isu TGNA berang dengan ustaz Nasa ..ummi suka alasan yang diberi oleh real_aduka...
Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..itu cuma amaran bukan betul2 nak diambil tindakan kerana kita kena lihat juga selama Ustaz Nasa di dalam PAS dari ahli biasa sehinggalah dia memegang jawatan tertinggi PAS..isu UG inilah yang baru dia tesasar..tersasar kerana dia ingat semua ahli paham pasala UG ni seperti yang dia paham...dia tersasar kerana penerimaan seseorang itu berbeza2..bukannya semua mempunyai tahap pemikiran yang sama..
selama ini dia telah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk PAS...takkan kebaikan yang banyak kita boleh lupakan oleh sebab yang satu ini..takkan takde peluang kali kedua untuk dia bertapak di dalam rumah PAS...tapi biasalah lumrah alam..manusia akan memperbesarkan keburukan seseorang itu dari kebaikkan yang telah dibuat bila kita tidak suka...
TGNA pula telah banyak menelan pahit di dalam politik jahat amno..dari muda sehingga la sekarang...mereka yang bukan ditempat TGNA mungkin tidak rasa semua itu..bak kata pepatah..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..maka yang muda kenalah menghormati perasaan TGNA juga..kenapa tak berjumpa dan diperjelaskan dengan mata bertentang mata..kalau kita menggunakan medium akhbar sebagai orang tengah macam2 yang akan timbul..seperti kita main telefon karat..kita sebut lain yang sampai dah lain cerita..cerita sejengkal..boleh menjadi sedepa..kena pulak akhbar yang pro sebelah pihak musuh..lagi sedap dia sesuka hati tambah ramuan nak kasi sedap cerita....
sebenarnya isu UG ni boleh diselesaikan dengan aman kalau caranya tertib..walaupun ianya hanya idea seseorang...tapi kalau didiskusi dengan berilmiah...insyaAllah terungkai semua perkara..tapi bila duk berbisik2 dengan orang tertentu saja..memang kena la ...korang kena cekop ke...korang kena hempuk ke..tahan aje la..kalau nak setel korang mintak maaf dan bertaubat janji tak buat lagi....terima la risikonya..kita ni bila banyak bercakap..banyak la buat silapnya..tu pasal jangan banyak cakap..nanti orang salah paham kita yang dipersalahkan..
idea kalau bagus dan semua paham..insyaAllah takkan ada percanggahan pendapat...akan ramai lagi yang akan bantu bagi orang yang tak paham tu biar sampai dia paham..ini kira sudah salah langkah la ni...
kalau tanya ummi sokong mana...ummi berdiri di belakang siapa..ummi akan jawab..TGNA ummi sayang...TGHH ummi sayang..semua pimpinan ummi sayang...kalau ummi boleh sokong semua sebab semuanya ada alasan depa masing2 yang semuanya untuk penambahbaikkan PAS..ummi tak reti nak pilih mana2..kalau korang boleh kerat hati ummi beberapa bahagian..kira hati ummi dah takde nilai la...pasal hati bila dah berbelah bagi..apa buat pun tak jadi..
wallahualam...