Followers

Wednesday, December 26, 2012

ke mana UMNO nak bawak melayu..??

Semalam ummi menghadiri walimah di Putrajaya...dalam kereta ummi berlabon dengan abang ummi pasal pertemuan dia dengan bekas exco Perak masa raya dulu..

Macam2 deme borakkan..dari hal bersoreh bab keluarga..sampai la hal politik.. bekas exco tu belabon pasal bagusnye umno..pencapaian umno..kebolehan umno selama memerintah ni..

"kome orang2 muda kena sokong umno..tengok apa umno dah bagi kat melayu..kita hidup selesa kan.."

"saya ni idak condong mana2..dalam keluarga saya boleh kata pembangkang..tapi saya idak mana2..pasal saya nampak yang sana ke..yang sini ke..lebih kurang jek..belom ada yang puaskan hati saya..yang ini udah lama memerintah tapi hidup makin sesak..yang itu baru beno tak nampak no hasilnye lagi.."

"apa yang lebih kurang...mana samanye..umno udah memerintah lama..pembangkang mana ada ponah memerintah..yang banyak buat pembangunan..jasa pada rakyat umno le.."

"betoi le umno udah memerintah lama..pembangkang baru memerintah 2 3 negeri...tapi dari situ saya nampak perbezaannye.."

"macamana pon kome orang muda kena la sokong umno...umno banyak tolong orang melayu"

"sekarang ni pakcik..ramai orang muda nak tau..ke mana umno nak bawak orang melayu ni..?? kedai2 besor banyak yang meniaga bukan orang melayu..bape kerat beno le orang melayu yang berjaya..?? nak mintak bantuan pon susah bebeno..banyak no tapisan2nye...penyudahnye udah berbulan2 menunggu dapat jawapan  'ANDA TIDAK BERJAYA'..macam ni penat.. "

"errr..betoi le tu..tapi yang banyak membela melayu umno.."

" sekarang ni pakcik..saya nak kerajaan yang boleh meyakinkan saya..kerajaan yang boleh menyenangkan saya dan keluarga saya..kerajaan yang boleh memberi jaminan yang selesa untuk anak2 saya..menjamin keselamatan keluarga saya terjaga..udah lama umno jadi pemerintah..saya rasa nak dapat keje makin susah..barang keperluan harian semua naik..hidup tambah susah...masuk tak seberapa keluar yang banyak..jadi macamana orang macam saya ni memilih umno..? "

" err... "

"kalau dulu pakcik ngajak sokong umno..mungkin saya boleh lagi tertarik..tapi sekarang ahli2 umno udah banyak yang perangai macam gangster..gertak sana gertak sini..janji sebelum mengundi berbuih2..lepas ngundi bayang pon tak mandang...bila nak ngundi baru la kelam kabut nak tampe jalan..baru la nak betoikan surau..baru la nak jenguk orang kampong..ate camne nak sokong umno.? yang saya nampak sekarang umno lahirkan melayu kurang ajor..melayu samseng..melayu rasuah..takkan saya nak serahkan masa depan keluarga saya pada pemimpin dari kalangan yang bermasalah..?? "

"betoi kata kamu..umno sekarang tak macam umno dulu..ate macamana ke kita nak buat..??

"kalau pakcik tanye saya..saya akan cari kerajaan yang macam saya nak tu le..sape tawarkan jaminan hidup selesa..saya pilih la yg itu...umno ni idak le saya nak pilih lagi..hehehe umno udah 54 tahun memerintah..takkan tak pandai2 lagi..? "

Abang ummi terhenti labonnye setakat itu aje pasal deme memasing nak balik..dia kata banyak soalan yang ditanya tak berjawab...yang pasti bekas exco tu pon udah penin dengan masalah displin ahli2 deme..

Moh kita nengok produk hasil dari tarbiyyah umnuuu..














translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil