesti naik punya. Tambah-tambah nak dekat raya ni. Tak heran la sebelum ni pun, beberapa tandan pisang abu aku dikebas orang! Tinggal pokok jer..Ingatkan keja sang monyet. Sepertinya monyet-monyet pun kena tukar menu ni. Pisang bukan lagi makanan utama korang ^_^