Lama sungguh la ummi tak menulis kerana banyak urusan2 yang perlu diutamakan...alhamdulillah hari ini ummi dapat meluangkan sedikit masa untuk menulis..banyak juga isu2 dan cerita2 menarik yang berlaku dan seronok untuk diulas..tapi ummi terpaksa biarkan dan cukuplah ummi sebagai pembaca dan pemerhati saja..
tumpuan ummi sekarang adalah kepada perjumpaan bloggers pada 20hb Disember pada hari Ahad ini iaitu satu program yang cukup besar dan penting kepada penulis2 blog ..
Konvensyen Bloggers PAS 2009..itu adalah nama program yang pada awalnya ummi dipahamkan khusus untuk bloggers yang bernaung dibawah bendera PAS..mungkin sebab nama program tu 'Konvensyen Blogger PAS' itu yang nampak seperti yang terlibat hanya blogger PAS sahaja tetapi kalau dilihat kenyataan seperti yang tercatat di
sini...di
sini..dan yang terkini seperti yang di
sini ..ianya tidaklah khusus kepada blogger PAS sahaja...
Tarikh : 20 Disember 2009 (Ahad)
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Pendaftaran:RM10.00
Peserta
1. Blogger PAS dan Blogger penyokong PAS (atas jemputan dan daftar melalui email).2. Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat
3. Ketua dan Setiausaha Penerangan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Pas Pusat
4. Pengerusi IT Dewan Ulamak, Dewan Pemuda Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat.
5. Ketua Penerangan dan Setiausah Penerangan negeri-negeri.
6. Pengerusi IT Negeri-negeri.
7.Ketua Penerangan dan Setiausaha Pas Kawasan-Kawasan
8. Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak,Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Negeri-Negeri
9.Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Kawasan-Kawasan
(kenyataan ini dikeluarkan 19/11/2009)Kenyataan terkini ...
"Konvensyen Blogger turut dibuka kepada penyokong PAS"(kenyataan 14/12/2009)...tapi sebenarnya sama seperti kenyataan yang asal..takde berubah apa2 pun..kalau kita perhatikan peserta yang akan terlibat seperti senarai di atas memang sudah awal2 terbuka untuk semua penyokong PAS...jadi dimanakah tertutupnya dan apa pulak yang dibukanya..?
harap ketua penerangan tolong beri sedikit pencerahan terhadap kenyataan yang baru ini...sebab kalau ikut fahaman ummi tak ada perubahan apa2 pun...kenyataan macam ini boleh mengelirukan..mintak beri terang sikit kenyataan baru ini...
'Konvesyen Blogger PAS 2009' nama ini yang menyebabkan ada di antara blogawan bertegang urat jari mempertikaikan konvensyen yang dikatakan tak mesra Pakatan Rakyat..maka ada bloggers PAS cuba mempertahankan keputusan yang telah diputuskan oleh pimpinan bagi tujuan untuk menghargai sumbangan penulis2 blog yang dibawah payung PAS...kalau dah asalnya memang terbuka kepada semua penyokong PAS maka tak sepatutnyalah ada yang pertikaikan konvensyen ini..yang ummi nampak berlakunya salah faham terhadap kenyataan2 yang telah dibuat oleh Ketua Penenrangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad..sebab ketua penerangan sendiri yang telah terkeliru dengan kenyataan dia sendiri..
ummi berharap setiap keyataan yang hendak dikeluarkan perlulah terang dan jelas dan janganlah mengelirukan...bukan apa penerimaan dan pemahaman seseorang itu berbeza2..kalau ikut pada mulanya konvensyen ini macam khusus kepada blogger yang berahli PAS saja...kemudian dibuka pula kepada penyokong PAS..sedangkan asalnya memang telah dibuka kepada penyokong PAS...mungkin orang hanya baca tajuk dan tak baca isi sampai habis maka berlakulah salah faham..
salah faham ini kalau tak diselesaikan memang akan jadi parah..siapa yang bertanggungjawab terhadap kekeliruan ini..?? tolong ambil sikap lebih bertanggungjawab untuk mengelakkan sengketa yang berpanjangan..jangan lepas tangan sebagai pemimpin kena intai anak2 buah kat bawah apa jadi bila kenyataan telah dikeluarkan..jangan selepas buat kenyataan tak pantau apa kesan kenyataan yang telah dikeluarkan...kerana antara kita saling lengkap melengkap..perlu memerlukan..maka semua kepimpinan perlu punya sikap prihatin dan peka dengan permaslahan yang nampak kecil tapi besar...
satu lagi yang membuat ummi kurang jelas..penyokong PAS itu apa katogerinya dan siapakah yang dikatakan penyokong PAS..di sini ummi lampirkan komen2 pembaca blog
wak albanjari tentang ketrbukaan yang ingin dibuat pada konvensyen ini kelak..
ijoks2009 said...
Wak... tu yang aku bimbang klu konvensen blogger PAS ni dibuka kpd umum....kita tak tau niat dihati yg hadir tu....bila ramai yg pakat mai SB-SB Bkt Aman takan nak lepas peluang....sat lagi semua gambaq-gambaq blogger yg mai tu kena snap, percuma masuk dlm fail2 mereka....ana tak setuju klu konvensen ni dibuka kpd umum walaupun pada blogger PR. ini urusan rumah tangga PAS, bukan urusan depa, mcm mesyuarat khas parti la juga mana boleh bagai org luaq masuk kan? sat lagi yg mai tu bukan setakat PKR & DAP je, hat yg jenis tak berparti pun mai tumpang semangkuk....jenis umno jadian pun akan tumpang mai juga....apa cerita wak!!
komen2 di atas adalah wajar diambil berat oleh pimpinan..kerana sebagai penulis blog kami juga perlu menjaga langkah2 keselamatan..kalau kami rasa konvensyen ini mendedahkan kami kepada bahaya baik kami duduk di rumah saja dari memberi peluang kepada musuh mengenali mangsanya secara terbuka dan percuma .. nampak gayanya kena pikir 2.. 3 kali ni...nak pi ke tak..hmmmm
wallahua'lam...