Followers

Friday, May 25, 2012

digelor samseng maghah..tapi kelaku memang macam samseng pon...

  pantai dalam kerinchi pkr 240512

Aku tak tau la apa sawan dah tersampok pada orang2 yang suka buat onar di majlis ceramah PR..malam tadi dikabokan dekat ceramah DS Anuar Ibrahim di Apartment Pantai Permai,Kuala Lumpur.. ada geng yang membaling batu dan telor terhadap orang ramai..

SAMSENG..itu adalah panggilan yang paling sesuai dengan tindakan yang kome buat..jangan nak marah pasal kelakuan kome udah setaraf dengan samseng..tapi kome lagi hebat pasal kome sentiasa ada yang back up..nampak sangat bacolnye geng2 kome tu..menjatuhkan martabat bangsa yang kome jaga bebenor tu..memburokkan imej agama yang kome anuti tu..senang cite kome ni jenis tengin..buat sesuatu keje tak pake otak..

cerita selanjutnya bolehla korang baca kat sini --> MK

warga emas yang menjadi mangsa samseng umnuu sedang diberi bantuan kecemasan..


Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.


Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.



itu cite di Kuala Lumpur..di Perak ni pon perkara sama berlaku..

Di Sayong malam tadi DS Nizar berceramah diganggu jugak oleh geng2 haram jadah ni..kat Sayong deme idak le membaling telor ke..batu ke..tapi didajalnya kereta orang yang pegi ceramah tu..deme catnya kereta orang dengan warna biru macam gambo dibawah ni..kome tengok molek2 ye..

Team MP(MediaPerak) berada di tempat kejadian tu..maka deme ni orang tempatan bila di tengoknye budak2 yang buat keroje maka dapat dipastikan sape yang empunya koje..orangnye pon deme kenal..lepeh ni kalau ada yang kena angkut ke balai jangan ada yang teghoyak yer..bak kata Ustazah Bahyah..'anda buat ..anda dapat..' nasib le kome yer..


ni ada videonye sekali...kome nengok le..berakai ke idak orang yang buat keroje ghope ini..ajenye kena maki aje le hidup deme ni..entah le bebudak sekarang ni..isshhh



Monday, May 21, 2012

Kalau tanah kubor pon depa sapu..apa hey dengan tanah yang lain2..??!




Oleh: MSK
Sepatutnya aku tak perlu tulis benda ni. Sebabnya..sama ada Zambry terus jadi Menteri Besar lepas PRU ini atau tidak..itu bukan urusan aku. Kalau dia kena tendang pun..mampuih pi la.
Tapi aku kena juga dedahkan benda-benda ini walaupun sudah hampir pasti Zambry akan kena tendang, disebabkan dia sudah jadi liabiliti kepada Umno Perak. Aku dedahkan benda-benda ini sebab sapa saja yang jadi MB dari Umno, dia akan buat perkara yang serupa.
Seperti yang banyak kali aku tulis, Zambry jadi Menteri Besar Perak bukan kerana pilihan rakyat ataupun kerana Umno menang pilihanraya. Zambry menjadi MB melalui rampasan kuasa dan bila dia dipilih menjadi MB, dia terpaksa menjadi Pak Turut kepada orang yang melantiknya…bukan rakyat.
Minggu ini, aku akan dedahkan beberapa skandal yang melibatkan Zambry. Dalam posting ini, aku ceritakan hanya dua kes yang sama.
Di Pulau Pinang, Umno menjerit berdemo kerana dikatakan Guan Eng menjual tanah perkuburan, tapi depa diam bila Guan Eng mengeluarkan 20 juta ringgit untuk membeli tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam, dan kemudiannya dijadikan tanah perkuburan Islam.. Orang Umno kena tengok laporan ini.
Kemudian, orang Umno kena tengok pula gambar dibawah ini.


Dalam Daerah Larut Matang, satu lot tanah yang telah dikhaskan untuk tanah perkuburan Orang Islam seluas 1.18 hektar (3 ekar) telah dimansuhwartakan. Orang-orang Larut kena check kawasan ini sebab takut nanti, jadi macam penduduk di Redang Sawa, Tualang Sekah. Depa keluar duit untuk bersihkan tanah, tiba-tiba tanah diberikan kepada orang lain.
Pasal apa Zambry ambik balik tanah kubur ini? Bukan satu kes, tapi kat bawah ni lagi satu.

Yang ni lagi berat.  Aku tak dapat nak bagi tau secara tepat kawasan ni dekat mana. Minta tolong member-member dari Pejabat Tanah tolong check kat mana kawasan ini.
Seluas 25.69 hektar (63.4 ekar) kawasan yang telah dikhaskan untuk Tanah Perkuburan Orang Islam dalam Daerah Kinta juga telah dimansuhkan baru-baru ini…dan telah diwartakan pada 5 Januari 2012.
Mintak lah kepada orang-orang Umno, cuba tengok balik kat MB hangpa ni apa yang dia dah buat. Yang aku tau, dia tengah sibuk dok menjual tanah sekarang sebab dia tau dia tak akan jadi MB lagi selepas ini. Ni baru dua lot tanah kubur.
Sejak Zambry menjadi Menteri besar pada Mac 2009, dia telah memansuhkan lebih 8,000 hektar (25,000 ekar) hutan simpan. Habih balak di Perak ni Yob dikerjakan oleh Zambry. Yang tu aku akan cerita dalam posting akan datang.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil