Followers

Saturday, September 06, 2008

nak keluar BN..? Keluar aje lah..!!

Pemuda MCA Perak pula gesa parti keluar BN
"Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasion(BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap. 

Mengambil contoh kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan Bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini. 
    
"Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin Umno masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN," katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Semalam, Ahmad yang enggan memohon maaf menjelaskan beliau bukan seorang yang bersikap perkauman seperti yang dituduh dan semua kekecohan berhubung perkara itu sebenarnya berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.

Ahmad mendakwa ucapannya mengenai kedudukan kaum-kaum di Malaya pada zaman sebelum merdeka semasa kempen pilihanraya kecil itu dimanipulasi oleh pemberita akhbar Sin Chew Jit Poh sehingga menyebabkan masyarakat dan pemimpin Cina termasuk dari parti komponen BN membuat ulasan melulu tanpa usul periksa.
'Ambil tindakan tegas'

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Wanita MCA Selangor hari ini mendesak kepimpinan tertinggi BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap ketua Umno bahagian Bukit Bendera berhubung dakwaan beliau terhadap masyarakat Cina.
    
Pengerusinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kenyataan Ahmad ketika berceramah pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Semasa merasmikan Perhimpunan Wanita MCA Selangor ke-33 di Wisma MCA di ibunegara, Chew berkata beliau dan seluruh Wanita MCA ingin meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai perkara itu.

-baca selanjutnya di sini-->malaysiakini
Umno P Pinang sokong Ahmad

Kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rashid Abdullah dalam satu sidang akhbar petang ini.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 01Ahmad telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina apabila menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Ketua Umno Bukit Bendera itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berceramah di Kampung Belah Dua pada 23 Ogos lalu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.  Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Jelas istilah 'menumpang'

Sementara itu, Ahmad memberitahu sidang akhbar yang sama bahawa beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 03Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa Abdullah dan Najib adalah pemimpin nasional yang perlu menjaga kepentingan nasional.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau hanya seorang pemimpin bahagian dan tetap berpegang pada prinsipnya.

Ahmad juga menjelaskan bahawa beliau menggunakan istilah 'menumpang' dalam kontak kedudukan kaum Cina dan India sebelum merdeka.

Ahmad sebaliknya menuduh akhbar harian 
Sin Chiew Daily dan wartawannya yang mencetuskan kontroversi tersebut dengan melaporkan ucapannya di luar kontak.

Pemimpin-pemimpin yang lain seperti setiausaha Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim; ketua Umno bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ketua bahagian Bayan Baru, Datuk Mohd Zain Omar turut membidas mereka yang membantah ucapan Ahmad itu.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 02Azhar mengecam wartawan Sin Chiew Dailydan menegaskan bahawa akhbar tersebut mesti dipertanggungjawabkan kerana mencetuskan kebencian dan konflik perkauman.

Ahmad juga menggelar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai seorang 'oportunis dan pembohong besar' dan berkata Gerakan boleh 'keluar dari Barisan Nasional'.

Musa pula membidas pucuk pimpinan Umno kerana memohon maaf bagi pihak parti itu tanpa mendapatkan penjelasan Ahmad terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon maaf kepada masyarakat Cina bagi pihak Umno.

Menurut Musa, pucuk pimpinan parti di peringkat nasional boleh mempunyai pendiriannya sendiri, tetapi para pemimpin Ummno bahagian mempunyai pendirian mereka sendiri.

"Kita menyokong penuh Ahmad dalam isu ini," kata Musa pemberita, sambil menolak tindakan Najib itu.

baca selanjutnya di sini-->malaysiakini

Ummi - semacam dah makin kalut lak BN ni...semua dah main ugut2 pulak...apa komen Pak Lah ye..??

Friday, September 05, 2008

beri bunga ....rasuah..??

Pernahkah anda mendengar memberi jambanagan bunga adalah sebagai RASUAH..??

sekarang ini BPR menganggap memberi bunga sebagai salah satu kesalahan rasuah...

adakah anda berasa pelik...tak perlu berasa pelik kerana ianya benar2 berlaku ke atas Puan Zuraidah tapi sekiranya anda dari pihak kerajaan BN ianya adalah sumbangan ikhlas...

Jadi kepada Pakatan Rakyat sekiranya ingin memeberi sumbangan ikhlas pastikan ianya tidak berbentuk bunga2an..makanan..alat2 tulis...kad2 ucapan..tiket2 wayang,ketapi ke dan yg sekutu dgnnya ....dan benda yg paling pantang adalah berbentuk Ringgit Malaysia,kerana anda sedang diperhatikan....BEWARE...!!


Thursday, September 04, 2008

Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Samad

Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia kira-kira 6.30 petang tadi di Pusat Perubatan Pantai selepas menghadapi jangkitan paru-paru penghujung bulan lalu.

Kesihatan keadaan allahyarham semakin merosot hari ini, dengan buah pinggangnya kini sangat lemah, kata anaknya Nuraina.
    
a samad ismail"Keadaannya tidak bagus langsung, walaupun mesin dialisis sudah dipasang ia tidak menunjukkan perubahan.

Malah doktor memberitahu buah pinggang ayah sangat lemah ketika ini dan hari ini doktor akan melakukan dialisis lagi untuk melihat perkembangan seterusnya, " katanya ketika dihubungi Bernama tengah hari tadi.
    
Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.

Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940. 

Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayuketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai(1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.

Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayudi Jakarta. Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974). Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.

baca biodata Allahyarham Pak Samad di si ni -->Tokoh wartawan negara meninggal dunia

semoga rohnya dicucuri rahmat Al-Fatihah

Surat balas dari Geetha Ramachanderan..mesti baca !!


09/04/2008

Surat balas dari Geetha Ramachanderan

rakan blogger di http://perakexpress.com/?p=1516 mengingatkan agar tidak teruja dengan isu perkauman. web beliau memaparkan surat yang kononnya telah dihantar oleh sepasang suami isteri India kepada pihak tertentu yang memperlekehkan oran melayu. Surat tersebut sebenarnya telah diada adakan demi memporak perandakan negara Malaysia yang kita cintai ini. Berikut adalh e-emel yang saya perolehi dari piah yang dituduh menafikan penglibatan mereka:


From: geetha ramachanderan [mailto:sde_prop@yahoo.com]
Sent: Monday, August 11, 2008 2:31 PM
To: Azizan Hashim
Cc: sde_prop@yahoo.com
Subject: penafian_surat layang

Kepada semua yang menghantar e-mail kepada saya dan suami saya tentang surat layang

yang dihantar ke Pejabat tanah/daerah Hulu Langat. Pertama sekali saya ingin meminta maaf

ke atas perkara ini. Sebenarnya surat ini bukanlah ditulis oleh kami berdua dan ini adalah satu fitnah terhadap kami.

Ini mungkin ditulis oleh orang yang betul-betul cemburukan kami dan untuk menjatuhkan imej syarikat kami.

Lagipun surat ini bukan hanya dihantar ke Pejabat Tanah Hulu Langat sahaja, tetapi juga ke semua Pejabat tanah &

Daerah di negeri Selangor.

Kami telah membuat laporan polis tentang perkara ini dan polis sedang menyiasat kes ini. Orang yang tulis surat ini

tak gunakan letterhead dan tiada tandatangan kami di surat dan ejaan nama saya juga salah di surat tersebut.

Lagipun kami bukanlah hidup mewah seperti yang dikatakan di surat tersebut. Kami hanyalah golongan sederhana

yang bercita-cita untuk maju dalam perniagaan kami. Kami juga tidak berniat langsung untuk komplain mana-mana

pegawai, sedangkan merekalah yang memberi kami peluang pendapatan. Kenapa perlu kami membuang pasir

pada periuk nasi kami sendiri? Kita sudah hidup aman di negara kita, buat apa kami nak kutuk agama Islam atau

orang melayu dan juga pemimpin kita? Sekarang hidup kami sudah tak tenteram kerana menerima banyak gangguan

daripada orang awam. tolonglah kami sebarkan message ini kepada semua orang yang maklum akan perkara ini dan

selamatkanlah kami berdua yang tak berdosa dan tak bersalah ini.

sekian terima kasih.


----------------end e-mail----------

Semoga kita tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya pihak tertentu yang mahu menjahanamkan negara demi mengekalkan kekayaan mereka.

satu lagi provokasi jahat di bulan Ramadhan..!!


Jangan ditiup api perkauman...

jangan diganggu singa yg kelaparan...


bukan maksud tidak mempedulikan anak bangsa dan agama..tapi kenyataan dari seorang penipu/penyamun sukar untuk kita percayai lagi...


sudah2 la..lebih baik tumpukan amal ibadah di bulan yg barakah ini ...jangan dibuka jalan  perpecahan perpaduan bangsa ...seperti yg dilaung2kan di hari kemerdekaan yg lepas....Perpaduan Teras Kejayaan. " kalau perpaduan teras kejayaan kenapa nak dikotori perpaduan itu ...  kenapa nak dimusnahkan perpaduan yang dah terbina hanya untuk menjaga kepentingan kuasa dan pangkat...jangan diulang sejarah hitam 13 Mei...


sebagai manusia kita kena redha dengan peraturan dunia...ada kala kita di atas bukan untuk memijak dan menghina orang yg dibawah...dan bukan untuk selama2nya puncak yg tinggi milik kita....


dan jangan terlupa..bahawasanya suatu hari nanti mereka yg di bawah akan dapat mendaki dan duduk dipuncak..ketika itu sudah terlambat untuk kita menyesali diri...melainkan dengan perasaan redha kita melepaskan apa yg pernah jadi milik kita...dan muhasabah lah diri kita untuk memperbaiki kelemahan dan kelalian diri..


."sumber dari-perakExpress

Perang mulut mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera semakin panas. Dipanaskan lagi dengan penyertaan MCA. Tapi jangan lupa, tentang apa yang berlaku pada tahun 1987 diantara Najib dan Lee Kim Sai.

Kedua-duanya berperang dengan menggunakan hujah-hujah rasis yang menaikkan kemarahan Melayu dan Cina. Dan akhirnya, ketegangan kaum ini digunakan sebagai asas untuk melancarkan Ops Lallang. Najib lari ke Jakarta dan Lee Kim Sai lari ke Australia, manakala tokoh-tokoh pembangkang ditangkap dan dihumban kedalam Kem Tahanan Kamunting.

Drama yang sama cuba dilakonkan semula dan selepas isu Melayu-Cina, sekarang ditimbulkan pula isu India. Satu surat telah disebarkan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang India. Surat yang menghina orang-orang Melayu ini dikatakan datang dari orang India, dengan harapan orang-orang Melayu akan marah. "


kita tak boleh cepat melatah dalam waktu2 yg terdekat ni…macam2 boleh berlaku bagi menggagalkan projek 16 sept..harap jangan ada yg termakan provokasi BN ni…dah bnyak contoh kita ada untuk tidak percaya dengan apa yg diterbitkan oleh pihak mereka.



wallahualam..

Wednesday, September 03, 2008

dah start berhijrah ke..??

43 MP Barisan Nasional sertai Pakatan Rakyat..?

KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.

Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.

Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.

Image"Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato' Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.

"Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu," jelasnya ketika dihubungi (Gambar - Fariz Musa)

baca selanjut disini --> Harakah


Anwar temui AP dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung semalam


Oleh: G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK (MStar)

PETALING JAYA: Ketika tinggal kurang dua minggu untuk mencapai sasaran 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan minggu ini dengan ‘memburu’ wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pagi semalam, yang dipercaya akan membantu beliau membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

mStar Online difahamkan sebelah pagi semalam beliau telah menemui sekumpulan Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara.

Menurut sumber, antara perkara yang dibincangkan ialah format dan formula untuk pembelaan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Sumber memberitahu mStar Online, pertemuan susulan diadakan selepas Anwar menemui wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berhubung Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu.

Pertemuan kedua ini dikatakan memfokus kepada cara terbaik untuk membentuk kerajaan baru tanpa menyatakan sebarang komitmen penuh untuk menyokong pembentukan kerajaan baru

baca selanjut disini -->PerakExpress

Tuesday, September 02, 2008

31hb Ogos..umpama mimpi dalam mimpi..



sumber PerakDaily

IPOH: Teori 31 Ogos yang direkacipta Tajol Rosli untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Perak jelas sekali menjadi mimpi kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terus tegap berdiri, walaupun dilemparkan dengan pelbagai ceritera negatif.

Buktinya, Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semalam terus mengetuai kabinet negerinya menyambut hari kemerdekaan ke 51 di Dataran DBI bersama-sama ribuan rakyat. Satu perbarisan kehormat diadakan dan paduka seri Tuanku Sultan Perak berkenaan memeriksanya.

Pada hari pertama Ramadhan ini pula beliau mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman rasminya.

Jelaslah teori penglipurlara Dato Seri Tajol tidak diakhiri mimpi indah sebaliknya mengusamkan lagi harapannya yang jelas kini menjadi bahan ketawa rakyat Perak terutamanya. Semnetara itu, saya menerima beberapa pesanan ringkas bertanyakan sama ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih berdiri kekal ?

Sepertimana pernah saya paparkan sebelum ini, teori 31 Ogos Tajol itu, tidak lebih daripada cubaan nakal untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama. Lantaran itu mantan Menteri Besar itu menaruh harapan agar keteguhan kabinet Nizar akan tercalar ataupun terus tumbang.

Secara asasnya, ia mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan rakyat, kegusaran maupun mempetikaikan kebenarannya. Dan kebenarannya ialah ide yang dilemparkan Tajol itu tidak berkesan dan berasas sama sakali.

Konspirasi penahanan dua exco kerana dakwaan sogokan $$$ dan seksual oleh Badan Pencegahan Rasuah pada pertengahan Ogos juga seakan-akan ada iras-iras ke arah kebenaran perancangan 31 Ogos peralihan kuasa kerajaan negeri. Bagaimanapun pastinya ia juga tidak meninggalkan kesan.

Kes itu akan dibicarakan tetapi pokoknya ia juga melepasi waktu 31 Ogos. Apapun 31 Ogos telah lepas dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat turut bebas meraikan kemerdekaan negara. Kesemua 31 anggota Dewan undangan negeri Pakatan Rakyat terus kekal bersama meskipun diduga sebegitu rupa.

Kesemua 31 adun termasuk Menteri Besar sentiasa berikrar bersatu teguh mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, meskipun dengan satu majoriti. Nizar pernah berkata Kelantan pernah menghadapi situasi majoriti satu kerusi, tetapi mereka terus kekal sehingga hari ini.

Pakatan Rakyat sesungguhnya bukan hanya menghadapi karenah Umno, tetapi juga seluruh jentera kerajaan persekutuan yang terus berusaha merendah-rendahkan martabat kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Selain itu media arus perdana juga sentiasa mencari ruang untuk mendedahkan sebarang perkara yang dianggap menjadi bahan negatif.

Sesungguhnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat bukan setakat memerlukan 100 hari untuk membuktikan segala perancangannya, malahan lebih daripada waktu itu. Apalah sangat 100 atau 200 hari berbanding dengan 50 tahun lamanya negeri Perak diperintah BN.

Mursyidil Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dikunjungi Mei lepas berkata, 100 hari tidak memberi apa-apa makna dalam pemerintahan, malahan beliau mengambil masa setahun untuk memperbetulkan kaedah dan corak pentadbiran negeri Kelantan semasa diambil alih daripada BN dulu ke landasan yang benar.

Serangan terbaru pada kerajaan negeri Pakatan Rakyat ialah pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak. Pastilah akhbar berbahasa Cina semuanya melaporkan  berita itu, manakala media arus perdana cuba mempertikaikannya secara halus.

Utusan Malaysia secara halus cuba mengambarkan unsur betapa Menteri Besar memberi ruang besar pada sekolah menengah persendirian Cina melalui tajuk beritanya, dan seolah-olah mengenepikan sekolah-sekolah agama Islam .

Secara jujur Nizar berkata, pemberian itu bagi membolehkan sekolah berkenaan dapat mengusahakan tanah berkenaan dan mereka dapat menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membiayai kos pentadbiran sekolah, kerana peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.

Perkara itu menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin yang dipetik sebagai berkata sekolah agama Islam dan pondok perlu juga diberi perhatian demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Beliau mendesak Menteri Besar memperuntukan tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina
Bagaimanapun, sesungguhnya sejak awal memerintah lagi Nizar telahpun meluluskan peruntukan RM1.3 juta setahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang selama 50 tahun tidak pernah mendapat satu sen pun peruntukan daripada kerajaan sebelum ini.

PAS akan dan sentiasa mempertahankan SAR yang telah di “bunuh” oleh UMNO sebelum ini yang sentiasa  menganggap SAR sebagai sarang perjuangan dan kelahiran penyokong PAS.
Apapun cuba bayangkan tindakan kerajaan sebelum ini, iaitu beberapa hari sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, Tajol Rosli dan PM menganugerah puluhan ekar tanah setiap seorang untuk puluhan individu. Sebuah syarikat dianugerahkan untuk projek gula di Beruas dengan keluasan 5,000 ekar, tanah itu kini entah ke mana bertukar tangan,

Banyak lagi tanah diperuntukan termasuk pada badan siasah seperti Umno dan parti komponen BN semasa zaman 
BN di negeri Perak. Tiada siapa pernah pertikaikan kerana rakyat sendiri tidak pernah tahu akan hal tragis seumpama itu pernah berlaku.

Nizar memberi jaminan akan memastikan kepentingan hak SAR terpelihara dan beliau sendiri memberi tumpuan penuh pada perkembangan pembangunan SAR. Sesungguhnnya dalam MMK, exco DAP sendiri tidak pernah campur tangan dalam urusan agama Islam di negeri Perak, malahan meminta ia ditangani dengan bijaksana dan diberi nafas untuk berkembang maju sepertimana sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain. END



16 sept...??



"16 hb Sept 200?"

apa istimewanya tarikh ini..?
apa akan berlaku pada tarikh ini..?
kenapa orang asyik sebut pasal tarikh ini..?
mengapa dengan tarikh ini..?
tarikh keramatkah..?



ada yg suka pada tarikh ini...ada yang bersedih..ada yang tak boleh tido..ada yang membilang jari..ada yang berdebar-debar...ada yang nak lari...ada yang nak buat kenduri..ada yang bertanya,"apa ada pada tarikh ini..?"....ada yg tak sabar-sabar datangnya tarikh ini....ada yang taknak tau pasal tarikh ini...

yang pasti kita harus bersabar menghadapi tarikh ini...sabar datangnya tarikh ini.....


kita tungguuuuu......!!

Sunday, August 31, 2008

Mufti jual pantun pada siapa ye..??




Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.


Gula dan santan diuli roti

Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.

(sumber harakah)


Di atas ni adalah pantun nukilan Mufti Perlis Dr.Asri...hanya boleh menyalurkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan kerajaan sekarang ni dalam pantun saje..itu pun kira ok la...kalau tak gheti2 lagi tak tau la...sapa makan cili dia yg terasa pedas...

Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang.

Akibat keadaan ekonomi , sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur....

Dan beliau juga mengharapkan supaya pengganti yg lebih bertanggungjawab..seperti baris terakhir "BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI." semua orang pun mengharapkan perkara yg serupa...

Ada sesiapa nak beli pantun mufti ni..?? atau sapa2 nak jual pantun pun boleh saje..sila lah..

ayam PKR..ayam BN..??


(yg ni ayam serama tau..)

Semalam, hari Jumaat, ada member nak buat kenduri sikit pasai nak sambut puasa. Tambahan pulak, sebagai tanda puas, kerja dia kat Permatang Pauh berbaloi. Oleh kerana dia jiran dekat rumah, dia minta aku tolong belikan ayam.

Nak mintak tolong, tak jadi masalah. Tapi bila dia mintak sponsor…..teruk sikit. Tapi bila aku pikir balik, hari tu banyakorang sponsor aku kat Matang Pauh. Malaysiabiz sponsor duit minyak. Topeng Perak sponsor nasi kandaq. Matcomot sponsor McDonald. Ummi sponsor cucoq. Kalau keluar duit sendiri, dah tentu habis tujuh lapan puluh. Tapi dah takdir, kalau Tuhan kata kena keluaq…keluaq la.

Aku pun pergi kat market Kuala. Pergi market pukul 11.00… apa yang tinggal? Dari jauh Ah Hee jual ayam dah jerit. “Ah Mat aaaa! Matang Pau apa macam? Atak lawan ka?”

“Whoa!! lugi la lu. Manyak syiok lo. Ciak beh liao!”

“Talak bikin makan busat ka?” Ah Hee tanya aku.

“Tu pasai la aku datang cari ayam. Nak buat kenduri”

“Ayam atak bulu ka…..tatak bulu punya?”

“Yang tak dak bulu la…yang dah proses. Yang ada bulu nak kena potong…kena buang bulu…sapa nak buat?”

“Mau ayam PKR ka…mau ayam BN?” Ah Hee tanya lagi.

“Cilaka hang..aku nak yang murah..Tak kira la…ayam BN ka…ayam PKR ka…ayam Pas ka…”

“Mau mulah punya…lu angkat ayam BN.” kata Ah Hee.

“Ayam hang ni…hang potong ka…hang katuk?” aku tanya kat Ah Hee.

“Haiya!..Gua mana atak potong punya. Itu Haji kasi potong punya. Gelenti olang Melayu boleh makan punya.”

“Aku tau la hang tak potong. OK..bagi aku lima ekor.” Yang tu saja aku mampu.

“Thieu na seng….lima ekoq mau kasi sapa makan? kita olang semayang hantu pun talak cukup punya. Angkat sepuluh ekoq la..”

“Aku ada tujuh puluh ringgit saja…cukup atau tidak.. itu saja bajet aku”

“Cincai la…lebih gua sponsor.” kata Ah Hee. Selamaaat!

“Mau post mortem ka?” Ah Hee tanya kat aku.

“Potong saja la..”

“Gua manyak syiok post mortem ini BN punya ayam.” kata Ah Hee.”Mula-mula buang dia punya kepala.” Cut! sekali tetak putus kepala ayam. ” Ini kepala tak boleh pakai punya…sudah rosak. ini ayam aaa….tatak akai punya. Lu kasi lepas sama dia aaa…dia tak tau cali makan punya. Hali-hali, dia tunggu olang kasi makan. Satu hali olang tatak kasi makan aaa… gelenti mati punya. Itu PKR punya ayam aaa… tiga hali talak kasi makan pun boleh hidup punya.

Ini ayam BN punya mulut aaa.. lagi tak boleh pakai. Itu ayam PKR aaa..pagi-pagi sudah bunyi…koo…koo.koo..koooooo! Tapi ini ayam BN, kali-kali cakap busuk punya. Lu talak caya…lu dengar apa dia cakap..cock…cock…cock…cock….cock.

“Kaki… lu mau ka tak mau?” tanya Ah Hee

“Aku nak buat apa dengan kaki? ” aku bagi tau Ah Hee.

“Lu manyak pandai!!! Ini kaki aaaa.. Cina pun tak mau ooo. OK…Sikalang kita belah dua.. lu tengok dia punya hati…manyak hitam. Ini tali perut aaa…juai pun talak laku pasai dia punya bau manyak busuk. Hali-hali makan pellet. Ini pedai aaa…lu kasi potong.Ayam BN punya pedai….itu bulu ayam pun ada. Tapi itu PKR punya ayam…dalam itu pedai ada pasir. Itu pasai Cina punya olang manyak suka itu PKR punya ayam!”

“Hei! Ayam PKR ni ayam apa?” aku tanya Ah Hee.

“Niamah ka hai! itu kampong punya ayam la…. “

# buat Abg MatSamanKati...nanti buat cerita bahasa kambing pulak no..!!
mbeekk...mbekk..maksudnya..bila Abg Mat nak tulis pasal cik Thambeng pulak..hehehe

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil