Demam chikungunya adalah wabak yg sedang merebak di kawsan Bagan datoh(ni tempat Parlimen Datuk Zahid Hamidi,yg tgh sibuk dengan pemilihan amno sebagai calon naib presiden)...chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.dari laporan jabatan kesihatan..seramai lebih 40 orang tempatan yg telah mengidap demam chikungunya di kawasan ini..doakan ummi dijauhkan dari chikungnya ni..pasal ummi tgh demam ni..selsema gak ni...seriau gak...Demam denggi pula diberitahu telah menyerang kawasan Manjung..sehingga pesakit di Hospital Manjung terpaksa dipindahkan ke Hospital Teluk Intan kerana kekurangan tempat..
Apo ko bondo domam chikungunya ni..??1. Wabak chikungunya pertama kali dilaporkan di Tanzania pada tahun 1952, kemudian menyebar sampai Indonesia, yang dilaporkan pada tahun 1982 di beberapa wilayah di Indonesia. Jumlah kes chikungunya tahun 2001 sampai bulan Februari 2003 mencapai 3918 kes tanpa kematian. 2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
- Demam panas mengejut..pada kanak2dimulai dgn demam mendadak dgn kulit kemerah2an(ruam merah)selam 3 hingga 5 hari..mata biasanya menjadi merah dan disertai tanda2 selsema.
- Sakit teruk pada sendi serta terjadi pembesaran kelenjar...pada org dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan..kadang timbul rasa mual sehingga muntah.
- Ruam pada badan
- Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi tetapi demam denggi berserta dengan pendarahan yg hebat,renjatan mahupun kematian..
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
- Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
- Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
- Nyamuk ini aktif di waktu subuh dari jam 6.30 ke 7.30 pagi..dan petang dari 6.30 hingga 7.30 mlm.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
Jika anda atau keluarga anda menunjukkan tanda2 seperti diatas..segeralah ke pusat kesihatan yg berdekatan..sayangilah keluarga anda..