Oleh: MSK
Sebelum aku sambung tulisan berkaitan dengan tajuk diatas, aku nak ucap terima kasih kepada semua mereka yang telah membantu Mediaperak kembali seperti biasa. Seminggu Mediaperak tak boleh diakses sebab overloading. Rumah kecik..tiba-tiba orang datang ziarah diluar jangkaan.
Ada orang kata, Mediaperak ni ada sponsor. Kalau ada sponsor..tak ada la masalah. Masa mula-mula kami start Mediaperak, duit tak ada..cuma ada niat dan keikhlasan. Team Mediaperak buat kerja dengan air liur. Semuanya menyumbang dengan percuma. Dan bila pengunjung bertambah, server kongsi tak cukup untuk menampung. Nak upgrade ke dedicated server..kos nya hampir RM500 sebulan..tak mampu la.
Jadi kami buat keputusan untuk gunakan server percuma di Google Blogspot. Orang nak kata apa pun..kata lah. Dah memang hakikat kami tak ada duit. Dan kami juga tak mau la nak minta sedekah tak tentu pasal. Nanti jadi isu pulak..”blogger-blogger Perak minta sedekah lagi.”
Sedang kami cuba memindahkan semua data ke Blogspot, ada sorang hamba Allah yang bertanya pasai apa Mediaperak tak boleh diakses. Bila kami ceritakan apa yang berlaku, secara sepontan dia terus menawarkan untuk membiayai kos dedicated server. Maka, kami pun pindah balik ke dedicated server. Oleh kerana dua tiga kali pindah, banyak la yang tercicir dan hilang dan itu yang menyebabkan mengapa mediaperak down hampir seminggu.
Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca dan pendokong Mediaperak. Lepas ni, kami boleh hayun lebih kuat lagi.
Dalam posting terakhir pada 21 Mei, tentang tanah kubor yang disapu oleh Umno, aku berjanji untuk menyambung cerita tu. Dalam masa seminggu ketika Mediaperak hilang dialam maya, banyak lagi cerita-cerita yang kami dapat. So..stay tuned. Mediaperak akan lebih agresif selepas ini.
Sekarang ini, Umno Perak tengah sibuk membuat siri ceramah diseluruh Perak tentang “Nizar Pembohong Bersiri.” Kat mana saja ada ceramah yang membabitkan Nizar, Umno pun sibuk buat ceramah. Aku Nampak, macam ada komplot diantara polis dengan Umno sebab Umno selalunya bangang..bukan tau pun apa yang Pas buat. Cuma polis saja yang boleh bagi maklumat kepada Umno kat mana Pas nak buat ceramah dan bila.
Tapi..lebih banyak ceramah fitnah yang Umno buat, lagi ramai kakitangan kerajaan yang bagi maklumat tentang apa yang berlaku dalam Umno. Depa pun dah naik meluat.
Minggu lepas…aku tulis pasal tanah kubor pun Umno nak sapu. Bila kau tulis benda tu, aku pun tak tau kat mana tanah kubor tu..yang aku tau cuma nombor lot yang di smuggle oleh kakitangan kerajaan dan dia bagi kat aku. Semalam dah heboh di Pejabat Agama dan Pejabat Daerah Batu Gajah. Rupa-rupanya, tanah kubor yang cuba diambil oleh Umno itu..terletak dalam DUN Sungai Rapat..dibawah Hamidah Osman. Ha.ha.ha…Jaga kau Midah.
Apa skandal Midah dengan Lee Kon Yin? Ho.ho.ho…ada banyak woooo. Tapi yang ni nanti dulu. Nanti aku pi jumpa Fong Po Kuan dulu. Fong Po Kuan (AP Batu Gajah) ada banyak cerita tentang skandal Midah dan Lee Kon Yin.
Minggu lepas aku tulis tentang kerajaan Negeri Pulau Pinang yang beli tanah bukan Melayu untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam. Kat Perak, tanah perkuburan orang Islam pulak mahu digadaikan kepada bukan Islam. Apa punya turrr la… Zambry? Macam ni ka Umno? dok heboh sana sini pasai Nizar jual tanah kat Cina..tapi tak ada bukti. Lepas tu, tuduh Guan Eng ambik tanah kubur orang Islam. bila Guan Eng beli tanah Cina untuk buat tanah perkuburan orang Islam..umno Penang tak mau cakap apa-apa ka? Majlis Fatwa tak mau buat Fatwa sama ada tanah perkuburan tu halal ka haram?
Hari ini aku nak tunjukkan satu lagi kes di Selangor. Semasa Umno memerintah Selangor, banyak la tanah-tanah di Selangor diberikan kepada Umno Bahagian. Sekarang ni, mungkin pasal duit dah tak cukup, tanah ni pun depa nak jual!!
Salah satu kes ialah melibatkan Umno Puchong. Pada tahun 2010 lalu, Umno Bahagian Puchong mahu menjual tanah milik mereka kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Lagi Gemilang Sdn Bhd. Tapi, Khalid Ibrahim telah menolak permohonan tersebut kerana syarikat tersebut bukan syarikat Bumiputera.
Umno nak jual kepada bukan Melayu…Khalid tak mau lulus. Lepas tu, Umno pulak kata..kerajaan Pakatan Rakyat dok perabih tanah melayu bagi kat Cina. Ada akai ka?
Tak percaya tengok salinan surat dibawah ini.
Dalam posting lalu juga, aku bagi tau bagaimana sejak pemerintahan Umno dibawah Zambry telah menghapuskan lebih 8000 hektar hutan simpan. Dengan lebih tepat, sejak Zambry jadi MB, Zambry telah memansuhkanwartakan seluas kira-kira 8,548.43 hektar Hutan Simpan di Perak.
Dan bagi sapa-sapa yang tak berapa faham tentang hutan, bila status Hutan Simpan itu dimansuhkan, maka balak-balak dalam hutan tersebut sudah boleh dikeluarkan. Habih hutan di Perak ni Yob!!
Lebih teruk lagi, pada 7 Mac 2012 saja, Zambry telah memansuhkawartakan seluas 1855.34 hektar hutan simpan. (4582 ekar). Tauke-tauke mana yang dapat balak ni? Yaang ni aku tak tau..tapi aku rasa tak lama lagi boleh tau. Apa yang diperlukan ialah member-member dari Pejabat Hutan dan Pejabat Tanah tolong supply info.
Untuk memudahkan hangpa membuat carian, aku sertakan maklumat dibawah ini.
1. 21 Mei 2009: 101.09 hektar. Hutan Simpan Batu Undan.
2. 11 Nov. 2009: 40.47 ha. Hutan Simpan Segari Melintang.
3. 8 Julai 2009: 5.24 ha. Hutan Simpan Lumut.
4. 6 Jan 2010″ 121.16 ha. Hutan simpan Teluk Muroh.
5. 31 Dis. 2009: 2.20 ha. Hutan Simpan Pangkor Selatan.
6. 9 dis. 2010: 3178.14 ha. hutan Simpan Gunung Besout.
7. 23 Dis 2010: 500.50 ha. Hutan simpan Kledang Saiong.
8. 17 Jan 2011: 145.68 ha. Hutan Simpan bintang hijau.
9. 18 Ogos 2011. 748.6 ha. Hutan Simpan Korbu.
10. 2 Disember 2011: 69.55 ha. Hutan Simpan Korbu.
11. 6 disember 2011: 567 ha. Hutan Simpan Sungai Kroh.
12. 10 Jan 2012″ 1214 ha. Hutan Simpan Korbu.
13. 1 Mac 2012: 390 ha. Hutan Simpan Bukit Slim
14. 1 Mac 2012: 75.27 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
15. 1 Mac 2012: 87.41 ha. Hutan Simpan Bukit tapah.
16. 1 Mac 2012: 92.24 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
17. 1 Mac 2012: 116.69 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
18. 2 Mac 2012: 69.88 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
19. 2 Mac 2012: 70.41 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
2. 11 Nov. 2009: 40.47 ha. Hutan Simpan Segari Melintang.
3. 8 Julai 2009: 5.24 ha. Hutan Simpan Lumut.
4. 6 Jan 2010″ 121.16 ha. Hutan simpan Teluk Muroh.
5. 31 Dis. 2009: 2.20 ha. Hutan Simpan Pangkor Selatan.
6. 9 dis. 2010: 3178.14 ha. hutan Simpan Gunung Besout.
7. 23 Dis 2010: 500.50 ha. Hutan simpan Kledang Saiong.
8. 17 Jan 2011: 145.68 ha. Hutan Simpan bintang hijau.
9. 18 Ogos 2011. 748.6 ha. Hutan Simpan Korbu.
10. 2 Disember 2011: 69.55 ha. Hutan Simpan Korbu.
11. 6 disember 2011: 567 ha. Hutan Simpan Sungai Kroh.
12. 10 Jan 2012″ 1214 ha. Hutan Simpan Korbu.
13. 1 Mac 2012: 390 ha. Hutan Simpan Bukit Slim
14. 1 Mac 2012: 75.27 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
15. 1 Mac 2012: 87.41 ha. Hutan Simpan Bukit tapah.
16. 1 Mac 2012: 92.24 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
17. 1 Mac 2012: 116.69 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
18. 2 Mac 2012: 69.88 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
19. 2 Mac 2012: 70.41 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
Cukup la takat tu dulu. bila dah dapat…pi bagi kat Hanapiah Man. Kesian aku kat dia, dok berceramah sana sini, dapat la dua tiga ribu. Zambry buat juta-juta. Dan bagi orang umno yang dengar ceramah Hanapiah Man tu..mintak la lebih sikit. Pemimpin Umno buat juta-juta..hangpa datang dengar ceramah depa bagi air mineral saja.
Cukup la…jangan la kena tipu lagi. Tapi kalau bersedia untuk ditipu oleh pemimpin Umno Perak…aku tak boleh nak kata apa. Dah memang bangang!!
Dan bila zambry kata “tiada Tertinggal dan Tiada Terpinggir”..betui jugak Yob. Balak besor betis pun habih..